apa itu kerja berpasukan

Upload: vipsdontcros

Post on 09-Jan-2016

17 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

rwwr

TRANSCRIPT

Apa itu kerja berpasukan

Secara ringkasnya kerja berpasukan merujuk kepada pekerja yang bekerja dalam satu kumpulan yang sering bekerjasama dan menjalankan tugas secara berganding bahu bagi mencapai matlamat pasukan. Sebuah pasukan terdiri daripada gabungan sebilangan individu yang mempunyai kompetensi yang saling bergantung iaitu dari segi keupayaan, kepakaran, kemahiran dan pengatahuan serta mempunyai akauntabiliti dan komitmen terhadap prestasi pasukan serta bersedia melaksanakan tugasan secara bersama. Antara ciri2 sebuah pasukan adalah:CIRI-CIRIPASUKAN KERJA

KetuaKetua sebagai fasilitator dan pebimbing pasukan

Membuat keputusanPersetujuan seluruh pasukan setelah maklumat diterima dan dinilai

MatlamatMatlamat ditentukan oleh pasukan

Penentuan kerjaPasukan merangcang penugasan kerja secara bersama

KomunikasiKomunikasi dua hala yang lebih terbuka dan telus

KerjasamaAnggota berkongsi kepakaran dalam menjadi pelengkap antara satu sama lain

Hasil kerjaHasil kerja berpasukan

PenilaianPrestasi di nilai secara kolektif

Jadual Ciri2 Sebuah PasukanMelalui kerja berpasukan, organisasi dapat meningkatkan hasil tanpa meningkatkan sumber kerana kerja berpasukan melibatkan gabungan usaha, pengatahuan, kemahiran dan kebolehan yang dapat menghasilkan prestasi kerja yang lebih tinggi berbanding jika dilakukan secara bersendirian. Lapan nilai2 utama yang menjasi pra syarat kepada perlaksanaan kerja secara berpasukan iaitu:1. Matlamat sama2. Tanggungjawab bersama3. Saling percaya mempercayai4. Berkongsi idea5. Saling bantu membantu6. Bertolak ansur7. Musyawarah8. KerjasamaSering kali wujud kekeliruan antara kerja berpasukan dengan kerja berkumpulan. perlu dipastikan bahawa kedua-dua istilah ini berbeza. Kerja dalam kumpulan belum tentu membawa maksud kerja sepasukan. Terdapat banyak jenis kerja yang dilakukan oleh individu dalam kumpulan tetapi ia belum menjadi kepada contoh kepada kerja berpasukan kerana:Kerja berkumpulan menumpukan kepada kerja masing2 tetapi secara beramai-ramai setiap orang telah ditetapkan kerja yang mesti di siapkan. Malah seseorang dalam kumpulan hanya menerima arahan daripada ketua serta tidak terlibat di dalam menentukan sebarang keputusan atau tindakanTambahan lagi, kerja berpasukan dapat menerima anggota pasukan yang berlainan latar belakang dan menganggap anggota yang berbeza sebagai sebahagian daripada kita tetapi kerja berkumpulan, biasanya anggota terdiri daripada mereka yang mempunyai persamaan dari segi cara berfikir dan latara belakang dan menganggap orang lain berbeza sebagai bukan daripada kita.Apa itu pasukan berpretasi tinggi?Sesebuah pasukan dikatakan berprestasi tinggi apabila dapat memberi kepuasan kepada pelanggan, pekerja, pelabur serta pihak lain yang berkepentingan dalam organisasi. Pasukan ini sentiasa menekankan aspek penambahbaikan yang berterusan dalam perancangan dan pengurusan aktivitinya serta kerap menghasilkan kualiti kerja yang lebih baik. Pasukan berprestasi tinggi lebih sedia membangunkan potensi, mengemas kini kepakaran, dan menjadikan kekuatan kognitif serta emosi sebagai penggerak dalam memastikan kecermelangan pasukan.Oleh itu, faktor2 yang mempengaruhi prestasi sesebuah pasukan perlu dikenal pasti terlebih dahulu bagi meransang penglibatan sepenuhnya oleh anggota pasukan. Prestasi pasukan ditentukan oleh 3 faktor iaitu:1. Kemampuan pekerja2. Persekitaran kerja3. Motivasi pekerjaTerdapat 6 elemen yang membentuk sesebuah pasukan kerja berprestasi tinggi yang mana terdiri daripada:1. Kopetensi anggota pasukan2. Kemahiran, proses dan cara kerja3. Kemahiran interpersonal, komunikasi dan kelebihan personaliti4. Sistem nilai5. Visi, matlamat dan hala tuju yang sama6. Nilai organisasiDisamping itu kejelasan mengenai peranan, kuasa dan tanggungjawab setiap anggota pasukan turut mempengaruhi prestasi pasukan kerja. Dalam hal ini, setiap anggota dalam pasukan kerja perlu memahami dengan jelas kepercayaan, nilai serta norma yang menjadi pegangan mereka. Apabila mereka mengatahui tugas masing2 dengan sebaiknya serta etika kerja yang menjadi panduan bersama dapat memenuhi sasaran matlamat pembentukan pasukan berprestasi tinggi yang boleh menguntungkan organisasi.Melihat kepada faktor2 disenaraikan, jelas menunjukkan bahawa keberkesanan, prestasi dan pencapaian sesebuah pasukan di pengaruhi oleh hubung kait antara faktor di peringkat organisasi, pasukan dan individu (anggota). Kekurangan dan kelemahan salah satu faktor akan menyebabkan pasukan kerja gagal berfungsi dengan berkesan dan situasi ini boleh menjejaskan matlamat pasukan yang ingin dicapai.Usaha ke arah merealisasikan matlamat pembentukan pasukan berprestasi tinggi juga memerlukan jalinan kerjasama yang erat dan komunikasi berkesan antara pihak pengurusan organisasi dengan pasukan serta antara sesama anggota pasukan. Pengembelingan usaha dalam kalangan anggota pasukan penting untuk memastikan pasukan mencapai matlamatnya. Oleh itu, penekanan terhadap konsep C-O-Q-P Driven adalah penting agar pasukan mencapai tahap kematangan yang berjaya melalui 3 tahap kritikal iaitu: Kelansungan (survive) Perkembangan (growth) Kejayaan (excell)Pendekatan bersepadu ini mengkehendaki pasukan memberi tumpuan kepada tututan pelanggan luaran dan pelanggan dalaman (stakeholder dan majikan), memenuhi objective asal penubuhannya, menepati kualiti dan mencapai produktiviti dalam penghasilan produk atau perkhidmatan