apakah kaitan taksonomi bloom dengan band _ pentaksiran berasaskan sekolah.pdf

3
8/2/14 Apakah kaitan taksonomi bloom dengan band | Pentaksiran Berasaskan Sekolah ohmypbs.blogspot.com/2013/01/apakah-kaitan-taksonomi-bloom-dengan.html 1/3 13th January 2013 Taksonomi Bloom Kebanyakan ujian di dalam bilik darjah bertujuan mengetahui tahap kognitif pelajar. Menurut Benjamin S. Bloom, aras kognitif boleh dibahagikan kepada 6 tahap, iaitu: Pengetahuan, Kefahaman, Aplikasi, Analisis, Sintesis dan Penilaian. Aras Pengetahuan Aras ini menguji sejauh mana keupayaan pelajar untuk mengingat kembali fakta atau pengetahuan telah dipelajari. Terdapat tiga peringkat dalam aras pengetahuan ini : 1. Pengetahuan fakta khusus berkaitan dengan istilah berbentuk perkataan atau symbol. 2. Pegetahuan tentang cara mengendalikan sesuatu yang meliputi pengetahuan tentang proses, aliran, pemeringkatan, penjenisan, teknik atau prosedur tertentu dalam menyelesaikan masalah. 3. Pengetahuan tentang perkara yang bersifat sejagat dan abstrak dalam sesuatu bidang. Contonya; siapa,apa, di mana, bila, beri definisi, senaraikan, dan nyatakan. Ciri-ciri soalan aras pengetahuan: • Pelajar perlu menggunakan proses mental. • Pengetahuan yang diminta hendaklah sama dengan pebgajaran guru. • Soalan tidak memerlukan pelajar mengubah pengetahuan dalam bentuk baru.• Jawapan dapat ditentukan dengan mudah sama ada salah atau betul. Aras Kefahaman Aras ini memerlukan keupayaan pelajar member huraian atau makna sesuatu perkara. Aras kefahaman ini terbahagi kepada tiga: Apakah kaitan taksonomi bloom dengan band

Upload: yan-kew-tan

Post on 24-Dec-2015

23 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Apakah kaitan taksonomi bloom dengan band _ Pentaksiran Berasaskan Sekolah.pdf

8/2/14 Apakah kaitan taksonomi bloom dengan band | Pentaksiran Berasaskan Sekolah

ohmypbs.blogspot.com/2013/01/apakah-kaitan-taksonomi-bloom-dengan.html 1/3

13th January 2013

Taksonomi Bloom

Kebanyakan ujian di dalam bilik darjah bertujuan mengetahui tahap kognitif pelajar. Menurut Benjamin S. Bloom,

aras kognitif boleh dibahagikan kepada 6 tahap, iaitu: Pengetahuan, Kefahaman, Aplikasi, Analisis, Sintesis dan

Penilaian.

Aras Pengetahuan

Aras ini menguji sejauh mana keupayaan pelajar untuk mengingat kembali fakta atau pengetahuan telah dipelajari.

Terdapat tiga peringkat dalam aras pengetahuan ini :

1. Pengetahuan fakta khusus berkaitan dengan istilah berbentuk perkataan atau symbol.

2. Pegetahuan tentang cara mengendalikan sesuatu yang meliputi pengetahuan tentang proses, aliran,

pemeringkatan, penjenisan, teknik atau prosedur tertentu dalam menyelesaikan masalah.

3. Pengetahuan tentang perkara yang bersifat sejagat dan abstrak dalam sesuatu bidang. Contonya; siapa,apa, di

mana, bila, beri definisi, senaraikan, dan nyatakan.

Ciri-ciri soalan aras pengetahuan:

• Pelajar perlu menggunakan proses mental.

• Pengetahuan yang diminta hendaklah sama dengan pebgajaran guru.

• Soalan tidak memerlukan pelajar mengubah pengetahuan dalam bentuk baru.• Jawapan dapat ditentukan dengan

mudah sama ada salah atau betul.

Aras Kefahaman

Aras ini memerlukan keupayaan pelajar member huraian atau makna sesuatu perkara. Aras kefahaman ini terbahagi

kepada tiga:

Apakah kaitan taksonomi bloom dengan band

Page 2: Apakah kaitan taksonomi bloom dengan band _ Pentaksiran Berasaskan Sekolah.pdf

8/2/14 Apakah kaitan taksonomi bloom dengan band | Pentaksiran Berasaskan Sekolah

ohmypbs.blogspot.com/2013/01/apakah-kaitan-taksonomi-bloom-dengan.html 2/3

Penterjemahan

• Menterjemah bahasa lain ke bahasa lain tanpa mengubah makna asal.

Mentafsir (Interpretasi)

• Mentafsir idea/ mesej tersirat dan tersurat.

• Menerangkan idea dalam ayat sendiri.

Ekstrapolasi

• Membuat inferens tentang apa yang akan berlaku pada masa hadapan berdasarkan maklumat yang diberikan/

terima.

Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras kefahaman ini anataranya jelaskan, huraikan, terangkan,

mengapakah, bezakan, nyatakan, dan kelaskan.

Ciri-ciri soalan aras kefahaman

• Proses mental

• Maklumat asas telah diajar

• Perlu bahan atau alat komunikasi

• Pelajar menyatakan kefahaman mereka sendiri.

Aras Aplikasi

Aras ini menguji keupayaan pelajar menggunakan konsep, teori, prinsip, hukum, dan prosedur. Aras ini memerlukan

pelajar benar-benar memahami segala konsep, teori, hukum, untuk menyelesaikan masalah. Perkataan yang sering

digunakan dalam soalan bagi aras aplikasi antaranya kirakan, selesaikan, susunkan, dan gunakan.

Ciri-ciri soalan aras aplikasi

• Menggunakan proses mental aplikasi

• Soalan melibatkan tiga frasa iaitu

• Masalah situasi yang baru tidak dengan masalah yang dibincangkan dalam bilik darjah.

Aras Analisis

Aras ini mengkehendaki pelajar untuk memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan memperlihatkan

pertalian antara unsur-unsur. Aras ini menekankan keupayaan pelajar mengenal pasti unsur-unsur dan struktur yang

mengaitkan unsur-unsur.

Jenis-jenis aras analisis

1. Analisis unsur – memerlukan pelajar menetukan unsur-unsur. Pelajar juga perlu mencari bukti untuk menyokong

unsur yang sedia ada.

2. Analisis hubungan – membuat perkaitan bukti dengan hipotesis.

3. Analisis prinsip – pelajar mengenal pasti prinsip sesuatu organisasi yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu

dengan mengenalisis tujuan, pandangan dan pendirian.

Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah kenapakah, mengapa, apakah faktor, buatkan

rumusan dan buktikan.

Ciri-ciri soalan aras analisis

• Soalan menggunakan proses mental analisis

Page 3: Apakah kaitan taksonomi bloom dengan band _ Pentaksiran Berasaskan Sekolah.pdf

8/2/14 Apakah kaitan taksonomi bloom dengan band | Pentaksiran Berasaskan Sekolah

ohmypbs.blogspot.com/2013/01/apakah-kaitan-taksonomi-bloom-dengan.html 3/3

• Situasi masalah berbeza daripada pengalaman dalam bilik darjah.

• Situasi, dokumen perlu dianalisis

• Soalan memerlukan fikiran kritik, bukan mengulang pengetahan yang dipelajari.

Aras Sintesis

Aras ini memerlukan keupayaan pelajar untuk menggabungkan sesuatu struktur kepada yang lebih jelas.

Jenis-jenis soalan aras sintesis.

1. Sintesis penyampaian – menghurai dan menarik minat.

2. Sintesis himpunan – satu himpunan perlakuan.

3. Sintesis cadangan – cadangan melalui andaian, analisis dan hubungan yang abstrak.

Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah ramalkan, hasilkan, tuliskan, cadangan, dan apa

akan berlaku.

Aras Penilaian

Aras ini menguji keupayaan pelajar menilai sesuatu perkara berasakan kriteria yang perlu diketahui. Pelajar perlu

membuat pertimbangan tentang nilao sesuatu idea hasil kerja penyelesaian bahan, sesuatu idea atau sebagainya.

Pertimbangan dibuat dengan piawaian tertentu seperti tepat, berkesan, memuaskan, baik, buruk dan lain-lain.

Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah pertimbangkan, rumuskan, nilaikan, kritikkan,

buktikan, dan huraikan.

Posted 13th January 2013 by Dini sang pencinta ilmu

Enter your comment...

Comment as: Google Account

Publish

Preview

0 Add a comment