apa itu koperasi

7
Apa itu Koperasi? Koperasi ialah sebuah pertubuhan sosio-ekonomi yang didaftarkan di bawah Akta 502 (Akta Koperasi 1993) Malaysia. Pertubuhan ini dianggotai, dimodali dan ditadbir oleh sekumpulan manusia berasaskan semangat dan usaha kerjasama untuk memajukan kepentingan ekonomi dan sosial anggota- anggotanya. Dalam ertikata lain, koperasi merupakan persatuan yang menjalankan aktiviti perniagaan yang bertujuan membantu dan meringankan beban anggota-anggotanya. Selain mendapat pulangan dalam bentuk dividen, anggota-anggotanya juga menikmati harga yang lebih murah dari pasaran dan kemudahan- kemudahan khas seperti pinjaman dan sebagainya, bergantung kepada koperasi yang dianggotainya. Sesebuah koperasi ditadbirselia oleh sepasukan Anggota Lembaga yang dilantik secara demokrasi pada Mesyuarat Agung yang biasanya diadakan selepas tiap-tiap akhir tahun kewangan sesebuah koperasi itu. Seorang Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari akan dilantik untuk mentadbir koperasi itu. Lantikan dibuat bedasarkan pada calon yang mendapat undi terbanyak. Setiap anggota berhak mencalonkan seseorang daripada kalangan anggota untuk jawatan Anggota Lembaga. Perbezaan Koperasi dengan Syarikat Berhad Sesebuah koperasi ditubuhkan untuk memenuhi keperluan anggota-anggotanya manakala tujuan penubuhan sesebuah syarikat adalah untuk mencari keuntungan semata-mata. Hak milik sesebuah koperasi adalah kepada anggota- anggotanya manakala sesebuah syarikat dipunyai pemegang saham syarikat tersebut.

Upload: fatin-hafizah-mohammad-sukri

Post on 08-Jun-2015

4.587 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Apa Itu Koperasi

Apa itu Koperasi?Koperasi ialah sebuah pertubuhan sosio-ekonomi yang didaftarkan di bawah Akta 502 (Akta Koperasi 1993) Malaysia. Pertubuhan ini dianggotai, dimodali dan ditadbir oleh sekumpulan manusia berasaskan semangat dan usaha kerjasama untuk memajukan kepentingan ekonomi dan sosial anggota-anggotanya.

Dalam ertikata lain, koperasi merupakan persatuan yang menjalankan aktiviti perniagaan yang bertujuan membantu dan meringankan beban anggota-anggotanya. Selain mendapat pulangan dalam bentuk dividen, anggota-anggotanya juga menikmati harga yang lebih murah dari pasaran dan kemudahan-kemudahan khas seperti pinjaman dan sebagainya, bergantung kepada koperasi yang dianggotainya.

Sesebuah koperasi ditadbirselia oleh sepasukan Anggota Lembaga yang dilantik secara demokrasi pada Mesyuarat Agung yang biasanya diadakan selepas tiap-tiap akhir tahun kewangan sesebuah koperasi itu. Seorang Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari akan dilantik untuk mentadbir koperasi itu. Lantikan dibuat bedasarkan pada calon yang mendapat undi terbanyak. Setiap anggota berhak mencalonkan seseorang daripada kalangan anggota untuk jawatan Anggota Lembaga.

Perbezaan Koperasi dengan Syarikat Berhad

Sesebuah koperasi ditubuhkan untuk memenuhi keperluan anggota-anggotanya manakala tujuan penubuhan sesebuah syarikat adalah untuk mencari keuntungan semata-mata.

Hak milik sesebuah koperasi adalah kepada anggota-anggotanya manakala sesebuah syarikat dipunyai pemegang saham syarikat tersebut.

Kawalan sesebuah koperasi dijalankan bedasarkan sistem demokrasi, berasaskan kepada satu anggota, satu undi.

Kawalan sesebuah syarikat berhad pula dijalankan bedasarkan jumlah saham yang dipunyainya.

Keuntungan sesebuah koperasi dikongsi dikalangan anggota-anggotanya manakala bagi sesebuah syarikat pula, keuntungan dibahagikan antara pemegang-pemegang saham.

Nilai saham seseorang anggota koperasi adalah tetap dan boleh dikeluarkan semula. Saham sesebuah syarikat tidak boleh dikeluarkan semula dan nilainya tidak menentu.

Page 2: Apa Itu Koperasi

Pertubuhan koperasi tertakluk kepada Akta Koperasi manakala syarikat tertakluk kepada Akta Syarikat.

Nilai dan PrinsipKedai Koperasi yang diasaskan oleh Para Perintis Rochdale mengamalkan beberapa prinsip yang juga menjadi asas kepada sesebuah pertubuhan koperasi. Seiring dengan arus perubahan semasa, prinsip-prinsip tersebut dikaji dan diperbaharui untuk mengekalkan relevansi terhadap gerakan koperasi sedunia secara keseluruhan.

Prinsip-prinsip berikut disytiharkan di Manchester, United Kingdom pada 23 September 1995.

1. Keanggotaan Sukarela dan Terbuka

Koperasi adalah sebuah organisasi sukarela, terbuka kepada sesiapa sahaja yang boleh menggunakan perkhidmatan yang ditawarkannya dan rela menerima tanggungjawab sebagai anggota tanpa mengira jantina, perbezaan sosial bangsa, fahaman politik mahupun agama.

2. Kawalan Demokrasi oleh Anggota

Koperasi adalah organisasi berasaskan demokrasi, dikawal oleh anggotanya sendiri secara melibatkan diri dengan aktif dalam membuat polisi dan keputusan. Lelaki dan wanita, yang dilantik sebagai wakil adalah bertanggungjawab terhadap anggota-anggotanya. Bagi Koperasi asas, anggota-anggota mempunyai hak mengundi yang sama (satu anggota satu undi) dan koperasi di peringkat yang lebih tinggi turut mengamalkan dasar berbentuk demokrasi.

3. Penglibatan Anggota Dalam Kegiatan Ekonomi

Anggota-anggota memberi sumbangan samarata kepada modal koperasi dan mengawalnya secara demokrasi. Sekurang-kurangnya sebahagian daripada modal tersebut adalah harta bersama koperasi. Anggota-anggota selalunya menerima gantirugi yang terhad, jika ada, keatas modal yang disumbangkan sebagai sebahagian daripada syarat menjadi anggota. Anggota-anggota menyediakan peruntukan kewangan untuk satu-satu tujuan atau kesemua tujuan yang berikut: memajukan koperasi dengan menyediakan rezab, dimana sebahagian daripada rezab tersebut tidak boleh dibahagi-bahagikan, disamping memberi faedah kepada anggota mengikut jumlah transaksi mereka dengan koperasi dan menyokong lain-lain aktiviti yang dipersetujui oleh anggota.

Page 3: Apa Itu Koperasi

4. Kebebasan dan Autonomi

Koperasi adalah organisasi berdikari dan bercirikan autonomi yang dikawal oleh anggotanya. Jika mereka memasuki mana-mana perjanjian dengan lain-lain organisasi, termasuk dengan kerajaan, atau menambah modal daripada sumber luar, mereka berbuat demikian di atas syarat-syarat yang memastikan kawalan demokrasi masih di tangan anggota disamping masih dapat mengekalkan taraf autonominya.

5. Pendidikan, Latihan dan Maklumat

Koperasi menyediakan pendidikan dan latihan untuk anggotanya, lembaga yang dipilih, pengurus dan pekerja agar mereka boleh menyumbangkan secara berkesan kepada kemajuan koperasi. Koperasi menyampaikan maklumat kepada orang ramai terutama golongan belia dan ketua-ketua masyarakat berhubung perihal dan faedah berkoperasi.

6. Kerjasama Antara Koperasi-Koperasi

Koperasi membantu anggotanya secara lebih berkesan di samping mengukuhkan gerakan koperasi dengan cara bekerja bersama-sama di peringkat tempatan, wilayah, nasional dan antarabangsa.

7. Prihatin Terhadap Komuniti

Di samping menumpukan kepada keperluan anggota-anggotanya, koperasi juga berusaha untuk membangunkan masyarakat secara mampan melalui dasar-dasar yang diterima oleh anggota-anggotanya.

Page 4: Apa Itu Koperasi

Sejarah Gerakan KoperasiGerakan Koperasi yang pertama bermula sebelum Revolusi Industri di United Kingdom pada awal abad ke-19. Ianya diasaskan oleh sekumpulan pekerja miskin bangsa Inggeris kerana:

Kesengsaraan dan syarat kerja yang terlalu ketat Gaji yang tidak mencukupi Pengangguran yang meluas Pengambilan untung berlebihan yang tidak terkawal Pemalsuan dalam sukatan dan timbangan Kadar kemiskinan yang tinggi Kadar penyakit dan kematian yang kian meningkat Kerahan kerja untuk kanak-kanak seusia 4 tahun Suasana hidup yang menyeksakan Bantahan yang dibuat tidak berkesan

Para pekerja yang tinggal di sebuah perkampungan kecil Inggeris, Rochdale merasakan bahawa mereka perlu bekerjasama. Pakatan 28 orang ini mulai menabung dan berjaya mengumpulkan sebanyak £28 untuk dijadikan modal. Tanggal 21 Disember 1844 menyaksikan titik permulaan gerakan koperasi dimana mereka membuka sebuah Kedai Koperasi di Toad Lane di Rochdale, Lancashire. Kedai Koperasi itu kian meningkat maju dan peristiwa ini kemudian diiktiraf sebagai tarikh bermulanya Gerakan Kerjasama Sedunia. Para pengasas tersebut kini dikenali sebagai Para Perintis Rochdale (The Rochdale Pioneers).

Para Perintis Rochdale

Kedai Koperasi yang diusahakan oleh Para Perintis Rochdale menjual barang-barang runcit seperti tepung, mentega, teh dan juga lilin, tetapi cara perniagaan mereka berbeza dari kedai-kedai runcit yang lain.

Mereka percaya bahawa perbuatan tidak jujur yang diamalkan oleh peniaga runcit lain pada ketika itu seperti membubuh kapur kedalam tepung dan mencampurkan daun-daun kering ke dalam teh harus dihapuskan. Mereka juga percaya bahawa pelanggan berhak mendapat layanan yang baik serta jujur, dan hasil daripada perniagaan itu dikongsi sama.

Page 5: Apa Itu Koperasi

Tidak hairanlah apabila pelanggan hilang kepercayaan pada pekedai-pekedai runcit yang lain dan bertumpu pada Kedai Koperasi.

Pelanggan-pelanggan Kedai Koperasi juga turut menjadi anggota Koperasi tersebut dan mereka juga mempunyai hak dalam perniagaan itu. Prinsip-prinsip yang diamalkan Koperasi itu adalah:

Keanggotaan terbuka dan sukerela Kawalan demokrasi (satu anggota, satu undi) Pembahagian keuntungan terhad Dividen diberi mengikut jumlah pembelian anggotanya Peruntukan pendidikan Kerjasama antara Koperasi Neutral terhadap fahaman politik dan kepercayaan agama masing-masing Belian tunai sahaja Barangan dan layanan yang baik dan berkualiti

Tidak lama kemudian, kedai-kedai koperasi mula muncul dan Para Perintis Rochdale mula mendapat perhatian antarabangsa. Walaupun ada kedai koperasi lain yang ditubuhkan lebih awal, tetapi kedai inilah yang paling berjaya dan menjadi contoh kepada koperasi-koperasi lain.

Prinsip-prinsip tersebut masih diterima dan menjadi asas sesebuah pertubuhan koperasi. Walaubagaimanapun, untuk mengekalkan relevansi, prinsip-prinsip tersebut diolah semula, sesuai dengan arus perubahan semasa.