anurata_kaedah membaca.doc

40
KANDUNGAN Kandungan 1 Pengakuan 2 Penghargaan 3 1.0 Pengenalan 4 2.0 Kaedah Fonik 5 3.0 Masalah pelaksanaan Kaedah Fonik 12 4.0 Cara mengatasi masalah pelaksanaan Kaedah Fonik 17 5.0 Kesimpulan 28 Refleksi 31 Rujukan 35 Lampiran 36 1

Upload: ratha-shegar

Post on 06-Feb-2016

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Anurata_Kaedah Membaca.doc

KANDUNGAN

Kandungan 1

Pengakuan 2

Penghargaan 3

1.0 Pengenalan 4

2.0 Kaedah Fonik 5

3.0 Masalah pelaksanaan Kaedah Fonik 12

4.0 Cara mengatasi masalah pelaksanaan Kaedah Fonik 17

5.0 Kesimpulan 28

Refleksi 31

Rujukan 35

Lampiran 36

1

Page 2: Anurata_Kaedah Membaca.doc

HALAMAN PENGAKUAN           

 Saya mengakui hasil kerja kursus berasaskan ilmu yang dihasilkan ini adalah hasil kerja sendiri,

Segala contoh dan huraian yang dikemukakan adalah berdasarkan sumber rujukan.

      

Tandatangan    : ............................................................................................. Nama penulis   : Mohana Raj A/L Ganasen

NO. I/C             : 841117-06-5323

2

Page 3: Anurata_Kaedah Membaca.doc

PENGHARGAAN

Segala puji bagi Tuhan, yang maha pemurah, maha mengasihani. Terima kasih

kerana memberi saya kesihatan dan semangat untuk menyiapkan tugasan ini. Pertama

sekali saya ingin menyampaikan penghargaan kepada rakan sekerja di atas pertolongan

dan sumbangan idea-idea semasa proses mengendalikan kerja kursus projek ini. Ucapan

terima kasih kepada pensyarah saya Dr. Jayagobi A/L Dhamodarem.

Tidak lupa juga penghargaan saya di atas tips-tips tentang bagaimana untuk

menghubungkaitkan isi- isi dan pada masa yang sama menolong untuk memahami topik

secara lebih terperinci . saya juga ingin berterima kasih kepada isteri saya di atas

sokongan, dorongan serta pengertiannya serta rakan-rakan di IPG di atas galakan serta

sokongan semasa saya menghadapi kesukaran dalam menyiapkan latihan akademik ini.

Tiada kata-kata yang dapat diungkapkan untuk menghuraikan betapa berterima kasihnya

kepada mereka semua.

Saya berharap kepada sesiapa yang membaca hasil kerja kursus ini boleh

mendapat maklumat, kebaikan dan inspirasi tentangnya. Saya benar- benar boleh

menerima sebarang komen atau idea dari pembaca yang mengulas kerja secara jujur.

3

Page 4: Anurata_Kaedah Membaca.doc

1.0 Pengenalan

Menurut Pumfrey (1977) membaca bukanlah hanya setakat bersifat

mekanik tetapi sebagai satu proses pemikiran yang membina. Berdasarkan

pandangan Pumfrey tersebut maka kemahiran membaca dalam kalangan kanak-

kanak prasekolah haruslah dapat membina kebolehan menilai, mengulas dan

mengkritik apa yang dibaca dengan tepat dan memahami kehendak situasi.

Dengan yang demikian kemahiran-kemahiran menulis, membaca, berfikir, emosi,

sosial dan motor diperoleh oleh kanak-kanak prasekolah pada fasa

perkembangan mereka melalui permainan penerokaan dan eksperimen mereka

ke atas bahan-bahan di persekitaran (Beaty,J.J., 1998, 294). Pandangan tersebut

bukanlah sesuatu yang hakiki dan meliputi untuk semua lapisan kana-kanak. Ini

kerana perkembangan menulis dan membaca dalam kalangan kanak-kanak

prasekolah banyak dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Kanak-kanak prasekolah

memerlukan alat untuk menulis, bahan-bahan di persekitaran yang boleh

digunakan mereka untuk menulis, dan dorongan kepada mereka untuk melakukan

percubaan menulis adalah penting. Kanak-kanak prasekolah perlu melakukan

latihan-latihan pratulis dan dan prabaca seperti mana mereka melakukan latihan-

latihan untuk berlari dan bercakap dengan bantuan orang dewasa.

4

Page 5: Anurata_Kaedah Membaca.doc

Dalam usaha untuk meningkatkan kemahiran membaca dan penguasaan

perbendaharaan kata di kalangan kanak-kanak prasekolah, penelitian dan

penggunaan terhadap strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran adalah

antara perkara yang sangat penting. Pendekatan, kaedah dan teknik

pembelajaran yang diguna pakai oleh guru di peringkat prasekolah dalam

pelbagai mata pelajaran termasuklah mata pelajaran Bahasa Melayu memainkan

peranan yang sangat penting dalam menjayakan sesuatu aktiviti yang dirancang

untuk perkembangan dan kemajuan kanak-kanak prasekolah. Terdapat beberapa

kaedah pengajaran dan pembelajaran yang perlu menjadi keutamaan kepada

setiap guru pendidikan prasekolah dalam usaha untuk membantu kanak-kanak

prasekolah yang lemah membaca dapat meningkatkan pemahaman dan

penguasaan mereka terhadap sesuatu perbendaharaan kata (Sharifah, 2002).

2.0 Kaedah Fonik

Kaedah fonik atau juga dikenali sebagai kaedah fonetik dan kaedah abjad

adalah satu kaedah pengajaran membaca yang menggunakan bunyi-bunyian

vokal dan konsonan untuk memperkenalkan perkataan (Raminah Haji Sabran,

1984). Contohnya bunyi vokal untuk ‘e’ merupakan furuf vokal untuk perkataan

‘emak’. Contoh huruf konsonan pula iaitu huruf ‘l’ boleh dikaitkan dengan objek

lori. Maka, kanak-kanak prasekolah akan mengingati bunyi-bunyian vokal dan

konsonan itu untuk dikaitkan dengan perkataan dan objek yang lain.

5

Page 6: Anurata_Kaedah Membaca.doc

Kaedah fonik digunakan untuk melatih kanak-kanak prasekolah mengenal

huruf melalui padanan huruf dengan bunyi. Kaedah ini baru saja diperkenalkan

dalam sistem pendidikan di banyak negara seperti Brunei Darussalam, Singapura

dan sebagainya. Pelaksanaan kaedah fonik dalam meningkatkan kemahiran

membaca kanak-kanak prasekolah dilihat sangat berkesan untuk mengatasi

masalah perkembangan kemahiran membaca kanak-kanak prasekolah. Ini

kerana, penggunaan kaedah fonik ini dilihat lebih mudah, cepat dan sangat

berkesan untuk membantu meningkatkan asas kemahiran membaca dalam

kalangan kanak-kanak prasekolah bermasalah pembelajaran termasuklah dalam

kalangan kanak-kanak prasekolah yang mengalami masalah perkembangan

kemahiran membaca mereka.

Kaedah pengajaran membaca ini kerap digunakan dalam meningkatkan

kemahiran membaca dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Penggunaan

kaedah fonik dilihat sangat berkesan dalam membantu meningkatkan kemahiran

membaca dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Namun begitu, kaedah fonik

juga boleh diguna pakai dalam membantu meningkatkan kemahiran membaca

dalam kalangan kanak-kanak prasekolah yang mempunyai masalah

perkembangan pembelajaran khususnya yang berkaitan dengan masalah

kemahiran membaca. Namun begitu, terdapat pelbagai pendapat mengenai cara

pelaksanaan pengajaran membaca menggunakan kaedah fonik. Antaranya yang

dikemukakan oleh Hasnah dan Habibah (2010), Othman dan Nik Eliani (2009),

Bielby (1999), Heilman (1993), Goswani dan Byrant (1990) dan Gunning (1988).

6

Page 7: Anurata_Kaedah Membaca.doc

Hasnah dan Habibah (2010) menyenaraikan beberapa langkah pelaksanaan

kaedah fonik seperti berikut:-

Pada asasnya kaedah ini adalah untuk mengajar kanak-kanak

prasekolah melihat hubungan antara simbol (huruf) dan bunyi (hubungan

fonem-grafem) supaya mereka dapat membaca (membunyikan) perkataan-

perkataan baharu yang mereka hadapi.

Kanak-kanak prasekolah diperkenalkan dengan bunyi huruf dan

bukan nama huruf.

Jadi, lambang huruf terus dikaitkan dengan bunyinya. Misalnya

‘a’ dibunyikan ‘aa...’, ‘t’ - ‘teh’, ‘s’ - ‘ss’. ‘u’ - ‘uu...’, ‘z’ - ‘zz...’ dan

sebagainya. kanak-kanak prasekolah akan dilatih membunyikan huruf

secara terasing dan kemudiannya menggabungkan dengan bunyi-bunyi

huruf yang lain bagi membentuk suku kata dan perkataan.

Apabila mereka sudah mengetahui hubungan tiap-tiap huruf

dengan bunyinya, suku kata pula dibina. Misalnya, ‘ba’, ‘da’, ‘tu’, ‘ka’, ‘lu’,

‘mi’ dan sebagai.

Contoh lain seperti huruf “a” tidak dieja tetapi terus dibunyikan

sebagai [a], dan begitulah bagi huruf-huruf dan suku kata yang lain.

Sebagai contoh, ba + ta terus disebut sebagai [ba] + [ta] dan seterusnya

disebut sebagai [bata].

Kemudian baru digabung suku-suku kata ini menjadi perkataan-

perkataan - ‘dada’, ‘batu’, ‘kata’, ‘lalu’ dan sebagainya.

7

Page 8: Anurata_Kaedah Membaca.doc

Menerusi penekanan kepada kesemua langkah yang dinyatakan di atas,

proses untuk meningkatkan kemahiran membaca kanak-kanak prasekolah akan

dapat dilakukan dengan lebih berkesan dan seterusnya dapat meningkatkan

penguasaan bahasa kanak-kanak prasekolah.

Menurut Azman Wan Chik, kaedah fonik adalah untuk mengajar kanak-

kanak prasekolah melihat hubungan antara simbol (huruf) dengan bunyi supaya

kemudian mereka dapat membaca (membunyikan) perkataan-perkataan baharu

yang mereka jumpa. Menurut Palmer, huruf secara tersendiri bukanlah bahasa.

Huruf hanyalah simbol yang dibunyikan bagi menuturkan dan menuliskan bahasa.

Dengan bunyi yang ditetapkan, huruf akan menjadi satu unsur bahasa. Oleh itu,

proses pengajaran bacaan asas hendaklah ditumpukan kepada bunyi-bunyi yang

diwakili huruf-huruf abjad kerana bunyibunyi tersebut membawa makna, bukan

hurufnya.

Mohd Hilmi Haji Ismail menyatakan bahawa sistem ejaan Bahasa Melayu

ialah fonemik dan oleh sebab suku katanya jelas, maka kaedah suku kata sesuai

sekali digunakan untuk mengajar peringkat prabacaan. Kaedah ini telah lama

diperkenalkan dalam pembelajaran bacaan bahasa Inggeris. Terdapat pelbagai

pendapat mengenai cara pelaksanaan pengajaran membaca menggunakan

kaedah fonik.

Menurut Othman dan Nik Eliani (2009), terdapat beberapa langkah asas

mengajar bunyi huruf. Langkah asas berasaskan objektif yang berkaitan. Objektif

8

Page 9: Anurata_Kaedah Membaca.doc

pertama pengajaran ialah kanak-kanak prasekolah boleh menyebut bunyi dan

mengenal pasti huruf berkaitan. Bagi mencapai objektif tersebut beberapa aktiviti

wajib telah dicadangkan untuk dilaksanakan, antaranya ialah:-

Perkenalkan bunyi huruf yang akan diajar (tanpa menunjukkan

simbol/huruf tersebut). Sebut bunyi dengan jelas beberapa kali.

Tanyakan kanak-kanak prasekolah bunyi yang didengar dan

minta kanak-kanak prasekolah menyebut bunyi dengan betul. Ulang sebut

bunyi sehingga mantap.

Perkenalkan simbol/huruf yang diajar sambil menyebut: “Ini

bunyi…”. Jangan guna perkataan ‘huruf’.

Ulang sebut bunyi sambil menunjukkan simbol beberapa kali.

Melakonkan aksi asas latihan asosiasi. Pastikan satu bunyi untuk

satu aksi.

Selain itu, aktiviti pilihan juga turut dicadangkan.Aktiviti-aktiviti tersebut

adalah seperti melakukan aktiviti latihan asosiasi secara praktikal (bermain) dan

rangsang pendengaran dengan gambar-gambar bermula dengan bunyi yang

diajarkan. Manakala dalam objektif kedua pula diharapkan kanak-kanak

prasekolah dapat mengecam bentuk huruf. Aktiviti wajib yang dicadangkan adalah

seperti menyentuh huruf berpasir mengikut cara huruf ditulis, dan bentuk huruf

menggunakan plastisin. Manakala aktiviti pilihan pula seperti mewarna huruf,

membuat kolaj iaitu gunting huruf mengikut bentuk, membuat mozek iaitu

menampal kertas warna atas huruf, mengecat menggunakan jari, dan menulis.

Bagi objektif ketiga, kanak-kanak prasekolah diharapkan dapat menggabung

9

Page 10: Anurata_Kaedah Membaca.doc

bunyi huruf. Antara aktiviti wajib yang dicadangkan adalah: tunjukkan konsep

gabungan huruf konsonan dan vokal, minta kanak-kanak prasekolah gabung huruf

secara praktikal melalui aktiviti lihat dan buat, dengar dan buat, dan lihat dan

baca.

Bielby (1999) pula menyatakan semua guru perlu berbincang dengan

kanak-kanak prasekolah dan pada masa tertentu mereka juga perlu

membincangkan cara menyesuaikan bunyi huruf dengan perkataan. Walau

bagaimanapun, istilah ‘mengajar fonik’ digunakan secara umum untuk mengajar

kanak-kanak prasekolah di peringkat awal secara bersistematik bagi

membunyikan huruf secara rutin untuk mengekod perkataan. Kanak-kanak

prasekolah diajar membunyikan huruf secara lantang kemudian menggabungkan

bunyi. Guru mendengar apa yang dibunyikan oleh kanak-kanak prasekolah.

Pendekatan ini membolehkan kanak-kanak prasekolah membunyikan huruf

baharu dengan mudah dan cepat. Menurut beliau lagi, fonik memberikan cara

yang positif dalam mengenal pasti bunyi huruf baharu dan boleh

mengembangluaskan kecekapan grafafonik. Kaedah fonik ini boleh diguna pakai

dalam jangka masa panjang.

Heilman (1993) menyatakan belajar untuk mengenal pasti perkataan

merupakan satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah mengenal huruf.

Oleh yang demikian, kanak-kanak prasekolah perlu mempelajari hubungan antara

kiu visual (huruf) dan bunyi yang diungkapkan (hubungan fonem-grafem). Setelah

melalui latihan berulang kali, maka perkataan pun dikenal pasti. Perkataan yang

10

Page 11: Anurata_Kaedah Membaca.doc

sudah dikenal pasti ini tidak lagi memerlukan usaha kanak-kanak prasekolah

untuk membuat pengecaman. Tahap ini disebut sebagai belajar membaca.

Belajar untuk membaca adalah tugas sukar kerana mempelajari gabungan bunyi

dan huruf sangat asing pada pengalaman lalu kanak-kanak prasekolah.

Goswani dan Byrant (1990) dalam Campbell (1995) kajian mengenai

kesedaran fonemik, menyimpulkan bahawa kemajuan dalam belajar membaca

mungkin merupakan faktor utama dalam menyedari fonem. Oleh yang demikian,

pelbagai kegiatan membaca dan menulis menjadi penting agar kanak-kanak

prasekolah terlibat dengan bahasa dan boleh secara aktif membina pengetahuan

mereka tentang kaitan huruf dan bunyi.

Berdasarkan kepada kajian-kajian lepas yang dinyatakan, kaedah fonik

adalah salah satu kaedah pengajaran membaca yang boleh dilaksanakan oleh

guru dalam membantu meningkatkan kemahiran membaca bagi kanak-kanak

prasekolah yang bermasalah pembelajaran. Aplikasi kaedah fonik dalam aktiviti

membaca juga dilihat sangat berkesan sekiranya guru dapat menekankan kepada

ciri-ciri keseronokan, interaktif dan penerokaan kanak-kanak prasekolah.

Contohnya, kanak-kanak prasekolah menggunakan kad suku kata untuk

membentuk suku kata atau perkataan yang lebih bermakna, mengadakan

perbincangan dengan kanak-kanak prasekolah lain untuk meningkatkan

kemahiran membaca dan pelbagai aktiviti lain. Dalam erti kata lain, aplikasi

kaedah fonik dengan bahan bantu mengajar yang bersesuaian akan dapat

membantu meningkatkan keseronokan kanak-kanak prasekolah untuk mengikuti

11

Page 12: Anurata_Kaedah Membaca.doc

aktiviti membaca yang dijalankan di dalam kelas. Secara tidak langsung, situasi

seperti ini akan dapat membantu kanak-kanak prasekolah melaksanakan aktiviti

membaca dengan lebih berkesan dan seterusnya akan dapat membantu

meningkatkan kemahiran membaca mereka.

Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa kaedah fonik adalah suatu

kaedah membaca yang boleh dilaksanakan ke atas kanak-kanak prasekolah

untuk membaca meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan kanak-

kanak parsekolah tersebut. Dalam masa yang sama, pelaksanaan kaedah fonik

ini juga akan dapat membantu kanak-kanak prasekolah ini untuk menyebut dan

membunyikan suatu abjak, suku kata atau perkataan dengan lebih tepat.

3.0 Masalah Pelaksanaan Kaedah Fonik

Pelaksanaan kaedah fonik dalam membantu meningkatkan kemahiran

membaca dalam kalangan kanak-kanak prasekolah ini dilihat akan berhadapan

dengan beberapa masalah dan cabaran. Antaranya adalah seperti mana yang

berikut:-

Hanya Sesuai Dilaksanakan Ke Atas Kanak-Kanak Pandai

Salah satu masalah yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan kaedah

fonik ini ialah kesesuaian penggunaan kaedah fonik untuk dilaksanakan ke

atas kanak-kanak yang lemah atau lembam. Menurut Koh Lee Lee (2004),

kaedah membaca fonik ini hanya sesuai dilaksanakan ke atas kanak-kanak

12

Page 13: Anurata_Kaedah Membaca.doc

atau murid yang telah pandai membaca dan mampu untuk mengenal bunyi

dan bentuk huruf. Dalam pada itu, beliau juga menyatakan bahawa

pelaksanaan kaedah fonik ini hanya boleh dilaksanakan sekiranya kanak-

kanak prasekolah yang dikendalikan adalah mereka yang mempunyai

tahap pencapaian akademik yang baik dan tinggi. Ini bermakna bahawa

pelaksanaan kaedah fonik ke atas kanak-kanak yang lembam atau lemah

tidak akan memberikan banyak manfaat kepada kumpulan kanak-kanak

seperti ini. Sebaliknya, kemahiran membaca khususnya kemahiran

mengenal huruf bagi kanak-kanak prasekolah ini tidak akan dapat

dilaksanakan dengan berkesan sekiranya guru menggunakan kaedah

fonik.

Kenyataan Koh Lee Lee ini diperkukuhkan lagi menerusi pandangan

LeeLai Guan, Rahmah Hanafi & Salihah Yusof (2003) di mana mereka

telah melaksanakan kajian ke atas beberapa kaedah membaca yang boleh

dilaksanakan ke atas kanak-kanak prasekolah. Hasil daripada pelaksanaan

kajian mereka, penggunaan kaedah fonik hanya sesuai dilaksanakan ke

atas kumpulan kanak-kanak yang tidak mempunyai masalah pembelajaran

dan telah dapat mengenal huruf dengan baik. Dalam erti kata lain,

pelaksanaan kaedah fonik ini akan dapat mencapai matlamatnya sekiranya

kaedah ini dapat digunakan ke atas kanak-kanak yang tidak mempunyai

sebarang masalah pembelajaran. Sebaliknya, penguasaan kanak-kanak

dapat mengenal huruf, bentuk dan bunyi setiap huruf akan

memperkukuhkan lagi penguasaan kemahiran membaca kanak-kanak

13

Page 14: Anurata_Kaedah Membaca.doc

tersebut sekiranya guru dapat menggunakan kaedah fonik semasa

melaksanakan aktiviti membaca ke atas kanak-kanak prasekolah ini.

Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa kaedah fonik ini hanya

dapat dilaksanakan ke atas kanak-kanak prasekolah yang tidak mempnyai

sebarang masalah pembelajaran khususnya masalah dalam mengenal

pasti bentuk dan bunyi setiap huruf.

Persiapan Awal Guru

Masalah kedua yang dihadapi dalam melaksanakan kaedah fonik ini ialah

masalah persediaan dan persiapan awal guru. Dalam melaksanakan

kaedah fonik, guru perlu memastikan bahawa kanak-kanak yang akan

dilibatkdan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran membaca tersebut

adalah mereka yang tidak mempunyai masalah perkembangan kemahiran

membaca. Sebaliknya, guru perlu memastikan agar kanak-kanak yang

akan dididik dengan kemahiran membaca menggunakan kaedah fonik ini

adalah kanak-kanak yang telah mengenal bentuk dan bunyi setiap huruf.

Ini penting agar guru dapat membuat persediaan dengan lebih baik dalam

memastikan kejayaan pelaksanaan aktiviti membaca.

Namun begitu, perkara ini jarang dipraktikkan oleh guru dalam

melaksanakan aktiviti membaca ke atas kanak-kanak prasekolah. Roziah

Binti Abd Hamid (2005) menyatakan bahawa kebanyakan guru prasekolah

14

Page 15: Anurata_Kaedah Membaca.doc

pada hari ini hanya melaksanakan aktiviti membaca ke atas kanak-kanak

tanpa mengambil kira aspek perkembangan kemahiran membaca mereka.

Sebaliknya, guru hanya melaksanakan aktiviti membaca yang sama ke

atas kanak-kanak yang mempunyai masalah perkembangan kemahiran

membaca dan kanak-kanak yang tidak mempunyai masalah

perkembangan kemahiran membaca. Perkara seperti ini menyebabkan

kanak-kanak yang menghadapi masalah perkembangan kemahiran

membaca ini tidak dapat mengikuti aktiviti membaca dengan baik ekoran

daripada ketidak sesuaian penggunaan kaedah fonik yang digunakan

dalam aktiviti membaca.

Dalam pada itu, guru juga perlu membuat persediaan dari aspek bahan

bantu mengajar yang akan digunakan dalam melaksanakan aktiviti

membaca. Guru seharusnya memilih bahan bantu mengajar yang sesuai

dengan aktiviti membaca yang ingin dilaksanakan. Contohnya seperti

menggunakan bahan bantu mengajar yang bercirikan interaktif multimedia.

Pemilihan dan penggunaan bahan bantu mengajar seperti ini akan dapat

membantu guru untuk merangsang kanak-kanak dan seterusnya

meningkatkan penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti membaca yang

dijalankan.

Mengikut Charles F. Hoban, James D. Finn dan Edgar Dale (1964 : 65)

kepentingan bahan bantu mengajar bolehlah dirumuskan seperti berikut:-

15

Page 16: Anurata_Kaedah Membaca.doc

1) Bahan bantu mengajar menyediakan satu asas yang kuat untuk

sesuatu konsep

2) Sebagai daya penarik penting kepada seseorang pelajar

3) Dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal

4) Memberi pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan aktiviti

sendiri di kalangan pelajar

5) Dapat membina pemikiran yang berterusan, seperti melalui filem

bergerak.

6) Boleh membantu pemahaman dan perkembangan perbendaharaan

kata pelajar.

7) Boleh memberi pengalaman baru dan menjadikan pembelajaran lebih

mendalam dan beragam.

Ini bermakna bahawa pemilihan bahan bantu mengajar dalam

melaksanakan kaedah fonik adalah suatu perkara yang sangat penting.

Namun begitu, kenyataan yang diberikan oleh Koh Lee Lee (2004)

mendapati bahawa kebanyakan guru pada hari ini kurang menekankan

kepada penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai untuk digunakan

dalam meningkatkan kemahiran membaca kanak-kanak prasekolah. Beliau

juga menyatakan bahawa ketidak sesuai bahan bantu mengajar yang

digunakan oleh guru dalam melaksanakan aktiviti membaca menyebabkan

kanak-kanak masih tidak dapat mengenal bentuk dab bunyi huruf dengan

baik. Secara tidak langsung, perkara ini menyebabkan kanak-kanak

prasekolah ini masih tidak dapat meningkatkan kemahiran membaca

mereka ke tahap yang lebih memuaskan.

16

Page 17: Anurata_Kaedah Membaca.doc

Oleh yang demikian, dua perkara yang dinyatakan di atas adalah antara

persediaan yang kurang diambil berat oleh kebanyakan guru prasekolah

dalam melaksanakan kaedah pengajaran membaca khususnya yang

melibatkan kaedah fonik. Ekoran daripada perkara seperti ini, maka aktiviti

membaca yang dilaksanakan tidak dapat membantu kanak-kanak untuk

mengenal huruf dengan baik dan seterusnya tidak dapat meningkatkan

kemahiran membaca mereka.

Berdasarkan kepada penerangan dan penjelasan yang dinyatakan di atas,

dapat dilihat bahawa terdapat dua masalah utama yang akan dihadapi oleh guru

dalam melaksanakan kaedah fonik. Daripada masalah ini juga, kemahiran

membaca kanak-kanak prasekolah juga tidak akan dapat ditingkatkan ke tahap

yang lebih memuaskan.

4.0 Cara Mengatasi Masalah Pelaksanaan Kaedah Fonik

Daripada dua masalah yang dinyatakan di atas, terdapat beberapa

cadangan yang boleh dilaksanakan dalam mengatasi masalah masalah

pelaksanaan kaedah fonik bagi meningkatkan kemahiran membaca dalam

kalangan kanak-kanak prasekolah. Antaranya ialah:-

Menjalankan Ujian

Seperti mana yang telah dinyatakan di atas, salah satu masalah yang

dihadapi oleh guru dalam melaksanakan kaedah fonik ke atas kanak-kanak

17

Page 18: Anurata_Kaedah Membaca.doc

prasekolah ialah ketidak sesuaian penggunaan kaedah fonik ke atas

kanak-kanak lembam atau kanak-kanak yang mempunyai masalah

perkembangan kemahiran membaca. Justeru, guru perlu melaksanakan

ujian ke atas kanak-kanak dengan menggunakan beberapa kaedah

membaca seperti kaedah SQ3R. Pelaksanaan ujian ini akan melibatkan

beberapa fasa seperti mana yang berikut:-

a) Peringkat Tinjauan (Survey)

Tinjauan ialah langkah membaca untuk mendapatkan gambaran

keseluruhan tentang apa yang terkandung di dalam bahan yang dibaca.

Ini dilakukan dengan meneliti tajuk besar, tajuk-tajuk kecil, gambar-

gambar atau ilustrasi, lakaran grafik, membaca perenggan pengenalan,

dan perenggan terakhir di bahagian-bahagian buku atau  teks. Pada

peringkat ini, terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan ke atas

kanak-kanak. Antaranya ialah:-

> Baca tajuk.

> Baca bahagian pengenalan dengan pantas.

> Baca bahagian yang dihitamkan.

> Baca tajuk bagi gambar rajah, peta, carta, dan bahagian

rumusan.

> Baca sepintas lalu soalan di bahagian akhir buku.

18

Page 19: Anurata_Kaedah Membaca.doc

> Guru akan ketahui secara umum berkaitan dengan bahan

bacaan setelah guru membuat tinjauan

b) Peringkat Pertanyaan (Question)

Peringkat soalan atau pertanyaan ini ialah langkah yang memerlukan

pelajar menyenaraikan satu siri soalan mengenai teks tersebut setelah

mendapati teks tersebut berkaitan dengan keperluan tugasannya.

Soalan-soalan tersebut menunjukkan keinginan pembaca tentang

maklumat yang ingin diperoleh dari bahan tersebut, dan ianya menjadi

garis panduan semasa membaca kelak. Pelajar akan cuba mencari

jawapan kepada soalan-soalan tersebut. Pada peringkat ini, terdapat

beberapa perkara yang perlu dilakukan ke atas kanak-kanak. Antaranya

ialah:-

> Tanyakan kanak-kanak  berkaitan dengan bab yang akan dibaca.

> Cuba bina soalan yang membolehkan kanak-kanak menjawab

semasa melaksanakan aktiviti membaca.

> Dengan cara menukarkan subjek tajuk menjadi soalan.

> Baca bahan bacaan dari satu bahagian kepada satu bahagian

c) Peringkat Membaca (Read)

Peringkat membaca ialah peringkat pelajar sebenarnya membaca

bahan atau teks tersebut secara aktif serta mencuba mendapat segala

jawapan kepada soalan-soalan yang telah disenaraiakannya sebelum

19

Page 20: Anurata_Kaedah Membaca.doc

ini. Ketika membaca, pelajar mungkin juga akan menyenaraikan soalan-

soalan tambahan, berdasarkan perkembangan kefahaman dan

keinginannya sepanjang melakukan pembacaan. Pelajar mungkin juga

mempersoal pendapat atau maklumat yang terdapat yang ditemuinya.

Pada peringkat ini, guru melaksanakan aktiviti membaca ke atas kanak-

kanak khususnya yang melibatkan aktiviti membaca huruf-huruf atau

membaca suku kata.

d) Peringkat Imbas Kembali (Recit)

Peringkat imbas kembali ialah peringkat yang ketiga.Setelah selesai

membaca, pelajar cuba mengingat kembali apa yang telah dibaca dan

meneliti segala yang telah diperoleh. Pemilihan maklumat yang sesuai

dilakukan dalam konteks tugasannya. Pelajar juga boleh cuba

menjawab soalan-soalan yang disenaraikan sebelumnya tanpa merujuk

kepada kepada nota atau bahan yang telah dibaca. Pada peringkat ini,

terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan ke atas kanak-kanak.

Antaranya ialah:-

> Berhenti apabila selesai membaca satu bahagian.

> Semak sama ada kanak-kanak dapat menjawab soalan dalam

bahagian ini.

> Sekiranya gagal menjawab, semak semula bahan bacaan kanak-

kanak bagi mendapatkan jawapan.

> Buat rumusan hasil daripada bahan bacaan kanak-kanak dalam

perkataan sendiri.

20

Page 21: Anurata_Kaedah Membaca.doc

e) Peringkat Baca Semula (Review)

Peringkat baca semula merupakan peringkat terakhir. Pelajar membaca

bahagian-bahagian buku atau teks secara berpilih untuk mengesahkan

jawapan-jawapan kepada soalan yang dibuatnya di langkah ketiga.

Pelajar juga memastikan tiada fakta penting yang tertinggal. Pada

peringkat ini, terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan ke atas

kanak-kanak. Antaranya ialah:-

> Apabila selesai membaca keseluruhan bahan bacaan, ulang

semula bagi setiap bahagian; ingat semula soalan dan cuba

menjawab semula.

> Nyatakan semula secara lisan apa yang telah dibaca ataupun

dengan memberitahu orang lain apa yang telah dibaca.

> Rehatkan diri selepas membaca dalam tempoh 45 minit untuk

mengelakkan daripada timbul rasa ketidakselesaan, jemu dan

sebagainya yang boleh mengganggu tumpuan.

Dengan melaksanakan kesemua langkah yang dinyatakan di atas, maka

guru akan dapat mengenal pasti kanak-kanak yang dapat membaca

dengan baik dan kanak-kanak yang mempunyai masalah perkembangan

kemahiran membaca. Perkara seperti ini akan dapat membantu guru untuk

mengenal pasti kumpulan kanak-kanak yang sesuai menjalankan aktiviti

membaca dengan menggunakan kaedah fonik.

Pemilihan Bahan Bantu Mengajar

21

Page 22: Anurata_Kaedah Membaca.doc

Bagi memastikan kaedah fonik yang dilaksanakan dalam aktiviti membaca

dapat meningkatkan kemahiran membaca kanak-kanak khususnya

kemahiran mengenal huruf dan membunyikan huruf, maka pemilihan

bahan bantu mengajar yang sesuai adalah suatu perkara yang sangat

penting. Namun begitu, guru perlu menekankan kepada beberapa prinsip

dalam memilih bahan bantu mengajar yang ingin digunakan dalam aktiviti

mengenal bentuk dan bunyi huruf. Antaranya ialah:-

a) Mempunyai Ciri Rangsangan

Ciri rangsangan adalah antara ciri utama yang dapat dilihat ke atas

bahan bantu mengajar yang digunakan dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran untuk topik Kata Kerja ini. Contohnya seperti penggunaan

lembaran kerja yang mana boleh digunakan oleh kanak-kanak dalam

menjalankan perbincangan semasa proses pengajaran dan

pembelajaran dijalankan. Keadaan ini seterusnya dilihat sangat

berkesan dalam memastikan para kanak-kanak akan sentiasa

memberikan reaksi yang terbaik dalam setiap aktiviti pengajarna dan

pembelajaran yang dijalankan di dalam bilik darjah. Abdul Rasid Jamian

& Arba’ie Sujud (2001) menyatakan setiap bahan bantu mengajar yang

ingin digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah

suatu yang sangat penting. Ini kerana, bahan bantu mengajar yang

digunakan juga akan menentukan proses pengajaran dan pembelajaran

yang dijalankan sama ada mampu mencapai matlamat dan objektifnya

atau sebaliknya. Sekiranya guru hanya menggunakan buku teks tanpa

digabungjalinkan bersama dengan beberapa bahan bantu mengajar

22

Page 23: Anurata_Kaedah Membaca.doc

yang lain, maka penggunaan buku teks tersebut hanya akan

menimbulkan kebosanan di kalangan kanak-kanak dan seterusnya

mendorong kanak-kanak untuk tidak memberikan tumpuan dalam

aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.

b) Prinsip Kemahiran Kanak-Kanak

Bahan bantu mengajar yang digunakan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran Kata Kerja juga turut menekanka aspek kemahiran dalam

proses pemilihan bahan bantu mengajar tersebut. Rashidi Azizan dan

Abdul Razak Habib (1995) menyatakan bahawa setiap bahan bantu

mengajar yang digunakan perlulah sesuai dengan tahap kemahiran

yang dimiliki oleh kanak-kanak. Sekiranya guru menggunakan bahan

bantu mengajar yang memerlukan kemahiran praktikal yang sangat

tinggi, maka perkara seperti ini tidak akan dapat membantu kanak-

kanak untuk menggunakan bahan bantu mengajar tersebut dalam

meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan penguasaan kanak-kanak

terhadap topik pengajaran yang dibincangkan. Namun begitu,

penekanan kepada ciri kemahiran juga turut ditekankan oleh guru

dalam memilih bahan bantu mengajar untuk diaplikasikan dalam aktiviti

pengajaran dan pembelajaran membaca. Menerusi penekanan kepada

ciri ini, maka kanak-kanak akan dapat melaksanakan proses

pengajaran dan pembelajaran dengan lebih menyeronokkan.

23

Page 24: Anurata_Kaedah Membaca.doc

c) Prinsip Galakan Interaksi Kanak-Kanak

Aspek interaksi dan perhubungan sosial juga turut ditekankan dalam

memilih bahan bantu mengajar yang digunakan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran Kata Kerja. Contohnya seperti

penggunaan lembaran kerja dan kertas perbincangan yang mana akan

menggalakkan kanak-kanak untuk meningkatkan kemahiran interaksi

dan perhubungan sosial di kalangan kanak-kanak. Secara tidak

langsung, penggunaan kedua-dua bahan bantu mengajar ini akan dapat

memastikan kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran interaksi dan

komunikasi yang seterusnya mampu meningkatkan perhubungan sosial

di kalangan kanak-kanak. Sharifah Alwiah (1986) menyatakan bahawa

bahan bantu mengajar yang digunakan dalam setiap aktiviti pengajaran

dan pembelajaran perlulah mampu mempunyai ciri perkembangan

kemahiran sosial dan interaksi di kalangan kanak-kanak. Ini adalah

sangat penting agar proses pengajaran dan pembelajaran yang

dijalankan tidak hanya meningkatkan pengetahuan kanak-kanak.

Sebaliknya, mampu meningkatkan pelbagai kemahiran kendiri kanak-

kanak termasuklah dalam aspek yang berkaitan dengan kemahiran

interaksi dan perhubungan sosial.

d) Prinsip Kesesuaian

Prinsip keempat yang ditekankan dalam pemilihan bahan bantu

mengajar adalah elemen yang berkaitan dengan kesesuaian bahan

24

Page 25: Anurata_Kaedah Membaca.doc

bantu mengajar tersebut dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

dijalankan. Perkara ini penting agar bahan bantu mengajar yang

digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan mampu

memberikan kesan yang optimum kepada kanak-kanak. Sebeliknya,

pemilihan bahan bantu mengajar yang tidak sesuai dengan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran serta kurang sesuai dengan keperluan

kanak-kanak, tidak akan memberikan banyak kesan dan manfaat

kepada kanak-kanak. Oleh itu, ciri kesesuaian bahan bantu mengajar

dengan aktiviti pengajaran dan pembalajaran yang digunakan, turut

menjadi kriteria utama guru dalam melaksanakan aktiviti pengajaran

dan pembelajaran Kata Kerja. Secara tidak langsung, keadaan ini

seterusnya akan dapat membantu guru untuk meningkatkan

pengetahuan, kefahaman dan penguasaan kanak-kanak terhadap suatu

topik pengajaran yang dibincangkan (Kamarudin Hj. Husin, 1986).

Dengan menekankan kepada kesemua prinsip dalam memilih bahan bantu

mengajar seperti mana yang dinyatakan di atas, maka guru akan dapat

memilih bahan bantu mengajar yang sesuai dan menarik untuk digunakan

dalam aktiviti membaca ke atas kanak-kanak. Secara tidak langsung,

perkara seperti ini akan membantu meningkatkan minat dan kesungguhan

kanak-kanak untuk meningkatkan kemahiran membaca mereka.

Pelaksanaan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Berbantukan Komputer

25

Page 26: Anurata_Kaedah Membaca.doc

Kepesatan teknologi semasa pada hari ini menuntut guru untuk

menggunakan lebih banyak bahan pengajaran yang bercirikan interaktif

berkomputer. Penekanan kepada perkara ini akan membantu guru untuk

merangsang kanak-kanak mengikuti setiap aktiviti pengajaran dan

pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas. Dalam melaksanakan aktiviti

membaca yang menekankan kepada penggunaan kaedah fonik misalnya,

guru boleh menggunakan bahan pengajaran membaca yang bercirikan

interaktif berkomputer seperti penggunaan perisian Power Point dan Flash

untuk membina bahan pengajaran membaca yang menarik dan

menyeronokkan. Dengan melaksanakan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran berbantukan komputer seperti ini, pelbagai elemen interaktif

multimedia akan dapat diwujudkan oleh guru pada bahan membaca

tersebut seperti audio, suara, lagu, muzik, grafik, animasi dan sebagainya.

Ciri-ciri seperti ini akan memastikan proses pengajaran dan pembelajaran

yang dijalankan akan dapat merangsang kanak-kanak untuk melibatkan diri

secara aktif dalam aktiviti membaca. Secara tidak langsung, ianya akan

lebih memudahkan guru untuk membantu meningkatkan penguasaan

membaca kanak-kanak.

Menurut Hilary Mc Lellan (1991) misalnya menegaskan bahawa komputer

dapat membantu guru melaksanakan aktiviti pengajaran pembelajaran

dalam bilik darjah. Beliau menekankan tentang kepentingan seseorang

guru itu mempunyai pengetahuan sekurang-kurangnya pada peringkat

asas dalam mengendalikan perkakasan dan perisian komputer sebelum

26

Page 27: Anurata_Kaedah Membaca.doc

mereka dapat menghasilkan kaedah pengajaran yang berkesan dalam bilik

darjah.

Dalam pada itu, Diana Laurillard (1992) pula menyatakan bahawa

pembelajaran berasaskan komputer dapat meningkatkan pemahaman

konsep teoritikal. Beliau berpendapat bahawa kaedah simulasi dan

bantuan komputer dapat meningkatkan tahap pemahaman pelajaran

dengan mudah. Sementara itu, Heinich (1993) menyatakan komputer

berkemampuan untuk mengawal dan mengurus bahan pengajaran yang

banyak. Kemampuan komputer berinteraksi dengan penggunaanya

membolehkan guru menerapkan pengajaran pembelajaran dengan lebih

mudah dan menarik.Pendapat ini disokong oleh Sandholtz (1997) yang

menyatakan bahawa penggunaan teknologi di sekolah boleh memudahkan

pengajaran pembelajaran. Maka dapat dikatakan bahawa komputer

mempunyai kelebihannya menjadi media yang sesuai dan berkesan dalam

konteks pengajaran pembelajaran dalam bidang pendidikan.

Ini bermakna bahawa pelaksanaan aktiviti membaca yang menekankan

kepada pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbantukan

komputer akan menjadikan proses pengajaran membaca lebih

menyeronokkan. Dalam erti kata lain, pelaksanaan aktiviti membaca yang

menyeronokkan akan dapat diwujudkan oleh guru semasa guru sedang

melaksanakan kaedah fonik. Menerusi gabungan kaedah fonik dan

penggunaan bahan pengajaran yang berteraskan interaktif multimedia,

27

Page 28: Anurata_Kaedah Membaca.doc

maka guru akan akan lebih mudah untuk meningkatkan kefahaman dan

penguasaan kanak-kanak terhadap huruf atau suku kata yang dibaca.

Dengan demikian, kemahiran membaca kanak-kanak ini akan dapat

ditingkatkan ke tahap yang lebih memuaskan.

Oleh itu, tiga perkara yang dinyatakan di atas adalah antara cadangan

penambahbaikan yang perlu ditekankan oleh guru dalam melaksanakan kaedah

fonik ke atas kanak-kanak prasekolah. Dengan menekankan kepada ketiga-tiga

perkara ini, maka proses meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan

kanak-kanak akan dapat ditingkatkan ke tahap yang lebih memuaskan.

5.0 Kesimpulan

Kemahiran membaca adalah sangat penting untuk dikuasai oleh murid di

peringkat sekolah rendah. Dalam usaha untuk meningkatkan kemahiran

membaca dan penguasaan perbendaharaan kata di kalangan murid sekolah

rendah, penelitian dan penggunaan terhadap strategi, pendekatan, kaedah dan

teknik pengajaran adalah antara perkara yang sangat penting. Pendekatan,

kaedah dan teknik pembelajaran yang diguna pakai oleh guru di peringkat rendah

dalam pelbagai mata pelajaran termasuklah mata pelajaran Bahasa Melayu

memainkan peranan yang sangat penting dalam menjayakan sesuatu aktiviti yang

dirancang untuk perkembangan dan kemajuan murid. Kemahiran membaca juga

sangat penting kepada setiap murid agar mereka dapat menggunakan bahan

bantu mengajar yang digunakan oleh guru dalam aktiviti pengajaran dan

28

Page 29: Anurata_Kaedah Membaca.doc

pembelajaran. Sekiranya murid tidak mahir membaca, maka segala kandungan

pengajaran yang digunakan oleh guru tidak akan dapat meningkatkan

pengetahuan dan kemahiran murid. Contohnya, penggunaan buku teks dan buku

latihan. Sekiranya murid tidak mahir dalam membaca, maka mereka tidak akan

dapat memahami kandungan pengajaran yang terdapat dalam buku teks dan

buku latihan tersebut. Ini akan menyebabkan murid tidak dapat meningkatkan

pengetahuan mereka terhadpa topik pengajaran yang disampaikan oleh guru.

Oleh itu, pelaksanaan aktiviti membaca ke atas kanak-kanak prasekolah

perlu menekankan kepada penggunaan kaedah pengajaran membaca yang

sesuai dan berkesan. Abu Saleh (1988) mengatakan bahawa kaedah itu ialah

satu aktiviti pengajaran yang mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan

dalam tiap-tiap langkah itu pula mempunyai kemahiran dan latihan yang

terancang. Padanya, kaedah mengajar bukanlah tujuan utama pengajaran, tetapi

ia merupakan wasilah, iaitu satu jalan untuk mencapai obektif pengajaran.

Demikian juga dengan Hasan Langgulung (1981) mengatakan bahawa kaedah itu

sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Oleh itu, apa sahaja cara

tiandakan dan aktiviti yang dilakukan oleh guru untuk memberi faham kepada

pelajar bagi mencapai objektif pengajaran maka itu adalah kaedah, walau pun ia

tidak mempunyai nama-nama khas, seperti yang dibawa oleh Sharifah Alwiah,

Atan Long (1981) dan lain-lain.

Contohnya seperti kaedah fonik seperti mana yang telah dibincangkan

dalam penulisan ilmiah ini. Kaedah fonik atau juga dikenali sebagai kaedah fonetik

dan kaedah abjad adalah satu kaedah pengajaran membaca yang menggunakan

29

Page 30: Anurata_Kaedah Membaca.doc

bunyi-bunyian vokal dan konsonan untuk memperkenalkan perkataan (Raminah

Haji Sabran, 1984). Contohnya bunyi vokal untuk ‘e’ merupakan furuf vokal untuk

perkataan ‘emak’. Contoh huruf konsonan pula iaitu huruf ‘l’ boleh dikaitkan

dengan objek lori. Maka, murid akan mengingati bunyi-bunyian vokal dan

konsonan itu untuk dikaitkan dengan perkataan dan objek yang lain.

Kaedah fonik digunakan untuk melatih murid mengenal huruf melalui

padanan huruf dengan bunyi. Kaedah ini baru saja diperkenalkan dalam sistem

pendidikan di banyak negara seperti Brunei Darussalam, Singapura dan

sebagainya. Pelaksanaan kaedah fonik dalam meningkatkan kemahiran

membaca murid dilihat sangat berkesan untuk mengatasi masalah perkembangan

kemahiran membaca murid. Ini kerana, penggunaan kaedah fonik ini dilihat lebih

mudah, cepat dan sangat berkesan untuk membantu meningkatkan asas

kemahiran membaca dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran

termasuklah dalam kalangan murid yang lemah dalam membaca.

30

Page 31: Anurata_Kaedah Membaca.doc

REFLEKSI

Kerja kursus BMM3104 untuk semester lima telah diberikan pada interaksi

kedua yang dikehendaki disiapkan secara individu. Pensyarah telah memberi

penjelasan tentang tugasan secara menyeluruh serta berbincang bagaimana

mendapat markah yang lebih. Penjelasan ini amat membantu saya untuk

mendapatkan gambaran dan idea bagi menyiapkan tugasan projek kali ini.

Pada mulanya, saya memilih tajuk Kaedah Fonik yang merupakan perkara

baru bagi saya. Jadi, saya mencari dan mengumpul bahan yang berkaitan dengan

tugasan projek dari pelbagai sumber. Saya telah mengetahui banyak perkara yang

baru mengenai kemahiran mendengar dan bertutur dengan terperinci.

Walaubagaimanapun saya mengalami kesukaran untuk mencari bahan di internert,

kerana kelajuan talian internert amat rendah untuk mengakses enjin pencarian.

Masalah ini dapat diatasi melalui kesabaran dan sikap tanpa putus asa saya

meluangkan masa selama dua minggu untuk mencari nota sahaja.

31

Page 32: Anurata_Kaedah Membaca.doc

Seterusnya, saya menyediakan satu Rancangan Pengajaran Harian untuk

tempoh 30 minit yang sesuai dengan tajuk. Saya mendapatkan bantuan dari guru

prasekolah untuk mengetahui cara penulisan Rancangan Pengajaran Harian. Saya

menghasilkan bahan media elektronik iaitu Powerpoint supaya dapat menjalankan

pengajaran dan pembelajaran dengan seronok dan berkesan. Penghasilan

powerpoint ini amat menyukarkan apabila memasukkan lagu ke dalamnya. Saya

berbincang dengan rakan sekerja untuk mendapatkan bantuan menyelesaikan

masalah yang dihadapinya.

Saya juga mendapat idea dan dorongan dari rakan saya. Kami juga

berkongsi bahan yang ada satu sama lain. Perhubungan ini memberi saya

kekuatan dan motivasi serta semangat untuk menyempurnakan kerja kursus bagi

Dengan siapnya tugasan ini ia memberikan saya satu dimensi baru bagaimana

mengajar kanak-kanak untuk menguasai kemahiran membaca dengan lancar. Saya

juga memahami dan mendapati elemen-elemen nilai tambah seharusnya setiap guru

melaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Saya juga

dapat berkongsi apa yang saya perolehi dengan guru BM tahun satu. Beliau berasa

input yang saya amat berguna kerana beliau bukan opsyen bahasa. Saya

mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang membantu saya menjayakan

tugasan ini secara langsung mahupun tidak langsung.

secara jujur saya mengatakan tidak cukup masa untuk menyiapkan tugasan ini

memandangkan banyak aktiviti yang perlu dilakukan pada masa yang sama.

Disamping itu,saya juga pernah menghadapi masalah seperti tidak ada kemudahan

32

Page 33: Anurata_Kaedah Membaca.doc

buku rujukan dan tidak ada masa yang mencukupi memandangkan bebanan

tanggungjawab yang besar di rumah dan di sekolah sebagai GPK Kokurikulum.

Masalah ini juga menyebabkan saya kadang-kadang terpaksa menangguhkan kerja

ini kerana perlu menberi penekanan kepada tugasan di sekolah .Sebagai guru Tahun

6 saya juga harus menyediakan para murid untuk menghadapi UPSR yang tidak

lama lagi. Memang saya berasakan seolah-olah saya tidak cukup masa untuk

menyiapkan tugasan ini dengan baik.Hal ini demikian kerana saya terlibat dengan

kelas tambahan dan aktiviti-aktiviti sekolah yang lain.Namun,masalah itu telah

berjaya saya atasi dengan pengurusan masa yang cekap. Sebagai contoh, saya

mengambil lebih masa pada waktu malam untuk membuat soalan-soalan ini.

Saya sentiasa berhubung melalui telefon dan beremel dengan rakan sekelas untuk

memastikan tugasan yang dibuat tidak terpesong tajuknya. Saya juga telah

menyiapkan satu draf mengenai projek ini danmeminta guru Prasekolah dan ketua

panitia Bahasa melayu untuk menyemak rancangan pelajaran yang saya buat. Saya

berasa begitu hairan kerana akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan ini walaupun

pada masa awalnya tidak tahu bagaimana hendak menyelesaikannya.Saya dapati

sesungguhnya tugasan yang nampak mudah sebenarnya akan menjadi begitu sukar

jika kita tidak menguasai sesuatu teori yang ingin kita gunakan untuk tujuan

pengaplikasian dalam soalan tugasan seperti ini.

Banyak kelebihan dan manfaat yang saya dapat perolehi setelah menyiapkan

tugasan ini. Pemahaman yang lebih mendalam terhadap pengajaran fonik bagi pra

sekolah telah memberi satu pengetahuan baru dan inovatif dalam pembelajaran

33

Page 34: Anurata_Kaedah Membaca.doc

bahasa Melayu. Saya tidak pernah mengajar subjek bahasa Malaysia sepanjang

tempoh perkhidmatan saya. Oleh itu, Sesi pengajaran dan pembelajaran dalam

kelas tidak mencukupi bagi saya untuk memahami sukatan pelajaran pada semester

ini. Maka tugasan ini telah banyak membantu saya menerokai segala perkara atau

topik yang dipelajari dalam sepanjang semester ini.Malah, saya berpeluang untuk

mengaplikasi beberapa teknik baru dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa

Malaysia khususnya bagi murid pra sekolah

Secara kesimpulannya,banyak cabaran dan rintangan dalam tugasan ini telah

mengajar saya erti kesabaran dan kecekalan yang menggunung tinggi untuk

menyempurnakan tugasan ini. Disamping itu, tugasan ini juga mengajar saya

menepati masa,bertanggungjawab dan berkerjasama sertamewujudkan hubungan

silaturahim dengan rakan sekerja dalam menyelesaikan masalah-masalah yang

timbul.Akhir sekali, saya berdoa agar pengajaran menerusi tugasan ini semoga

berada di dalam ingatan dan seterusnya akan diaplikasikan sepanjang kehidupan

untuk menjadi seorang guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Akhir kata,

semoga tugasan ini diterima oleh pensyarah dan saya mengaplikasikan teknik-reknik

yang dipelajari dalam pengajaran dan pembelajaran saya pada masa akan datang.

Ini kerana warga pendidik kini perlu bersedia dengan keperluan dan kehendak

bidang pendidikan dalam pada masa sekarang telah jauh berubah dan

berkembang.Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak

yang telah membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini dalam jangka masa yang

ditetapkan. Sekian, terima kasih

34

Page 35: Anurata_Kaedah Membaca.doc

Disediakan oleh,

Mohanaraj Ganasen

PPG Ambilan Jun 2011

Semester 5

Rujukan

Koh Lee Lee, (2004). Meningkatkan Kemahiran Membaca Dalam Bahasa Melayu Tahun 2, Jurnal Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur

LeeLai Guan, Rahmah Hanafi & Salihah Yusof, (2003). Satu Tinjauan Pelbagai Aspek Membaca Murid-murid Tadika. Jabatan Pendidikan: Institut Perguruan Darulaman

Masitah Hj. Talib, (2006). Perspektif Ibu Bapa Terhadap Penglibatannya Dalam Pendidikan Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran. Jurnal Akademik. 23. 102-113.

Roziah Binti Abd Hamid, (2005). Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid-Murid Tahun 1 Dengan Latih-tubi Menggunakan Suku Kata dan Gambar, Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan, IPBA 2005, Kuala Lumpur

Safiah Osman, (1990). Kanak-kanak dan pembacaan. Membaca: Suatu Pengenalan. Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd

Seman Salleh, (2005). Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu : Kajian Kes Di Sebuah Sekolah Rendah Di Daerah Jerantut, Pahang, Jurnal IPBA, Jilid 3, Bilangan 2, Jabatan Pengajian Melayu

Susanna Clare Philips, (1999). Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Murid-Murid Bermasalah Pembelajaran dalam Program Inklusif, Jurnal Pendidikan, Bilangan 17, Maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur

Yaxley. B.G., (1991). Developing Teachers’ Theories of Teaching. London : Falmer Press

Zarina Binti Ahmad, (2006). Persepsi Dan Sikap Guru-Guru Bahasa Melayu Terhadap Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif (KBKK) Dalam Pengajaran Bahasa Melayu, Jurnal Penyelidikan Pendidikan, Jilid 9, Jabatan Pengajian Melayu, Institusi Perguruan Islam Selangor, Selangor Darul Ehsan

35

Page 36: Anurata_Kaedah Membaca.doc

Zainora Binti Mohd @ Man, (2005). Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid Tahun 5 Melalui Latih Tubi Bacaan Menggunakan Kad Suku Kata, Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan, Jurnal IPBA, Kuala Lumpur

36