apa istimewanya hindraf

Upload: egahmulia

Post on 30-May-2018

217 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Apa Istimewanya HINDRAF

    1/3

    APA ISTIMEWANYA HINDRAF?

    Oleh ZULKIFLEE BAKAR(WARTAWAN UTUSAN)

    MEREKA pernah mencetuskan huru-hara di ibu negara apabila mengadakan demonstrasi jalanan, mereka pernah menyambut hari jadi di bangunan Parlimen dan terbaru merekamelakukan tindakan biadap pada Majlis Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan MenteriMenteriKabinet beragama Islam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

    Itu adalah antara perkara yang pernah dilakukan oleh pertubuhan Hindu Rights Action Force(Hindraf), tetapi entah apa istimewanya mereka sehingga kini pertubuhan haram itu masihbergerak aktif biarpun beberapa pemimpin mereka ditahan di bawah Akta KeselamatanDalam Negeri (ISA).

    Setakat ini perakuan Hindraf sebagai pertubuhan haram hanya di bibir sahaja belum adalangkah yang benar-benar konkrit bagi melumpuhkan sama sekali pertubuhan haram yangekstrem tersebut. Justeru Hindraf merasakan mereka kebal daripada undang-undang,

    biarpun tidak sah tetapi masih boleh melakukan apa sahaja termasuk bertindak kurang ajar dimajlis rumah terbuka Aidilfitri.

    Keadaan ini sudah tentulah menimbulkan persoalan apakah istimewanya Hindraf? Adakah ialebih istimewa daripada Al Arqam - satu pergerakan Islam yang bukan sahaja diisytiharkanharam dan pemimpinnya ditahan di bawah ISA malah segala asetnya dirampas sehinggapertubuhan tersebut lumpuh sama sekali.

    Tetapi Al Arqam 'dikuburkan' kerana kerajaan mahu memastikan ajaran songsang yangdibawa oleh pergerakan itu tidak menggugat keharmonian kaum di negara ini. Walaupunkerajaan tahu Al Arqam adalah sebuah pertubuhan Islam dan dianggotai oleh 100 peratusorang Melayu tetapi kerajaan tetap bertindak, ertinya tiada tempat bagi mana-mana puakatau golongan yang cuba memperjuangkan pendekatan agama atau kaum yang melampau.

    Namun bagaimana dengan Hindraf. Apakah tafsiran yang boleh diberikan oleh satu kumpulanyang terang-terang bukan sahaja menggunakan nama agama malah bertindak cukup 'berani'bagi memperjuangkan kelompok mereka.

    Bayangkan kalaulah orang Islam yang bertindak seperti mana Hindraf sudah pasti merekaakan dilabelkan sebagai ekstremis atau pelampau sehingga semua orang takut denganperbuatan mereka.

    ''Apa salahnya kalau kita juga menggunakan istilah 'pelampau' ke atas Hindraf keranatindakan mereka benar-benar berbaur perkauman dan boleh mencetuskan huru-hara dinegara ini, apa istimewanya Hindraf ini sampai kerajaan dilihat takut untuk bertindak," kataseorang rakan yang menghantar pesanan menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS)

    kepada penulis bagi membantah kebiadapan Hindraf itu.

    Pendekatan ekstrem

    Pandangan seumpama ini seharusnya dipandang serius oleh kerajaan dan tidak lagiberlembut dalam berhadapan dengan Hindraf yang ternyata dari semasa ke semasa terusmenggunakan pendekatan ekstrem bagi memastikan tuntutan mereka dipenuhi.

    Tindakan di PWTC adalah amaran awal bahawa Hindraf adalah satu kumpulan yang tidaktahu menghormati orang lain. Mereka akan bertindak apa saja bagi menunjukkan kononnyamerekalah perjuang kaum yang sebenar.

    Walaupun mereka tahu bahawa tindakan seperti itu boleh mencetuskan ketegangan tetapi

    mereka tidak peduli lantaran tahu ramai ahli politik yang kemaruk kuasa akan menyokongtindakan tersebut.

  • 8/14/2019 Apa Istimewanya HINDRAF

    2/3

    Ahli-ahli politik ini atas alasan menentang ISA akan menganggap bahawa tindakan Hindrafbertujuan membela nasib keluarga tahanan. Lebih malang lagi ada ahli politik yangmengamalkan sikap lidah bercabang apabila pada mulanya menentang Hindraf tetapi kinimenyokong pertubuhan 'ekstrem' itu semata-mata tidak mahu menjejaskan sokongan politikkepadanya.

    Penulis berani berkata demikian kerana jiran-jiran di Kedah hampir 70 peratus adalah kaumIndia. Ketika berbual dengan mereka pada hari tercetus kejadian di PWTC, mereka jugaberasa marah dengan tindakan Hindraf itu yang dianggap boleh menimbulkan keteganganantara kaum, malah sebelum ini pun mereka sudah menganggap bahawa Hindraf tidakmewakili semua kaum India di negara ini.

    Oleh itu Hindraf tidak boleh terus 'diberi keistimewaan' seolah-olah mereka adalahpertubuhan haram 'yang dibenarkan'. Ertinya biarpun dianggap haram tetapi bebasmelakukan apa sahaja tindakan sehingga menjejaskan ketenteraman awam di negara ini.

    Rakyat sudah bosan mendengar amaran demi amaran diberikan oleh pihak berkuasa. Apayang rakyat mahu lihat sekarang ialah tindakan.

    Justeru pengisytiharan Hindraf sebagai pertubuhan haram oleh kerajaan amat penting danmereka harus dikenakan tindakan sama seperti yang dialami oleh Al Arqam.

    Kementerian Dalam Negeri yang diketuai oleh Datuk Seri Syed Hamid Albar tidak harusmengambil masa terlalu lama untuk tujuan itu. Segala kekhuatiran kaum lain terutamanyaorang Melayu mengenai kebiadapan dan 'keganasan' Hindraf harus diletakkan noktah.

    Hindraf adalah pertubuhan haram yang mampu bertindak lebih agresif jika dibiarkan. Apaistimewanya Hindraf sehingga ia seolah-olah akan dibiarkan bertindak lebih agresif lagi barutindakan akan diambil? Dalam mengambil tindakan terhadap Hindraf, perhitungan politik tidakharus diambil kira.

    Hindraf hanyalah satu pertubuhan yang diwujudkan oleh sekelompok kecil manusia yangdatang daripada kaum India. Terdapat jutaan lagi kaum India di negara ini yang tidakmenyokong mereka.

    Oleh itu kerajaan tidak harus bimbang untuk mengambil tindakan kerana apa yang lebihpenting ialah keselamatan negara dan perpaduan kaum harus dipertahankan.

    Hindraf diwujudkan berikutan perkembangan politik semasa. Mereka memahami dalamkeadaan kerajaan tidak mempunyai majoriti dua pertiga di Parlimen kerajaan mungkin akanberhati-hati dalam tindakannya kerana memikirkan sokongan politik, dulu tidak adapertubuhan 'pelampau' seperti ini.

    Tetapi sekarang apabila mereka melihat kuasa politik kerajaan semakin lemah maka wujud-

    wujud puak-puak berkenaan. Kelompok ini semakin 'naik tocang' apabila ada partipembangkang yang berjanji akan membebaskan tahanan ISA termasuk daripada Hindraf jikamereka memerintah kerajaan pusat.

    Kenyataan itu seolah-olah memberi perakuan bahawa Hindraf perlu diberi keistimewaanbiarpun ia adalah sebuah pertubuhan haram yang ditubuhkan berasaskan perjuangan dijalanan bagi mencapai matlamat mereka.

    Ahli-ahli politik yang menyokong Hindraf ini ternyata tidak boleh dipercayai dan sanggupmelakukan apa sahaja asalkan mereka mendapat sokongan politik. Kalau beginilah sikap ahlipolitik kita maka jika mereka benar-benar berkuasa akan wujud lebih banyak lagi kumpulanbersikap radikal seperti Hindraf.

  • 8/14/2019 Apa Istimewanya HINDRAF

    3/3

    Bagaimanapun buat masa ini kerajaan perlu menangani masalah Hindraf dengan tegas.Adalah jelas mereka pelopor kepada satu perjuangan yang sempit. Jika kelompok inidibiarkan perpaduan kaum di negara ini mampu tergugat di masa depan.

    Setakat ini tiada siapa pun boleh memberi jaminan bahawa pertubuhan-pertubuhan kaum lainakan hanya berdiam diri jika Hindraf terus bersikap biadap. Kita bimbang tindak tanduk

    Hindraf akan mendapat tindak balas daripada kaum lain terutamanya orang Melayu. Apayang dinyatakan bukanlah bertujuan untuk mencetuskan perasaan perkauman tetapi inilahhakikatnya yang akan berlaku kalau sebuah pertubuhan haram seperti Hindraf seolah-olahdiberikan keistimewaan.

    Oleh itu sebelum terlambat bertindak tegaslah kerana kerajaan perlu mengambil iktibardaripada kegagalannya memusnahkan 'benih-benih' kelahiran Hindraf pada pertengahantahun lalu yang akhirnya mewujudkan suasana sekarang.

    Justeru seperti mana kata seorang rakan yang juga seorang peguam, kelompok minoriti yangmahu menganggu gugat keharmonian antara kaum yang sedia terjalin di negara ini adalah'ancaman' kepada keamanan. Justeru tindakan undang-undang perlu dilaksanakan bagimengekalkan perpaduan nasional.

    Utusan Malaysia, Monday 6/10/2008