aohd.org · web viewpope francis has even given us tips for re-educating ourselves. “education in...

3
Pesanan daripada Pengarah Kita rakyat Malaysia amat menggemari pesta makanan! Kita mempunyai jumlah makanan yang sungguh luar biasa – dan kita diberkati dengan pelbagai jenis makanan. Walaubagaimanapun, dengan sumber yang begitu banyak, Bapa Paus Fransiskus mengajak kita untuk menghitung berkat kita dengan menyedari bahawa "dunia yang berupa hadiah percuma yang kita terima ini harus dikongsi dengan orang lain." (LS # 159). Pemahaman ini dijelaskan kepada kita di dalam pengajarannya yang penting menerusi dokumen Laudato Si (= Terpujilah Engkau, ya Tuhan) di mana dia mengajak kita memuji Tuhan untuk semua berkat karya penciptaan-Nya - seluruh karya penciptaan - manusia dan bukan manusia. Kesyukuran yang mendalam ke atas karya penciptaan-Nya adalah tanda yang kita mahu memperdalamkan lagi hubungan kita dengan Tuhan. Rasa kesyukuran ini seterusnya membolehkan kita menghargai hubungan dengan semua karya penciptaan Tuihan - air, tumbuh-tumbuhan, organisma terkecil, dan sebagainya. Dengan bersyukur di atas karunia karya ciptaan Tuhan yang sangat besar, kita menjadi pelayan Kristus, kita bertanggung jawab akan penggunaan ke atas semua karya ciptaan-Nya, semua sumber bumi. Ini menjurus kepada hubungan tanggungjawab dengan alam semula jadi. Setiap komuniti boleh mengambil apa sahaja hasil bumi yang diperlukan untuk hidup, tetapi harus juga mempunyai kewajipan untuk melindungi bumi dan memastikan keberhasilannya untuk generasi mendatang "(LS # 67). "Dunia yang bagaimana akan kita tinggalkan untuk ... anak-anak yang kini semakin meningkat dewasa?" (LS # 160). Bapa Paus Fransiskus telah menimbulkan persoalan yang penting ini, dan merayu "untuk berdialog tentang bagaimana kita dapat membentuk masa depan planet kita" pada kadar segera (LS # 14). Di dalam Laudato Si, Bapa Paus Fransiskus mengajak kita untuk mempertimbangkan pautan integral atau intrinsik iman kita dengan penjagaan karya penciptaan. Oleh itu, "Menjaga Rumah Kita Bersama" adalah tugas kita sebagai umat Kristian!!

Upload: trinhtuyen

Post on 02-May-2018

223 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: aohd.org · Web viewPope Francis has even given us tips for re-educating ourselves. “Education in environmental responsibility can encourage ways of acting which directly and significantly

Pesanan daripada Pengarah

Kita rakyat Malaysia amat menggemari pesta makanan! Kita mempunyai jumlah makanan yang sungguh luar biasa – dan kita diberkati dengan pelbagai jenis makanan. Walaubagaimanapun, dengan sumber yang begitu banyak, Bapa Paus Fransiskus mengajak kita untuk menghitung berkat kita dengan menyedari bahawa "dunia yang berupa hadiah percuma yang kita terima ini harus dikongsi dengan orang lain." (LS # 159). Pemahaman ini dijelaskan kepada kita di dalam pengajarannya yang penting menerusi dokumen Laudato Si (= Terpujilah Engkau, ya Tuhan) di mana dia mengajak kita memuji Tuhan untuk semua berkat karya penciptaan-Nya - seluruh karya penciptaan - manusia dan bukan manusia.

Kesyukuran yang mendalam ke atas karya penciptaan-Nya adalah tanda yang kita mahu memperdalamkan lagi hubungan kita dengan Tuhan. Rasa kesyukuran ini seterusnya membolehkan kita menghargai hubungan dengan semua karya penciptaan Tuihan - air, tumbuh-tumbuhan, organisma terkecil, dan sebagainya.

Dengan bersyukur di atas karunia karya ciptaan Tuhan yang sangat besar, kita menjadi pelayan Kristus, kita bertanggung jawab akan penggunaan ke atas semua karya ciptaan-Nya, semua sumber bumi. Ini menjurus kepada hubungan tanggungjawab dengan alam semula jadi. Setiap komuniti boleh mengambil apa sahaja hasil bumi yang diperlukan untuk hidup, tetapi harus juga mempunyai kewajipan untuk melindungi bumi dan memastikan keberhasilannya untuk generasi mendatang "(LS # 67).

"Dunia yang bagaimana akan kita tinggalkan untuk ... anak-anak yang kini semakin meningkat dewasa?" (LS # 160). Bapa Paus Fransiskus telah menimbulkan persoalan yang penting ini, dan merayu "untuk berdialog tentang bagaimana kita dapat membentuk masa depan planet kita" pada kadar segera (LS # 14).

Di dalam Laudato Si, Bapa Paus Fransiskus mengajak kita untuk mempertimbangkan pautan integral atau intrinsik iman kita dengan penjagaan karya penciptaan. Oleh itu, "Menjaga Rumah Kita Bersama" adalah tugas kita sebagai umat Kristian!!

Bilakah masa yang amat sesuai selain dari musim Prapaska untuk kita memperbaharui diri kita sendiri, bukan sahaja melalui pembaharuan diri yang memuaskan hati tetapi juga pembaharuan yang melibatkan saling-hubungan kita dengan semua penciptaan; dan, dengan itu, tanggungjawab kita dituntut untuk melindungi penciptaan, berpuasa dari budaya membuang, untuk mengurangkan penggunaan dengan ada hadnya, untuk menggunakan semula dan untuk mengitar semula dan menggantikan ... dan akhirnya menghalang bumi daripada terus menjadi " seperti tempat pembuangan sampah yang besar "(LS # 21).

Mengkaji, memperbaharui, menahan diri melalui berdoa-berpuasa-beramal - ini adalah cara untuk mendisiplinkan diri kita untuk menghadkan penyalahgunaan sumber, bukan untuk memanipulasi sumber bumi untuk kepentingan diri, melainkan untuk menggunakan hanya apa yang benar-benar diperlukan - dan tidak menuntut keserakahan (cf LS # 204). Berdoa-berpuasa-beramal akan membuka mata kita untuk menyedari akan keperluan semua ciptaan, dan membuka telinga kita untuk mendengar tangisan penciptaan.

Page 2: aohd.org · Web viewPope Francis has even given us tips for re-educating ourselves. “Education in environmental responsibility can encourage ways of acting which directly and significantly

Pope Francis has even given us tips for re-educating ourselves. “Education in environmental responsibility can encourage ways of acting which directly and significantly affect the world around us, such as avoiding the use of plastic and paper, reducing water consumption, etc. Reusing something instead of discarding it … can be an act of love which expresses our own dignity. (LS #211)

Bahkan Bapa Paus Fransiskus memberi kita petua untuk mendidik diri sendiri. "Pendidikan di dalam tanggungjawab terhadap alam sekitar dapat menggalakkan tindakan yang secara langsung mempengaruhi dunia di sekeliling kita, seperti mengelakkan penggunaan plastik dan kertas, mengurangkan penggunaan air, dan sebagainya. Menggantikan sesuatu daripada terus membuangnya ... tindakan ini boleh menimbulkan rasa cinta yang menyatakan martabat kita sendiri. (LS # 211)

Oleh itu, sekarang adalah masa untuk mengubah "sikap berpuas hati" supaya menjadi lebih "berani dan kreatif di dalam memikirkan semula" (EG # 33) gaya hidup dan keselesaan kita untuk menjadi lebih berdikari dan memberi kehidupan kepada manusia - dan benar-benar menyanyikan "Pujian bagi Tuhan."