government pki ( gpki ) - treasury.gov.my · ia juga boleh ditunjukkan dengan bar alamat berwarna...

8
EDISI 2 2016 www.treasury.gov.my Buletin ICT PENYEBAR BERITA, MAKLUMAT SEMASA & ILMU ICT KEPADA WARGA PERBENDAHARAAN Peranan BRM & BRL Dalam Merapatkan Jurang Antara Bisnes & IT Struktur Tadbir Urus Projek ICT Sektor Awam Portal 1Pekeliling Perbendaharaan (1PP) PENAUNG Cik Tan Siew Mooi PENASIHAT Pn. Rohani bt Mohamad En. Hasri b Ibrahim SIDANG EDITOR Pn. Azlina bt Muhd Yassin (K) Pn. Norihan bt Muhammad Pn. Rohani bt Omar Pn. Hazmi Rohaini bt Makhtar SUMBANGAN BAHAN Pn. Norihan bt Muhammad Pn. Rahamah bt Muda Pn. Juniaty bt Muslim Pn. Rohani bt Omar Pn. Sabriyah bt Mohd Akhir @Khairuddin Pn. Khaizalisma bt Miskan Pn. Robina bt Hassan REKA BENTUK En. Saidi b Murtada EDARAN En. Asahar b Ahmat DITERBITKAN OLEH Bahagian Teknologi Maklumat, Aras 7, Blok Selatan, Kompleks Kementerian Kewangan, No. 5, Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62592 Putrajaya T : 603-8882 3448 F : 603-8882 4052 P : www.treasury.gov.my DICETAK OLEH Institut Penilaian Negara (INSPEN) PKI atau Infrastruktur Kunci Awam ditakrifkan sebagai set perkakasan, perisian, manusia, polisi dan prosedur yang diperlukan untuk mencipta, mengurus, menyimpan, mengedar dan membatalkan kunci dan sijil digital. Artikel Penuh / MS 2 PKI ( GPKI ) GOVERNMENT

Upload: others

Post on 08-Sep-2019

38 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: GOVERNMENT PKI ( GPKI ) - treasury.gov.my · ia juga boleh ditunjukkan dengan bar alamat berwarna hijau. Apa yang dimaksudkan dengan Pihak Berkuasa Pemerakuan Berlesen (Certificate

EDISI 2 2016www.treasury.gov.my

BuletinICTPENYEBAR BERITA, MAKLUMAT SEMASA & ILMU ICT KEPADA WARGA PERBENDAHARAAN

Peranan BRM & BRL Dalam Merapatkan Jurang Antara

Bisnes & IT

Struktur Tadbir Urus Projek ICT Sektor Awam

Portal 1Pekeliling Perbendaharaan (1PP)

PENAUNG Cik Tan Siew Mooi

PENASIHATPn. Rohani bt MohamadEn. Hasri b Ibrahim

SIDANG EDITORPn. Azlina bt Muhd Yassin (K)Pn. Norihan bt MuhammadPn. Rohani bt OmarPn. Hazmi Rohaini bt Makhtar

SUMBANGAN BAHANPn. Norihan bt Muhammad Pn. Rahamah bt MudaPn. Juniaty bt MuslimPn. Rohani bt OmarPn. Sabriyah bt Mohd Akhir@KhairuddinPn. Khaizalisma bt MiskanPn. Robina bt Hassan

REKA BENTUKEn. Saidi b Murtada

EDARANEn. Asahar b Ahmat

DITERBITKAN OLEH Bahagian Teknologi Maklumat, Aras 7, Blok Selatan, Kompleks Kementerian Kewangan,

No. 5, Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62592 Putrajaya

T : 603-8882 3448 F : 603-8882 4052 P : www.treasury.gov.my DICETAK OLEH Institut Penilaian Negara (INSPEN)

PKI atau Infrastruktur Kunci Awam ditakrifkan sebagai set perkakasan, perisian, manusia, polisi dan prosedur yang diperlukan untuk mencipta, mengurus, menyimpan, mengedar dan membatalkan kunci dan sijil digital.

Artikel Penuh / MS 2

PKI ( GPKI ) GOVERNMENT

Page 2: GOVERNMENT PKI ( GPKI ) - treasury.gov.my · ia juga boleh ditunjukkan dengan bar alamat berwarna hijau. Apa yang dimaksudkan dengan Pihak Berkuasa Pemerakuan Berlesen (Certificate

Selaras dengan Pekeliling Kemajuan Awam Bilangan 3 Tahun 2015 bertarikh 23 Oktober 2015, semua sistem ICT kerajaan yang memerlukan PKI mestilah menggunakan perkhidmatan GPKI. Pengguna yang bukan menggunakan perkhidmatan GKPI hendaklah beralih ke GKPI apabila tempoh kontrak PKI telah tamat atau sistem tersebut telah dinaik taraf.

Apa itu PKI?

PKI atau Infrastruktur Kunci Awam ditakrifkan sebagai set perkakasan, perisian, manusia, polisi dan prosedur yang diperlukan untuk mencipta, mengurus, menyimpan, mengedar dan membatalkan kunci dan sijil digital. Ia dihasilkan berdasarkan kriptografi kunci awam. Perkhidmatan PKI yang utama adalah membekalkan Sijil Digital individu dan Sijil Secure Socket Layer (SSL) kepada agensi.

Apa itu Sijil Digital?

Sijil Digital adalah pengenalan digital yang merupakan pelengkap elektronik sama seperti identiti menggunakan kad pengenalan, lesen memandu, pasport atau kad keahlian. Sijil digital dikemukakan secara elektronik untuk membuktikan identiti atau hak seseorang untuk mengakses maklumat atau perkhidmatan online. Sijil digital mengikat identiti kepada sepasang kunci elektronik yang boleh digunakan untuk menyulitkan dan menandatangani maklumat digital.

Setiap penjawat awam akan menggunakan satu (1) sijil digital sahaja bagi mengakses sistem-sistem yang berlainan . Tandatangan digital yang telah dilakukan tidak boleh disangkal. Sijil ini dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Pemerakuan Berlesen (Certificate Authority) dan mematuhi Akta Tandatangan Digital 1997.

Buletin ICT EDISI 2 201602 Oleh : PUAN SABRIYAH BINTI MOHD AKHIR @KHAIRUDDIN

Government PKI (GPKI)Government PKI (GPKI) merupakan perkhidmatan Public Key Infrastructure (PKI)

yang disediakan secara bersepadu oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) untuk menjamin keselamatan data bagi aplikasi-aplikasi

yang dilaksanakan di dalam Sektor Awam.

Portal berkaitan GPKI boleh dilayari di URL gpki.mampu.gov.my

www.treasury.gov.my

Perkakasan atau perisian yang digunakan untuk menyimpan sijil digital pengguna adalah :

1. Token mengandungi cip kriptografi dan dihubungkan melalui port USB

2. Kad pintar juga mengandungi cip kriptografi untuk menyimpan sijil digital dan dihubung menggunakan pembaca kad pintar

3. Sijil Softcert yang terdiri dari sijil digital muat turun (download certificate) boleh dimuat turun dan simpan ke perkakasan seperti komputer atau sijil digital perayauan (roaming certificate) yang disimpan oleh Pihak Berkuasa Pemerakuan Berlesen

Apa itu SSL?

SSL merupakan teknologi penyulitan yang dipasang pada pelayan bagi mewujudkan sambungan yang disulitkan antara pelayan web (web server) dan pelayar web (web browser). Ia melindungi maklumat peribadi seperti nombor kad kredit atau kata laluan dari dicuri dengar atau dipalsukan. Penggunaan sijil SSL di laman web ditunjukkan oleh ikon mangga dalam pelayar web tetapi ia juga boleh ditunjukkan dengan bar alamat berwarna hijau.

Apa yang dimaksudkan dengan Pihak Berkuasa Pemerakuan Berlesen (Certificate Authority)?

Pihak Berkuasa Pemerakuan Berlesen adalah pengeluar sijil digital kepada pelanggan. Di Malaysia hanya tiga (3) Pihak Berkuasa Pemerakuan Berlesen yang menguruskan identiti digital iaitu Telekom Malaysia, Digicert dan Trustgate. Mereka memastikan penggunaan sistem yang boleh dipercayai dan dilantik oleh Kerajaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

TM Applied Business

Page 3: GOVERNMENT PKI ( GPKI ) - treasury.gov.my · ia juga boleh ditunjukkan dengan bar alamat berwarna hijau. Apa yang dimaksudkan dengan Pihak Berkuasa Pemerakuan Berlesen (Certificate

Oleh : PUAN KHAIZALISMA BINTI MISKAN

Buletin ICT EDISI 2 2016 03www.treasury.gov.my

“The Missing Link”Peranan Business Relationship Manager (BRM) dan Business

Relationship Liaison (BRL) Dalam Merapatkan Jurang Antara Bisnes dan IT

BIL BAHAGIAN BRL BRM

1 Pejabat Belanjawan Negara Pn. Mazlin Hani binti Hasaruddin

Pn. Victoriabinti Bu

2 Bahagian Cukai En. Muhammad Nasir Bin Mustafa

3 Bahagian Perolehan Kerajaan Pn. Syaharinah binti Syed Shahir

4 Unit Strategi Nasional (Kosong)

5 Bahagian Fiskal dan Ekonomi Pn. Norzalelawati binti Ahmad

En. Zainizambin Haji Yusof

6 Bahagian Antarabangsa En. Ahmad Fareed bin Abdul Rahman

7 Bahagian Undang-Undang En. Mohd Shahrom bin Idris

8 Bahagian Audit Dalam Pn. Nur Azian binti Azumu

9 Tribunal Rayuan Kastam Pn. Norilawati binti Ismail

10 Tribunal Rayuan Cukai Barang Dan Perkhidmatan

Pn. Nur Asiah Binti Abd Kadir

11 Unit Integriti Pn. Siti Noor Adilah binti Bahrin

12 Pejabat Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan

(Kosong)

13 Bahagian Pelaburan Strategik En. Mohd Nizam bin Mohd Khir

Pn. Norul Hidayah binti Ibrahim

14 Bahagian Pengurusan Strategik Badan Berkanun

En. Mohd Khairul Annuar bin Osman

15 Bahagian Syarikat Pelaburan Kerajaan

Cik Shahariah binti Saaduddin

16 Pejabat Pendaftaran Agensi Pelaporan Kredit

Cik Fasihatul Husna binti Ab Rashid

17 BAHAGIAN PENGURUSAN ASET AWAM

i Seksyen Wang Awam 1 Cik Ng Siew Chin

ii Seksyen Wang Awam 2 Pn. Kamisah binti Sahari

iii Seksyen Pengurusan Aset Pn. Hamidah binti Hamid

18 Bahagian Strategi Korporat dan Komunikasi

En. Salsuriya bin Selamat

Pn. Khaizalisma binti Miskan

19 BAHAGIAN DASAR SARAAN DAN PENGURUSAN

i Seksyen Kewangan Cik Leniza Anak Nihar

ii Seksyen Pembangunan & Perolehan

(Kosong)

iii Seksyen Pentadbiran Pn. Nurrulhudda binti Mamat

iv Seksyen Dasar Saraan Pn. Nurulizza binti Shaari @ Mat Saman

v Seksyen Pengurusan Sumber Manusia

En. Azzaman bin Moktar

20 Perbendaharaan Malaysia Sabah Pn. Nor’ Ain binti Abdullah Sani

21 Perbendaharaan Malaysia Sarawak

En. Mohamad bin Hajani

Business Relationship Manager (BRM) dan Business Relationship Liaison (BRL) wujud selaras dengan pelaksanaan Enterprise Architecture (EA) di Perbendaharaan pada tahun 2014. BRM dan BRL adalah sebagai perantara atau single-point of contact dari Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) dan bahagian-bahagian lain di Perbendaharaan.

Secara khusus, BRM berperanan untuk membantu bahagian-bahagian mengenal pasti dan memahami keperluan bisnes masing-masing sejajar dengan EA Blueprint dan perkembangan teknologi terkini. BRM mengkaji, menyelaras dan menentukan keperluan data dan teknologi yang dapat membantu bahagian dalam mencapai objektif dan outcome yang telah ditetapkan. Manakala BRL berperanan sebagai subject matter expert yang akan membantu BTM memahami fungsi dan proses kerja yang wujud di bahagian berkenaan. BRL juga menyelaras keperluan projek ICT di bahagian masing-masing. Keperluan ini dilihat secara holistik dan melibatkan keseluruhan fungsi dan proses kerja di setiap bahagian.

BRM dan BRL saling berinteraksi secara komunikasi efektif bagi memastikan kedua-dua pihak dapat mencapai persetujuan bersama. Kebolehan dan kemahiran BRM untuk menterjemahkan keperluan bisnes kepada sistem berasaskan ICT yang tepat adalah sangat penting. Manakala, pihak bisnes juga mempunyai pengetahuan dan komitmen yang tinggi untuk menjelaskan keperluan mereka bagi memudahkan pihak BTM membangunkan sistem atau penyelesaian yang memanfaatkan pengguna. Setiap proses kerja dan panduan yang ada didokumenkan dengan sistematik.

BRM memainkan peranan yang penting di peringkat awal projek bermula dari percambahan idea, penyediaan kertas cadangan, penyediaan dokumen spesifikasi keperluan sistem (SRS), penyediaan dokumen spesifikasi reka bentuk sistem (SDS) dan seterusnya pemantauan penggunaan sistem. Hubungan baik antara kedua-dua pihak sangat penting bagi menjamin kejayaan sesuatu projek. Terdapat empat (4) pegawai BRM di BTM dan 27 pegawai BRL yang telah dipertanggungjawabkan dalam usaha mewujudkan strategic engagement di antara BTM dan bahagian.

ENTERPRISE ARCHITECTURE

Page 4: GOVERNMENT PKI ( GPKI ) - treasury.gov.my · ia juga boleh ditunjukkan dengan bar alamat berwarna hijau. Apa yang dimaksudkan dengan Pihak Berkuasa Pemerakuan Berlesen (Certificate

Oleh : PUAN NORIHAN BINTI MUHAMMAD

PUAN JUNIATY BINTI MUSLIM

Buletin ICT EDISI 2 201604 www.treasury.gov.my

• Pengurus Projek yang mempunyai pengalaman dan kompeten dalam bidang pengurusan projek ICT

• Mesyuarat dan perbincangan bidang teknikal dan bisnes yang kerap supaya isu projek dapat dikesan dan dikawal dari awal

PASUKAN PROJEK

JAWATANKUASA TEKNIKAL PROJEK

• Memutuskan perkara-perkara teknikal di dalam projek tersebut

• Mesyuarat sekurang-kurangnya sebulan sekali sepanjang tempoh projek atau mengikut keperluan

• Menentukan strategi dan hala tuju pelaksanaan projek

• Mesyuarat sekurang-kurangnya empat (4) kali dalam tempoh projek atau mengikut keperluan

STRUKTUR TADBIR URUS

PROJEK ICTSEKTOR AWAM

Setiap pelaksanaan projek ICT perlu membentuk tadbir urus projek bagi memantau kemajuan pelaksanaan projek ICT. Ini adalah selaras dengan Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU mengenai Garis Panduan Pelaksanaan Projek ICT Sektor Awam bertarikh 5 Mac 2010 dan Panduan Pengurusan Projek ICT Sektor Awam oleh MAMPU.

Struktur tadbir urus sesuatu projek ICT terdiri daripada dua (2) jawatankuasa utama iaitu:

1. Jawatankuasa Pemandu Projek 2. Jawatankuasa Teknikal Projek dan satu (1)

Pasukan Projek

Hubung kait antara semua pihak yang terlibat dalam struktur tadbir urus pelaksanaan pengurusan projek ICT adalah seperti berikut:

1. Melantik Subject Matter Expert (SME) yang berpengalaman dan terlibat secara tetap sepanjang tempoh pelaksanaan projek.

2. Mewujudkan Pejabat Pengurusan Projek (Project Management Office (PMO)) untuk membantu pengurus projek menguruskan projek dengan teratur dan efisien mengguna pakai metodologi pengurusan projek ICT yang piawai.

3. Pasukan Jaminan Kualiti (QA Team) diwujudkan bagi membuat penyemakan dan pengesahan serahan kontraktor pada setiap milestone dan memastikan pelaksanaan projek adalah menepati tahap kualiti yang telah ditetapkan.

4. Melantik Pasukan Projek yang khusus dan mencukupi bagi membolehkan mereka memberi fokus kepada pelaksanaan projek itu.

5. Pengurus Projek perlu mahir dalam pengurusan projek ICT dan terlibat dengan projek sepenuh masa supaya dapat fokus untuk melaksanakan tanggungjawabnya bagi menjamin kejayaan pelaksanaan projek.

6. Penglibatan pengguna, pemilik projek, SME dan personel ICT adalah penting dalam semua projek ICT dari peringkat perancangan hingga penyerahan projek supaya keperluan aspek ICT dapat diuruskan dengan lebih tepat dan efektif.

7. Melantik kontraktor yang berprestasi tinggi dengan membuat penilaian tender secara telus dan teliti bagi memastikan projek ditawarkan kepada kontraktor benar-benar kompeten.

8. Mewujudkan kemudahan dashboard atau sistem pemantauan secara atas talian bagi tujuan pemantauan projek yang lebih rapi.

9. Pemantauan projek yang rapi melalui mesyuarat dan perbincangan yang kerap supaya isu projek dapat dikesan awal dan diselesaikan tanpa menjejaskan pelaksanaan projek.

Struktur tadbir urus yang mantap merupakan salah satu faktor kejayaan pelaksanaan sesuatu projek ICT. Bagi memastikan kejayaan sesuatu projek dilaksanakan mengikut peruntukan bajet, tempoh, skop dan sumber yang telah dikenal pasti, maka tadbir urus yang dibentuk perlu mengambil kira perkara-perkara berikut:

JAWATANKUASA PEMANDU PROJEK

Page 5: GOVERNMENT PKI ( GPKI ) - treasury.gov.my · ia juga boleh ditunjukkan dengan bar alamat berwarna hijau. Apa yang dimaksudkan dengan Pihak Berkuasa Pemerakuan Berlesen (Certificate

Oleh : PUAN AZLINA BINTI MUHD YASSIN

Buletin ICT EDISI 2 2016

STRUKTUR TADBIR URUS PELAKSANAAN PENGURUSAN PROJEK ICT

05www.treasury.gov.my

JAWATANKUASA PEMANDU PROJEK

JAWATANKUASA TEKNIKAL PROJEK

Ketua atau Timbalan Ketua Agensi atau CIO

Pengurus ICT Agensi atau jawatan yang lebih tinggi

ATAU

ATAU

Pengurus Projek

Pejabat PengurusanProjek (PMO) QA Team

PasukanPasukan

Pengarah Projek (Agensi Kerajaan)

Pejabat Pengurusan Projek (PMO) QA Team

Pengarah Projek (Agensi Kerajaan)

Pejabat Pengurusan Projek (PMO) QA Team

Pengurus Projek (Kontraktor)Pengurus Projek (Agensi Kerajaan)

Pelaksanaan Projek Secara In-Sourcing(Menggunakan Kepakaran Dalaman)

Pelaksanaan Projek Secara Co-Sourcing(Menggunakan Kepakaran Dalaman Dan Perkhidmatan Luar) Dilaksanakan Secara Usaha Sama

Agensi Dengan Kontraktor

Ketua: KontraktorAhli: Kontraktor & Agensi

Ketua: KontraktorAhli: Kontraktor & Agensi

Ketua: KontraktorAhli: Kontraktor & Agensi

Ketua: AgensiAhli: Agensi

Pelaksanaan Projek Secara Outsourcing(Menggunakan Perkhidmatan Luar) Dilaksanakan

Melalui Dua Kumpulan Berasingan

Pasukan Pasukan Pasukan Pasukan

Pengurus Projek (Kontraktor)

SME & PenggunaInfrastruktur ICT &Sokongan Teknikal

Pengurusan Perubahan

PembangunanAplikasi

PengurusICT Agensi Pembekal

››

Pengguna Utama

PemilikProjek

Wakil Agensi Berkaitan Pembekal Pengarah/

Pengurus ProjekPemilik Projek

Wakil Agensi Berkaitan

PASUKAN PROJEK

1

1 1

n

n n

Page 6: GOVERNMENT PKI ( GPKI ) - treasury.gov.my · ia juga boleh ditunjukkan dengan bar alamat berwarna hijau. Apa yang dimaksudkan dengan Pihak Berkuasa Pemerakuan Berlesen (Certificate

Oleh : PUAN ROBINA BINTI HASSAN

Buletin ICT EDISI 2 201606 www.treasury.gov.my

PBNMARRIS, MyResult, SPB

ADPiPPAD, MyAudit

BSKKPortal 1PP, SSJP, TIMS

BCSEC-GST, SMPC, e-PCC

USNPortal NBOS

BFEEIDS, Laman Khas Bajet, EIM

TRCBPGenTax

BUUeFiling

BPKGPIS, ePerunding, eGPA, PortalMyProcurement, ePerolehan

TRKMy e-TRK, e-TRK

BDSP - ExGratia, e-Booking, MyCourse, TRACE, Portal Psikologi, e-Selenggara, ILMU, SKNP, SPSF

BPSLMS

BTM - eDMS, Portal Latihan,Portal Perbendaharaan, eDaftar,SPP, Mobile Apps, SPAB, MyMesyuarat

BPAPampasan, eKereta, SPLOWA,FLIM, SPPA

BSPKGCIS

23SISTEM APLIKASI

PERBENDAHARAAN MALAYSIA

Sehingga kini, terdapat 50 sistem aplikasi di Perbendaharaan Malaysia.

Semua sistem aplikasi ini berfungsi untuk menyokong bisnes utama di Perbendaharaan seiring dengan keperluan semasa.

33

1

3

1

1

1

5

2

9

1

8

51

PPKLaman Web PPK

BSBBSBSys 1

Page 7: GOVERNMENT PKI ( GPKI ) - treasury.gov.my · ia juga boleh ditunjukkan dengan bar alamat berwarna hijau. Apa yang dimaksudkan dengan Pihak Berkuasa Pemerakuan Berlesen (Certificate

Membolehkan pentadbir sistem mendaftar, mengemaskini dan menghapuskan semua maklumat berkaitan pengguna, pekeliling, pertanyaan, langganan, pindaan, arkib dan sebagainya;

Membolehkan pengguna untuk kunci masuk ke dalam sistem 1PP. Pengguna umum juga boleh mendaftar sebagai pengguna di Modul Login;

Membolehkan pengguna membuat langganan pekeliling. Pengguna yang mendaftar dengan portal 1PP dan membuat langganan terhadap Bidang dan Topik 1PP akan mendapat e-mel makluman sekiranya terdapat pindaan dan muat naik pekeliling baharu;

Membolehkan pengguna mengajukan pertanyaan berkaitan pekeliling. Sebarang pertanyaan akan dijawab oleh Sekretariat Pekeliling dan pegawai perhubungan bagi setiap bidang Pekeliling;

Menyimpan semua pekeliling lama (PP/SPP/PKP/SAP) untuk rujukan pengguna. Pengguna boleh membuat rujukan menggunakan No. Rujukan Lama pekeliling terdahulu;

Membolehkan pengguna membuat carian topik dan sub topik serta perkataan menggunakan fungsi carian 1PP; dan

Laporan dipaparkan mengikut kategori berikut:

• Jumlah Muat Turun Keseluruhan

• Jumlah Sub-Topik• Jumlah Topik• Jumlah Bidang• Jumlah Langganan

1PP• Jumlah Pertanyaan

Oleh : PUAN RAHAMAH BINTI MUDA

Buletin ICT EDISI 2 2016 07www.treasury.gov.my

.................

.................

.................

.................

.................

.................

.................

Portal 1PP merupakan one-stop centre dan rujukan mudah bagi apa jua arahan pengurusan kewangan kerajaan. Portal ini boleh dilayari menerusi url: 1pp.treasury.gov.my. Penggunaan 1PP telah dikuatkuasakan bermula 3 Julai 2014 bagi menggantikan semua Pekeliling Perbendaharaan (PP), Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP), Pekeliling Kontrak Perbendaharaan (PKP) dan Surat Arahan Perbendaharaan (SAP) yang dikeluarkan sebelum ini. Versi semasa 1PP dibahagikan kepada 7 bidang pengurusan kewangan utama iaitu:

Portal 1Pekeliling Perbendaharaan (1PP)

PORTAL

1 pekeliling

.treasury

.gov.my

perbendaharaan

1pp

1) Pengurusan Belanjawan (PB), 2) Perolehan Kerajaan (PK), 3) Pengurusan Wang Awam (WP), 4) Pengurusan Aset (AM), 5) Pengurusan Kewangan Strategik (PS), 6) Pelaburan Strategik (PA); dan 7) Syarikat Tersenarai Bumiputra (LB).

Pemantauan kerja-kerja urus tadbir portal 1PP ini dikendalikan oleh Sekretariat Pekeliling yang telah ditubuhkan di Bahagian Strategi, Korporat dan Komunikasi (BSKK).

Modul yang terdapat di dalam portal 1PP adalah:

1PP 01modul 1PP 02

modul 1PP 03modul 1PP 04

modul

1PP 05modul

1PP 06modul

1PP 07modul

www.treasury.gov.my

www.treasury.gov.my

www.treasury.gov.my

www.treasury.gov.my

ModulPentadbir Portal(Seketariat 1PP)

ModulLangganan

Modul Arkib Modul Login

www.treasury.gov.my www.treasury.gov.my www.treasury.gov.my

ModulPertanyaan

Fungsi Carian

Modul LaporanStatistik

Page 8: GOVERNMENT PKI ( GPKI ) - treasury.gov.my · ia juga boleh ditunjukkan dengan bar alamat berwarna hijau. Apa yang dimaksudkan dengan Pihak Berkuasa Pemerakuan Berlesen (Certificate

Seramai 15 orang pegawai dari Bahagian Teknologi Maklumat, Perbendaharaan Malaysia telah mengadakan lawatan kerja ke Bahagian Aplikasi Data Warehouse, Jabatan Teknologi Maklumat LHDNM di Cyberjaya pada 3 Mac 2016 yang lalu.

Rombongan ini telah disambut oleh Pengarah Bahagian Aplikasi Data Warehouse, Puan Fezeeh

Lawatan ini bertujuan untuk melihat pelaksanaan Sistem Data Warehouse di LHDNM yang telah mula dilaksanakan pada Oktober 2005 dan mempelajari teknologi yang digunapakai dalam pelaksanaannya.

Binti Mamat@Ahmad dan beberapa orang pegawai dari bahagian tersebut. Taklimat berkenaan pelaksanaan Data Warehouse, cabaran yang dihadapi dan hala tuju pelaksanaan tersebut telah diberikan dengan jelas. Disamping itu juga, pegawai-pegawai BTM diberi peluang melawat pusat data yang beroperasi khusus bagi pelaksanaan Data Warehouse.

Hasil daripada lawatan kerja tersebut, pelbagai perkongsian ilmu dan maklumat telah diperolehi sebagai input berguna kepada pegawai-pegawai BTM untuk pelaksanaan Data Warehouse di Perbendaharaan Malaysia kelak.

Lawatan Perkongsian Pelaksanaan Data Warehouse Di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNm)

Oleh : PUAN ROHANI BINTI OMAR

Buletin ICT EDISI 2 2016 08www.treasury.gov.my