detailed environmental impact assessment...bukit palong, port dickson sebagai kaedah pelupusan utama...

32
JABATAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL NEGARA KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN DETAILED ENVIRONMENTAL IMPACT ASSESSMENT FOR PROPOSED DEVELOPMENT OF SOLID WASTE SANITARY LANDFILL AT LADANG TANAH MERAH NEGERI SEMBILAN Volume I Executive Summary GUNUNG-GANANG CORPORATION SDN BHD (476117-P) No. 53-2, Jalan SP2/1, Seksyen 2, Taman Serdang Perdana 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan Tel: 03-8941 5308/9 Fax: 03-8942 2469 Email: [email protected] May 2011

Upload: others

Post on 01-Jan-2020

102 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

JABATAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL NEGARA

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

DETAILED ENVIRONMENTAL IMPACT ASSESSMENT

FOR

PROPOSED DEVELOPMENT OF SOLID WASTE

SANITARY LANDFILL AT LADANG TANAH MERAH

NEGERI SEMBILAN

Volume I – Executive Summary

GUNUNG-GANANG CORPORATION SDN BHD (476117-P) No. 53-2, Jalan SP2/1, Seksyen 2, Taman Serdang Perdana

43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan Tel: 03-8941 5308/9 Fax: 03-8942 2469 Email: [email protected]

May 2011

RINGKASAN EKSEKUTIF

DETAILED ENVIRONMENTAL IMPACT ASSESSMENT FOR PROPOSED DEVELOPMENT OF SOLID WASTE SANITARY LANDFILL AT LADANG TANAH MERAH NEGERI SEMBILAN

Mukasurat i

GUNUNG-GANANG

DEIA FOR PROPOSED DEVELOPMENT OF SOLID WASTE SANITARY LANDFILL

AT LADANG TANAH MERAH NEGERI SEMBILAN

ISI KANDUNGAN

Muka

surat

ISI KANDUNGAN i

SENARAI JADUAL i

SENARAI RAJAH i

1.0 PENGENALAN RE-1

2.0 KEPERLUAN PROJEK RE-1

3.0 PILIHAN PROJEK RE-5

4.0 HURAIAN PROJEK RE-6

5.0 AKTIVITI PROJEK RE-9

6.0 KEADAAN ALAM SEKITAR SEDIA ADA RE-10

7.0 POTENSI IMPAK ALAM SEKITAR, LANGKAH-LANGKAH TEBATAN

DAN IMPAK-IMPAK TINGGALAN

RE-14

8.0 PENILAIAN RISIKO KUANTITATIF RE-24

9.0 PENILAIAN EKONOMI TERHADAP KESAN ALAM SEKITAR RE-25

10.0 PELAN PENGURUSAN ALAM SEKITAR RE-25

11.0 KESIMPULAN

RE-26

SENARAI JADUAL

Jadual RE-1: Anggaran Peningkatan Penduduk Daerah di Negeri Sembilan RE-3

Jadual RE-2: Anggaran Sisa Pepejal Masuk di Tapak Pelupusan (2011 – 2015) RE-3

Jadual RE-3: Cadangan Jadual Pembangunan RE-8

Jadual RE-4: Ringkasan Potensi Impak, Langkah-langkah Tebatan dan Impak

Tinggalan

RE-15

SENARAI RAJAH

Rajah RE-1: Lokasi tapak Cadangan Projek RE-2a

Rajah RE-2: Lokasi Tapak Pelupusan Sedia Ada di Negeri Sembilan RE-4

Rajah RE-3: Pelan Susunatur Umum Cadangan Projek RE-6a

Rajah RE-4: Lokasi-lokasi Persampelan Air Kualiti Permukaan, Akuatik Flora

dan Fauna

RE-11

Rajah RE-5: Guna Tanah dalam lingkungan 5 km dari tapak Cadangan

Projek

RE-14a

DETAILED ENVIRONMENTAL IMPACT ASSESSMENT FOR PROPOSED DEVELOPMENT OF SOLID WASTE SANITARY LANDFILL AT LADANG TANAH MERAH NEGERI SEMBILAN

RE - 1

GUNUNG-GANANG

RINGKASAN EKSEKUTIF

1.0 PENGENALAN

Projek tersebut bertajuk Cadangan Pembangunan Tapak Pelupusan Sanitari Sisa

Pepejal di Ladang Tanah Merah, Negeri Sembilan (selepas ini dikenali sebagai

“Cadangan Projek”).

Cadangan Projek tersebut merangkumi kawasan seluas 120.0 ha di atas sebahagian

Lot 7212, Mukim Jimah, Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan (Rajah RE-1). Ia berada

dalam GPS koordinat N 02°40‟07.5” dan N 02°39‟46.4”; dan E 101°48‟29.4” dan

E 101°49‟23.5”. Tapak tersebut telah diwartakan sebagai tapak pelupusan sisa pepejal di

dalam Draf Rancangan Tempatan Daerah Port Dickson, 2007-2020.

Pengerak Projek, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) telah melantik

Gunung-Ganang Corporation Sdn. Bhd. (GGC) sebagai Perunding Kajian EIA bagi

menjalankan kajian penilaian kesan terhadap alam sekeliling bagi Cadangan Projek.

Terma Rujukan bagi DEIA telah diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada

26hb Oktober 2010.

2.0 KEPERLUAN PROJEK

(a) Penjanaan Sisa Pepejal dan Anggaran

Negeri Sembilan mempunyai penduduk seramai hampir 860,000 pada tahun 2000 dan

dianggarkan meningkat kepada 1,165,200 pada tahun 2020 (Jadual RE-1). Jangkaan

peningkatan penduduk dan pengaliran masuk pelancong serta pembangunan Port

Dickson sebagai destinasi pelancong, lebih banyak sisa pepejal dijangka akan dihasilkan.

Jangkaan peningkatan jumlah penduduk menunjukkan kemungkinan peningkatan dalam

penghasilan jumlah sisa pepejal umum di empat daerah iaitu; Daerah Seremban, Port

Dickson, Rembau dan Tampin (Jadual RE-2). Maka, kawasan tanah pelupusan yang

mencukupi dengan langkah-langkah kawalan pencemaran alam sekitar adalah penting

untuk menampung pemintaan kini mahupun jumlah sisa yang dihasilkan pada masa

depan.

(b) Pelupusan Sisa Pepejal

Terdapat sebanyak lapan tapak pelupusan di Negeri Sembilan (Rajah RE-2).

Kebanyakannya telah mencapai tahap kapasiti maksimum.

DETAILED ENVIRONMENTAL IMPACT ASSESSMENT FOR PROPOSED DEVELOPMENT OF SOLID WASTE SANITARY LANDFILL AT LADANG TANAH MERAH

NEGERI SEMBILAN

RE - 2

GUNUNG-GANANG

Kini terdapat dua tapak pelupusan beroperasi di Daerah Port Dickson, satu di Bukit

Palong dan satu lagi di Sua Betong. Dengan kerja-kerja menaiktaraf, tapak pelupusan

Bukit Palong dan Sua Betong masing-masing mempunyai kapasiti sebanyak 550 tan/hari

dan 30 tan/hari. Kedua-dua tapak pelupusan ini dijangka akan ditutup selepas Cadangan

Projek siap dibina.

Dianggarkan lebih kurang 933 tan/hari sisa pepejal dihasilkan pada tahun 2011 dan akan

meningkat kepada 1,010 tan/hari pada tahun 2015.

(c) Justifikasi

Sudah pastinya satu tapak pelupusan sanitari diperlukan di Daerah Port Dickson kerana

kedua-dua tapak pelupusan yang sedia ada di Bukit Palong dan Sua Betong telah

mencapai tahap kapasitinya. Penjanaan sisa pepejal di Port Dickson dan kawasan

perkhidmatan yang lebih luas merangkumi Daerah Seremban, Rembau dan Tampin

dijangkakan akan meningkat melebihi 8 peratus antara tahun 2011-2015. Oleh yang

demikian keadaan ini boleh dianggap kritikal.

Pelupusan sisa pepejal awam di atas tapak buangan memberikan ancaman yang nyata

terhadap alam sekeliling mahupun kepada kesihatan komuniti yang tinggal berdekatan

dengan tapak buangan. Antara masalah-masalah yang dihadapi adalah pencemaran

larut resapan pada laluan air permukaan dan air bawah tanah, bau busuk, peningkatan

jumlah lalat-lalat dan haiwan-haiwan perosak lain yang boleh mendatangkan isu-isu

kesihatan umum, peningkatan dalam jumlah pencari barang-barang buangan dan risiko

pembakaran yang disebabkan pengurusan gas metana yang tidak sesuai. Kekurangan

dalam rekabentuk dan langkah-langkah kawalan pencemaran khususnya dalam

menangani gas tapak pelupusan dan potensi pembakaran terbuka sisa-sisa dalam tapak,

kedua-dua tapak pelupusan di Port Dickson mempunyai potensi yang tinggi dalam

melepaskan gas-gas rumah hijau iaitu karbon dioksida, metana dan nitrous oksida,

kesemuanya menyumbangkan kepada penukaran iklim yang kurang baik.

Maka kaedah yang dicadangkan untuk melupus sisa pepejal umum adalah melalui tapak

pelupusan sanitari serta boleh dilihat sebagai cara yang paling berfaedah dan praktikal

untuk memenuhi kehendak masyarakat dan alam sekitar. Cadangan Projek juga

mempunyai bahagian tambahan dalam bentuk kemudahan kitar semula bahan (MRF),

dan kilang kompos untuk sisa tumbuhan hijau. Dari segi skala ekonomi, adalah

berpatutan untuk mencari satu tapak yang tidak terlalu jauh dari tapak pelupusan asal.

Apabila siap kelak, Cadangan Projek bukan sahaja dapat menggantikan tapak pelupusan

di Bukit Palong dan Sua Betong tetapi juga mempunyai kapasiti yang mencukupi untuk

menampung sisa dari Daerah Tampin dan juga memberi sokongan kepada tapak-tapak

pelupusan di Pajam dan Chembong.

DETAILED ENVIRONMENTAL IMPACT ASSESSMENT FOR PROPOSED DEVELOPMENT OF SOLID WASTE SANITARY LANDFILL AT LADANG TANAH MERAH NEGERI SEMBILAN

RE - 2a

GUNUNG-GANANG

Rajah RE-1: Lokasi tapak Cadangan Projek

Sumber: Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Siri DNMM 5101. No. Lembaran 142 & 143. Skala 1:50,000

Tapak Cadangan

Projek

DETAILED ENVIRONMENTAL IMPACT ASSESSMENT FOR PROPOSED DEVELOPMENT OF SOLID WASTE SANITARY LANDFILL AT LADANG TANAH MERAH NEGERI SEMBILAN

RE - 3

GUNUNG-GANANG

Jadual RE-1: Anggaran Peningkatan Penduduk Daerah di Negeri Sembilan

Daerah Jumlah Penduduk

2000 2020

Seremban 397,185 594,000

Port Dickson 110,350 150,000

Jempol 129,733 150,000

Kuala Pilah 65,980 75,000

Tampin 79,825 100,000

Jelebu 38,526 44,200

Rembau 38,325 52,000

Jumlah 859,924 1,165,200

Sumber: Rancangan Struktur Negeri Sembilan 2001 – 2020.

Jadual RE-2: Anggaran Sisa Pepejal Masuk di Tapak Pelupusan (2011 – 2015)

Tempoh

Operasi

(Jumlah)

Sisa Besar

(tan/tahun)

Kitar Semula

(tan/tahun)

Tempatan

(tan/tahun)

Jumlah sisa

(tan/tahun)

Sisa Purata

(tan/hari)

2011 17,027 34,055 289,463 340,545 933

2012 17,368 34,736 295,253 347,356 952

2013 17,715 35,430 301,158 354,303 971

2014 18,069 36,139 307,181 361,389 990

2015 18,431 36,862 313,824 368,617 1,010

Jumlah 88,610 177,221 1,506,378 1,772,210

Nota: Asas pengiraan untuk penghasilan sisa pepejal:

- Penduduk untuk daerah-daerah Port Dickson, Seremban, Tampin and Rembau ialah 625,685 (Banci

tahun 2000)

- Pertumbuhan Penduduk pada kadar 2% setiap tahun

- Penduduk pada tahun 2010 ialah 762,706

- Jangkaan penghasilan sisa pada kadar 1.2 kg/orang/hari

DETAILED ENVIRONMENTAL IMPACT ASSESSMENT FOR PROPOSED DEVELOPMENT OF SOLID WASTE SANITARY LANDFILL AT LADANG TANAH MERAH

NEGERI SEMBILAN

RE - 4

GUNUNG-GANANG

Rajah RE-2: Lokasi Tapak Pelupusan Sedia Ada di Negeri Sembilan

Pajam

Sg. Muntuh

Kok Poh

Kg. Keru

Ulu Maasop

Chembong

Sua Betong

Bkt. Palong

Ldg. Tanah Merah

Petunjuk:

Tapak Buangan

Sedia ada

Cadangan Tapak

Pelupusan Sanitari

DETAILED ENVIRONMENTAL IMPACT ASSESSMENT FOR PROPOSED DEVELOPMENT OF SOLID WASTE SANITARY LANDFILL AT LADANG TANAH MERAH NEGERI SEMBILAN

RE - 5

GUNUNG-GANANG

3.0 PILIHAN PROJEK

Laporan DEIA ini merangkumi analisa pemilihan yang berikut:

Pilihan tapak.

Pilihan sistem pengurusan sisa.

Pilihan “Tanpa Projek”.

(a) Pilihan Tapak

Faktor-faktor yang menyumbang kepada pemilihan tapak:

Terletak lebih kurang 12 km dari tapak pelupusan sedia ada dan mempunyai

kemudahan jalanraya yang baik.

Terletak di sebelah bahagian barat Pusat Pengurusan Bersepadu Sisa

Terjadual (ISWMC) oleh Kualiti Alam Sdn. Bhd. dan berkongsi zon penampan

yang sama.

ISWMC turut mempunyai tapak pelupusan yang selamat untuk pelupusan sisa

terjadual dan sisa dari loji pembakaran. Oleh yang demikian, ia boleh

diekstrapolasikan bahawa ciri-ciri keadaan geologi dan tanah bagi cadangan

tapak pelupusan adalah sesuai untuk pelupusan sisa pepejal awam dari

sumber kawasan penduduk, komersial, industri dan pembinaan.

Risiko tapak pelupusan sanitari dari segi keselamatan dan isu-isu kesihatan

alam sekitar adalah kurang daripada kemudahan sisa terjadual.

Tiada mukasauk di hilir tapak.

Tidak terletak di lingkungan kawasan banjir.

Laluan pengangkutan untuk sebahagian besar kawasan perkhidmatan akan

dikekalkan kerana berdekatan dengan tapak pelupusan yang sedia ada.

Penerimaan daripada pihak awam dijangkakan tidak menjadi isu kerana

ISWMC adalah terletak di bahagian sempadan timur tapak.

(b) Pilihan Sistem Pengurusan Sisa Pepejal

Penggerak Projek telah mengambilkira teknologi yang sedia ada dalam pemilihan

komponen-komponen tapak pelupusan sanitari, iaitu tapak pelupusan, kilang kompos dan

kemudahan pemerolehan semula bahan. Faktor-faktor utama yang mempengaruhi

pemilihan adalah keberkesanan yang terbukti, mesra alam sekitar, keberkesanan kos,

kecekapan beroperasi termasuk rekabentuk dan pembuatan.

(c) Pilihan “Tanpa Projek”

Pilihan “Tanpa Projek” merujuk kepada penggunaan tapak pelupusan yang sedia ada di

Bukit Palong, Port Dickson sebagai kaedah pelupusan utama atau “Tanpa Buat Apa-Apa”

yang sudah pasti akan menyebabkan kesan terhadap alam sekitar dan kesihatan yang

tidak diingini.

DETAILED ENVIRONMENTAL IMPACT ASSESSMENT FOR PROPOSED DEVELOPMENT OF SOLID WASTE SANITARY LANDFILL AT LADANG TANAH MERAH

NEGERI SEMBILAN

RE - 6

GUNUNG-GANANG

4.0 HURAIAN PROJEK

(a) Konsep Projek

Cadangan Projek adalah direkabentuk untuk menerima lebih kurang 900 tan sehari sisa

pepejal awam dari Daerah Seremban, Port Dickson, Tampin dan Rembau. Ianya akan

dibangunkan dalam beberapa fasa untuk jangka masa hayat 25 tahun. Fasa pertama

melibatkan kerja pembinaan dan operasi dikenali sebagai “Cell 1” yang mempunyai

keluasan 15 ha. Dua fasa yang lain akan disimpan untuk keperluan masa depan.

Cadangan Projek akan direkabentuk sehingga tapak pelupusan Tahap 4 yang dilengkapi

dengan paip pengumpulan larut resapan and gas, kolam pengumpulan larut resapan dan

loji pengolahan larut resapan. Pelan susunatur Cadangan Projek ditunjukkan di dalam

Rajah RE-3 dan ciri-ciri utama konsep rekabentuk adalah seperti berikut:

Jumlah Keluasan Projek : 120.0 ha

Keluasan Cell 1 : 15.0 ha

Jangka hayat Cell 1 : 5 tahun

Isipadu Cell : 2,400,000 meter padu

Ketinggian purata isian sisa : 20 meter

Rekabentuk tapak pelupusan : Semi-aerobik

Sistem pengumpulan larut resapan : Paip HDPE

Sistem pengawalan larut resapan : Tanah liat lapik geo-sintetik liner dan membran

HDPE

Pengurusan larut resapan : Peredaran balik ke cell, pelepasan terakhir akan

mematuhi Jadual Kedua (Syarat-syarat yang

boleh diterima bagi pembuangan larut resapan)

Peraturan 13 dari Peraturan-Peraturan Kualiti

Alam Sekeliling (Kawalan Pencemaran

daripada Stesen Pemindahan Sisa Pepejal and

Kambusan Tanah) 2009.

Pengurusan gas tapak pelupusan : Paip menegak

Kemudahan pemerolehan semula

bahan (MRF)

: 2 ha (2 unit, 1 ha setiap unit)

Kawasan Kompos : 2.3 ha

Cell lengai : 2.25 ha (3 ruang, 0.75 ha setiap satu)

(b) Pengurusan Air Permukaan

Kolam tadahan seluas 3.6 ha telah diperuntukkan untuk mengurangkan kemuncak aliran

dari Cadangan Projek dan digunapakai sebagai kolam perangkap pepejal terampai yang

akan mengurangkan pemendapan di Sg. Anak Air Unyai. Sistem peparitan akan dibina di

Cell 1 untuk mengalihkan air larian permukaan and mengurangkan penghasilan larut

resapan serta hakisan tanah.

DETAILED ENVIRONMENTAL IMPACT ASSESSMENT FOR PROPOSED DEVELOPMENT OF SOLID WASTE SANITARY LANDFILL AT LADANG TANAH MERAH NEGERI SEMBILAN

RE - 6a

GUNUNG-GANANG

Rajah RE-3: Pelan Susunatur Umum Cadangan Projek

DETAILED ENVIRONMENTAL IMPACT ASSESSMENT FOR PROPOSED DEVELOPMENT OF SOLID WASTE SANITARY LANDFILL AT LADANG TANAH MERAH NEGERI SEMBILAN

RE - 7

GUNUNG-GANANG

(c) Operasi dan Penyenggaraan Tapak Pelupusan

Operasi dan penyenggaraan di tapak pelupusan akan melibatkan penerimaan sisa yang

diangkut, pemeriksaan sisa, penimbangan trak sisa, aktiviti pembuangan, pembentangan,

pemadatan, pengaulan serta penutupan sisa pepejal dengan bahan penutup.

(d) Kemudahan Pemerolehan Semula Bahan

MRF akan direkabentuk untuk mengasingkan bahan kitar semula melalui gabungan

pengasingan secara manual dan mekanikal. Sisa yang diterima di kemudahan ini adalah

dari institusi, komersial serta industri dan dijangkakan sebanyak 180 tan sehari.

(e) Sistem Pengurusan Larut Resapan

Pembangunan proses reaktor kumpulan berurutan (SBR) dan pengapungan udara

terlarut (DAF) akan digunakan sebagai pengolahan utama. Effluen tersebut akan melalui

pengolahan kimia kogulasi-flokulasi untuk mengeluarkan logam-logam berat dan

memperbaiki warnanya.

Sisa bahan-bahan pencemar (COD, malodour dan ammonia) yang tertinggal akan

dikeluarkan melalui proses pembaikian terakhir dengan penyerapan pada permukaan

karbon aktif dalam kolum penapis. Penapis karbon akan mengeluarkan banyak saki-baki

campuran sama sekali.

Logi pengolahan larut resapan (LTP) akan mempunyai bahagian-bahagian yang berikut:

Penapis fizikal untuk mengeluarkan bahan pepejal kasar di ruang pengepam

Kolam penakungan larut resapan mentah

Kolam SBR

Kolam memasuki DAF

DAF

Pasir dan penapis karbon

Penekan tapisan untuk kemudahan mengering lumpur

Rekabentuk LTP untuk fasa pertama adalah berdasarkan pada kadar larut resapan

575 m3 sehari. Larut resapan yang telah dirawat akan digunakan untuk pencucian dan

pembersihan.

(f) Sistem Pengurusan Gas Tapak Pelupusan

Saluran paip menegak akan ditempatkan dalam Cell supaya gas tapak pelupusan dapat

dilepaskan secara pasif.

(g) Cadangan Jadual Pembangunan

Jadual RE-3 menunjukkan cadangan jadual pembangunan keseluruhan pelaksanaan

Cadangan Projek. Ia dijangkakan beroperasi pada September 2012.

DETAILED ENVIRONMENTAL IMPACT ASSESSMENT FOR PROPOSED DEVELOPMENT OF SOLID WASTE SANITARY LANDFILL AT LADANG TANAH MERAH NEGERI SEMBILAN

RE - 8

GUNUNG-GANANG

Jadual RE-3: Cadangan Jadual Pembangunan

Aktiviti Tahun

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26-30 31-35

Pembersihan tapak dan

Kerja-kerja tanah

Pembinaan Cell 1

Kerja-kerja kejuruteraan

dan struktur

Kerja-kerja mekanikal dan

elektrik

Pemasangan alat-alat

kelengkapan dan jentera

Pembinaan Cell 2

Penutupan selamat dan

Pemuliharaan Cell 1

Pembinaan Cell 3

Penutupan selamat dan

Pemuliharaan Cell 2

Operasi dan

penyelenggaraan tapak

pelupusan

Pengurusan penutupan

terakhir

DETAILED ENVIRONMENTAL IMPACT ASSESSMENT FOR PROPOSED DEVELOPMENT OF SOLID WASTE SANITARY LANDFILL AT LADANG TANAH MERAH NEGERI SEMBILAN

RE - 9

GUNUNG-GANANG

5.0 AKTIVITI PROJEK

Secara amnya, pembangunan Cadangan Projek boleh dibahagikan kepada beberapa

peringkat yang berikut:

(a) Pra-Pembinaan

Kebanyakan aktiviti-aktiviti seperti tinjauan dan penyiasatan semasa peringkat pra-

pembinaan mempunyai sedikit ataupun tiada kesan negatif yang signifikan pada alam

sekeliling. Oleh itu, langkah tebatan tidak diperlukan pada peringkat ini.

(b) Pembinaan

Pembinaan Cadangan Projek melibatkan aktiviti-aktiviti utama yang berikut:

Pembersihan tapak lebih kurang 50 ha kawasan tanah untuk pembangunan

fasa 1 termasuk Cell 1, kolam tadahan, loji pengolahan larut resapan, MRF,

bengkel, pejabat, kawasan sisa lengai, kawasan kompos dan sebahagian

daripada Cell 3 untuk penyimpanan tanah berlebihan serta satu jalan masuk

kekal ke tapak Cadangan Projek.

Aktiviti-aktiviti kerja tanah termasuk pemotongan dan penebatan permukaan

mendatar kepada tahap yang dikehendaki. Tanah berlebihan sebanyak

1,650,359 m3 akan disimpan di Cell 3 sebagai bahan penutupan harian

semasa fasa operasi.

Pembinaan tapak pelupusan sanitari, infrastruktur dan utiliti termasuk jalan

kekal.

Pemasangan alat-alat kelengkapan dan jentera.

(c) Operasi dan Penyelenggaraan

Sisa pepejal dari Daerah Port Dickson, Seremban, Tampin dan Rembau akan dibawa ke

tapak Cadangan Projek melalui Jalan Persekutuan 5 dan jalan masuk kekal. Di pintu

masuk Cadangan Projek, trak-trak sisa pepejal akan diperiksa dan direkodkan jenis sisa,

berat serta punca asalnya. Hanya sisa yang tidak merbahaya dan bukan terjadual dari

kawasan perbandaran, perindustrian, komersial, institusi (ICI) dan perumahan tempatan

akan dibenarkan masuk ke tapak. Trak-trak akan diarahkan ke MRF untuk sisa

perumahan dan ICI, kawasan pengomposan untuk sisa tumbuhan dan kawasan sisa

lengai untuk sisa pembinaan dan perobohan.

Penyelenggaraan alat-alat kelengkapan dan jentera yang beroperasi di tapak akan

dijalankan untuk memastikan ianya berada dalam keupayaan yang paling baik.

(d) Penutupan

Aktiviti-aktiviti penutupan selamat Cell 1 akan dimulakan setelah ianya mencapai kapasiti

lima tahun yang direkabentuk. Penutupan selamat tapak akan dijalankan mengikut

“Garispanduan Penutupan Selamat dan Pemulihan untuk Tapak-tapak Pelupusan MSW”.

DETAILED ENVIRONMENTAL IMPACT ASSESSMENT FOR PROPOSED DEVELOPMENT OF SOLID WASTE SANITARY LANDFILL AT LADANG TANAH MERAH

NEGERI SEMBILAN

RE - 10

GUNUNG-GANANG

6.0 KEADAAN ALAM SEKITAR SEDIA ADA

(a) Topografi

Tapak Cadangan Projek terletak di kawasan beralun sehingga ke tanah berbukit bermula

dari 25 m hingga 165 m dari aras laut dan menurun dari bahagian timur laut ke barat

daya.

(b) Geologi dan Tanah

Keseluruhan tapak Cadangan Projek adalah terletak di atas lapisan igneus yang

homogen halus sehingga batu igneus gangguan asid berhablur kasar. Kedalaman tanah

adalah berbeza-beza dengan melebihi dari 32 m di bahagian utara hingga 3 m di

bahagian sungai. Profil tanah adalah lapisan kelodak yang bercampur dengan bahan

pasir dan kelikir dengan jumlah yang berlainan. Sebahagian besar daripada lapisan tanah

atas mengandungi pasir halus berlumpur dan pasir halus bercampur dengan bahan

organik reput.

(c) Hidrologi dan Saliran

Kawasan tadahan Sg. Anak Air Unyai dimana Cadangan Projek berada mempunyai

kawasan seluas 6.75 km2. Kaedah Hidrologikal No. 12 menganggarkan purata 7 hari

aliran terendah dengan 10 tahun ARI adalah 0.007 m3/s.

(d) Kualiti Air Permukaan

Persampelan air kualiti permukaan telah dijalankan di lapan lokasi – satu stesen di hulu

(W1) dan di dalam (W2) kawasan tapak serta enam stesen (W3 hingga W8) di hilir tapak

Cadangan Projek sehingga ke muara sungai.

Indek Kualiti Air (WQI) untuk stesen-stesen W1, W4, W7 dan W8 dikelaskan sebagai

bersih, stesen-stesen W5 dan W6 dikelaskan sebagai sedikit tercemar dan stesen-stesen

W2 dan W3 dikelaskan sebagai tercemar.

(e) Kualiti Air Bawah Tanah

Lapan telaga persampelan telah dibangunkan tetapi hanya lima sampel air bawah tanah

diambil dan dianalisis. Kesemua parameter yang dianalisis di makmal berada dalam julat

Kriteria Cadangan Air Kualiti Mentah oleh Kementerian Kesihatan kecuali arsenik,

mangan, merkuri, plumbum, pemintaan oksigen kimia dan koliform untuk stesen-stesen

yang tertentu serta besi untuk kesemua sampel.

(f) Sampel Tanah

Satu sampel tanah telah diambil dari setiap telaga kecuali P5 disebabkan oleh tanah

yang berpasir.

DETAILED ENVIRONMENTAL IMPACT ASSESSMENT FOR PROPOSED DEVELOPMENT OF SOLID WASTE SANITARY LANDFILL AT LADANG TANAH MERAH NEGERI SEMBILAN

RE - 11

GUNUNG-GANANG

Rajah RE-4: Lokasi-lokasi Persampelan Air Kualiti Permukaan, Akuatik Flora dan

Fauna

W4/S4

W2/S2

W6

W7/S6

W8/S7

Kuala

Lukut

Besar

Petunjuk: Stesen Persampelan Air,

Aquatik Flora dan Fauna

W3/S3 W1/S1

W5/S5

Tapak Cadangan

Projek

DETAILED ENVIRONMENTAL IMPACT ASSESSMENT FOR PROPOSED DEVELOPMENT OF SOLID WASTE SANITARY LANDFILL AT LADANG TANAH MERAH

NEGERI SEMBILAN

RE - 12

GUNUNG-GANANG

(g) Kajian Iklim dan Meteorogi

Cadangan Projek adalah terletak berdekatan dengan Port Dickson yang mempunyai iklim

jenis Khatulistiwa dengan cuaca yang panas dan lembap sepanjang tahun. Ia

dipengaruhi oleh Monsun Timur Laut (dari November hingga Mac) dan Monsun Barat

Daya (dari Mei hingga September).

Stesen meteorologi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang

menunjukkan bayu laut-darat yang kuat dengan kelajuan antara 0.3 and 10.7 m/s

dipengaruhi oleh musim monsun.

Dengan purata hujan tahunan lebih kurang 2,010 mm, Port Dickson adalah terletak di

kawasan yang agak kering jika dibandingkan dengan tempat-tempat lain di Malaysia.

Purata suhu tahunan paling rendah dan paling tinggi yang dicatatkan masing-masing

adalah 24.2 °C dan 32.1°C.

Purata kelembapan bulanan adalah antara 75.8 dan 84.3 peratus.

(h) Kualiti Udara

Pemantauan kualiti udara telah dijalankan di tiga lokasi iaitu tapak Cadangan Projek,

Kg. 107 Ekar dan Sekolah Kebangsaan Sendayan. Disebabkan tapak Cadangan Projek

adalah terletak di kawasan yang agak terpencil, keputusan pemantauan menunjukkan

parameter berada di dalam julat Garispanduan Kualiti Udara Malaysia.

(i) Bau

Pemantauan bau telah dijalankan di tiga lokasi yang sama dengan pemantauan kualiti

udara. Purata tahap bau berjulat antara 3,280 to 6,665 ou/m3.

(j) Bunyi

Pemantauan bunyi telah dijalankan di empat lokasi, tiga daripadanya berada di tapak

Cadangan Projek dan satunya di Kg. 107 Ekar. Tahap bunyi berjulat dari 55.5 hingga

66.5 dB(A).

(k) Kegunaan Tanah

Kegunaan tanah dalam tapak Cadangan Projek yang utama adalah ladang kelapa sawit.

Kegunaan tanah yang utama dalam 5 km dari sempadan tapak Cadangan Projek adalah

pertanian, hutan simpanan, tanah terbiar, perumahan, perdagangan, institusi dan

kemudahan awam (Rajah RE-5).

(l) Flora dan Fauna Daratan

Pemerhatian lapangan di tapak Cadangan Projek menunjukkan bahawa hanya pokok

kelapa sawit sahaja yang ada serta 46 spesies rumput-rumpai. Tinjauan lapangan

DETAILED ENVIRONMENTAL IMPACT ASSESSMENT FOR PROPOSED DEVELOPMENT OF SOLID WASTE SANITARY LANDFILL AT LADANG TANAH MERAH NEGERI SEMBILAN

RE - 13

GUNUNG-GANANG

menunjukkan terdapat 10 spesies serangga terutamanya lalat dan nyamuk dijumpai

berada dalam tapak Cadangan Projek.

(m) Flora dan Fauna Akuatik

Lokasi persampelan flora dan fauna akuatik (stesen-stesen S1 hingga S7) adalah sama

dengan lokasi persampelan air permukaan kecuali stesen W6 (rujuk Rajah RE-4).

Fitoplankton di kawasan kajian terdiri daripada lima fila utama iaitu Bacillariophyta,

Chlorophyta, Cyanophyta, Euglenophyta dan Dinoflagelata dan mempunyai 27 spesies.

Kepadatan purata fitoplankton di kawasan kajian adalah 94.88 sel/ml.

Terdapat enam fila utama zooplankton iaitu Protozoa, Rotifera, Arthropoda,

Chaetognatha, Mollusca and Annelida ditemui di kawasan kajian. Kepadatan purata

zooplankton di kawasan kajian adalah 5.8 spp/l.

Sebanyak 23 spesies makrobentos di bawah lima fila (Annelida, Arthropoda,

Urochordata, Echinodermata and Sipuncula) telah dikenalpasti di kawasan kajian dengan

kepadatan purata sebanyak 1,193 ind./m2.

Sebanyak 18 spesies ikan dan setiap satu spesies belangkas, ketam dan udang telah

ditangkap di kawasan kajian.

(n) Lalulintas

Tapak Cadangan Projek terletak sekitar 15 km dari bandar Sepang dan 19 km dari

bandar Port Dickson dan dihubungkan melalui Jalan Persekutuan 5 (FR5). Jalan ini

merupakan jalan tunggal dengan dua arah. Simpanan jalan ini mempunyai purata

kelebaran 18-19 meter.

Kajian lalulintas yang dijalankan di bahagian Ladang Tanah Merah sepanjang FR5

menunjukkan masa puncak terjadi berlaku pada 7:15 - 8:15 pagi dan 05:15 - 06:15

petang dengan kepadatan lalulintas masing-masing 683 dan 609 smp/jam. Komposisi

lalulintas yang paling menonjol adalah kereta penumpang diikuti dengan lori, motorsikal,

van dan bas.

(o) Kesihatan Awam

Semua rumah yang ditinjau mempunyai bekalan air yang mencukupi dan selamat

daripada air paip Jabatan Bekalan Air baik di dalam mahupun di luar rumah mereka.

Sekitar 87% daripada rumah yang ditinjau memiliki tandas bersih baik jenis tuang-

kumbah dan kumbah. 13% daripada rumah yang ditinjau mungkin terdedah kepada

penyakit-penyakit yang disebarkan melalui air dan makanan seperti disenteri, kolera,

tipus, hepatitis A, poliomielitis dan keracunan makanan.

Penyakit yang biasa dihadapi ialah diabetes dan asma, kedua-duanya 3.23%, diikuti oleh

hipertensi (1.99%), masalah jantung (1.74%) dan penyakit kulit (1.49%).

DETAILED ENVIRONMENTAL IMPACT ASSESSMENT FOR PROPOSED DEVELOPMENT OF SOLID WASTE SANITARY LANDFILL AT LADANG TANAH MERAH

NEGERI SEMBILAN

RE - 14

GUNUNG-GANANG

(p) Sosio-Ekonomi

Satu tinjauan sosio-ekonomik dan kesan terhadap sosial telah dijalankan pada

22hb Disember 2010 dan 9hb Januari 2011. Soal selidik tinjauan telah dibahagikan

kepada lima bahagian: (i) Profil Demografi, (ii) Kedudukan Ekonomi dan Sosial,

(iii) Kedudukan Kesihatan, (iv) Masalah-masalah Sosial dan Ekonomi, dan (v) Persepsi

Kesan Pembangunan terhadap Sosial. Sejumlah 402 responden mewakili 85 isirumah

terlibat dalam tinjauan tersebut.

Komuniti-komuniti dalam tinjauan tersebut termasuk Kg. 107 Ekar, Taman A3/A4 Tanah

Merah, Taman Jimah Jaya, Kg. Jimah Lama, Kg. Jimah Baru, Felda Sendayan and

Taman Gadong Jaya.

Kebanyakan responden-responden (87.1%) adalah ketua isirumah dan yang lain adalah

anak-anak kepada ketua isirumah.

Semasa tinjauan sosial, maklumbalas-maklumbalas daripada isirumah menunjukkan

40.3% daripadanya bersetuju dan menyokong Cadangan Projek ini manakala 52.3%

tidak bersetuju dan tidak menyokong. Selebihnya iaitu sebanyak 7.4% tidak menganggap

ia adalah penting untuk mereka menjawab atau mereka tidak mempunyai pengetahuan

tentang tapak pelupusan sanitari.

Satu dialog umum melibatkan mereka yang berkepentingan sama ada dari organisasi-

organisasi kerajaan dan bukan kerajaan serta wakil-wakil daripada penduduk tempatan

dan kumpulan yang berminat telah dijalankan pada 25hb Januari 2011. Sekumpulan

besar (62.5 %) daripada pihak-pihak yang berkepentingan tidak setuju dengan Cadangan

Projek dan selebihnya setuju dengan Cadangan Projek.

7.0 POTENSI IMPAK ALAM SEKITAR, LANGKAH-LANGKAH TEBATAN DAN

IMPAK-IMPAK TINGGALAN

Potensi impak alam sekitar, langkah-langkah tebatan dan impak-impak tinggalan adalah

diringkaskan di Jadual RE-4.

DETAILED ENVIRONMENTAL IMPACT ASSESSMENT FOR PROPOSED DEVELOPMENT OF SOLID WASTE SANITARY LANDFILL AT LADANG TANAH MERAH NEGERI SEMBILAN

RE - 14a

GUNUNG-GANANG

Rajah RE-5: Guna Tanah dalam lingkungan 5 km dari tapak Cadangan Projek

Guna Tanah Lokasi Spesifik:

Pertanian 1. Taman Gadong Jaya

Shrubs / Belukar 2. Bandar Sri Sendayan

Tanah Perkuburan 3. Felda Sendayan

Ternakan 4. Kg. Jimah Baru

Kediaman / Komersial 5. Kg. Jimah Lama

Kuari 6. Kualiti Alam Sdn. Bhd.

Industri 7. Tanah Merah Quarry Sdn. Bhd.

Kegunaan Kerajaan / Institusi 8. Eka Matahari

Tanah untuk Pembangunan 9. Kg. 107 Ekar

Pusat Buangan Terjadual 10. Kilang Kelapa Sawit Tanah Merah

Hutan Simpan 11. Taman A3 / A4 Tanah Merah

Rizab Pengangkutan 12. Kg. Jaging

Sungai 13. Taman A1 / A2 Tanah Merah

Jalur Transmisi Tekanan Tinggi 14. Kg. Baru Tanah Merah Site „C'

DETAILED ENVIRONMENTAL IMPACT ASSESSMENT FOR PROPOSED DEVELOPMENT OF SOLID WASTE SANITARY LANDFILL AT LADANG TANAH MERAH NEGERI SEMBILAN

RE - 15

GUNUNG-GANANG

Jadual RE-4: Ringkasan Potensi Impak, Langkah-Langkah Tebatan dan Impak Tinggalan

No. Potensi Impak Langkah-Langkah Tebatan Impak Tinggalan

1 Hakisan Tanah

Kehilangan tanah akibat hakisan dan sedimen yang

terhasil pada peringkat-peringkat pembangunan yang

berbeza adalah:

Pembinaan struktur-struktur kawalan hakisan tanah dan

sedimen (contohnya perangkap lumpur, empangan

semakan, longkang tanah dan lapisan kawalan hakisan

bergulung) di tapak hendaklah dilaksanakan dalam

beberapa peringkat dengan pembinaan perangkap

lumpur diberikan keutamaan pertama. Semua langkah-

langkah kawalan seharusnya diadakan sebelum

memulakan kerja pembersihan dan kerja tanah.

Lingkaran longkang-longkang tanah akan menyalurkan

air larian permukaan yang berlumpur ke perangkap

lumpur yang berkenaan. Struktur-struktur ini seharusnya

dibuang lumpur kerapkali supaya ianya dapat mencapai

pencapaian yang paling baik semasa peringkat

pembinaan seterusnya agar dapat menghalang

pemendapan di alur-alur air semasa hujan lebat.

Pelaksanaan Pelan Kawalan Hakisan dan Sedimen

(ESCP) untuk mengawal hakisan dan pemendapan

semasa peringkat pembinaan.

Dua perangkap lumpur seharusnya dikekalkan

sepanjang peringkap pembinaan.

Semua Amalan Pengurusan Baik (BMPs) yang

dibekalkan seperti pagar lumpur, empangan semakan,

pelindungan cerun, penstabilan jalan pembinaan dan

tempat cucian mesti dikekalkan.

Pengawasan selepas BMPs siap dibina perlu

dijalankan.

Pelan ESCP perlu diikuti dan dikekalkan oleh orang

berkelayakan.

ESCP untuk cadangan jalan kekal sepanjang 5.4 km dari

jalan utama ke tapak Cadangan Projek telah diusahakan.

-

Hakisan tanah yang

hilang

Sedimen yang

terhasil

i) Pra-pembinaan

ii) Pembinaan

iii) Operasi

35.67 t/ha/tahun

77.31 t/ha/tahun

30.61 t/ha/tahun

11.77 t/ha/tahun

25.51 t/ha/tahun

10.10 t/ha/tahun

Kehilangan hakisan tanah sebelum pembinaan adalah

pada tahap risiko yang rendah dengan 81.74% daripada

kawasan tapak Projek mencatatkan kehilangan hakisan

tanah kurang daripada 50 t/ha/tahun. Semasa pembinaan,

risiko hakisan akan meningkat kepada hampir 17.94%

daripada kawasan mengalami kehilangan hakisan tanah

melebihi 150 t/ha/tahun.

DETAILED ENVIRONMENTAL IMPACT ASSESSMENT FOR PROPOSED DEVELOPMENT OF SOLID WASTE SANITARY LANDFILL AT LADANG TANAH MERAH NEGERI SEMBILAN

RE - 16

GUNUNG-GANANG

Jadual RE-4: Ringkasan Potensi Impak, Langkah-Langkah Tebatan dan Impak Tinggalan (Samb.)

No. Potensi Impak Langkah-Langkah Tebatan Impak Tinggalan

2 Hidrologi dan Parit

Keputusan pemodelan menunjukkan bahawa aliran puncak

selepas pembangunan (100 ARI) melebihi aliran puncak

sebelum pembangunan (2 ARI) lebih kurang 3.6439 m3/s.

Satu kolam takungan 3.6 ha akan digunakan sebagai

kolam tadahan banjir untuk air larian lebihan semasa

hujan. Ini akan membantu mengawal banjir di hilir

Cadangan Projek.

Kolan takungan ini juga boleh mengalirkan aliran puncak

100-tahun ARI dari kolam dengan alur limpah

kecemasan.

-

3 Kualiti Air Permukaan

Semasa peringkat pembinaan, pencemaran air berpunca

khasnya dari buangan kumbahan, tempat

penyelenggaraan kereta, pembuangan biomass dan

pembuangan bahan pembinaan dengan sewenang-

wenangnya. Walau bagaimanapun, kesan terhadap kualiti

air adalah dijangkakan dalam tempoh yang pendek

sekiranya amalan pengurusan baik dilakasanakan di tapak

pembinaan.

Semasa peringkat pembinaan, pemodelan Water Quality

Analysis dan Simulation Program menunjukkan bahawa

kesan dijangkakan tidak nyata apabila senario biasa, tidak

biasa dan paling teruk dijalankan. Kebanyakan bahagian

dalam sungai berada dalam Kelas II and III NWQS.

Peringkat Pembinaan

Tandas dan tangki septik yang betul dipasang di kem

pekerja dan tapak-tapak pejabat.

Minyak dan gris mesti tidak boleh dibuang ke dalam

alur-alur air dan tumpahan mesti cepat dibersihkan.

Pembinaan takungan sekunder bagi simpanan minyak.

Peringkat Operasi

Pastikan air larut resapan daripada tapak Cadangan

Projek diolah mengikut Jadual Kedua (Peraturan 13)

Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan

Pencemaran daripada Stesen Pemindahan Sisa

Pepejal dan Kambus Tanah) 2009.

Jalankan pemonitoran larut resapan dan pemonitoran

terus untuk „ammoniacal nitrogen‟.

Jalankan audit-audit sistem pengolahan larut resapan

untuk mengurangkan kerosakan alat-alat kelengkapan

dan jentera.

Sediakan satu pelan tindakbalas tumpahan untuk

kawalan pelepasan larut resapan dan langkah-langkah

kawalan tumpahan yang berkesan.

Kesan tinggalan kualiti air

dijangkakan.

DETAILED ENVIRONMENTAL IMPACT ASSESSMENT FOR PROPOSED DEVELOPMENT OF SOLID WASTE SANITARY LANDFILL AT LADANG TANAH MERAH NEGERI SEMBILAN

RE - 17

GUNUNG-GANANG

Jadual RE-4: Ringkasan Potensi Impak, Langkah-Langkah Tebatan dan Impak Tinggalan (Samb.)

No. Potensi Impak Langkah-Langkah Tebatan Impak Tinggalan

4 Hidrogeologi

Air bawah tanah umumnya mengalir ke arah selatan dan

ke dalam Sg. Jimah dan Sg. Runtoh. Air bawah tanah di

dalam akuifer utama mengalir ke arah selatan menghala ke

Selat Melaka dan sungai-sungai berhampiran.

Pemodelan Modular Path-line dan Modular Transport

Three Dimensional Multi Species menjangkakan bahawa

sebarang pencemar buangan daripada tapak Cadangan

Projek akan mengalir di bawah tanah mengikut aliran

bawah tanah dan akan sampai Sg. Jimah lebih kurang 50

tahun serta Sg. Runtoh lebih kurang 60 tahun.

Pembinaan dan penyelenggaraan parit-parit di sekeliling

tapak pelupusan akan mengurangkan larut resapan

tersebar di bawah tanah dan mengalir air larian

permukaan di kawasan pembuangan.

-

5 Kualiti Udara

Semasa peringkat pembinaan, pemodelan Industrial

Source Complex Short Term Version 3 menjangkakan

bahawa kepekatan jumlah zarahan terampai (TSP)

tertinggi dalam udara 24-jam di Kg. 107 Ekar dan tapak

Cadangan Projek masing-masing adalah 386 µg/m3 and

1,551 µg/m3 sekiranya tiada langkah-langkah kawalan

dilaksanakan. Dengan adanya langkah-langkah kawalan

kepekatan TSP akan di bawah julat Garispanduan Kualiti

Udara Malaysia (260 µg/m3).

Semasa peringkat operasi, kepekatan TSP di luar tapak

Cadangan Projek yang dijangkakan berada di dalam julat

garispanduan walaupun tiada langkah-langkah kawalan.

Di Kg. 107 Ekar, purata kepekatan gas metana dan NMOC

masing-masing adalah 739 µg/m3 and 5 µg/m

3.

Peringkat Pembinaan

Semua jalan masuk yang kerap digunakan harus

diturap dengan konkrit dan asfalt.

Semua jalan sementara harus diturap dengan batu

kerikil.

Satu ruang cucian dengan kemudahan jet air

bertekanan tinggi harus dibekalkan untuk pembersihan

kereta.

Jalan-jalan masuk harus dibasahkan untuk

mengurangkan penyebaran habuk.

Kenderaan pengangkutan dan jentera pembinaan

harus sentiasa diservis dan diperlihara dengan baik.

Simpanan stok tanah harus ditutupi atau gunakan

sesuatu yang sesuai untuk mengurangkan habuk.

Pengurang habuk yang sesuai atau penyiram air harus

digunakan pada jalan-jalan yang tidak diturap.

TSP pada umumnya

adalah rendah dan tidak

penting.

Penyebaran metana and

karbon dioksida boleh

diabaikan berbanding

dengan penyebaran dalam

negara dan sedunia.

Pecemaran gas-gas lain

tidak mempunyai impak

yang penting dalam kualiti

udara kerana jumlah yang

disebarkan adalah sedikit.

DETAILED ENVIRONMENTAL IMPACT ASSESSMENT FOR PROPOSED DEVELOPMENT OF SOLID WASTE SANITARY LANDFILL AT LADANG TANAH MERAH NEGERI SEMBILAN

RE - 18

GUNUNG-GANANG

Jadual RE-4: Ringkasan Potensi Impak, Langkah-Langkah Tebatan dan Impak Tinggalan (Samb.)

No. Potensi Impak Langkah-Langkah Tebatan Impak Tinggalan

Peringkat Operasi

Cara yang paling berkesan mengurangkan habuk ialah

menurap jalan-jalan and kawasan lain yang sentiasa

terdapat pergerakan kenderaan.

Kawasan terdedah harus ditutupi yang mana praktikal

secara turapan atau tanaman rumput.

Tapak Cadangan Projek harus menunjukkan

penyelenggaraan yang baik dan amalan pembersihan

habuk.

Sisa yang ringan, berserbuk dan berkecenderungan

menjadi habuk bebas mesti dipindah dengan berhati-

hati dan mesti ditutupi dengan sisa lain atau ditimbus

dengan tanah secepat mungkin.

Aktiviti-aktiviti kerja tanah harus dikurangkan semasa

tempoh tiupan angin.

6 Bau

Semasa peringkat operasi, tahap bau purata 24-jam yang

dijangkakan di tapak Cadangan Projek dan Kg. 107 Ekar

adalah < 1.0 ou untuk senario yang diurus dengan baik.

Bagaimanapun, tahap bau yang dijangkakan meningkat

kepada 26.2 ou dan 1.3 ou masing-masing di tapak

Cadangan Projek dan Kg. 107 Ekar untuk senario tiada

pengurusan yang baik.

Gangguan bau berdasarkan kepada penyebaran daripada

cadangan tapak pelupusan yang diuruskan dengan baik

dijangkakan tidak signifikan. Bagaimanapun, jika tapak

pelupusan diuruskan dengan tidak baik, gangguan bau

akan dirasai sehingga sekilometer dari tapak Cadangan

Projek.

Bau dari sisa boleh dikawal dengan berkesan dengan

meratakan, memanpatkan dan menutupinya supaya

menghalang sisa daripada terdedah.

Pengudaraan yang bagus biasanya berkesan untuk

mengawal bau larut resapan terutamanya di MRF.

Tumpahan bahan sisa dan saki-bakinya harus

dibersihkan dengan serta-merta dengan pencucian

kering.

Aktiviti-aktiviti pengagihan di MRF harus dijalankan

dalam masa 12 jam dari sisa dihantar.

Trak-trak sampah harus ditutupi dan dilengkapi

dengan sistem pengumpulan larut resapan untuk

menghalang tumpahan larut resapan di jalanraya dan

penghasilan bau busuk.

Bau busuk hadir.

DETAILED ENVIRONMENTAL IMPACT ASSESSMENT FOR PROPOSED DEVELOPMENT OF SOLID WASTE SANITARY LANDFILL AT LADANG TANAH MERAH NEGERI SEMBILAN

RE - 19

GUNUNG-GANANG

Jadual RE-4: Ringkasan Potensi Impak, Langkah-Langkah Tebatan dan Impak Tinggalan (Samb.)

Bil. Potensi Impak Langkah-Langkah Tebatan Impak Tinggalan

7 Bunyi

Semasa peringkat pembinaan, paras bunyi dijangkakan

tidak signifikan kerana aktiviti pembinaan adalah dihadkan

kepada waktu siang dan bersifat sementara.

Semasa peringkat operasi, paras bunyi dibeberapa lokasi

persampelan kajian dasar dijangkakan tidak akan

meningkat secara signifikan, kawasan penempatan yang

terdekat Kg. 107 Ekar dijangkakan mengalami paras bunyi

kekal pada 62.4 dBA.

Pengurusan dan langkah tebatan dicadangkan agar

dapat mengurangkan kesan bunyi:

Aktiviti pembinaan dan operasi dihadkan pada operasi

waktu siang dari 7:00 pagi hingga 10:00 malam.

Menjalankan penyelenggaraan berkala bagi mesin/

peralatan/kenderaan untuk mengurangkan bunyi

terlampau.

Mengekalkan tumbuhan sedia ada sekitar sempadan

tapak Cadangan Projek.

Mengabungkan penyerap bunyi yang ada dan yang

praktikal serta penutup bagi mesin dan peralatan.

Tidak signifikan.

8 Guna Tanah

Cadangan Projek berada di zon berisiko rendah kawasan

sensitif alam sekitar. Reseptor sensitif yang terdekat,

Kg. 107 Ekar adalah sekitar 700 m dari sempadan

Cadangan Projek. Penempatan lain berada lebih dari 1 km.

Zon penampan di sebelah utara Cadangan Projek harus

dikekalkan.

-

DETAILED ENVIRONMENTAL IMPACT ASSESSMENT FOR PROPOSED DEVELOPMENT OF SOLID WASTE SANITARY LANDFILL AT LADANG TANAH MERAH NEGERI SEMBILAN

RE - 20

GUNUNG-GANANG

Jadual RE-4: Ringkasan Potensi Impak, Langkah-Langkah Tebatan dan Impak Tinggalan (Samb.)

Bil. Potensi Impak Langkah-Langkah Tebatan Impak Tinggalan

9 Flora dan Fauna Daratan

Semasa peringkat pembinaan, impak-impak terhadap

tumbuhan darat adalah berkaitan dengan aktiviti-aktiviti

penebangan, pembersihan dan pembuangan batang-

batang kayu kelapa sawit dan daun-daun. Bagaimanapun,

impak ini adalah tidak penting untuk tumbuhan kerana

spesies lalang adalah tiada nilai ekonomi mahupun dari

segi kepentingan sains.

Semasa peringkat operasi, perkadaran perosak seperti

nyamuk-nyamuk, lalat-lalat rumah, tikus rumah serta

burung-burung khasnya burung gagak di kawasan

berdekatan akan mendatangkan masalah kesihatan

kepada manusia kerana mereka terkenal sebagai

pembawa pelbagai jenis penyakit.

Peringkat Pembinaan

Langkah tebatan yang paling sesuai adalah menjaga

kem pekerja agar bersih. Langkah tebatan yang lain

termasuklah:

Pengemasan kawasan perlu dijalankan sekurang-

kurangnya seminggu sekali atau secara lebih untuk

mengurangkan pengembangbiakan haiwan perosak.

Tidak mengalakkan pekerja menyimpan haiwan

peliharaan.

Sisa domestik yang terhasil dari kem pekerja perlu

dilupuskan di tapak pelupusan Bukit Palong yang

berhampiran.

Peringkat Operasi

Penutup tanah adalah langkah yang paling berkesan

untuk meminimumkan pembiakan haiwan perosak

mencari makanan.

Pembinaan pagar untuk menghalang haiwan dari

memasuki kawasan tapak Cadangan Projek.

Cucian harian dari kawasan pengasingan di MRF

digalakkan agar dapat mengurangkan sisa yang

berlebihan tertinggal di kamudahan tersebut.

Tempat pembiakan haiwan perlu dihapuskan.

Pengabutan atau semburan bahan kimia untuk

mengawal haiwan perlu dijalankan dengan berhati-

hati. Kaedah kawalan secara biologi digalakkan untuk

digunakan.

Pembentukan program pemantauan untuk menilai

status kesihatan flora dan fauna akuatik di hilir dari

pelepasan larut resapan yang dirawat.

-

DETAILED ENVIRONMENTAL IMPACT ASSESSMENT FOR PROPOSED DEVELOPMENT OF SOLID WASTE SANITARY LANDFILL AT LADANG TANAH MERAH NEGERI SEMBILAN

RE - 21

GUNUNG-GANANG

Jadual RE-4: Ringkasan Potensi Impak, Langkah-Langkah Tebatan dan Impak Tinggalan (Samb.)

Bil. Potensi Impak Langkah-Langkah Tebatan Impak Tinggalan

10 Flora dan Fauna Akuatik

Semasa peringkat pembinaan, kesan buruk adalah

signifikan jika tiada kemudahan pengurusan air buangan

disediakan bagi air kumbahan dan air basuhan. Ammonia

Nitrogen yang berlebihan boleh menjejaskan ikan dalam

hal kadar pertumbuhan, penetasan dan perubahan pada

tisu insang, hati dan buah pinggang.

Kepekatan mendapan terampai yang tinggi di dalam sungai

akan memberi kesan terhadap tingkahlaku, kesihatan,

pembiakan dan habitat ikan air tawar. Paras mendapan

terampai yang tinggi boleh menyebabkan insang tersekat

atau insang melecet, mengurangkan penembusan cahaya

sehingga menapis aktiviti fotosintesis fitoplankton dan alga.

Semasa peringkat operasi, kepekatan ammonia yang tinggi

dari larut resapan akan memberi kesan kepada

pertumbuhan, pembiakan dan perjuangan untuk hidup

haiwan tidak bertulang, ikan dan tumbuhan akuatik.

Peringkat Pembinaan

Langkah tebatan yang dicadangkan diatas bagi kualiti air

permukaan dan hakisan tanah akan mengurangkan

kesan terhadap ikan.

Peringkat Operasi

Loji pengolahan larut resapan handaklah selalu

beroperasi dan diselenggara bagi memastikan

pelepasan akhir akan selalu mematuhi kepada Jadual

Kedua (Syarat-Syarat Yang Boleh Diterima Bagi

Pembuangan Larut Resapan), Peraturan 13 dari

Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan

Pencemaran Daripada Stesen Pemindahan Sisa

Pepejal Dan Kambus Tanah) 2009.

Kemudahan pengomposan perlu dilapisi dengan

lapisan geo-sintetik bagi mengelakkan pelepasan larut

resapan kedalam air bawah tanah.

Kolam di LTP perlu dilapisi agar larut resapan tidak

menyerap kedalam tanah dan air bawah tanah.

Air basuhan yang terhasil di loji komposting, MRF dan

basuhan trak perlu dialirkan ke kolam tahanan larut

resapan LTP.

Kesemua air larian permukaan tapak pelupusan perlu

dialirkan keluar dari sel bagi mengurangkan jumlah

penghasilan larut resapan.

-

DETAILED ENVIRONMENTAL IMPACT ASSESSMENT FOR PROPOSED DEVELOPMENT OF SOLID WASTE SANITARY LANDFILL AT LADANG TANAH MERAH NEGERI SEMBILAN

RE - 22

GUNUNG-GANANG

Jadual RE-4: Ringkasan Potensi Impak, Langkah-Langkah Tebatan dan Impak Tinggalan (Samb.)

Bil. Potensi Impak Langkah-Langkah Tebatan Impak Tinggalan

11 Kesihatan

Semasa peringkat pembinaan, jumlah partikel terampai

ambien merupakan tumpuan utama jika tiada langkah

kawalan diambil.

Semasa peringkat operasi, jumlah partikel terampai dan

pencemaran gas dijangkakan akan terhasil.

Potensi masalah yang akan timbul daripada operasi

Cadangan Projek adalah ianya akan mewujudkan kawasan

pembiakan bagi tikus dan vektor penyakit seperti lalat, lipas

dan nyamuk.

Langkah tebatan untuk isu-isu kesihatan ialah:

Imbasan perubatan dan imunisasi terhadap pekerja.

Pengabutan di kawasan aktif kerja.

Penggunaan penutup muka sebagai perlindungan dari

terhirup habuk untuk pekerja tapak pelupusan.

Penyemburan air secara berkala bagi mengurangkan

penghasilan habuk.

Mengurangkan kemungkinan pembiakan serangga

dan penyebaran penyakit berkaitan serangga perosak.

Mengurangkan tumpahan sisa pepejal semasa

kutipan, pengangkutan dan pelupusan di tapak projek.

Semua sisa didalam sel hendaklah sepatutnya ditutup

dengan bahan penutup tanah pada akhir operasi

setiap hari.

Tidak membenarkan pengumpul barang di dalam

tapak Cadangan Projek.

Menyediakan kemudahan untuk mencuci dan

membersih kepada pekerja di tapak pelupusan dan

menggalakkan mereka mengekalkan kebersihan diri.

Risiko terhadap kesihatan

dari pencemaran air boleh

diterima.

DETAILED ENVIRONMENTAL IMPACT ASSESSMENT FOR PROPOSED DEVELOPMENT OF SOLID WASTE SANITARY LANDFILL AT LADANG TANAH MERAH NEGERI SEMBILAN

RE - 23

GUNUNG-GANANG

Jadual RE-4: Ringkasan Potensi Impak, Langkah-Langkah Tebatan dan Impak Tinggalan (Samb.)

Bil. Potensi Impak Langkah-Langkah Tebatan Impak Tinggalan

12 Pengurusan Trafik

Berdasarkan pertumbuhan tahunan biasa iaitu 3% setahun,

tahap perkhidmatan pada masa akan datang (LOS) untuk

FR5 (laluan Ladang Tanah Merah) dijangka berada di LOS

yang baik untuk senario dengan adanya atau tanpa

Cadangan Projek.

Cadangan Projek tidak mempunyai kesan yang signifikan

terhadap rangkaian jalan sedia ada tetapi beberapa

langkah tebatan perlu diambilkira termasuklah:

Pengurusan lalulintas yang sempurna dan papan

tanda jalan serta penunjuk hendaklah dipasang

disepanjang pembinaan jalan.

Mengawal kelajuan kenderaan bagi mengurangkan

risiko kemalangan.

Lalulintas sesak.

13 Sosio-Ekonomi

Semasa kajian sosio dijalankan, maklumbalas penduduk

rumah menunjukkan bahawa 40.3% bersetuju dan

menyokong Cadangan Projek, 52.3% tidak bersetuju dan

tidak menyokongnya. Manakala baki 7.4% berfikir bahawa

ianya tidak penting bagi mereka untuk menjawab atau tidak

mempunyai pengetahuan tentang tapak pelupusan sanitari.

Kesan negatif yang dirasakan oleh responden terutamanya

berkaitan dengan:

i) pergerakan kenderaan berat (trak sisa) ke tapak

Cadangan Projek dirasakan penduduk sebagai tidak

selamat;

ii) kemasukan pekerja (termasuk pekerja asing) di tapak

Cadangan Projek akan menjadi ancaman sosial kepada

penduduk tempatan;

iii) persepsi terhadap kemerosotan kualiti udara,

pencemaran dan pencemaran air akan menyebabkan

masalah kesihatan; dan

iv) gangguan terhadap aktiviti penyelenggaraan ternakan

yang sedang dilaksanakan di kawasan tersebut.

Sebahagian besar isu-isu sosio-ekonomi yang

ditekankan oleh penduduk telah dibincangkan.

Keprihatinan orang awam dan masalah juga boleh diatasi

melalui saluran komunikasi yang betul bagi mengatasi

kebimbangan dan perselisihan faham.

Keutamaan harus diberikan kepada penduduk

tempatan untuk setiap peluang pekerjaan semasa

peringkat pembinaan dan operasi.

Menjalankan kajian untuk mengenalpasti jika terdapat

isu yang dibangkitkan oleh warga tempatan walaupun

langkah-langkah tebatan telah dilakukan.

Sebuah jawatankuasa khas perlu dibentuk.

Jawatankuasa perlu terdiri daripada wakil-wakil dari

pengusaha dan ketua-ketua kampung didalam

lingkungan zon 5 km radius dan pihak berkuasa

tempatan.

-

DETAILED ENVIRONMENTAL IMPACT ASSESSMENT FOR PROPOSED DEVELOPMENT OF SOLID WASTE SANITARY LANDFILL AT LADANG TANAH MERAH

NEGERI SEMBILAN

RE - 24

GUNUNG-GANANG

8.0 PENILAIAN RISIKO KUANTITATIF

Analisis terhadap laluan kenderaan dan cadangan tapak pelupusan dapat disimpulkan

seperti berikut:

i) Pengangkutan sisa ke tapak pelupusan hendaklah dijalankan semasa bukan waktu puncak.

ii) Sistem kawalan lalulintas di pintu masuk tapak pelupusan perlu dilaksanakan seperti pemasangan sistem lampu lalulintas bagi mengelakkan perlanggaran kenderaan masuk dan keluar dari tapak pelupusan ke jalan utama.

iii) Trak hendaklah ditutup sepenuhnya bagi mengelakkan sisa terjatuh di sepanjang laluan ke tapak Cadangan Projek.

iv) Pemandu perlu mempunyai lesen memandu yang sah dan dilatih untuk mengawal kenderaan berat di jalan yang sibuk.

v) Semasa peringkat pembinaan projek, peraturan dan garispanduan keselamatan tapak pembinaan perlu dilaksanakan dalam mengawal kontraktor dari melakukan kesilapan di tapak kerja. Ini melibatkan mengangkat peralatan berat dengan menggunakan kren, pengorekkan tanah bagi penyediaan sel dan tapak bangunan serta penyediaan umum tapak.

vi) Semasa fasa operasi, pergerakan lalulintas di dalam tapak pelupusan perlu ditetapkan bagi mengelakkan pelanggaran kemalangan dan menyediakan tempat menunggu yang sepatutnya bagi trak.

vii) Tapak pelupusan akan direkabentuk dengan mempunyai sistem paip pengumpulan gas dan ventilasi atau suar perlu diletakkan di kawasan selamat dalam lingkungan sempadan tapak pelupusan.

viii) Sel perlu mempunyai lapisan penahan untuk mengelakkan air hujan atau air larut resapan dari mencemari air bawah tanah.

ix) Pentadbiran yang ketat di tapak pelupusan perlu dilaksanakan bagi mencegah kesalahan menceroboh dan untuk mengelakkan kebakaran dimulakan oleh penceroboh.

x) Had laju memandu di tapak pelupusan perlu ditetapkan dengan kelajuan 25 km sejam.

xi) Pemantauan gas perlu dijalankan bagi memastikan kawasan tersebut tidak dilitupi dengan gas toksik akibat dari penguraian sisa. Hal ini terutamanya terjadi dalam kes hidrogen sulfida.

xii) Risiko kebakaran di tapak pelupusan adalah terhad kepada 1 x 10-5 setahun dari kilat. Risiko penghasilan api secara sengaja tidak dikira kerana ini dianggap sebagai sabotaj dan dengan demikian tidak boleh diukur.

xiii) Risiko gas berhijrah ke kawasan persekitaran diabaikan kerana tapak pelupusan akan direka dengan menggunakan piawaian yang sepatutnya dan penggunaan lapisan tanah liat atau membran akan dilaksanakan semasa pembinaan sel tapak pelupusan.

xiv) Kajian lengkap perlu dijalankan sebelum pembinaan sel dilaksanakan dimana ianya merupakan bahagian terpenting dalam operasi tapak pelupusan. Ini melibatkan rekabentuk laluan pergerakkan kenderaan di dalam kawasan pelupusan dan curam bagi mengelakkan tanah runtuh didalam sel.

DETAILED ENVIRONMENTAL IMPACT ASSESSMENT FOR PROPOSED DEVELOPMENT OF SOLID WASTE SANITARY LANDFILL AT LADANG TANAH MERAH NEGERI SEMBILAN

RE - 25

GUNUNG-GANANG

9.0 PENILAN EKONOMI TERHADAP KESAN ALAM SEKITAR

Kajian ekonomi kesan alam sekitar terhadap kesihatan, hasil pertanian, perikanan,

ternakan, industri dan nilai tanah menunjukkan bahawa ianya tidak signifikan.

10.0 PELAN PENGURUSAN ALAM SEKITAR

Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) bertujuan untuk memudahkan perancangan,

pengendalian dan pemantauan aktiviti pembaikan dan penguatkuasaan undang-undang

oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam memastikan bahawa semua keperluan dipenuhi,

apabila rancangan tersebut dilaksanakan. EMP ini menekankan perkara berikut:

(a) Polisi Alam Sekitar

Ini merupakan tujuan dan komitmen organisasi terhadap kesedaran terhadap

perlindungan dan pengurusan alam sekitar mengikut keperluan, perundangan dan

garispanduan alam sekitar.

(b) Struktur Organisasi

Pihak-pihak yang telibat dalam Cadangan Projek adalah:

JPSPN

Kontraktor Utama

Operator Utama

Jururunding Alam Sekitar

Juruaudit Alam Sekitar

(c) Keperluan Alam sekitar

Keperluan Alam Sekitar termasuklah Terma dan Syarat-syarat Kelulusan EIA, keperluan

undang-undang yang berkaitan dan beberapa senarai garispanduan sebagai rujukan.

(d) Program Pemeriksaan dan Pemantauan Alam Sekitar

Program pemeriksaan dan pemantauan alam sekitar dicadangkan bagi memastikan

bahawa kesan persekitaran di dalam dan sekitar lokasi Cadangan Projek dipantau secara

berkala. Program-program ini perlu dibangunkan berdasarkan keperluan dari Terma dan

Syarat-syarat Kelulusan EIA dan cadangan daripada Laporan DEIA ini. Program

pemantauan yang dicadangkan meliputi:

Air Permukaan

Air Bawah Tanah

Effluen Larut Resapan

Kualiti Udara

Bau

Bunyi

Hakisan Tanah dan Pemendapan

Pelupusan Sisa Pepejal

DETAILED ENVIRONMENTAL IMPACT ASSESSMENT FOR PROPOSED DEVELOPMENT OF SOLID WASTE SANITARY LANDFILL AT LADANG TANAH MERAH

NEGERI SEMBILAN

RE - 26

GUNUNG-GANANG

Sisa Terjadual dan Bahan Berbahaya

Pelepasan Air Limbah

Biologikal

Sebagai tambahan, pemantauan prestasi semasa fasa operasi disyorkan. Rekod

penyelenggaraan adalah merupakan unsur utama dalam pemantauan prestasi.

Pengurusan dan pemeliharaan alam sekitar bagi Penutupan Cadangan Projek semasa

peringkat perancangan, pembinaan dan turut dinyatakn didalam EMP.

(e) Pelan Tindakan Kecemasan

Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) menekankan tindakan yang perlu diambil jika berlaku

kejadian kecemasan akibat dari bencana alam dan kemalangan. ERP untuk tapak

Cadangan Projek perlu disediakan apabila semua aspek organisasi dan operasi tapak

pelupusan telah selesai. Ianya turut merangkumi bidang-bidang yang melibatkan

kemalangan di tapak, kegagalan cerun, pengendalian sisa dan kebakaran di Cell.

11.0 KESIMPULAN

Jangkaan peningkatan penjanaan sisa pepejal serta pengurangan penampungan kapasiti

sedia ada di tapak pelupusan Bukit Palong dan Sua Betong menunjukkan terdapat

keperluan mendesak untuk membangunkan satu kemudahan pengurusan sisa pepejal

bersepadu yang akan menerima semua jenis sisa pepejal terhasil dari empat daerah

iaitu: Seremban, Port Dickson, Tampin dan Rembau.

Isu-isu dan pencemaran alam sekitar akibat dari aktiviti pembinaan dan operasi akan

berkurangan ke tahap yang boleh diterima jika langkah-langkah tebatan yang mencukupi

dan amalan pengurusan terbaik dilaksanakan. Oleh yang demikian, operator tapak

pelupusan sanitari perlu memastikan kesemua langkah-langkah tebatan dan amalan

pengurusan terbaik dilaksanakan dengan sepatutnya.