analisis kehendak soalan bahagian a dan b

Upload: rosmawatikadir

Post on 14-Jul-2015

57 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Analisis kehendak soalan Bahagian A dan B 1. Bahasa menunjukkan bangsa. Bincangkan peribahasa ini dalam konteks Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni yang telah dilancarkan oleh kerajaan baru-baru ini.

2. Kebelakangan ini jangkitan penyakit dalam kalangan kanak-kanak didapati semakin membimbangkan terutamanya dinegara-negara mundur. Justeru, pelbagai langkah yang serius perlu diambil untuk mengawalnya. Bincangkan. 3. Kita tidak dapat menolak hakikat bahawa Malaysia memang perlu menumpukan perhatian untuk memajukan sektor perindustrian. Walau bagaimanapun, pada masa yang sama, Malaysia tidak sewajarnya mengetepikan usaha untuk meningkatkan sektor pertaniannya. Berikan ulasan tentang penyataan di atas. 4. Pelbagai faktor dikenal pasti menyumbang kepada peningkatan kadar kes juvana di negara kita pada masa ini. Usaha perlu dilakukan untuk membendung gejala ini. Huraikan. 5. Masalah jerebu dan kemerosotan kualiti udara di negara ini adalah manifestasi perbuatan manusia sendiri dan masalah ini boleh memberikan kesan yang memudaratkan. Bincangkan pernyataan ini. 6. Amalan Pemakanan Baik perlu diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat. Bincangkan rasional amalan ini dan langkah-langkah untuk menghindarkan penyakit dalam kalangan warga emas di negara-negara membangun.

7. Masalah pengangguran dalam kalangan siswazah bukanlah semata-mata disebabkan oleh mereka sendiri, tetapi disebabkan faktor-faktor lain. Sejauh manakah anda bersetuju dengan penyataan di atas. 8. Belakangan ini banyak kes penyakit kronik dihidapi oleh penduduk disesebuah negara. Bincangkan faktor pemakanan menjadi sebahagian daripada yang menyebabkan keadaan tersebut berlaku.