apa yang dimaksudkan dengan reka bentuk kajian

2
Apa yang dimaksudkan dengan Reka bentuk kajian? Kajian yang dijalankan merupakan kajian kuantitatif berbentuk kajian tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik. Bagi mendapatkan maklumat, pengkaji akan menemubual kanak-kanak berdasarkan maklumat yang diperlukan dalam borang soal selidik yang dsediakan. Mohd Majid (1990) menyatakan bahawa kajian tinjauan dijalankan dalam penyelidikan pendidikan yang bertujuan untuk mengumpul maklumat berkaitan pembolehubah- pembolehubah yang berkaitan dengan sesuatu fenomena tanpa menyoal mengapa pembolehubah tersebut wujud. Menurut Sidek (2002) pula, beliau berpendapat unit yang terlibat dalam kajian yang menggunakan kajian tinjauan adalah kecil tetapi maklumat yang diperoleh daripada kajian adalah besar. Oleh yang demikian, berdasarkan pendapat-pendapat tersebut, pengkaji memilih teknik tinjauan ini kerana ia mampu memenuhi segala keperluan kajian ini. Disebabkan oleh peringkat umur responden yang masih muda, maka, sesi menemubual bersama responden harus dijalankan bagi

Upload: mfaeez-fiz

Post on 17-Jan-2016

43 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Metodologi kajian yang merujuk kepada reka bentuk kajian tindakan yang dijalankan

TRANSCRIPT

Page 1: Apa Yang Dimaksudkan Dengan Reka Bentuk Kajian

Apa yang dimaksudkan dengan Reka bentuk kajian?

Kajian yang dijalankan merupakan kajian kuantitatif berbentuk kajian tinjauan dengan

menggunakan borang soal selidik. Bagi mendapatkan maklumat, pengkaji akan menemubual

kanak-kanak berdasarkan maklumat yang diperlukan dalam borang soal selidik yang

dsediakan. Mohd Majid (1990) menyatakan bahawa kajian tinjauan dijalankan dalam

penyelidikan pendidikan yang bertujuan untuk mengumpul maklumat berkaitan

pembolehubah-pembolehubah yang berkaitan dengan sesuatu fenomena tanpa menyoal

mengapa pembolehubah tersebut wujud. Menurut Sidek (2002) pula, beliau berpendapat unit

yang terlibat dalam kajian yang menggunakan kajian tinjauan adalah kecil tetapi maklumat

yang diperoleh daripada kajian adalah besar. Oleh yang demikian, berdasarkan pendapat-

pendapat tersebut, pengkaji memilih teknik tinjauan ini kerana ia mampu memenuhi segala

keperluan kajian ini.

Disebabkan oleh peringkat umur responden yang masih muda, maka, sesi

menemubual bersama responden harus dijalankan bagi mengisi borang soal selidik yang

disediakan. Hal ini demikian kerana, responden masih memerlukan seseorang yang

berpengalaman dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak untuk mendekati dan

mendapatkan maklumat daripada mereka. Berdasarkan hasil temubual tersebut, pengkaji

dapat menentukan tahap literasi awal responden mengikut peringkat-peringkat yang telah

ditetapkan di dalam borang soal selidik.