angkasa lepas 1

20
http://ms.wikipedia.org/wiki/Program_Angkasawan_Negara_Malaysia Program Angkasawan Negara Malaysia Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Logo Program Angkasawan Negara Program Angkasawan Negara Malaysia bermula pada 2006 untuk menghantar angkasawan dari negara Malaysia ke angkasa lepas. Pada 4 September 2007 ,Sheikh Muszaphar Shukor telah dipilih sebagai Angkasawan Malaysia yang pertama. Beliau akan berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa menaiki Soyuz TMA-11 pada 10 Oktober 2007. Pengarah Program Angkasawan Negara ialah Kolonel Dr Zulkifly Yusoff . Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dan Dr Faiz Khaleed akan menginap di Hotel Cosmonaut , Baikonour , Kazakhstan .Mereka menjalani latihan fisiologi dan mental bagi memastikan mereka cepat menyesuaikan diri sejurus tiba di ISS seperti waktu tidur dan makan Solat hajat dan khutbah Jumaat bertemakan 'Misi Angkawasan Negara Anugerah Allah SWT Dalam Menjana Fardhu Kifayah Ummah' dibaca di semua masjid di seluruh Malaysia pada hari Jumaat 5 Oktober 2007 menjelaskan kepentingan program itu mengikut pandangan Islam. Kos pembiayaan [sunting ] Program Angkasawan Malaysia ini merupakan sebahagian daripada program timbal balik Malaysia dengan Russia. Malaysia telah membeli 18 jet pejuang Sukhoi SU-30 MKM dan pesawat udara pelbagai guna bernilai RM3.4 bilion dari Russia. Jika menghantar sendiri memerlukan kos yang tinggi .Bandingkan penghantaran satelit komunikasi saja mencecah RM1.5 bilion, iaitu kos satelit kira-kira RM700 juta, pelancar RM350 juta dan baki adalah insfrastruktur lokasi pelancaran. Kos melonjak empat atau lima kali ganda jika buat sendiri. [1] Itu pun jika kita membeli peralatan dan prasarana dari Russia atau Amerika.Tetapi negara maju tidak mungkin menjual teknologi ini kerana pelancar kapal angkasa lepas ini boleh diubahsuai menjadi pelancar peluru berpandu atau roket nuklear .

Upload: nor-azura-binti-mohamad

Post on 02-Jan-2016

55 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

sharing is caring

TRANSCRIPT

Page 1: ANGKASA LEPAS 1

http://ms.wikipedia.org/wiki/Program_Angkasawan_Negara_Malaysia

Program Angkasawan Negara MalaysiaDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Logo Program Angkasawan Negara

Program Angkasawan Negara Malaysia bermula pada 2006 untuk menghantar angkasawan dari negara

Malaysia ke angkasa lepas. Pada 4 September 2007,Sheikh Muszaphar Shukor telah dipilih sebagai

Angkasawan Malaysia yang pertama. Beliau akan berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa menaiki Soyuz

TMA-11 pada 10 Oktober 2007.

Pengarah Program Angkasawan Negara ialah Kolonel Dr Zulkifly Yusoff.

Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dan Dr Faiz Khaleed akan menginap di Hotel

Cosmonaut, Baikonour, Kazakhstan.Mereka menjalani latihan fisiologi dan mental bagi memastikan mereka

cepat menyesuaikan diri sejurus tiba di ISS seperti waktu tidur dan makan

Solat hajat dan khutbah Jumaat bertemakan 'Misi Angkawasan Negara Anugerah Allah SWT Dalam

Menjana Fardhu Kifayah Ummah' dibaca di semua masjid di seluruh Malaysia pada hari Jumaat 5

Oktober 2007 menjelaskan kepentingan program itu mengikut pandangan Islam.

Kos pembiayaan [sunting]

Program Angkasawan Malaysia ini merupakan sebahagian daripada program timbal balik Malaysia dengan

Russia. Malaysia telah membeli 18 jet pejuang Sukhoi SU-30 MKM dan pesawat udara pelbagai guna bernilai

RM3.4 bilion dari Russia.

Jika menghantar sendiri memerlukan kos yang tinggi .Bandingkan penghantaran satelit komunikasi saja

mencecah RM1.5 bilion, iaitu kos satelit kira-kira RM700 juta, pelancar RM350 juta dan baki adalah

insfrastruktur lokasi pelancaran. Kos melonjak empat atau lima kali ganda jika buat sendiri. [1] Itu pun jika kita

membeli peralatan dan prasarana dari Russia atau Amerika.Tetapi negara maju tidak mungkin menjual

teknologi ini kerana pelancar kapal angkasa lepas ini boleh diubahsuai menjadi pelancar peluru

berpandu atau roket nuklear.

Page 2: ANGKASA LEPAS 1

Faedah program [sunting]

Pengarah Program Angkasawan Negara, Kolonel Dr Zulkifly Yusoff

Program itu memenuhi hasrat dan pendekatan Islam Hadhari yang dicetuskan Perdana Menteri, Datuk

Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Program ini akan menjadi pemangkin / 'moon shot' kepada seluruh rakyat Malaysia untuk belajar sains dan

teknologi. 5 juta pelajar akan bercerita tentang angkasawan. Pelajar mula mendalami makna 3G, 4G dan 5G.

Mereka tahu itulah graviti dan minat terhadap sains akan bercambah.

Dua angkasawan ini , Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dan Dr Faiz Khaleed akan menjadi 'duta

angkasa', menjelajah ke sekolah-sekolah apabila misi mereka berjaya.Kementerian Sains, Teknologi dan

Inovasi Malaysia (Mosti) dapat menyebarkan ilmu sains angkasa ke sekolah di seluruh negara.

Kementerian Pengajian Tinggi akan meminta universiti supaya memberi penekanan terhadap sains dan

teknologi. Di universiti, saintis mengajar dan melakukan penyelidikan. Di universiti mesti ada saintis,

berbanding sekarang yang hanya ada pensyarah. Tiada saintis sepenuh masa.

Ilmu dan teknologi bermula di universiti dan berakhir di pasaran menjadi produk yang menjana pekerjaan. Kita

tidak mahu ilmu dan teknologi yang dicipta ditinggalkan di menara gading dan sebaliknya mesti diterjemahkan

kepada kemakmuran negara, menjana produk, perkhidmatan, peluang pekerjaan, mengeksport dan menjana

pendapatan negara. Ia bermakna kita mesti menterjemahkan ilmu kepada agenda ekonomi.

Kecaman [sunting]

Program Angkasawan ini dianggap membazir berbanding dengan keuntungan pihak Russia yang

dapat menjual 18 jet pejuang Sukhoi SU-30 MKM .

NASA  tidak mengiktiraf angkasawan pertama negara sebagai angkasawan, tetapi sebagai peserta

penerbangan angkasa sahaja atau spaceflight participant. Tanpa pengiktirafan ini, imej dan kredibiliti

angkasawan pertama Malaysia mungkin terjejas. Russia menggunakan istilah kosmonaut ,

bukan astronout. Hanya Russia sahaja yang mengiktiraf angkasawan pertama negara sebagai

Page 3: ANGKASA LEPAS 1

angkasawan bertauliah atau dalam istilah Russia "Cosmonaut". Ini adalah kerana, Sheikh Muzaphar

Shukor telah menjalani berbagai latihan khusus angkasawan di Pusat Latihan Angkasa Yuri Gagarin

sebagai persediaan untuk ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) yang melayakkan beliau menjadi

seorang angkasawan dan pergi ke ISS.

Bagi pihak NASA, gelaran angkasawan atau Astronaut (Asal dari Astrology/Astronomy) hanya layak

diberikan kepada mereka-mereka yang berupaya mengendalikan kapal angkasa, menjadi jurutera

angkasa, memberi arahan dan menjadi ketua di ISS serta menjadi krew di ISS selain sebagai seorang

saintis dan pengkaji di angkasa. Ini adalah kerana gelaran Astronaut merujuk kepada segala bidang

astronomy dan perkara yg berkaitan dgn ilmu astronomy atau angkasa. Jadi, untuk membolehkan

seseorang itu mendapatkan gelaran Astronaut dari NASA, dia perlulah mengetahui segala aspek ilmu

mengenai astronomy termasuk dari segi pengendalian kapal angkasa dan kejuruteraan angkasa. Bagi

mereka-mereka yang tidak mempunyai pengetahuan ini dan sekadar hanya sebagai orang yang pergi naik

ke angkasa dan membuat kajian sains hanya digelar sebagai peserta penerbangan angkasa sahaja atau

spaceflight participant.

Di pihak Russia (ROSCOSMOS) pula, mereka menggunakan istilah Comosnaut (Asal dari

Cosmology) merujuk kepada skop bidang yang lebih luas meliputi angkasa, orbit, mengetahui asas ilmu

angkasa atau astronomy, berupaya membuat kajian sains di angkasa, mengetahui selok-belok teknologi

maklumat walaupun pihak yang terlibat tidak tahu mengendalikan kapal angkasa, tidak menjadi ketua atau

commander di ISS dan tidak menjadi jurutera angkasa. Ini adalah kerana, sesiapa sahaja yang telah lulus

dan melepasi ujian intensif yang ketat dan sukar di Pusat Latihan Angkasa Yuri Gagarin di Moscow

Russia, layak mendapat tauliah sebagai angkasawan atau Cosmonaut dari pihak Russia dan layak pergi

ke angkasa atau ISS. Pihak Russia mengiktiraf sesiapa sahaja yang telah melepasi ujian sebagai

angkasawan dan telah pegi ke angkasa, sebagai Cosmonaut walaupun seseorang itu pergi sebagai

peserta penerbangan angkasa/pelancong. Ini disebabkan tidak mudah bagi seseorang itu untuk menjalani

latihan angkasa dan berlepas ke angkasa.

Buat masa ini hanya pihak Russia sahaja yang mengiktiraf angkasawan pertama negara sebagai

angkasawan bertauliah atau Cosmonaut sebagaimana yang telah dianugerahkan oleh pihak Russia

kepada angkasawan dari negara lain yang menyertai latihan dan program angkasa mereka.

Balasan kepada kecaman [sunting]

Pengiktirafan NASA sebagai seorang angkasawan dahulunya telah digunakan kepada sesiapa yang

mengembara ke angkasa, termasuk ahli sains, ahli politik, pemberita, dan pelancong[1], [2], [3], oleh itu

tiada sebab untuk mereka menukar syarat pengiktirafan.

Page 4: ANGKASA LEPAS 1

Selain itu, pengiktirafan NASA tidak diperlukan, kerana mereka hanya mengiktiraf mereka yang

menyertai pakej angkasa USA dan Malaysia tidak memerlukan pengiktirafan NASA kerana Malaysia tidak

membayar NASA bagi pengiktirafan tersebut.

Angkasawan Malaysia telahpun menjalani berbagai latihan khusus angkasawan di Pusat Latihan

Angkasa Yuri Gagarin yang cukup lengkap bagi melayakkan beliau menjadi seorang angkasawan dan

pergi ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS)

Pihak Russia telahpun mengiktiraf angkasawan pertama negara sebagai angkasawan bertauliah atau

Cosmonaut sebagaimana yang telah dianugerahkan oleh pihak Russia kepada angkasawan dari negara

lain yang menyertai dan melengkapi keseluruhan latihan dan program angkasa mereka.

Siaran langsung [sunting]

RTM menyiarkan program khas siaran langsung angkasawan Malaysia ke ISS sempena Misi Angkasawan

Negara 2007 selama 10 hari itu bermula 10 Oktober 2007 hingga 21 Oktober 2007. Episod pengenalan pada 9

Oktober 2007 jam 9.30 malam.

Antara yang pernah disiarkan ialah laporan terkini status angkasawan serta ketibaan Soyuz di stesen ISS pada

12 Oktober, jam 10.30 malam disusuli laporan serta liputan aktiviti angkasawan di pusat berkenaan pada 13

Oktober, jam 12.05 tengah malam. Sebagai penutup, RTM memaparkan liputan perjalanan pulang

angkasawan negara dari ISS ke bumi selepas misi mereka selesai pada 21 Oktober, jam 12:00 tengah malam.

[2]

30 tenaga penerbitan termasuk 2 penerbit penyelaras serta 4 penerbit di Baikonour, Kazakhstan, di samping

puluhan tenaga teknikal.

Siaran Astro [sunting]

Saluran satelit pertama negara, Astro dilantik sebagai pusat transmisi di Malaysia yang akan menyiarkan

secara langsung pengembaraan dua angkasawan ini kepada semua stesen televisyen di Malaysia. Malah

Astro juga mendahului stesen televisyen lain apabila memperkenalkan saluran khusus Angkasa1 (disebut

Angkasawan) menerusi saluran 588.[3] Detik pelancaran roket Soyuz, disiarkan secara langsung

dari Baikonur, Moscow, Houston dan Astana. Visual kapal Soyuz berlabuh di Stesen Angkasa Antarabangsa

(ISS) turut dipaparkan.

Perbualan video antara angkasawan dengan pemimpin negara yang bakal disiarkan secara langsung. Saluran

Angkasa1 memaparkan temu ramah bersama Perdana Menteri Malaysia , Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi;

temuramah bersama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis; temuramah

bersama ibu bapa, pengarah program angkasawan; saintis serta angkasawan NASA.

Page 5: ANGKASA LEPAS 1

Kajian lanjutan [sunting]

Angkasawan ini telah mengkaji perkembangan penyakit barah tropika dan mikrob tempatan.

Pautan luar [sunting]

Laman rasmi

UKM di angkasa

Ensiklopedia Malaysia: Program Angkasawan Negara

Rujukan [sunting]

1. ↑  http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Rencana/20070929231411/Article/

2. ↑  http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Hip/20071003080346/Article/

3. ↑  http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Hip/20071001071523/Article/

http://www.sains123.cikgunaza.com/2013/05/perkembangan-dalam-bidang-astronomi-dan.html

Thursday, May 9, 2013

Perkembangan Dalam Bidang Astronomi dan Penerokaan Angkasa Lepas

>>> Pakej Pembelajaran & Penilaian Online <<<

Astronomi (astronomy) adalah kajian saintifik mengenai alam semesta (universe) yang merangkumi planet, matahari, bulan, komet, bintang, galaksi dan lain-lain dari segi sejarah, pergerakan, lokasi dan komposisi kimia.

Ahli-ahli astronomi yang terawal kebanyakannya adalah orang-orang Mesir purba. Dengan memerhatikan Sirius, bintang paling cerah di langit, mereka menetapkan bahawa dalam setahun mempunyai 365 hari dan mereka juga boleh meramal dengan tepat kejadian air pasang surut di Sungai Nil.

Page 6: ANGKASA LEPAS 1

Ahli astronomi Cina yang dikenali sebagai Shih Shen telah menyediakan satu katalog bintang yang dipercayai sebagai katalog tertua.

Aristotle, Phythagoras dan Ptolemy adalah ahli astronomi terkenal.

Aristotle (384–322 SM) adalah seorang pendita Yahudi. Dia bersama-sama dengan rakannya, Eudoxus, mempercayai bahawa Bumi adalah pusat bagi alam semesta.

Phythagoras (580–500 SM) menyatakan bahawa bumi adalah berbentuk bulat (spherical-shaped) dan bukannya rata. Bagi beliau, bumi kelihatan rata kerana ianya adalah luas. Beliau juga turut menyatakan bahawa orbit planet-planet yang bergerak mengelilingi matahari adalah bulat.

Claudius Ptolemy (100–170 SM) atau Claudius Ptolemaeus, membentangkan satu teori yang terkenal berdasarkan pandangan Aristotle bahawa bumi adalah pusat bagi alam semesta dan objek-objek lain berputar mengelilinginya.

Model alam semesta yang dibentangkan oleh Ptolemy telah diterima pakai sebagai benar tanpa sebarang bantahan selama lebih kurang 1300 tahun.

Walau bagaimanapun, pada abad/kurun ke-16, Nicholas Copernicus (1473–1543) yang dikenali sebagai ‘bapa astronomi moden’ (the father of modern astronomy) menyatakan bahawa bumi berputar pada paksinya sambil mengelilingi matahari.

Copernicus juga turut menyatakan bahawa planet-planet berputar dalam orbit mereka sendiri, sambil mengelilingi matahari yang merupakan pusat alam semesta. 

Copernicus juga boleh meramalkan kedudukan planet dengan tepat dengan menggunakan pengiraan matematik (mathematical calculation).

Johannes Kepler (1571–1630) telah berjaya membuktikan bahawa orbit bagi planet-planet sebenarnya adalah berbentuk elips (elliptical) dan bukannya bulat (not circular).

Page 7: ANGKASA LEPAS 1

Beliau juga mengemukakan tiga hukum yang berkaitan dengan pergerakan planet-planet yang mengelilingi matahari.

Galileo Galilei (1546–1642) dari Itali adalah ahli astronomi yang pertama yang membuat pemerhatian tentang alam semesta, dengan menggunakan teleskop (telescope) ciptaannya sendiri untuk menjalankan kajian astronomi. Galileo membuat kesimpulan bahawa galaksi bima sakti (galaxy milky way) adalah terdiri daripada berjuta-juta bintang.

Galileo juga turut memerhatikan gunung-gunung dan kawah-kawah (craters) yang terdapat di permukaan bulan, dan tompok matahari (sunspots) yang terdapat pada permukaan matahari.

Melalui pemerhatiannya, Galileo membuat kesimpulan bahawa planet Zuhrah / Kejora (Venus) adalah juga mengelilingi matahari sama seperti planet-planet lain. Beliau juga mendapati terdapat empat satelit semulajadi (natural satellites) yang bergerak mengelilingi planet Musytari (Jupiter).

Page 8: ANGKASA LEPAS 1

Sir Isaac Newton (1642–1727) adalah ahli astronomi dan ahli sains yang terkenal. Beliau mencadangkan bahawa 'daya yang bertindak ke atas planet' itulah yang membolehkan planet-planet untuk kekal dalam orbitnya.

Dengan menggunakan prinsip matematik, Newton membuktikan bahawa daya yang bertindak ke atas planet adalah sentiasa bergerak ke arah matahari.

Dengan menggunakan Hukum Gerakan (Laws of Motion) dan Hukum Graviti(Law of Gravitation) yang dikemukakan olehnya, Newton berjaya membuktikan kebenaran Hukum Kepler (Kepler’s Laws).

Hukum Graviti masih digunakan pada hari ini dalam mengira orbit kapal angkasa (spacecraft).

Hukum Gerakan Newton (Newton’s Laws of Motion) adalah juga merupakan asas dalam pelancaran roket ke angkasa lepas.

Posted by Cikgu Naza   at 5/09/2013 04:11:00 PM 

Page 9: ANGKASA LEPAS 1

http://nakponakyo.tripod.com/nakponakyos/id38.html

 Konsep penerokaan angkasa lepas yang cuba dimajukan oleh Malaysia bukanlah sepertimana yang digambarkan dalam fiksyen sains filem dan televisyen yang pernah kita tonton.  Konsep penerokaan angkasa lepas Malaysia lebih menjurus kepada usaha memperkembangkan bidang-bidang tertentu dalam industri aeroangkasa, di samping cuba membuka ruang yang lebih luas kepada bidang penyelidikan alam cakerawala.  Dengan kata lain, sebagai peserta baru dalam bidang ini, Malaysia sedang mencari masa depannya ke arah menjadi pemain utama dalam industri angkasa dan juga penerokaan ruang angkasa.          Apabila Malaysia melancarkan satelit komunikasi pertamanya, MEASAT-1  pada bulan Januari 1996 dan satelit MEASAT-2 kira-kira 10 bulan kemudiannya, ia telah membuka ruang serta akan merancakkan lagi bidang kajian sains angkasa di negara ini.  Pada masa yang sama ia turut membenihkan bibit-bibit kesedaran di kalangan orang ramai tentang industri  aeroangkasa.         Perkembangan bidang kajian sains angkasa di negara ini bermula semenjak tahun 1990-an lagi dengan pembinaan kompleks Planetarium Negara dan penubuhan Bahagian Kajian Sains Angkasa (BAKSA) di Jabatan Perdana Menteri.  Menjelang Julai 1995, BAKSA telah diletakkan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar untuk memantapkan lagi peranannya membantu kemajuan sains dan teknologi di Malaysia.          Malaysia telah berjaya melancarkan satelit mikro pertamanya, TiungSAT-I, pada bulan September 2000.  Satelit berkenaan hasil daripada Program Latihan dan Pemindahan Teknologi di Pusat Angkasa Surrey yang melibatkan Surrey Satellite Technology Ltd. (SSTL) dan Astronautics Technology Sdn. Bhd. (ATSB) dari Malaysia.  Kehadiran satelit mikro itu di orbit bumi memberi ruang bagi Malaysia meneroka angkasa secara lebih giat lagi.           Kewujudan Pelan Induk Pembangunan Industri Aeroangkasa Malaysia (1997) membuktikan kesungguhan Malaysia dalam bidang kajian angkasa lepas.  Dengan adanya pelan terancang ini industri aeroangkasa akan dapat dimajukan secara lebih efisyen dan menjadi pemangkin pembangunan negara.  Komitmen kerajaan dalam membangunkan industri aeroangkasa kian jelas dengan penubuhan Agensi Angkasa Negara (AAN) pada bulan Julai 2002.  Agensi ini berperanan besar dalam

Page 10: ANGKASA LEPAS 1

menghadapi era globalisasi yang menekankan kepentingan dasar langit terbuka.  Antara lain, menurut Ketua Pengarah AAN, Prof Datuk Dr. Mazlan Othman, Malaysia perlu mempunyai satelitnya sendiri yang mengorbit khatulistiwa agar masalah-masalah berkaitan dengan geografi dan pertahanan negara dapat ditangani secara berkesan.  Penubuhan AAN adalah suatu usaha menggembleng idea tenaga pakar tempatan untuk menjayakan penerokaan angkasa lepas.  Di samping menggalakkan kerjasama antarabangsa, agensi ini juga dapat menyelaraskan aktiviti penerokaan angkasa lepasnya seiring dengan peraturan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).          Banyak keperluan negara dapat dipenuhi melalui usaha penerokaan angkasa lepas yang terancang.  Kejayaan bidang penerokaan angkasa lepas akan memberi imej baik terhadap kemajuan bidang sains dan teknologi negara ini, selaras dengan cabaran Wawasan 2020 yang ingin mewujudkan masyarakat saintifik, progresif, inovatif dan berpandangan jauh.  Kejayaan Malaysia dalam bidang teknologi angkasa lepas akan memacu kemajuan negara dan seterusnya meletakkan nama Malaysia sebaris dengan negara-negara maju dalam bidang penyelidikan angkasa lepas.          Pelancaran satelit ke orbit boleh memantapkan sistem komunikasi negara sepertimana yang dicapai oleh satelit MEASAT 1 dan MEASAT 2.  Melalui penggunaan satelit-satelit berkenaan, komunikasi menerusi telefon mudah alih menjadi lebih efisyen.  Menurut Prof. Madya Dr. Mustafa bin Subari dari BAKSA, penggabungan antara satelit navigasi dengan telefon mudah alih bukan sahaja memudahkan komunikasi tetapi juga memungkinkan kedudukan individu berkenaan dikesan melalui teknologi Global Positioning System (GPS).  Keberkesanan penggunaan satelit untuk berkomunikasi dan mengesan kedudukan jelas dapat dilihat ketika Datuk Azhar Mansur yang belayar solo mengelilingi dunia menggunakan telefon mudah alih iridium untuk menghubungi pusat pemantaunya di Langkawi.          Selain daripada itu, kemajuan penerokaan angkasa lepas juga berfaedah kepada beberapa bidang tertentu.  Antara bidang yang dapat memanfaatkan kemajuan berkenaan ialah perdagangan dan pengangkutan.  Satelit navigasi menerusi teknologi GPS misalnya, kini digunakan secara efektif di Lembah Kelang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk memantau pergerakan teksi-teksi yang memberi perkhidmatan kepada para pelanggan KLIA.  Dengan bantuan Intelligent Vehicles System (IVS), kenderaan pintar berkenaan boleh dikesan dan dihubungi dengan mudah.  Sistem ini juga telah digunakan ke atas kenderaan-kenderaan sewa untuk memantau pergerakkannya.          Kemudahan satelit juga turut membantu kemajuan bidang perikanan di negara ini.  Sistem pengesanan jarak jauh (remote sensing) dengan kemudahan GPS amat berguna bagi nelayan-nelayan laut dalam untuk mengesan kedudukan ikan-ikan di laut.  Selain daripada itu, teknologi ini berguna ketika negara dilanda masalah jerebu kerana ia juga boleh membantu mengelakkan pelanggaran dengan kapal-kapal lain yang sedang melalui perairan negara.

Page 11: ANGKASA LEPAS 1

          Antara bidang lain yang turut menerima faedah daripada teknologi angkasa lepas ialah bidang geografi.  Kajian dan ramalan cuaca dapat dibuat secara lebih efektif dan tepat melalui kemudahan satelit pengesanan jarak jauh.  Sebarang bentuk bencana alam seperti ribut taufan, gempa bumi dan hujan lebat dapat dikesan lebih awal.  Dengan itu, langkah segera untuk mengelakkan sebarang tragedi dapat diambil.  Kerja-kerja pemetaan kawasan juga dapat dilakukan dengan mudah.  Penyediaan peta dan penentuan topografi sesuatu kawasan akan dapat dibuat secara lebih baik dengan bantuan satelit.          Dalam bidang pertahanan, kemudahan satelit navigasi akan membantu kerja-kerja memantau keselamatan negara dengan lebih berkesan.  Oleh kerana perairan negara kita merangkumi kawasan yang luas serta mengandungi banyak pulau maka pemantauan menerusi sistem satelit adalah suatu kaedah yang paling baik.  Perairan Sabah dan kawasan pedalaman Sarawak misalnya, merupakan kawasan-kawasan yang sukar dipantau melalui penggunaan tenaga manusia.  Oleh yang demikian, sistem pemantauan melalui satelit secara berterusan akan membantu mengesan pencerobohan dan juga kegiatan jenayah penyeludupan di kawasan berkenaan.          Selain daripada itu penerokaan angkasa lepas turut memberi faedah yang besar kepada kemajuan industri aeroangkasa di negara ini.  Antara bidang industri aeroangkasa yang mendapat faedah besar daripada kemajuan penyelidikan angkasa ialah teknologi pembuatan pesawat.  Bidang ini telah mencambahkan hasilnya di negara ini apabila Malaysia berjaya mengeluarkan pesawat peninjau tanpa pemandu pertamanya pada tahun 2001.  Pesawat yang dikenali sebagai Eagle Airborne Reconnaissance Vehicle (ARV) dibina melalui projek usahasama  dengan British Aerospace System (BAE).  Selain daripada membantu kemajuan sistem pertahanan negara kita sendiri, pesawat ini juga akan dieksport ke luar negara.          Bidang penerokaan angkasa lepas yang kian berkembang di negara ini juga banyak memberi faedah kepada institusi-institusi pendidikan tinggi (IPT) tempatan.  Kebanyakan IPT tempatan kini mempunyai bahagian kajian sains angkasa mereka sendiri untuk membuat penyelidikan dalam bidang kepakaran masing-masing serta melahirkan lebih ramai pakar sains angkasa negara ini.  Langkah ini sudah tentu akan membantu kemajuan negara dalam bidang penerokaan angkasa lepas masa hadapan.          Bidang penerokaan angkasa lepas di Malaysia terus menggalas harapan yang lebih tinggi pada masa hadapan.  Antara harapan yang ingin direalisasikan ialah menerbangkan angkasawan sendiri ke angkasa lepas sana.  Kita juga ingin menjadi pemain utama dalam penerokaan angkasa sepertimana Amerika Syarikat, Rusia dan China.  Jika dilihat kepada usaha-usaha yang sedang kita gerakkan pada masa ini, kita bukan lagi sedang mencari masa depan dalam bidang penerokaan angkasa lepas.  Kita sebenarnya sedang membina masa depan untuk ditempatkan di ruang cakerawala sana pada alaf akan datang. 

Page 12: ANGKASA LEPAS 1

http://cikgurazak.blogspot.com/2010/03/isu-penerokaan-angkasa-lepas.html

Selasa, 23 Mac 2010isu penerokaan angkasa lepasPenerokaan AngkasaPenerokaan angkasa telah meningkatkan pengetahuan manusia mengenai ruang angkasa. Galakan kerajaan dan masyarakat meneybabkan lebih ramai angkasawan dihantar ke ruang angkasa untuk membuat kajian. Sejauh manakah anda setuju penerokaan angkasa lepas membawa kepentingan kepada manusia. 

Pengenalan1969-mendarat di bulan @ cth kejayaan lain ttg penerokaan angkasa lepas1 Feb 2003 – COLOMBIA

Kepentingan1. meningkatkan pengetahuan manusia- m’jalankan kajian ttg planet/ bulan di angkasan lepas- sumber pada masa depan (air didapati di planet M)- meninjau reality keadaan alam sekitat, kajian ttg meteor/ galaksi- menangkis tanggapan sesetengah pandapat bhw di planet ada dewa-dewi

2. pengembangan teknologi satelit melalui penerokaan angkasa lepas- siaran langsung peristiwa yg berlaku di seluruh dunia- meramal cauca, membantu pelayar- pembangunan dr sesi telekomunikasi

Keburukan1. Pencerobohan privasi- pergerakan/ tindakan individu dijejaki- individu tidak ada lagi privasi

3. Pencemaran- Pelepasan kapal angkasa, jumlah bhn api dikeluarkan adalh sgt tinggi

Kesimpulan- penerokaan angkasa lepas meningkat tahap pengetahuan dr sg teknologi maklumat di

Page 13: ANGKASA LEPAS 1

samping membangunkan ekonomi negara- memastikan satiap kali pelepasan angkasa lepas kurang memberikan kesa negatif dan tidak menancam keselamatan penduduk tempatan

Dicatat oleh CIKGU RAZAK   di Selasa, Mac 23, 2010

http://esei-pa.blogspot.com/2010/02/karangan-3-manfaat-penerokaan-angkasa.html

Penerokaan angkasa lepas telah membuka banyak ruang kepada manusia memperkembang sains dan teknologi sejagat. Huraikan.

Penerokaan angkasa lepas memang banyak memberi manfaat terhadap perkembangan sains dan teknologi. Kejayaan negara-negara Barat terutamanya Amerika Syarikat dan Russia banyak bergantung kepada kemampuan mereka untuk menghasilkan teknologi moden terutama yang berkaitan dengan penerokaan angkasa lepas. Keadaan ini menyebabkan negara-negara lain terutama China dan Jepun serta India turut berusaha memajukan teknologi angkasa lepas mereka. Sememangnya banyak impak positif yang dihasilkan oleh penerokaan angkasa lepas terhadap kehidupan manusia.

Impak positif yang ketara ialah penerokaan angkasa lepas telah memajukan bidang teknologi maklumat terutama yang berkaitan dengan teknologi internet. Penghasilan lebih banyak satelit di ruang angkasa bumi telah memudahkan perhubungan atau komunikasi tanpa batasan sempadan diwujudkan. Kemajuan dalam bidang teknologi maklumat ini menjadikan bidang komunikasi, keselamatan dan pertahanan semakin berkembang maju selaras dengan kemajuan penerokaan angkasa lepas itu. Jelaslah, teknologi angkasa lepas menyebabkan bidang teknologi maklumat manusia menjadi lebih baik dan moden.

Malah, aktiviti penerokaan yang berani ini berupaya meninggikan kemampuan teknologi pemantauan manusia sejagat pula. Penggunaan satelit dan kapal angkasa menjadikan gambar-gambar lebih mudah untuk diambil dan dirakam dari sudut yang lebih baik dan sesuai. Semua hasil gambar ini memudahkan ahli saintis untuk membuat ramalan tentang keadaan geografi dan juga membantu merancang manusia untuk menjalankan projek pembangunan dengan lebih mesra alam lagi. Pada masa yang sama, teknologi moden ini boleh digunakan juga untuk memantau perubahan cuaca dan kadar pencemaran alam dengan lebih menyeluruh. Sesungguhnya, teknologi pemantauan manusia menjadi lebih maju dan berkembang dengan adanya usaha-usaha menjalankan penerokaan angkasa lepas itu.

Malahan, industri teknologi robotik turut berkembang selari dengan usaha meneroka angkasa lepas ini. Kebanyakan peralatan teknologi yang dihantar ke angkasa lepas atau kawasan ruang udara bumi dikawal oleh robot atau peranti kawalan. Keadaan ruang angkasa yang begitu bahaya dan sukar diramal menyebabkan robot lebih sesuai digunakan berbanding dengan manusia. Semua tindakan menggunakan robotik ini boleh memberikan satu tafsiran awal akan keperluan untuk

Page 14: ANGKASA LEPAS 1

mewujudkan koloni manusia di angkasa lepas pula. Maka, teknologi robotik manusia juga akan mengalami perubahan drastik kerana usaha penerokaan angkasa lepas memerlukan penggunaan robotik yang begitu banyak. 

Selain itu, pelbagai ujikaji atau kajian sains boleh dijalankan menerusi usaha penerokaan angkasa lepas itu. Para saintis sudah mula membuat kajian tentang kesan gravity terhadap manusia di luar ruang angkasa bumi terutama aspek ketumpatan tulang dan kadar kehilangan jisim tulang manusia. Penerokaan angkasa lepas memberikan satu platform untuk melakukan pelbagai kajian yang boleh memberikan pengetahuan baru kepada manusia tentang sains pula.

Konklusinya, semua usaha meneroka angkasa lepas itu bukanlah sesuatu yang membazir. Pelbagai hasil yang positif terutama kajian sains akan memberikan manusia satu informasi yang berguna pula terutama jika semua usaha ini berkonsepkan kerjasama sejagat. Kita harus sedar bahawa semakin banyak maklumat yang kita ketahui tentang angkasa lepas semakin baiklah prospek kehidupan kita kelak. Jadi, usaha penerokaan angkasa lepas ini perlu diteruskan tanpa sebarang sekatan lagi.Posted by Noor Azman Mahat at 3:34 AM 

Page 15: ANGKASA LEPAS 1

misi angkasaKapal angkasa Hayabusa telah kembali ke BumiPosted on 13. Jun, 2010 by shahgazer Tag: misi angkasa, arkib

Kapal angkasa dari Jepun, bernama Hayabusa telah kembali ke bumi dengan membawa kargo serpihan daripada asteroid Itokawa. Menurut laman web Spaceweather, serta blog Hayabusasendiri, kargo tersebut telah jatuh di kawasan Woomera Test Range di negara Australia. Kapal induknya pula telah terbakar apabila ia memasuki atmosfera Bumi.

Tahniah kepada Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA) atas pencapaian ini. Sama-sama kita tunggu penemuan baru yang bakal diperolehi nanti. 

Hentaman LCROSS ke Bulan Jumaat iniPosted on 08. Oct, 2009 by shahgazer Tag: misi angkasa, arkib

Semua orang sedang bersiap sedia menyaksikan hentaman kapal angkasa LCROSS ke atas permukaan Bulan pada 9 Oktober nanti, jam 7.30 petang waktu Malaysia.

  Lagi »

Siap sedia penemuan terbaru dari Utarid

Posted on 29. Sep, 2009 by shahgazer Tag: misi angkasa, utarid, arkib

Page 16: ANGKASA LEPAS 1

Para saintis di NASA sedang bersiap sedia untuk menerima data daripada proba angkasa MESSENGER yang kini sedang melintasi planet Utarid pada jarak hanya 142 batu sahaja!Selain daripada imej-imej beresolusi tinggi yang dijangka dapat dirakam oleh MESSENGER, terdapat suatu lagi pemerhatian yang cuba dicapai oleh para saintis, iaitu penyiasatan terhadap medan magnetiknya.Lagi »

Bayang-bayang gergasi di sistem

gelang Zuhal!Posted on 22. Jun, 2009 by shahgazer Tag: misi angkasa, penemuan, zuhal, arkib

Sesuatu yang menarik sedang berlaku dan dapat dilihat dipersekitaran sistem gelang planet Zuhal.

Menjelang pertengahan Ogos ini, orbit Zuhal akan berada di posisi equinoks. Ini

bermakna, ia akan berada di kedudukan satah orbit yang separas dengan matahari. Ketika ini, sistem gelang Zuhal, jika dilihat dari matahari, akan 'lenyap' dari pandangan kerana kita sedang melihat tepat pada sisinya. Lagi »

Lagi Foto Menarik Misi Phoenix di MarikhPosted on 29. May, 2008 by shahgazer Tag: marikh, misi angkasa, phoenix, arkib

Page 17: ANGKASA LEPAS 1

Foto terbaru daripada planet Marikh merupakan sesuatu yang cukup bersejarah. Belum pernah sepanjang lebih 50 tahun penerokaan angkasa lepas, sebuah kapal angkasa merakam gambar sebuah lagi kapal angkasa yang sedang mendarat di sebuah planet lain. Sehinggalah Ahad lepas, apabila kamera canggih HiRISE di atas kapal angkasa Mars Reconnaissance Orbiter telah merakam Phoenix sedang perlahan-lahan mendarat menggunakan payung terjun. Lagi »