analisis keratan akhbar

6
ANALISIS KERATAN AKHBAR Saya telah menganalisis keratan akhbar Majlis yang merupakan akhbar harian penduduk Tanah Melayu pada ketika itu. Akhbar ini telah dicetak dan diterbitkan oleh The Selangor Press & Majlis Co., Ltd., 157 Batu Rd, Kuala Lumpur. Akhbar ini diasaskan pada tahun 1350 Hijrah (1931 Masihi) dan dikeluarkan pada setiap hari kecuali hari Ahad. Keratan akhbar yang saya pilih bertarikh 17 November 1945 iaitu hari Jumaat bersamaan 12 Dzulhijjah 1364 Hijrah. Tajuk artikel yang saya pilih ialah “Kesatuan Melayu Menurut Pandangan 4 Orang Ahli yang Mengetahui Keadaan Malaya” yang telah dicetak dibahagian depan akhbar ini pada hari tersebut. Isi-isi penting Artikel ini merupakan artikel pertama yang dikeluarkan oleh Majlis berkaitan hal Malayan Union yang dipetik dan diterjemahkan daripada Akhbar Straits Times. Akhbar Inggeris tersebut telah disebarkan oleh empat orang Inggeris yang arif

Upload: cikgu-siti

Post on 14-Dec-2014

59 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Analisis Keratan Akhbar

ANALISIS KERATAN AKHBAR

Saya telah menganalisis keratan akhbar Majlis yang merupakan akhbar harian

penduduk Tanah Melayu pada ketika itu. Akhbar ini telah dicetak dan diterbitkan oleh The

Selangor Press & Majlis Co., Ltd., 157 Batu Rd, Kuala Lumpur. Akhbar ini diasaskan pada

tahun 1350 Hijrah (1931 Masihi) dan dikeluarkan pada setiap hari kecuali hari Ahad. Keratan

akhbar yang saya pilih bertarikh 17 November 1945 iaitu hari Jumaat bersamaan 12

Dzulhijjah 1364 Hijrah.

Tajuk artikel yang saya pilih ialah “Kesatuan Melayu Menurut Pandangan 4 Orang

Ahli yang Mengetahui Keadaan Malaya” yang telah dicetak dibahagian depan akhbar ini

pada hari tersebut.

Isi-isi penting

Artikel ini merupakan artikel pertama yang dikeluarkan oleh Majlis berkaitan hal

Malayan Union yang dipetik dan diterjemahkan daripada Akhbar Straits Times. Akhbar

Inggeris tersebut telah disebarkan oleh empat orang Inggeris yang arif mengenai Tanah

Melayu iaitu Sir R. O. Windsterd, Sir George Maxwell, Sir E. P. Robinson dan Sir Eric…..

Artikel pertama ini telah ditulis oleh Sir R. O. Windsterd yang menyelar perilaku

pihak Inggeris yang bertindak memperkenalkan sebuah kesatuan baru yang kononnya akan

membawa rakyat Malaya atau Tanah Melayu kepada suatu ketamadunan dan dasar yang

tinggi. Beliau menasihati agar setiap ketua itu haruslah mengambil berat perihal masyarakat

Malaya yang terjajah. Dalam artikel ini menunjukkan bahawa Sir R. O. Windsterd tidak

bersetuju dengan pihak British yang seolah-olah sangat menginginkan setiap Sultan

menandatangani persetujuan untuk menubuhkan Malayan Union. Mereka juga dikatakan

Page 2: Analisis Keratan Akhbar

mempunyai agenda tersendiri dan dikatakan bersifat tidak sopan serta berhemah kerana

memaksa Sultan menerima gagasan Malayan Union.

Sir R. O. Windsterd turut mengemukan pandangannya terhadap apa yang terjadi

kepada bumi Palestin sekiranya kerajaan British mengisytiharkan bahawa bilangan Yahudi

akan menjadi lebih ramai daripada bangsa Arab itu sendiri di bumi mereka. Pandangan lain

termasuklah tindakan British memberi kewarganegaraan kepada orang luar menerusi konsep

Jus soli. Cukuplah mereka menerima kehadiran orang Cina dan India yang diperakui

membantu dalam penanaman getah dan pelombongan bijih namun tidaklah sampai mereka

memonopoli perniagaan di Tanah Melayu.

Kelemahan artikel

Terdapat beberapa kelemahan yang terdapat di dalam artikel ini seperti susunan ayat

yang terlalu panjang, tulisan yang kurang jelas, penggunaan tulisan Jawi lama yang sukar

difahami, kesukaran memahami perkataan dalam Bahasa Inggeris yang dijawikan dan lain-

lain.

Susunan ayat yang terlalu panjang

Hal ini mungkin disebabkan pelbagai faktor seperti pada ketika itu bidang penulisan masih

lagi baru di Tanah Melayu dan tiada format penulisan sebaik pada hari ini. Mungkin juga

disebabkan keadaan akhbar itu sendiri yang sudah lama yang mana besar kemungkinan

terdapat tanda-tanda bacaan seperti titik, koma dan sebgainya telah mulai pudar. Sebagai

contoh:

Page 3: Analisis Keratan Akhbar

“[t]etapi nampaknya raja-raja Melayu adalah dikehendaki bagi menurunkan tandatangan

menyerahkan hak bangsa Melayu kepada Cina dan India yang telah dimasukkan ke dalam

Malaya dengan nasihat kita kerana hendak menanam getah dan melombong bijih.”

(diterjemahkan kepada tulisan rumi)

Tulisan yang kurang jelas

Permasalahan yang kedua ini sangat memberi masalah kepada saya dalam menganalisis

artikel ini di mana terdapat beberapa perkataan yang tidak sempurna ejaannya berikutan

terdapat beberapa huruf yang telah pudar ataupun kembang dakwatnya. Ini menyebabkan

kesukaran bagi saya menterjemah setiap perkataan yang mengandungi huruf bertitik seperti

‘ba’, ‘tha’, ‘nya’,’pa’, dan ‘cha’. Saya juga turut bermasalah untuk membezakan antara huruf

‘fa’ dan ‘pa’,’ya’ dan ‘ba’ serta pelbagai lagi huruf.

Penggunaan Tulisan Jawi Lama

Sistem tulisan Jawi turut mengalami evolusi dari segi pengejaannya yang telah diselenggara

dan disesuaiikan mengikut zaman. Terdapat beberapa perubahan yang agak sukar untuk saya

tafsir kerana saya telah menerima pendidikan tulisan Jawi baru yang lebih mudah untuk

dibaca jika dibandingkan dengan tulisan jawi lama. Untuk menanggani masalah ini saya telah

meminta bantuan daripada beberapa orang tua yang saya kenali dan juga ibu-bapa saya

sendiri. Lihat lampiran untuk melihat beberapa ejaan yang sukar untuk saya fahami yang

telah saya bulatkan.

Page 4: Analisis Keratan Akhbar

Kesukaran memahami perkataan bahasa Inggeris yang dijawikan

Disebabkan penulisan pada zaman tersebut berlaku ketika era penjajahan British, terdapat

banyak istilah bahasa Inggeris yang telah dijawikan oleh penulis seperti federation dan

pelbagai nama pegawai British seperti Sir R. O. Windsterd, Sir George Maxwell dan

sebagainya. Agak susah untuk mentafsir nama-nama mereka ini yang dieja berdasarkan bunyi

dan susunan huruf dalam bahasa Inggeris.