garis panduan mengurus tatatertib biasa (am) …...perkhidmatan, jabatan perkhidmatan awam malaysia,...

35
1 GARIS PANDUAN MENGURUS TATATERTIB BIASA (AM) AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA 1 Oktober 2018 Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Upload: others

Post on 16-Jul-2020

41 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: GARIS PANDUAN MENGURUS TATATERTIB BIASA (AM) …...Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) dan Peraturan-peraturan

1

GARIS PANDUAN

MENGURUS TATATERTIB BIASA (AM)

AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA

1 Oktober 2018 Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Page 2: GARIS PANDUAN MENGURUS TATATERTIB BIASA (AM) …...Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) dan Peraturan-peraturan

2

1. PENDAHULUAN

1.1. Peraturan 33 - 39, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000

(Akta 605), Kes Tatatertib Biasa (Am) adalah prosedur yang perlu dirujuk

apabila berlaku pelanggaran terhadap peraturan dan tatakelakuan pegawai

awam. Akta ini digubal bertujuan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh

badan-badan berkanun Persekutuan yang tiada peraturan tatatertib,

menyeragamkan peraturan-peraturan tatatertib di semua badan berkanun

Persekutuan dan membantu semua badan berkanun.

1.2. Garis panduan ini disediakan berdasarkan Panduan Mengurus Tatatertib Biasa

(Am) Sektor Pembangunan Dasar Tatatertib dan Keutuhan, Bahagian

Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Akta Badan-badan

Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) dan Peraturan-peraturan

Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

1.3. Garis panduan ini menjelaskan peranan dan tindakan Timbalan Ketua Pegawai

Eksekutif/Pengarah Kanan/Pengarah Bahagian/Ketua Unit/Pegawai penyelia

dalam melaksanakan urusan tatatertib.

2. PERANAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF/TIMBALAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF/PENGARAH KANAN/PENGARAH BAHAGIAN/KETUA UNIT/PEGAWAI PENYELIA

2.1. Ketua Pegawai Eksekutif/Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah

Kanan/Pengarah Bahagian/Ketua Unit/Pegawai penyelia hendaklah

bertanggungjawab sepenuhnya dalam melaksanakan kawalan dan pengawasan

tatatertib terhadap pegawai bawahannya. Kuasa ini diperuntukkan dalam

Peraturan 21 (1), Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000

(Akta 605) dan kegagalan melaksanakan tanggungjawab ini boleh dikenakan

tindakan tatatertib.

2.2 Pelaporan awal dari Ketua Pegawai Eksekutif/Timbalan Ketua Pegawai

Eksekutif/Pengarah Kanan/Pengarah Bahagian/Ketua Unit/Pegawai penyelia

Page 3: GARIS PANDUAN MENGURUS TATATERTIB BIASA (AM) …...Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) dan Peraturan-peraturan

3

berkaitan pelanggaran mana-mana peraturan dalam Akta Badan-Badan

Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) adalah sangat penting bagi

membolehkan tatatertib diuruskan berdasarkan prosedur yang telah

ditetapkan.

3. KEWAJIPAN MEMATUHI ARAHAN

3.1. Peraturan-Peraturan dalam Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan

Surcaj) 2000 (Akta 605) hendaklah terpakai bagi seseorang pegawai badan

berkanun sepanjang tempoh perkhidmatannya dan berkenaan dengan

seseorang pegawai yang tidak memilih untuk memasuki Sistem Saraan Baru,

hendaklah terpakai dengan apa-apa ubahsuaian yang perlu dan patut dengan

mengambil kira syarat-syarat perkhidmatannya.

3.2. Berdasarkan Peraturan 1(2) Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan

Surcaj) 2000 (Akta 605), pelanggaran mana-mana peruntukan tatakelakuan

yang dinyatakan dalam Peraturan-peraturan Akta Badan-badan Berkanun

(Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) oleh seseorang pegawai boleh

menyebabkannya dikenakan tindakan tatatertib.

4. TAFSIRAN

“Badan Berkanun” ertinya suatu badan, walau dengan nama apa pun disebut, yang

diperbadankan oleh undang-undang persekutuan bagi maksud Kerajaan Persekutuan

tetapi tidak termasuk pihak berkuasa tempatan;

Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605)

Peraturan 21 (2), menyatakan bahawa seseorang pegawai yang tidak

menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas pegawai-pegawai

bawahannya, atau tidak mengambil tindakan terhadap pegawai bawahannya

yang melanggar mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini hendaklah

disifatkan cuai dalam melaksanakannya tugasnya dan tidak

bertanggungjawab, dan dia boleh dikenakan tindakan tatatertib.

Page 4: GARIS PANDUAN MENGURUS TATATERTIB BIASA (AM) …...Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) dan Peraturan-peraturan

4

“Jawatankuasa Rayuan Tatatertib” ertinya jawatankuasa yang disebut dalam seksyen 7

Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605);

“Jawatankuasa Tatatertib” ertinya jawatankuasa yang disebut dalam seksyen 6 Akta

Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605);

“Ketua Pegawai Eksekutif” ertinya seseorang yang dilantik oleh Menteri berdasarkan

apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri dan

bertanggungjawab bagi keseluruhan pentadbiran dan pengurusan fungsi dan hal

ehwal agensi;

“kesalahan tatatertib” ertinya pelanggaran mana-mana peruntukan tatakelakuan

yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan dan termasuklah apa-apa perbuatan atau

peninggalan yang berkenaan dengannya tindakan tatatertib boleh diambil di bawah

Peraturan-Peraturan;

“Ketua Jabatan” ertinya Ketua Pegawai Eksekutif/Timbalan Ketua Pegawai

Eksekutif/Pengarah Kanan/Pengarah Bahagian/Ketua Unit atau seseorang pegawai

yang bertanggungjawab bagi sesuatu sektor, bahagian atau unit di MQA termasuklah

mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pegawai Eksekutif

untuk menjalankan fungsi-fungsi seseorang Ketua Jabatan bagi apa-apa tempoh masa;

“pegawai” ertinya seseorang yang dilantik secara tetap, sementara atau kontrak oleh

MQA dan dibayar emolumen oleh MQA, dan termasuklah seseorang yang dipinjamkan

ke mana-mana perbadanan subsidiari atau syarikat MQA atau mana-mana badan

berkanun yang lain atau mana-mana Kementerian, jabatan atau agensi Kerajaan

Persekutuan atau mana-mana jabatan atau agensi Kerajaan mana-mana Negeri atau

mana-mana syarikat yang dalamnya Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan mana-mana

Negeri mempunyai kepentingan; dan

“peraturan-peraturan” ertinya Peraturan-Peraturan Tatatertib Badan-badan

Berkanun, Jadual Kedua, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000

(Akta 605).

Page 5: GARIS PANDUAN MENGURUS TATATERTIB BIASA (AM) …...Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) dan Peraturan-peraturan

5

5. KATEGORI TATATERTIB

5.1. Tatatertib melibatkan:

i) tatakelakuan umum

ii) larangan/tegahan secara khusus

a. Larangan mutlak

b. Boleh dibuat dengan kebenaran

iii) ketidakhadiran tanpa cuti

iv) tertakluk kepada prosiding jenayah

Tatakelakuan Umum

Peraturan 3, Peraturan-peraturan Tatatertib Badan-badan Berkanun menyatakan

bahawa:

(1) Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa memberikan taat setianya yang

tidak berbelah bahagi kepada Yang di-Pertuan Agong, negara, Kerajaan dan badan

berkanun.

(2) Seseorang pegawai tidak boleh -

(a) Membelakangkan kewajipannya kepada badan berkanun demi kepentingan

peribadinya;

(b) Berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan

kepentingan peribadinya bercanggah dengan kewajipannya kepada badan

berkanun;

(c) Berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang

munasabah bahawa –

(i) dia telah membiarkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan

kewajipannya kepada badan berkanun sehingga menjejaskan

kebergunaannya sebagai seorang pegawai badan berkanun; atau

Page 6: GARIS PANDUAN MENGURUS TATATERTIB BIASA (AM) …...Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) dan Peraturan-peraturan

6

(ii) dia telah menggunakan kedudukannya sebagai seorang pegawai badan

berkanun awamnya bagi faedahnya sendiri;

(d) berkelakuan dengan sedemikian cara sehingga memburukkan atau

mencemarkan nama badan berkanun;

(e) kurang cekap atau kurang berusaha;

(f) tidak jujur atau tidak amanah;

(g) tidak bertanggungjawab;

(h) membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar

untuk menyokong atau memajukan apa-apa tuntutan berhubung dengan

atau terhadap badan berkanun, sama ada tuntutan itu ialah tuntutan sendiri

atau mana-mana pegawai lain badan berkanun;

(i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan

dengan munasabah sebagai ingkar perintah; dan

(j) cuai dalam melaksanakan tugasan.

Larangan/Tegahan Khusus

Tatatatertib turut melibatkan tatakelakuan khusus seperti berikut:

i. Larangan Mutlak

a. Menyalahguna dadah

b. Menerima/Memberi keraian

c. Menyenggara taraf kehidupan yang melebihi emolumen dan

pendapatan persendirian yang sah.

d. Meminjam wang/menjadi penjamin

e. Keterhutangan kewangan yang serius

f. Meminjamkan wang dengan bunga

g. Penglibatan dalam pasaran niaga hadapan

h. Cabutan bertuah atau loteri

Page 7: GARIS PANDUAN MENGURUS TATATERTIB BIASA (AM) …...Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) dan Peraturan-peraturan

7

i. Penerbitan buku berdasarkan maklumat terperingkat

j. Penyunting akhbar/majalah/jurnal

k. Mengambil bahagian dalam politik (Pegawai Kumpulan Pengurusan

Tertinggi/Kumpulan Pengurusan dan Profesional)

l. Tidak hadir bertugas tanpa cuti/kebenaran/sebab-sebab yang

munasabah

m. Gangguan seksual

n. Skim Cepat Kaya

ii. Boleh dibuat dengan kebenaran

Peraturan

dalam

Akta 605

Jenis Larangan Kuasa Memberi

Kebenaran

4 Pekerjaan Luar Ketua Jabatan

5 Etiket Pakaian Ketua Pegawai Eksekutif

7 Hadiah Ketua Jabatan

9 Pemunyaan Harta Ketua Pegawai Eksekutif

18 Penyataan Awam Menteri

20 Kegiatan Politik

(Kumpulan

Sokongan/Cuti Sebelum

Bersara)

Ketua Jabatan

Page 8: GARIS PANDUAN MENGURUS TATATERTIB BIASA (AM) …...Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) dan Peraturan-peraturan

8

6. PROSES TINDAKAN

T/JAWAB TINDAKAN CATATAN

Urus setia

1. Menerima laporan kesalahan tatakelakuan

pegawai termasuk kelakuan atau kerja tidak

memuaskan daripada Ketua Jabatan.

Rujuk format

di Lampiran A

2. Menyemak dan buat kajian laporan kesalahan

tatakelakuan pegawai.

3. Mengambil tindakan seperti berikut:

i. sekiranya lengkap, terus ke tindakan 4, atau

ii. sekiranya tidak lengkap, mendapatkan

maklumat tambahan daripada bahagian/unit

berkaitan sebelum ke tindakan 4.

4. Menyediakan kertas untuk pertimbangan

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib (JKTT) untuk

penentuan sama ada jenis pelanggaran tatatertib

yang dilaporkan itu adalah dari jenis dikenakan:

a) hukuman lebih ringan daripada buang kerja

dan turun pangkat (Peraturan 34); atau

b) hukuman buang kerja atau turun pangkat

(Peraturan 35)

Rujuk format di Lampiran B

Pengerusi

Jawatankuasa

Tatatertib

5. Menentukan sama ada jenis pelanggaran

tatatertib adalah daripada jenis pelanggaran

yang patut dikenakan:

a) hukuman yang lebih ringan daripada buang

kerja atau turun pangkat; (terus ke tindakan

6a) atau

b) hukuman buang kerja atau turun pangkat

(terus ke tindakan 6b)

Page 9: GARIS PANDUAN MENGURUS TATATERTIB BIASA (AM) …...Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) dan Peraturan-peraturan

9

T/JAWAB TINDAKAN CATATAN

Urus setia 6. Menyediakan:

a) Kertas Penentuan Wujud Suatu Kesalahan

Tatatertib untuk pertimbangan Pengerusi

Jawatankuasa Tatatertib (tindakan 7a); atau

b) Kertas Penentuan Wujud Kes Prima Facie

untuk pertimbangan Pengerusi

Jawatankuasa Tatatertib (tindakan 7b)

Rujuk format di Lampiran C

Jawatankuasa

Tatatertib

7. Membuat keputusan sama ada:

a) wujud suatu kesalahan tatatertib atau tidak

wujud di bawah (selain buang kerja atau

turun pangkat), atau

b) wujud kes prima facie atau tidak di bawah

(buang kerja atau turun pangkat)

Rujuk format di Lampiran D

Urus setia 8. Sekiranya wujud, terus ke tindakan 10.

9. Sekiranya tidak wujud, kes ditutup. Makluman

kepada pihak yang berkaitan.

Jawatankuasa

Tatatertib

10. Mengemukakan surat pertuduhan (wujud

kesalahan tatatertib / kes prima facie) kepada

pegawai yang dituduh melalui ketua jabatan

pegawai dan memberi tempoh 21 hari untuk

pegawai membuat representasi bertulis

Rujuk format di Lampiran E1 dan E2

Urus setia 11. Sekiranya tiada jawapan bertulis daripada

pegawai yang dituduh, terus ke tindakan 13

12. Sekiranya ada, jika perlu Pengarah/ Ketua Unit/

Pengawai Penyelia mengemukakan jawapan

pegawai atas pertuduhan kepada Pengerusi

Jawatankuasa Tatatertib berserta ulasan.

13. Menyediakan kertas pertimbangan Jawatankuasa

Tatatertib untuk membuat keputusan

Rujuk format di Lampiran G

Page 10: GARIS PANDUAN MENGURUS TATATERTIB BIASA (AM) …...Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) dan Peraturan-peraturan

10

T/JAWAB TINDAKAN CATATAN

Jawatankuasa

Tatatertib

14. Menentukan keputusan bersalah atau tidak

a) jika tidak bersalah, pegawai dibebaskan

(tindakan 15)

b) jika bersalah menentukan jenis hukuman yang

dikenakan, terus ke tindakan 16.

Urus setia 15. Pegawai dibebaskan

a) Merekodkan keputusan Jawatankuasa

Tatatertib dalam minit mesyuarat.

b) Menghantar pemberitahuan kepada pegawai.

Jika pegawai ditahan kerja, arahkan pegawai

kembali bertugas.

Rujuk format di Lampiran H

16. Sekiranya disabitkan kesalahan:

a) Merekodkan keputusan Jawatankuasa

Tatatertib dalam minit mesyuarat yang

mengandungi:

i) asas-asas pegawai bersalah

ii) asas-asas JKTT menjatuhkan hukuman

b) Menghantar keputusan JKTT kepada pegawai

dengan menyatakan:

i. Hukuman tatatertib yang dikenakan -

sebutkan Peraturan 40 ( );

ii. Hak pegawai membuat rayuan dalam masa

14 hari kepada Jawatankuasa Rayuan

Tatatertib (JKRTT) dari tarikh penerimaan

surat keputusan mengikut peraturan 20(1),

Jadual Ketiga, Akta Badan-Badan Berkanun

(Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605);

serta

iii. Surat akuan terima.

Rujuk format di Lampiran I

Page 11: GARIS PANDUAN MENGURUS TATATERTIB BIASA (AM) …...Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) dan Peraturan-peraturan

11

T/JAWAB TINDAKAN CATATAN

Urus setia 17. Mencatatkan hukuman dalam kenyataan

perkhidmatan pegawai setelah rayuan (jika ada)

diputuskan oleh Jawatankuasa Rayuan Tatatertib

(JKRTT).

7. PRINSIP RULE OF NATURAL JUSTICE

Mengikut prinsip Rule of Natural Justice (Undang-undang keadilan tabii), pertuduhan

tidak boleh dibuat secara umum. Pertuduhan yang umum boleh menyebabkan peluang

yang secukupnya tidak diberi kepada pegawai. Tatacara bagi mengambil tatatertib tidak

sah.

Hukum Undang-Undang Tabii

Hak untuk didengari (Right to be heard)

Hukum mencegah berat sebelah (Rule against bias)

Page 12: GARIS PANDUAN MENGURUS TATATERTIB BIASA (AM) …...Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) dan Peraturan-peraturan

12

CARTA ALIR PROSEDUR TATATERTIB BAGI KES BIASA (AM)

1

2

3

4A 4

5

6

6a 6b

7a 7b

8 8

Terima Laporan

Kaji/semak Laporan

Lengkap

Tidak Lengkap

Peraturan 34 (selain buang kerja dan turun pangkat)

Urus setia akan menyediakan kertas bagi menentukan sama ada jenis pelanggaran tatatertib yang dilaporkan adalah dari jenis:

i) patut dikenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat (P.35); atau

ii) patut dikenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat (P.34)

untuk pertimbangan Pengerusi JKTT Pengerusi JKTT membuat keputusan

kes tersebut diambil bawah peraturan 34 atau peraturan 35

Peraturan 35 (buang kerja dan turun pangkat)

Urus setia sediakan Kertas Penentuan Wujud Suatu Kesalahan Tatatertib untuk pertimbangan Pengerusi JKTT berkenaan

Urus setia sediakan Kertas Penentuan Wujud kes Prima Facie untuk pertimbangan Pengerusi JKTT berkenaan Pengerusi JKTT

membuat keputusan wujud satu kesalahan atau tidak wujud

Pengerusi JKTT membuat keputusan wujud kes Prima Facie atau tidak wujud

Tidak Wujud

Tidak Wujud

Wujud

Wujud

Rujuk Butiran 10 Rujuk Butiran 9 Rujuk Butiran 10

Dapatkan maklumat tambahan

Lengkap

Page 13: GARIS PANDUAN MENGURUS TATATERTIB BIASA (AM) …...Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) dan Peraturan-peraturan

13

11

13 12

14 15a

15b

16a

16b

17

18

Surat pertuduhan dikemukakan kepada pegawai. Dalam tempoh 21 hari pegawai perlu membuat representasi bertulis

Ulasan Ketua Jabatan

Sediakan kertas pertimbangan JKTT membuat keputusan

Tiada jawapan selepas 21 hari

Ada jawapan

Mesyuarat JKTT membuat keputusan/ hukuman

Dibebaskan

Disabit/hukuman

Keputusan JKTT direkod dalam minit mesyuarat yang mengandungi: a) Asas–asas pegawai

bersalah; b) Asas-asas JKTT

menjatuhkan hukuman

Beritahu pegawai, dia dibebaskan. Catatan: Jika pegawai ditahan kerja, arahkan pegawai bertugas semula.

Hantar keputusan JKTT kepada pegawai dan nyatakan peluang merayu. Tempoh merayu 14 hari.

Catatkan hukuman dalam kenyataan perkhidmatan pegawai, setelah rayuan (jika ada) diputuskan oleh JKRTT

Kes tutup. Makluman kepada yang berkenaan

Tamat

Rujuk Butiran 9

Keputusan JKTT direkod dalam minit mesyuarat

10 9

Jika perlu

Ada ulasan

Page 14: GARIS PANDUAN MENGURUS TATATERTIB BIASA (AM) …...Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) dan Peraturan-peraturan

14

LAMPIRAN A Rujukan : Tarikh : (ALAMAT KETUA JABATAN / PEGAWAI PELAPOR) JKTT Kumpulan …………………………………………………. Tuan/Puan, LAPORAN MENGENAI TATAKELAKUAN (NAMA PEGAWAI, SKIM PERKHIDMATAN,

GELARAN JAWATAN DAN JABATAN TEMPAT BERTUGAS)

Saya dengan segala hormatnya menarik perhatian tuan mengenai perkara tersebut di atas.

1. Dimaklumkan bahawa (NYATAKAN NAMA PEGAWAI, SKIM PERKHIDMATAN,

GELARAN JAWATAN DAN TEMPAT BERTUGAS) didapati tidak hadir bertugas tanpa cuti atau

tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu atau tanpa sebab yang munasabah pada

(NYATAKAN TARIKH). Pegawai berkenaan telah diarahkan kembali bertugas dengan segera

melalui surat berdaftar akuan terima bil………………… bertarikh …………………. dan beliau telah

menerima surat tersebut. Walau bagaimanapun, pegawai gagal mematuhi arahan tersebut.

(SILA SERTAKAN BUKTI-BUKTI LAIN YANG BERKAITAN BAGI MENUNJUKKAN PEGAWAI

TIDAK HADIR BERTUGAS SEPERTI KAD PERAKAM WAKTU DAN SEBAGAINYA).

2. Dengan ini pegawai telah melanggar Peraturan 23, Peraturan-Peraturan Tatatertib

Badan-badan Berkanun, Jadual Kedua, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj)

2000 (Akta 605) dan berkelakuan melanggar tatakelakuan di bawah Peraturan 3(2)(g),

Peraturan-peraturan yang sama iaitu tidak bertanggungjawab.

3. Inilah laporan saya untuk pertimbangan tuan. Bersama-sama ini disertakan Kenyataan

Perkhidmatan pegawai yang dikemas kini.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

t.t (NAMA PENUH DAN JAWATAN KETUA JABATAN / PEGAWAI PELAPOR)

Page 15: GARIS PANDUAN MENGURUS TATATERTIB BIASA (AM) …...Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) dan Peraturan-peraturan

15

LAMPIRAN B

CONTOH KERTAS PERTIMBANGAN PENGERUSI JAWATANKUASA TATATERTIB

KERTAS UNTUK PERTIMBANGAN PENGERUSI JAWATANKUASA TATATERTIB DI BAWAH PERATURAN 33, PERATURAN-PERATURAN TATATERTIB BADAN-BADAN BERKANUN, JADUAL KEDUA, AKTA BADAN-BADAN BERKANUN (TATATERTIB DAN SURCAJ) 2000

(AKTA 605) 1. TUJUAN

1.1 Kertas ini dikemukakan bertujuan untuk meminta Pengerusi Jawatankuasa

Tatatertib Kumpulan …………………….. menimbangkan dan menentukan sama ada

pelanggaran tatatertib yang diadukan itu adalah daripada jenis yang patut

dikenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat atau dikenakan hukuman

yang lebih ringan daripada buang kerja atau turun pangkat mengikut Peraturan

33, Peraturan-peraturan Tatatertib Badan-badan Berkanun, Jadual Kedua, Akta

Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605] terhadap

(NAMA, SKIM PERKHIDMATAN, GELARAN JAWATAN DAN TEMPAT BERTUGAS)

kerana berkelakuan melanggar tatakelakuan pegawai awam di bawah

Peraturan-peraturan Tatatertib Badan-badan Berkanun Jadual Kedua, Akta 605.

2. BUTIR-BUTIR PEGAWAI

Nama :

No. K/P :

Tarikh lahir/Umur :

Tarikh mula dilantik dalam perkhidmatan Kerajaan

:

Tarikh dilantik dalam jawatan sekarang

:

Tarikh disahkan dalam jawatan sekarang

:

Taraf jawatan :

Jawatan semasa pelanggaran

tatatertib dilakukan

Jawatan sekarang

: :

Gaji sekarang dan mata gaji :

Tarikh pergerakan gaji :

Page 16: GARIS PANDUAN MENGURUS TATATERTIB BIASA (AM) …...Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) dan Peraturan-peraturan

16

3. LATAR BELAKANG KES 3.1 Satu laporan telah diterima daripada (KETUA JABATAN / PEGAWAI PELAPOR)

mengenai kelakuan Encik/Cik (NAMA, SKIM PERKHIDMATAN, GELARAN

JAWATAN DAN JABATAN TEMPAT BERTUGAS) seperti berikut :

3.1.1 (Ringkasan laporan daripada Ketua Jabatan/Pegawai Pelapor). 3.1.2 ↓ 3.1.9

Salinan Laporan Ketua Jabatan / Pegawai Pelapor seperti di Lampiran ………

4. PERAKUAN

4.1 Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib ……………………….. dengan ini diminta

menentukan sama ada pelanggaran tatatertib pegawai yang berkenaan adalah

daripada jenis yang patut dikenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat di

bawah Peraturan 35, Peraturan-peraturan Tatatertib Badan-badan Berkanun,

Jadual Kedua, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta

605] atau dikenakan hukuman yang lebih ringan daripada hukuman buang kerja

atau turun pangkat di bawah Peraturan 34, Peraturan-peraturan yang sama.

4.2 Penentuan hal ini hendaklah dibuat dalam borang penentuan di Lampiran ……….

Page 17: GARIS PANDUAN MENGURUS TATATERTIB BIASA (AM) …...Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) dan Peraturan-peraturan

17

BORANG PENENTUAN OLEH PENGERUSI JAWATANKUASA TATATERTIB DI BAWAH

PERATURAN 33, PERATURAN-PERATURAN TATATERTIB BADAN-BADAN BERKANUN,

JADUAL KEDUA, AKTA BADAN-BADAN BERKANUN (TATATERTIB DAN SURCAJ) 2000

[AKTA 605]

KEPUTUSAN

Saya, sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib (NAMA PENUH JAWATANKUASA

TATATERTIB TERSEBUT) memutuskan pelanggaran tatatertib oleh (NAMA PENUH, KAD

PENGENALAN DAN JAWATAN PEGAWAI BERKENAAN) adalah daripada jenis yang patut

dikenakan

hukuman yang lebih ringan daripada buang kerja atau turun pangkat

mengikut Peraturan 34 Peraturan-peraturan Tatatertib Badan-badan

Berkanun, Jadual Kedua, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan

Surcaj) 2000 [Akta 605].

hukuman buang kerja atau turun pangkat mengikut Peraturan 35,

Peraturan-peraturan Tatatertib Badan-badan Berkanun, Jadual Kedua, Akta

Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj 2000 [Akta 605].

Yang benar,

…………………. (NAMA PENUH) Pengerusi, Jawatankuasa Tatatertib ………………. Tarikh :

Page 18: GARIS PANDUAN MENGURUS TATATERTIB BIASA (AM) …...Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) dan Peraturan-peraturan

18

LAMPIRAN C

CONTOH KERTAS PERTIMBANGAN WUJUD KESALAHAN/PRIMA FACIE KERTAS UNTUK PERTIMBANGAN JAWATANKUASA TATATERTIB Penentuan wujud kes/prima facie ke atas Encik (NAMA, SKIM PERKHIDMATAN, GELARAN JAWATAN DAN JABATAN TEPAT BERTUGAS)

1. TUJUAN

1.1 Kertas ini dikemukakan kepada Jawatankuasa Tatatertib bagi menentukan sama

ada wujud kes/prima facie bagi mengambil tindakan tatatertib ke atas (NAMA,

SKIM PERKHIDMATAN, GELARAN JAWATAN DAN TEMPAT BERTUGAS) kerana

melanggar Peraturan-peraturan Tatatertib Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan

Surcaj) 2000 [Akta 605].

2. BUTIR-BUTIR PEGAWAI

Nama :

No. K/P :

Tarikh lahir/Umur :

Tarikh mula dilantik dalam perkhidmatan Kerajaan

:

Tarikh dilantik dalam jawatan sekarang

:

Tarikh disahkan dalam jawatan sekarang

:

Taraf jawatan :

Jawatan semasa pelanggaran tatatertib dilakukan Jawatan sekarang

: :

Gaji sekarang dan mata gaji :

Tarikh pergerakan gaji :

Salinan Kenyataan Perkhidmatan pegawai seperti di Lampiran ………….

Page 19: GARIS PANDUAN MENGURUS TATATERTIB BIASA (AM) …...Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) dan Peraturan-peraturan

19

3. LATAR BELAKANG KES

3.1 Satu laporan telah diterima daripada (KETUA JABATAN / PEGAWAI PELAPOR)

mengenai kelakuan Encik/Cik (NAMA, SKIM PERKHIDMATAN, GELARAN JAWATAN

DAN JABATAN TEMPAT BERTUGAS) seperti berikut:

3.1.1 (Ringkasan laporan daripada Ketua Jabatan/Pegawai Pelapor). 3.1.2 ↓ 3.1.9

Salinan Laporan Ketua Jabatan / Pegawai Pelapor seperti di Lampiran ………

4. PERTIMBANGAN PENGERUSI JAWATANKUASA TATATERTIB

4.1 Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib pada (NYATAKAN TARIKH) telah memutuskan

bahawa pelanggaran tatatertib oleh pegawai yang berkenaan diambil di bawah

Peraturan (NYATAKAN PERATURAN 34 ATAU 35) Peraturan-peraturan Tatatertib

Badan-badan Berkanun, Jadual Kedua, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan

Surcaj) 2000 [Akta 605]

5. ULASAN URUS SETIA

5.1 Urus setia setelah mengkaji fakta-fakta dan keterangan-keterangan yang ada

mengenai kes ini berpendapat bahawa:

(Urus setia hendaklah memberi pandangan berdasarkan laporan dan dokumen

yang ada serta kaitkan dengan peraturan yang dilanggar bagi tiap kesalahan yang

dilaporkan).

5.1.1 5.1.2

↓ 5.1.9

6. PERAKUAN

6.1 Jawatankuasa Tatatertib dengan ini diminta menimbang dan membuat keputusan terhadap kes/prima facie ke atas (NAMA PENUH PEGAWAI DAN JAWATAN)

Page 20: GARIS PANDUAN MENGURUS TATATERTIB BIASA (AM) …...Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) dan Peraturan-peraturan

20

LAMPIRAN D

CONTOH MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA TATATERTIB MENENTUKAN WUJUD KESALAHAN/PRIMA FACIE

Minit Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib ….. yang ke …… yang telah diadakan pada hari ………. jam …….. 1. KEHADIRAN

Pengerusi i) Gelaran Jawatan : ii) Skim Perkhidmatan dan Gred : iii) Nama Jabatan / Bahagian : iv) Nama Pegawai :

Ahli (a) i) Gelaran Jawatan :

ii) Skim Perkhidmatan dan Gred : iii) Nama Jabatan / Bahagian : iv) Nama Pegawai :

Ahli (b)

i) Gelaran Jawatan : ii) Skim Perkhidmatan dan Gred : iii) Nama Jabatan / Bahagian : iv) Nama Pegawai :

Ahli (c)

i) Gelaran Jawatan : ii) Skim Perkhidmatan dan Gred : iii) Nama Jabatan / Bahagian : iv) Nama Pegawai :

Ahli (d) i) Gelaran Jawatan : ii) Skim Perkhidmatan dan Gred : iii) Nama Jabatan / Bahagian : iv) Nama Pegawai :

Turut hadir i) Gelaran Jawatan : ii) Skim Perkhidmatan dan Gred : iii) Nama Jabatan / Bahagian : iv) Nama Pegawai :

Page 21: GARIS PANDUAN MENGURUS TATATERTIB BIASA (AM) …...Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) dan Peraturan-peraturan

21

2. PERKARA-PERKARA YANG DIPERTIMBANGKAN 2.1 KERTAS JKTT BIL. 1/2004

Rujukan. SULIT.XXX.TT.888/(11) Kertas penentuan kes/prima facie dan menimbangkan untuk

mengeluarkan surat pertuduhan ke atas Encik XXX, Ketua Pembantu

Tadbir, Gred N22, Bahagian Pentadbiran, Universiti SSS.

(RINGKASAN LATAR BELAKANG KES)

3. KEPUTUSAN MESYUARAT 3.1 Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib setelah menimbangkan kertas-kertas

yang dikemukakan telah membuat keputusan seperti berikut:

3.1.1 KERTAS JKTT BIL. 1/2004

Rujukan. SULIT. XX. TT.888/(11)

Encik XXX

Ketua Pembantu Tadbir,

Gred N22, Bahagian Pentadbiran, Universiti SSS.

(a) Jawatankuasa Tatatertib memutuskan wujud kes/prima facie ke atas

Encik XXX kerana (NYATAKAN KESALAHAN YANG DILAKUKAN DAN

BUKTI). Perbuatan pegawai ini telah melanggar (NYATAKAN

PERATURAN-PERATURAN LAIN YANG DILANGGAR) di bawah

Peraturan 3 ( ) ( ),

Peraturan-peraturan Tatatertib Badan-badan Berkanun, Jadual

Kedua, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000

[Akta 605]

(b) Jawatankuasa Tatatertib seterusnya bersetuju surat pertuduhan di

Lampiran ‘…………’ dikemukakan kepada pegawai.

3.1.2 KERTAS JKTT BIL. 2/2004

Rujukan. SULIT. XXX. TT.999/(2)

Puan AAA,

Penolong Pendaftar,

Gred N41,

Bahagian …..

Universiti …..

Page 22: GARIS PANDUAN MENGURUS TATATERTIB BIASA (AM) …...Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) dan Peraturan-peraturan

22

(a) Jawatankuasa Tatatertib memutuskan wujud kes prima facie ke atas

Puan AAA kerana (NYATAKAN KESALAHAN YANG DILAKUKAN DAN

BUKTI). Perbuatan pegawai ini telah melanggar (NYATAKAN

PERINTAH AM ATAU PERATURAN-PERATURAN LAIN YANG

DILANGGAR) dan boleh diertikan sebagai (TATAKELAKUAN MANA

DILANGGAR) di bawah Peraturan 3 ( ) ( ) Peraturan-peraturan

Tatatertib Badan-badan Berkanun, Jadual Kedua, Akta Badan-badan

Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605]

(b) Jawatankuasa Tatatertib seterusnya bersetuju surat pertuduhan di

Lampiran ‘ …………’ dikemukakan kepada pegawai.

4. HAL-HAL LAIN

t.t …………………….

(NAMA PENUH) Pengerusi J/Kuasa Tatatertib ……………………. ………………… (NAMA PENUH) (NAMA PENUH) Ahli J/Kuasa Tatatertib Ahli J/Kuasa Tatatertib ……………………. ………………… (NAMA PENUH) (NAMA PENUH) Ahli J/Kuasa Tatatertib Ahli J/Kuasa Tatatertib

Page 23: GARIS PANDUAN MENGURUS TATATERTIB BIASA (AM) …...Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) dan Peraturan-peraturan

23

LAMPIRAN E1

SULIT

Rujukan : XYZ.KL.SULIT/87/(80) Tarikh : 8 Disember 2004 Encik RST, Ketua Pembantu Tadbir Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti XYZ Melalui dan Salinan ………….. ………….. Tuan, TINDAKAN TATATERTIB DENGAN TUJUAN BUANG KERJA ATAU TURUN PANGKAT Bahawa satu laporan telah diterima oleh Jawatankuasa Tatatertib yang menyatakan bahawa

tuan, Encik RST, Ketua Pembantu Tadbir, Gred N22, Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah

berkelakuan yang melanggar tatakelakuan dan membolehkan tindakan tatatertib diambil

terhadap tuan.

2. Pihak Berkuasa Tatatertib, setelah menimbangkan segala maklumat yang

diterima, berpendapat bahawa tuan patut dikenakan tindakan tatatertib di bawah

Peraturan 35, Peraturan-peraturan Tatatertib Badan-badan Berkanun, Jadual Kedua, Akta

Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605] atas pertuduhan berikut:

Pertuduhan

Bahawa tuan, Encik RST, (No. K.P. 490706-05-5244), Ketua Pembantu Tadbir, Gred 22,

semasa bertugas di Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah didapati tidak dapat hadir bertugas

tanpa cuti atau tanpa kebenaran atau tanpa sebab munasabah mulai 1 September

2004 hingga sekarang.

Tuan dengan itu telah melanggar Peraturan 23, Peraturan-peraturan Tatatertib Badan-

badan Berkanun, Jadual Kedua, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000

[Akta 605]. Perbuatan tuan boleh diertikan sebagai berkelakuan tidak bertanggungjawab

iaitu melanggar tatakelakuan di bawah peraturan 3(2)(g) dan (i) peraturan yang sama

seperti berikut:

“3(2) Seseorang pegawai tidak boleh –

Page 24: GARIS PANDUAN MENGURUS TATATERTIB BIASA (AM) …...Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) dan Peraturan-peraturan

24

(g) tidak bertanggungjawab;

(i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan

munasabah sebagai ingkar perintah.”

Jika tuan didapati bersalah atas pertuduhan di atas, tuan boleh dihukum mengikut

Peraturan 40, Peraturan-peraturan Tatatertib Badan-badan Berkanun, Jadual Kedua, Akta

Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605].

3. Mengikut Peraturan 35, Peraturan-peraturan Tatatertib Badan-badan Berkanun,

Jadual Kedua, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib Dan Surcaj) 2000 [Akta 605] tuan

adalah diminta membuat satu representasi secara bertulis yang mengandungi alasan-alasan

yang tuan hendak gunakan untuk membebaskan diri tuan. Representasi tersebut hendaklah

dikemukakan kepada Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib bagi Kumpulan Sokongan,

Universiti XYZ melalui Ketua Jabatan tuan dalam tempoh 21 hari dari tarikh tuan menerima

surat ini.

4. Sekiranya tuan tidak membuat representasi tersebut dalam tempoh masa yang

ditetapkan itu, tuan akan dianggap sebagai tidak membela diri, dan perkara ini akan terus

diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib bagi Kumpulan Pelaksana …… berdasarkan

keterangan-keterangan yang sedia ada sahaja.

5. Sila tuan akui penerimaan surat ini dengan menandatangani akuan terima yang

disertakan dan mohon dikembalikan.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, t.t (NAMA PENUH) Pengerusi, Jawatankuasa Tatatertib bagi Kumpulan Sokongan

Page 25: GARIS PANDUAN MENGURUS TATATERTIB BIASA (AM) …...Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) dan Peraturan-peraturan

25

LAMPIRAN E2

SULIT

Rujukan : XYZ.KL.SULIT/87/(80) Tarikh : 8 Disember 2004

Encik RST, Ketua Pembantu Tadbir Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti XYZ Melalui dan Salinan ………….. ………….. Tuan, TINDAKAN TATATERTIB BUKAN DENGAN TUJUAN BUANG KERJA ATAU TURUN PANGKAT Bahawa satu laporan telah diterima oleh Jawatankuasa Tatatertib yang menyatakan bahawa

tuan, Encik RST (No. K.P), Ketua Pembantu Tadbir, Gred N22, Bahagian Hal Ehwal Pelajar

telah berkelakuan yang melanggar tatakelakuan dan membolehkan tindakan tatatertib

diambil terhadap tuan.

2. Jawatankuasa Tatatertib, setelah menimbangkan segala maklumat yang diterima,

berpendapat bahawa tuan patut dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan 34,

Peraturan-peraturan Tatatertib Badan-badan Berkanun, Jadual Kedua, Akta Badan-badan

Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605] atas pertuduhan berikut:

Pertuduhan Pertama

Bahawa tuan, Encik RST, (No. K.P. 490706-05-5244), Ketua Pembantu Tadbir, Gred 22,

semasa bertugas di Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah didapati tidak dapat hadir bertugas

tanpa cuti atau tanpa kebenaran atau tanpa sebab munasabah selama 5 hari pada tarikh

berikut:

Tarikh Hari

i. 5 Januari 2004 Isnin

ii. 6 Januari 2004 Selasa

iii. 7 Januari 2004 Rabu

iv. 8 Januari 2004 Khamis

v. 9 Januari 2004 Jumaat

Page 26: GARIS PANDUAN MENGURUS TATATERTIB BIASA (AM) …...Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) dan Peraturan-peraturan

26

Tuan dengan itu telah melanggar Peraturan 23, Peraturan-peraturan Tatatertib Badan-

badan Berkanun, Jadual Kedua, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000

[Akta 605]. Perbuatan tuan boleh diertikan sebagai berkelakuan tidak bertanggungjawab

iaitu melanggar tatakelakuan di bawah peraturan 3(2)(g) dan (i) peraturan yang sama

seperti berikut:

“3(2) Seseorang pegawai tidak boleh –

(g) tidak bertanggungjawab;

Pertuduhan Kedua

Bahawa tuan Encik RST (No K.P), Ketua Pembantu Tadbir Gred N22 Bahagian Pentadbiran

telah didapati datang lewat ke pejabat dan balik cepat dari pejabat pada tarikh berikut:

Ogos 2004

Tarikh Hari Waktu Datang Waktu Balik

3 Ogos 2004 Selasa 8.30 pagi 3.00 petang

4 Ogos 2004 Rabu 9.00 pagi 3.00 petang

5 Ogos 2004 Khamis 9.00 pagi 3.00 petang

September 2004

15 September 2004 Rabu 9.00 pagi 3.00 petang

16 September 2004 Khamis 9.00 pagi 3.00 petang

Walaupun nasihat dan surat-surat amaran dan peringatan telah dberikan kepada tuan

melalui surat bertarikh 23 Ogos 2004 tetapi tuan masih melakukan perbuatan yang sama.

Oleh kerana itu, tuan telah melanggar waktu pejabat iaitiu di bawah Perintah Am 1(b) Bab G

Waktu Bekerja dan Lebih Masa 1974.

Perbuatan tuan oti adalah diertikan sebagai tidak bertanggungjawab dan ingkat perintah

iaitu melanggar peraturan 3(2) (g) dan (i), Peraturan-peraturan Tatatertib Badan-Badan

Berkanun, Jadual Kedua, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta

605] yang berbunyi;

“3(2) Seseorang pegawai tidak boleh –

(g) tidak bertanggungjawab;

Page 27: GARIS PANDUAN MENGURUS TATATERTIB BIASA (AM) …...Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) dan Peraturan-peraturan

27

(i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan

dengan munasabah sebagai ingkar perintah.”

Jika tuan didapati bersalah atas pertuduhan di atas, tuan boleh dihukum mengikut

Peraturan 40, Peraturan-peraturan Tatatertib Badan-badan Berkanun, Jadual Kedua, Akta

Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605].

3. Mengikut Peraturan 34, Peraturan-peraturan Tatatertib Badan-badan Berkanun,

Jadual Kedua, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib Dan Surcaj) 2000 [Akta 605] tuan

adalah diminta membuat satu representasi secara bertulis yang mengandungi alasan-alasan

yang tuan hendak gunakan untuk membebaskan diri tuan. Representasi tersebut hendaklah

dikemukakan kepada Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib bagi Kumpulan Sokongan,

Universiti XYZ melalui Ketua Jabatan tuan dalam tempoh 21 hari dari tarikh tuan menerima

surat ini.

4. Sekiranya tuan tidak membuat representasi tersebut dalam tempoh masa yang

ditetapkan itu, tuan akan dianggap sebagai tidak membela diri, dan perkara ini akan terus

diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib bagi Kumpulan Pelaksana …… berdasarkan

keterangan-keterangan yang sedia ada sahaja.

5. Sila tuan akui penerimaan surat ini dengan menandatangani akuan terima yang

disertakan dan mohon dikembalikan.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, t.t (NAMA PENUH) Pengerusi, Jawatankuasa Tatatertib bagi Kumpulan Sokongan

Page 28: GARIS PANDUAN MENGURUS TATATERTIB BIASA (AM) …...Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) dan Peraturan-peraturan

28

LAMPIRAN F

CONTOH SURAT AKUAN TERIMA (NAMA PEGAWAI DAN ALAMAT PENUH)

………………………………………………..

Tarikh: Pengerusi, Jawatankuasa Tatatertib …………… Melalui: (KETUA JABATAN / ALAMAT PENUH) Tuan, TINDAKAN TATATERTIB Saya (NAMA PENUH DAN NO. KAD PENGENALAN PEGAWAI) dengan ini mengesahkan

bahawa saya telah menerima surat tuan Bil. ………………. bertarikh ……….. pada ………….

Sekian. t.t (NAMA PENUH PEGAWAI)

Page 29: GARIS PANDUAN MENGURUS TATATERTIB BIASA (AM) …...Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) dan Peraturan-peraturan

29

LAMPIRAN G

KERTAS UNTUK PERTIMBANGAN JAWATANKUASA TATATERTIB MEMBUAT KEPUTUSAN

Cadangan untuk mengambil tindakan tatatertib ke atas Encik (NAMA, SKIM PERKHIDMATAN DAN TEMPAT BERTUGAS)

1. TUJUAN

Kertas ini dikemukakan untuk pertimbangan Jawatankuasa Tatatertib atas cadangan

untuk mengambil tindakan ke atas Encik (NAMA, SKIM PERKHIDMATAN, GELARAN

JAWATAN DAN TEMPAT BERTUGAS) kerana melanggar Peraturan-peraturan Tatatertib

Badan-badan Berkanun, Jadual Kedua, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan

Surcaj) 2000 [Akta 605].

2. BUTIR-BUTIR PEGAWAI

Nama :

No. K/P :

Tarikh lahir/Umur :

Tarikh mula dilantik dalam perkhidmatan Kerajaan

:

Tarikh dilantik dalam jawatan sekarang

:

Tarikh disahkan dalam jawatan sekarang

:

Taraf jawatan :

Jawatan semasa pelanggaran tatatertib dilakukan

:

Gaji sekarang dan mata gaji :

Tarikh pergerakan gaji :

Salinan Kenyataan Perkhidmatan pegawai seperti di Lampiran ………….

Page 30: GARIS PANDUAN MENGURUS TATATERTIB BIASA (AM) …...Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) dan Peraturan-peraturan

30

3. LATAR BELAKANG KES

a. Satu laporan telah diterima daripada (KETUA JABATAN / PEGAWAI

PELAPOR) mengenai kelakuan Encik/Cik (NAMA, SKIM PERKHIDMATAN, GELARAN

JAWATAN DAN JABATAN TEMPAT BERTUGAS) seperti berikut:

3.1.1 (Ringkasan laporan daripada Ketua Jabatan/Pegawai Pelapor). 3.1.2 ↓ 3.1.9 Salinan Laporan Ketua Jabatan / Pegawai Pelapor seperti di Lampiran ………

4. SURAT PERTUDUHAN

5.1 Jawatankuasa Tatatertib …………………….. bersetuju wujudnya kesalahan/prima

facie ke atas pegawai tersebut. Berikutan dengan itu surat pertuduhan bertarikh

………. telah dikeluarkan kepada pegawai berkenaan.

Salinan Laporan Ketua Jabatan seperti di Lampiran …………

6. JAWAPAN KEPADA PERTUDUHAN

6.1 Pegawai dalam surat jawapan kepada pertuduhan memberi penjelasan

seperti berikut:

6.1.1 (Ringkasan jawapan pegawai). 6.1.2 ↓ 5.1.9 Salinan Laporan Ketua Jabatan / Pegawai Pelapor seperti di Lampiran ………

7. ULASAN KETUA CAWANGAN / BAHAGIAN / JABATAN KE ATAS JAWAPAN KEPADA

PERTUDUHAN JIKA PERLU.

7.1 Ketua Unit / Cawangan / Bahagian / Jabatan dalam ulasannya menjelaskan

bahawa:

7.1.1 (Ringkasan ulasan Ketua Unit / Cawangan / Bahagian / Jabatan)

7.1.2

Page 31: GARIS PANDUAN MENGURUS TATATERTIB BIASA (AM) …...Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) dan Peraturan-peraturan

31

8. ULASAN URUS SETIA

7.1 Urus setia, setelah meneliti jawapan pegawai dan lain-lain maklumat yang

berkaitan berpendapat bahawa:

7.1.1 (Urus setia hendaklah memberi ulasan berdasarkan laporan surat

pertuduhan, jawapan pertuduhan, ulasan Ketua Unit / Cawangan / Bahagian/

Jabatan sekiranya ada, kepada jawapan pertuduhan dan dokumen-dokumen

lain. Urus setia TIDAK BOLEH mengesyorkan hukuman).

7.1.2

7.1.9

9. PERAKUAN

9.1.1 Jawatankuasa Tatatertib adalah dengan ini diminta membuat keputusan.

Page 32: GARIS PANDUAN MENGURUS TATATERTIB BIASA (AM) …...Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) dan Peraturan-peraturan

32

LAMPIRAN H

Minit Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib ….. yang ke …… yang telah diadakan pada hari ………. jam …….. di ………. 1. KEHADIRAN

Pengerusi i) Gelaran Jawatan : ii) Skim Perkhidmatan dan gred : iii) Nama Jabatan / Bahagian : iv) Nama Pegawai :

Ahli (a)

i) Gelaran Jawatan : ii) Skim Perkhidmatan dan Gred : iii) Nama Jabatan / Bahagian : iv) Nama Pegawai :

Ahli (b)

i) Gelaran Jawatan : ii) Skim Perkhidmatan dan Gred : iii) Nama Jabatan / Bahagian : iv) Nama Pegawai :

Ahli (c)

i) Gelaran Jawatan : ii) Skim Perkhidmatan dan Gred : iii) Nama Jabatan / Bahagian : iv) Nama Pegawai :

Ahli (d) i) Gelaran Jawatan :

ii) Skim Perkhidmatan dan Gred : iii) Nama Jabatan / Bahagian : iv) Nama Pegawai :

Turut hadir i) Gelaran Jawatan : ii) Skim Perkhidmatan dan Gred : iii) Nama Jabatan / Bahagian : iv) Nama Pegawai :

2. PERKARA-PERKARA YANG DIPERTIMBANGKAN KERTAS LTT.BIL.2/2004 Rujukan. SULIT.ABC.TT.01111(11) Pegawai Tadbir Gred N41 Pejabat Bendahari,

Page 33: GARIS PANDUAN MENGURUS TATATERTIB BIASA (AM) …...Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) dan Peraturan-peraturan

33

Kolej Universiti XXXX KERTAS LTT.BIL.4/2004 Rujukan.SULIT.ABC.TT.00001/(12) Puan UVM, Jurutera, Gred J48, Bahagian Pembangunan, Kolej Universiti MMM

3. KEPUTUSAN MESYUARAT

Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib setelah menimbangkan kertas-kertas yang

dikemukakan telah membuat keputusan seperti berikut:

1. Asas-asas keputusan

1.1 Asas-asas bagaimana Jawatankuasa Tatatertib mendapati pegawai

bersalah atau tidak.

1.2 Asas-asas hukuman jika pegawai didapati bersalah.

2. Hukuman

Berdasarkan alasan-alasan di atas Jawatankuasa Tatatertib membuat

keputusan mengenakan hukuman …………. mengikut Peraturan 40,

Peraturan-peraturan Tatatertib Badan-badan berkanun, Jadual Kedua, Akta

Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605]

KERTAS LTT.BIL.2/2004 Encik XYZ

1. Asas-asas keputusan

2. Hukuman

KERTAS LTT. BIL.4/2004

1. Asas-asas keputusan

2. Hukuman

4. HAL-HAL LAIN

t.t …………………….

(NAMA PENUH) Pengerusi J/Kuasa Tatatertib t.t ……………………. (NAMA PENUH)

Page 34: GARIS PANDUAN MENGURUS TATATERTIB BIASA (AM) …...Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) dan Peraturan-peraturan

34

Ahli J/Kuasa Tatatertib t.t ……………………. (NAMA PENUH) Ahli J/Kuasa Tatatertib

Page 35: GARIS PANDUAN MENGURUS TATATERTIB BIASA (AM) …...Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) dan Peraturan-peraturan

35

LAMPIRAN I

SURAT PEMBERITAHUAN KEPUTUSAN JAWATANKUASA TATATERTIB KEPADA YANG DITUDUH Nama Pegawai (ALAMAT PENUH) Melalui dan Salinan (NAMA PENUH KETUA UNIT / CAWANGAN / BAHAGIAN / JABATAN DAN ALAMAT

PENUH)

Tuan,

TINDAKAN TATATERTIB

Jawatankuasa Tatatertib di dalam mesyuarat yang ke ……….. pada …………. setelah

menimbangkan dengan teliti pertuduhan ke atas tuan dan jawapan yang diberi oleh

tuan, memutuskan bahawa tuan dikenakan hukuman (NYATAKAN HUKUMAN)

mengikut Peraturan 40 ( ), Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Jadual Ketiga, Bahagian II

Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605].

2. Mengikut Peraturan 20, Jadual Ketiga, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib

dan Surcaj) 2000 [Akta 605], tuan adalah dengan ini diberi peluang untuk membuat

rayuan kepada Jawatankuasa Rayuan Tatatertib melalui Ketua Jabatan tuan dalam

tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan surat keputusan Jawatankuasa Tatatertib ini.

3. Sila tuan akui penerimaan surat ini dengan menandatangani surat akuan terima

yang diserahkan dan kembalikan.

t.t (NAMA PENUH) b.p. Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib …………………