apa itu demam denggi

Upload: jimmy-hor

Post on 14-Jan-2016

21 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ANTI DENGGI

TRANSCRIPT

Apa itu Demam Denggi?Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan awam antarabangsa dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Jenisdemam denggi yang lebih merbahaya ialah demam denggi berdarah. Ia merupakan punca utama kematian kanakkanakdi kebanyakan negara hari ini.Demam denggidibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannya.

Bagaimanakah penyakit ini merebak?Demam denggi didapati berlaku di kawasan bandar dan sekitarnya di negaranegararantau tropika. Sesiapa sahaja yang digigit nyamuk yang membawa kuman virusdenggi menghadapi risiko yang lebih tinggi mendapat denggi. Demam denggi menyerupai demam selsema dan ciri klinikalnya berbezabezamengikut umur pesakit.

Pemindahan penyakit:Virus denggi dipindahkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes yang membawa virus denggi.Nyamuk berupaya menyebarkan penyakit berkenaan dalam jangka masa 8 12hari selepas menghisap darah manusia (perumah).Nyamuk betina yang dijangkiti virus denggi boleh memindahkan virus tersebut ke generasi seterusnya melalui pemindahan transovarial (melalui ovari).Manusia masih merupakan perumah gandaan utama bagi virus denggi walaupun terdapat kajian menunjukkan di beberapa bahagian tertentu di dunia, monyetboleh dijangkiti dan menjadi sumber virus bagi nyamuk yang belum dijangkiti.Virus denggi dari perumah pertama (mangsa pertama) hanya dapat menjangkiti/dipindahkan ke perumah kedua 18 jam sebelum suhu badan meningkat dansekurangkurangnya3 hari selepas timbulnya gejala penyakit.Bagaimanakah terjadinya demam denggi?Vektor demam denggi adalah nyamuk Aedes betina. Nyamuk yang telah dijangkiti membawa virus denggi di dalam badannya. Virus ini kemudiannya dipindahkankepada manusia semasa proses menghisap darah. Sebaik sahaja seseorang itu digigit, virus denggi akan memasuki dan beredar di dalam aliran darahnya, makabermulalah penyakit ini.

Apakah penyebab demam denggi?Penyakit demam denggi berpunca dari 4 jenis virus denggi yang dipindahkan kepada manusia melalui nyamuk Aedes yang telah dijangkiti.Pada asasnya terdapat 4 jenis virus denggi iaitu flavivirus DEN1,DEN2,DEN3dan DEN4.Semua nyamuk Aedes berupaya bertindak sebagai vektor virus denggisebelum memindahkannya kepada manusia. Walau bagaimanapun, vektor utama virus ini ialah nyamuk Aedes Aegypti. Vektor lain adalah seperti nyamuk AedesAlbopictus yang merupakan vektor virus denggi di kawasan bandar.

Bagaimana cara untuk mencegah denggi?1. Lindungi diri anda dari gigitan nyamuk :Untuk mengelak dari gigitan nyamuk, seseorang itu perlulah mengetahui tabiat makan nyamuk dan menggunakan bahan penghindar nyamuk pada kulit yang terdedahapabila perlu. Pakai pakaian yang menutupi kebanyakan bahagian tubuh kerana ini boleh melindungi dari gigitan nyamuk. Pasangkan jaring nyamuk dan skrin padatingkap untuk mencegah nyamuk dari memasuki rumah.2. Elakkan dari membuat lawatan ke kawasan berisiko tinggi di waktu siang :Jalan terbaik ialah mengelak dari bertandang ke kawasan berisiko (kawasan bandar) di siang hari. Ini adalah kerana nyamuk Aedes bukanlah serangga malam.Waktu puncak ia mencari makan ialah di awal pagi dan awal senja.3. Musnahkan tempat pembiakan nyamuk :Cara lain untuk mencegah denggi ialah dengan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk. Nyamuk Aedes membiak dalam tempattempattakungan air seperti tayarburuk dan bekas menyimpan air. Anda juga perlu selalu menukar air dalam pasu bunga dan bekas air minum haiwan peliharaan untuk mencegah nyamuk darimembiak.Nyamuk AedesNyamuk Aedes merupakan sejenis nyamuk yang biasanya ditemui di kawasan tropika. Namanya diperolehi daripada perkataan Greek aedes, yang bererti "tidakmenyenangkan", kerana nyamuk ini menyebarkan beberapa penyakit berbahaya seperti demam denggi. Ae. albopictus merupakan species yang sering ditemui diAsia. Kakinya berbelang hitam putih. Ae. aegypti juga terkenal sebagai penyebar denggi dan demam kuning.Kitaran hidup nyamuk aedes bermula dari telur hingga dewasa mengambil masa kirakirasatu minggu.

Tabiat nyamuk aedes1. Aedes senang dikenali dengan belang hitam putih pada badan dan kakinya2. Aedes biasanya menggigit pada awal pagi dan waktu senja3. Aedes membiak dalam air jernih yang bertakung, sama ada di dalam atau luar rumah

Tempat pembiakan nyamuk aedesDalam Rumah :1. Akuarium2. Perangkap semut3. Timba4. Kolam (Kolah) mandi5. Tempat air peti sejuk6. TempayanLuar Rumah :1. Tayar buruk2. Tempurung kelapa3. Botol/gelas pecah yang mengandungi air4. Salur air hujan5. Tempayan6. Pokok pisang7. Pokok keladi8. Longkang yang tersekat9. Tangki septik (terdedah)Pencegahan pembiakan nyamuk aedes1. Salin air dalam tempayan, pasupasubunga, kolam mandi tiaptiapminggu dan basuhlah sehingga bersih sebelum mengisi air yang baru2. Buangkan air dari pingganpingganalas pasu bunga seminggu sekali dan gosok pingganpingganitu hingga bersih untuk memusnahkan telur nyamuk3. Tutup semua bekas menyimpan air dengan rapat untuk mencegah nyamuk daripada bertelur4. Bekas yang tidak digunakan hendaklah dikumpulkan dan dibuang ke dalam tong sampah atau ditanam5. Periksa saluran bumbung rumah seminggu sekali untuk membersihkan daun yang menyekat air daripada mengalir6. Masukkan garam sebanyak 2 sudu teh ke dalam perangkap semut untuk mencegah pembiakan nyamuk7. Peliharalah ikan seperti ikan gapi, puyu di dalam tangki besar kerana akan memakan jentikjentik.8. Masukkan ubat pembunuh jentikjentik(mengikut sukatan yang betul) ke dalam semua bekas menyimpan air, tiga bulan sekali.Apakah rawatan yang diberi untuk demam denggi?Tiada rawatan khusus untuk demam denggi.Dalam kes demam denggi dengan atau tanpa renjatan, cecair yang diberi secara oral sudah memadai untuk menggantikan kehilangan cecair badan akibatdemam kuat, anoreksia dan muntahmuntah.Ubat antipiretik mungkin boleh digunakan untuk meredakan demam. Walau bagaimanapun, salisilat (sebatian yang mengandungi analgesik untuk melegakankesakitan, antipyresis mengurangkandemam dengan menurunkan suhu badan dan aktiviti anti keradangan seperti aspirin) perlu dielakkan kerana ia diketahuiboleh menyebabkan pendarahan. Pesakit perlu diawasi dengan rapi bagi mengesan tandatandaawal renjatan.Untuk pesakitpesakitsindrom renjatan denggi, penggantian awal dan segera plasma yang hilang dengan plasma, penambah plasma dan/atau larutan elektrolitdan cecair akan menghasilkan kesan yang menggalakkan.

Rawatan bukan farmakologiRawatan termasuk:Meningkatkan pengambilan cecair.Meningkatkan bekalan oksigen.Pesakit demam denggi perlu berehat dan minum lebih banyak air untuk segera sembuh. Pesakit yang mengalami renjatan ketika demam perlu diberi cecair secaraintravena (melalui salur darah vena). Oksigen juga perlu diberikan. Untuk pesakit demam denggi berdarah, penggantian cecair badan yang hilang mungkin mampumenyelamatkan nyawanya. Bagi sesetengah kes, pemindahan darah perlu dilakukan bagi mengawal pendarahan.

Rawatan farmakologiTiada ubat khusus bagi merawat demam denggi. Rawatan adalah untuk menghilangkan gejala yang timbul.

Apakah jenis pemantauan yang perlu dibuat?Apabila sahaja pesakit disahkan mendapat demam denggi adalah menjadi tanggung jawab doktor yang merawat untuk memaklumkan kepada pihak berkuasakesihatan mengenai perkara ini kerana denggi merupakan penyakit yang perlu dilaporkan. Laporan ini penting supaya tindakan lanjutan seperti di bawah ini dapatdijalankan:Kawasan dan persekitaran di mana pesakit disyaki dijangkiti perlu dilakukan pengasapan (fogging) oleh pihak berkuasa.Memantau kawasan yang menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes supaya ianya tidak merebak ke tempat lain. Jika tempat pembiakan ditemui pemilik rumahakan didenda.Apabila pesakit telah keluar dari hospital, beliau dan ahli keluarganya perlu mengambil langkahlangkahpencegahan dan bertindak untuk mencegah penyakit inidari berulang. Ini kerana pesakit yang pernah mengalami denggi jika ia mendapat semula penyakit ini, kesannya adalah amat teruk