animasi

Upload: armadaa-illahi

Post on 11-Oct-2015

18 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ANIMASI BERKOMPUTER

TRANSCRIPT

BML 1143: KETERAMPILAN MEMBACA

BML 1143: KETERAMPILAN MEMBACAKULIAH 2TEORI PROSES MEMBACAMembaca adalah satu proses membina jambatan antara maklumat yang terdapat pada permukaan bertulis dengan maklumat yang terkandung dalam pemikiran pembacaSemakin banyak maklumat yang dipunyai pembaca dalam pemikirannya tentang perkara yang terkandung dalam bahan yang dibaca semakin mudah pemahaman berlaku. PROSES MEMBACAWalaupun manusia telah mula menguasai kemahiran membaca kira-kira lima abad yang lalu, namun tidak banyak yang diketahui tentang proses membaca ini sehinggalah kira-kira tiga suku abad abad yang lalu.Terdapat pelbagai teori yang telah ditemui pada sekitar awal abad yang ke-20, khususnya dalam bidang pendidikan yang berkaitan membaca dan proses menguasai maklumat TEORI MEMBACASains kognitif ialah kajian berkaitan minda dan kecerdikan manusiaKajian minda ini juga merangkumi bidang falsafah, psikologi, kepintaran artificial, sains saraf (neuroscience), linguistik dan antropologi.Semua bidang ini digabungkan bagi memahami bagaimana manusia memperoleh kecerdikan menerusi fungsi otakTeori ahli sains kognitifPancaindera penglihatan adalah penting dalam proses mengenal huruf sebagai simbol ketika aktiviti membaca dijalankanPenulis mempunyai idea, maklumat, pesanan atau pengajaran yang ingin disampaikan menerusi simbol bertulis. Idea ini ditukarkan kepada bentuk simbol huruf atau dikenali sebagai proses mengenkod

Proses mengenal simbol Simbol dalam bentuk huruf ini dicatat pada permukaan bertulis dan dihantar kepada pembaca, sama ada dalam bentuk kertas bercetak atau paparan elektronikTugas pembaca ialah menerima kod-kod tersebut dan cuba memecahkan kod-kod tersebut dalam bentuk bahasa yang difahamiProses memecah kod ini dikenali sebagai mendekodIni adalah asas atau landasan pertama dalam proses memahami apa yang ingin disampaikan penulisPenghantaran simbolProses memecah kod atau mendekod ini berlaku apabila pembaca dapat mengenal pasti jenis simbol yang dicatat pada permukaan bertulis, sama ada bentuk huruf, format penulisan, dan bahasa yang digunakan Sekiranya pembaca tidak dapat memecah kod ini, maka aktiviti membaca akan terhenti dan pembaca tidak dapat meneruskan langkah seterusnyaProses memecahkan kodPembaca tidak datang dengan daya kognitif atau pemikiran yang kosongPembaca mempunyai pelbagai latar belakang dan mempunyai pengalaman yang pelbagai dalam hidupnya, berlandaskan berapa lama seseorang itu telah hidup di muka bumi ini.Semakin jauh perjalanan seseorang manusia tempohi, semakin luas pengalaman hidupnyaSemakin tinggi asas pengetahuan atau kemahiran, semakin banyak interpretasi bahan yang dapat dilakukannyaLangkah memahamiSetelah berjaya memecahkan kod atau mendekod permukaan bertulis, pembaca akan cuba untuk menghubungkan apa yang terdapat dalam pengalaman latarnya dengan bahan yang dibacanyaSemakin banyak pengalaman latar dipunyai pembaca, semakin luas makna yang akan diperolehi daripada bahan yang dibacaPembaca akan lebih memahami teks sekiranya kandungan teks tersebut banyak boleh dikaitkan dengan pengalaman latarnya

Hubungan pengalaman pembaca dengan bahanRosenblatt (1978) menjelaskan proses ini sebagai proses transisi antara pemikiran penulis dengan pemikiran pembacaPenulis tidak menetapkan makna bagi bahan yang dihasilkannya, tetapi meletakkan tanggung jawab mencari makna kepada pembacaTerpulang kepada pembaca untuk membuat tafsiran terhadap bahan yang dibacanyaProses TransisiPembaca yang aktif ialah pembaca yang dapat memberikan respons kepada bahan yang dihasilkan penulis berlandaskan keperluan pembacaPembaca membaca dengan pelbagai tujuan dan fungsiRosenblatt memperkenalkan konsep eferen dan estetik dalam membacaKonsep ini sangat penting bagi menentukan fungsi membacaInteraksi antara penulis dan pembacaBeberapa model boleh digunakan bagi pengajaran membaca di sekolah menengahModel tersebut telah digunakan dalam pelbagai penyelidikan yang telah dijalankan bagi melihat keberkesanan pengajaran membaca dalam kalangan murid sekolah dan pendidikan awal kanak-kanak Model ini juga boleh dicuba bagi pengajaran membaca dalam bahasa Melayu Model dalam pengajaran membacaProses pengajaran bermula dengan teksGuru membahagi-bahagikan teks kepada muridMurid membaca teks, sama ada secara senyap atau membaca secara lantangGuru meminta murid mengambil perhatian terhadap istilah-istilah penting dan istilah yang tidak difahami oleh muridMurid mencari makna perkataan dan frasa sama ada berlandaskan hubung kait dalam petikan atau dalam kamus

Model Top-down (dari atas ke bawah)Guru mengarahkan murid mencari isi-isi penting dalam petikanPemahaman teks diteruskan dengan membincangkan setiap perenggan Maksud keseluruhan petikan dikenalpastiGuru cuba mengaitkan petikan dengan pengalaman latar murid tentang tema utama, kandungan dan isu yang dibincangkan dalam petikan.sambungPengajaran membaca bermula dengan guru membincangkan pengalaman murid tentang sesuatu isu yang dianggap penting atau terkiniPengalaman murid dicungkil bagi menimbulkan minat mereka dalam perbincanganGuru juga membincangkan beberapa istilah yang dianggap penting dan dapat difahami murid dengan jelas

Model Bottom-up (dari bawah ke atas)Guru membincangkan isu-isu yang dianggap berkaitan topik perbincangan dengan lebih terperinciSetelah perbincangan dilaksanakan dengan berkesan barulah guru membahagikan teks untuk bacaanMurid membaca teks dan cuba mengaitkan kandungan teks dengan topik perbincangan yang telah dijalankan sebelum itu.sambungBerlandaskan kenyataan Rosenblatt yang dipetik daripada Bab Satu, buku Mahzan Arshad (2003), Pendidikan Literasi Bahasa Melayu: Satu Pendekatan Bersepadu, apakah yang anda faham tentang konsep eferen dan estetik. Cuba kaitkan konsep ini dengan proses membaca bagi mencari makna. Sediakan contoh-contoh yang sesuai dalam pengajaran membaca di bilik darjah. Tugasan Tutorial: Kumpulan 2