animasi menggunakan swishmax

7
ANIMASI MENGGUNAKAN SWISHMAX Pengenalan Animasi Animasi? Animasi (animation) berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud “dihidupkan” ataupun “bring to life”. Mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka pula, animasi merujuk kepada perbuatan atau proses menjadikan sesuatu agar kelihatan hidup. Oleh itu kita dapat simpulkan bahawa animasi adalah satu proses menghidupkan atau memberikan gambaran bergerak kepada sesuatu yang statik agar kelihatan hidup dan dinamik.

Upload: nzarmfza

Post on 10-Nov-2015

231 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Tutorial Swishmax

TRANSCRIPT

  • ANIMASI MENGGUNAKAN SWISHMAX

    Pengenalan Animasi

    Animasi? Animasi (animation) berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud dihidupkan ataupun bring to life. Mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka pula, animasi merujuk kepada perbuatan atau proses menjadikan sesuatu agar kelihatan hidup. Oleh itu kita dapat simpulkan bahawa animasi adalah satu proses menghidupkan atau memberikan gambaran bergerak kepada sesuatu yang statik agar kelihatan hidup dan dinamik.

  • Kreatif? Kreatif ataupun kreativiti pula ialah penjanaan idea baru yang unik dan tidak pernah wujud sebelum itu. Kreatif bukanlah lahir secara semula jadi, tetapi boleh dilatih dan dibentuk asalkan seseorang itu mahu berusaha. Persoalan yang harus ditanya bukanlah Adakah anda seorang yang kreatif? tetapi sebenarnya Bagaimanakah (dari sudut mana) anda kreatif?. Ada tujuh jenis kreativiti manusia yang lazim seperti kreativiti visual, kreativiti muzik, kreativiti percakapan, kreativiti bergaul dengan orang lain, kreativiti mengenali diri sendiri, kreativiti alam persekitaran, dan kreativiti gerak tubuh.

    Multimedia? Multimedia merujuk kepada penyepaduan (gabungan) beberapa bentuk media seperti teks, bunyi, gambar, video, dan animasi bagi menghasilkan suatu bentuk persembahan yang menarik dan kreatif. Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan multimedia berasal daripada dua perkataan Inggeris yang terbit dari dua perkataan iaitu Multi dan Media. Multi bermaksud bermacam-macam atau berjenis-jenis manakala Media pula merupakan alat-alat yang digunakan sebagai saluran untuk berkomunikasi seperti akhbar, radio, televisyen dan sebagainya yang berperanan menyebarkan maklumat serta berita kepada orang ramai.

  • Multimedia Dan Animasi Dalam aspek multimedia, animasi merupakan salah satu elemen yang mampu meningkatkan lagi daya tarikan sesebuah persembahan ataupun program multimedia. Animasi yang dahulu bermula sebagai siri kartun hitam putih Mickey Mouse oleh Walt Disney, kini telah meluas digunakan terutama dalam projek komputer berasaskan multimedia.

    Animasi Multimedia Menggunakan Swish!

    Sebagai pengenalan kepada teknik animasi yang mudah, Swish iaitu sebuah program

    pembangunan persembahan multimedia akan digunakan.

    Swish?

    Swish adalah sebuah program pengarangan (pengolahan mudah) multimedia yang

    menyokong teknik animasi kompleks dengan mudah. Bagi sesiapa yang memang

    kenal dengan Flash, iaitu sebuah program pengarangan multimedia yang sangat

    popular di dunia; apa yang perlu anda tahu ialah, Swish bukan sahaja mudah

    dikendalikan, bahkan ia menyokong teknik Flash yang sebelum ini hanya mampu

    dikendalikan oleh mereka yang benar-benar terlatih!

    Mengapa Swish?

    Walaupun Swish bukanlah tandingan Flash, ia masih menjadi pilihan sebahagian

    pembangun persembahan multimedia dan pembangun halaman web kerana

    beberapa faktor seperti:

    1.Ia mudah dikendalikan

    2.Mudah dipelajari dan dikuasai

    3.Mempunyai keupayaan Flash dan penghasilan teknik animasi Flash

    4.Persembahan atau program dapat dibangunkan dengan cepat

    5.Harganya lebih murah

  • Antaramuka Swish (versi 2.0)

    Setiap komponen antaramuka di atas mempunyai peranan masing-masing. Berikut

    adalah penerangan ringkas mengenai fungsinya:

    Menu

    Memberikan pengguna kuasa kawalan utama bagi mengendalikan program Swish. Ia

    membolehkan pembangunan program baru, menyimpan fail, membuka fail,

    ubahsuai fail, bantuan penggunaan program dan sebagainya.

    Peralatan

    Menyediakan peralatan lazim seperti membina program baru, membuka fail,

    menyimpan, ubahsuai fail, kawalan paras lapisan, dan sebagainya.

    Palang Masukan Objek

    Membenarkan pengguna memasukkan babak persembahan, tulisan, gambar, butang

    dan sebagainya.

    Palang Kawalan

    Membenarkan pengguna melakukan main balik persembahan yang dibina mengikut

    babak, kesan khas, dan keseluruhan persembahan.

    Jalur Masa

    Membenarkan penyusunan persembahan dan animasi mengikut susun atur masa dan

    susun atur lapisan media.

    Panel Ketetapan

  • Memberikan pengguna kuasa penentuan bagi olahan persembahan seperti saiz skrin

    persembahan, penamaan babak, interaktiviti dan sebaginya.

    Panel Outline

    Memaparkan pepokok (hirarki) media mengikut babak dan kedalaman susun atur

    lapisan media.

    Panel Layout

    Menyediakan pentas persembahan dan peralatan bagi mengolah persembahan.

    SwishMax Versi 4!

    Swish sekali lagi telah berevolusi kepada versi terkini; Swish Max 4! Biasanya perubahan versi bermaksud akan ada perubahan pada antaramuka Swish. Ini bermaksud: Pengguna versi lama Swish terpaksa belajar kembali atau cuba-cuba biasakan diri pada perubahan kedudukan alatan dan menu Swish... Biasalah tu.

    Jom kita lihat antara perubahan-perubahan antaramuka Swish v1.5 - Swish Max 4

  • Swish v1.5

    Swish v2 / Swish Max / Swish Max 2

  • Swish Max 3 & Swish Max 4?