analisis otot, tulang dan sendi

Upload: busrah-tani-ini

Post on 03-Apr-2018

260 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Analisis Otot, Tulang Dan Sendi

    1/11

  • 7/29/2019 Analisis Otot, Tulang Dan Sendi

    2/11

    Pergerakan Semasa Rejaman

  • 7/29/2019 Analisis Otot, Tulang Dan Sendi

    3/11

    Analisis Otot

    Aktiviti rejaman melibatkan beberapa bahagian otot pada tubuhbadan. Antara bahagian yang terlibat ialah bahagian tangan, badandan kaki. Antara otot yang terlibat pada bahagian badan ialahbiseps dan triseps.

    Otot ini menyimpan tenaga ketika melakukan rejaman. Selain itu,kekuatan seseuatu rejaman turut melibatkan kekuatan otot bisepsdan triseps. Hal ini kerana otot biseps akan mengecut ketikatangan diangkat dan otot triseps pula akan menegang.

    Ketika rejaman dilakukan otot biseps akan menegang manakalaotot triseps pula akan mengecut. Otot lain pada bahagian tanganyang turut terlibat ialah deltoid dan brachialis. Otot ini terletak padabahagian bahu dan lengan. Otot ini juga terlibat dalam melakukan

    sesuatu rejaman yang kuat

  • 7/29/2019 Analisis Otot, Tulang Dan Sendi

    4/11

    Untuk otot pada bahagian badan pula terbahagi kepada dua iaituotot pada bahagian depan badan dan belakang badan. Otot yangterlibat pada depan bahagian badan ialah rectus abdominisdan

    linea alba. Kedua-dua otot ini terletak pada bahagian perut. Otot ini akan

    menegang ketika perejam melompat dan menarik badan kebelakang. Setelah itu, otot ini akan mengecut ketika perejammelakukan rejaman iaitu ketika perejam membengkokkanbadannya. Kekuatan kedua-dua otot ini juga turut dijadikan faktorkekuatan kepada sesuatu rejaman.

    Antara otot yang terlibat ialah latissimus dorsi. Otot ini merupakanotot yang terbesar yang terletak pada belakang badan manusia.Ketika perejam melakukan rejaman, otot ini akan mengendur ketikaperejam menarik badannya ke belakang dan menegang apabilaperejam membengkokkan badannya. Otot ini juga terlibat dalammelakukan sesuatu rejaman yang deras dan kuat.

  • 7/29/2019 Analisis Otot, Tulang Dan Sendi

    5/11

    Untuk bahagian paha, otot yang terlibat ialah quadriceps femoris.Otot ini terletak pada bahagian hadapan paha. Quadriceps femoristerdiri daripada empat bahagian otot kecil iaitu rectus femoris,

    vastus medialis, vastus lateralis dan sartorius. Otot ini akan menegang ketika perejam melompat dan mendarat

    ketika melakukan rejaman. Otot ini juga terlibat dalam menentukankekuatan perejam melakukan lompatan. Otot yang kuat padabahagian ini akan menyebabkan perejam melompat lebih tinggi.

    Untuk otot pada bahagian belakang paha ialah otot hamstring. Otot

    ini terbahagi kepada beberapa bahagian yang lebih kecil lagi. Antara otot yang berada pada bahagian otot hamstring ialah

    gracilis, semitendinosus, biceps femoris dan semimembranosus. Keempat-empat otot terlibat ketika perejammelakukan lompatan ketika merejam. Untuk otot pada bahagianbetis pula ialah gastrocnemius dan tibialis anterior. Kedua-duaotot ini akan mengecut keras ketika perejam melakukan lompatandan pendaratan. Ketika di udara pula, kedua-dua otot ini akanmenegang ketika perejam membengkokkan kakinya.

  • 7/29/2019 Analisis Otot, Tulang Dan Sendi

    6/11

  • 7/29/2019 Analisis Otot, Tulang Dan Sendi

    7/11

  • 7/29/2019 Analisis Otot, Tulang Dan Sendi

    8/11

    ANALISIS TULANG

    Bahagian lengan atau tangan, tulang yang terlibat ialah humerus.Humerus merupakan salah satu tulang yang terpanjang pada tubuhbadan. Ia terletak pada lengan iaitu dari hujung bahu ke siku.

    Antara tulang lain pada bahagian lengan yang turut terlibat ialahradius dan ulna. Tulang humerus dan radius-ulna dihubungkansendi engsel. Sendi ini berperanan dalam membolehkan tanganmembengkok ketika melakukan rejaman.

    Seterusnya ialah tulang pada tapak tangan iaitu carpus,metacarpus dan phalanges. Kesemua tulang ini terlibat dalamrejaman serta arah rejaman yang akan dilakukan. Hal ini keranatulang radius, ulna dan carpus berhubung antara satu sama lain.Walaupun begitu, kesemua tulang ini bersifat fleksibel dan ini

    membolehkan perejam menentukan arah ketika melakukanrejaman.

  • 7/29/2019 Analisis Otot, Tulang Dan Sendi

    9/11

    Untuk tulang pada bahagian tengah badan yang terlibatdalam rejaman ialah clavicle. Clavicle ialah tulang yangterletak pada bahagian bahu. Tulang ini memainkanperanan dalam melakukan hayunan tangan ketikarejaman. Tulang ini dihubungkan oleh sendi yangterletak pada scapula.

    Scapula juga turut memainkan peranan ketika

    melakukan hayunan tangan dalam rejaman. Tulang lain pada tubuh badan yang turut terlibat ialah

    vertebrae bones iaitu tulang belakang manusia. Tulangini terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu servix,torax, lumbar, sacrum, dan koksik. Kesemua tulang ini

    terlibat ketika perejam membengkokkan badan untukmelakukan rejaman. Bahagian yang paling besarmemainkan peranan ialah pada bahagian torax danlumbar.

  • 7/29/2019 Analisis Otot, Tulang Dan Sendi

    10/11

    Femur merupakan tulang yang terpanjang padabadan manusia dan ianya terletak pada

    bahagian paha.

    Tulang tibia dan fibula yang terletak padabahagian betis dan tulang tarsal,metatarsal

    serta phalanges yang terletak pada tapak kaki. Tulang-tulang ini memainkan peranan dalam

    pergerakan perejam khususnya ketika merejam

    bola. Untuk tulang femur, ia dihubungkan oleh

    sendi yang terletak pada lutut iaitu patella.Patella membolehkan kaki membengkoksemasa perejam hendak melompat.

  • 7/29/2019 Analisis Otot, Tulang Dan Sendi

    11/11