analisis item
DESCRIPTION
notaTRANSCRIPT
ANALISIS ITEM
OlehKamaruzaman MoidunnyInstitut Aminuddin Baki, KPMGenting [email protected]
ARTIKEL INI MEMPUNYAI KAITAN DENGAN ARTIKEL12b. JIKA ANDA INGIN MENYEMAK JAWAPAN LATIHAN, SILA HUBUNGI SAYA.
Pendahuluan
Kebiasaannya, soalan (item) yang dibina dan ditadbir dalam bilik darjah adalah berdasarkan Taksonomi Bloom yang meliputi aras pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sistesis dan penilaian (Bhasah 2003; Bloom 1959; Mohd Najib 1997; Mok 1997; Sulaiman 1997). Bagi Sulaiman (1997), Taksonomi Bloom merupakan taksonomi objektif kognitif di mana objektif tingkah laku mementingkan potensi murid daripada segi intelek. Ia meliputi unsur penerimaan pengetahuan yang berguna, memperkembangkan daya pemikiran dan menyelesaikan masalah.
Item-item pada aras pengetahuan menghendaki murid mengingat kembali atau mengenal fakta, istilah, strategi menyelesaikan masalah atau peraturan (Bhasah 2003). Sementara Abu Bakar (1986) menyatakan bahawa pengetahuan meliputi semua tingkah laku yang menekankan pengenalan dan pengingatan idea, pendapat, prinsip, bahan, prosedur dan peristiwa yang berlaku. Manakala item-item kefahaman akan menguji kebolehan murid untuk memahami apa yang telah dipelajari dan menyatakan alasannya sekali. Item-item dalam aras aplikasi pula memerlukan kemahiran murid menggunakan apa yang telah dipelajari kepada masalah atau situasi yang baru. Seterusnya, item-item pada aras analisis memerlukan kemahiran murid untuk memecahkan sesuatu perkara kepada bahagian-bahagiannya dan mengenal pasti tentang hubung kait antara bahagian-bahagian berkenaan. Selanjutnya, pada aras sintesis, item-item akan dapat menentukan kemahiran murid mengumpulkan unsur-unsur dan bahagian-bahagian tertentu supaya dapat menunjukkan satu pola atau struktur yang jelas dan nyata. Dan akhirnya pada aras penilaian, murid memerlukan kemahiran membentuk pertimbangan tentang nilai atau makna terhadap sesuatu kaedah, idea atau produk yang mempunyai tujuan tertentu (Bhasah 2003; Mok 1997; Sulaiman 1997).
Bagi Sax dan Newton (1997), ujian pencapaian seperti ini merupakan suatu tugasan yang digunakan untuk mendapatkan pemerhatian sistematik yang mewakili trait atau atribut pendidikan atau psikologi. Bagi Siti Rahayah (2003), ujian pencapaian mengukur secara khusus sejauh mana murid menguasai isi suatu mata pelajaran yang diajar. Ujian pencapaian merujuk kepada ujian bagi mengukur tingkah laku pengajaran dan pembelajaran kognitif, afektif dan psikomotor. Bagi Bhasah (2003) pula, ujian pencapaian akademik mengukur pengetahuan, kebolehan dan kemahiran pelajar yang menjadi fokus dalam pengajaran di kelas-kelas. Antara atribut yang diukur dalam sesuatu ujian pencapaian termasuklah pencapaian akademik, aptitud, siasah, minat dan sikap. Manakala, ujian pencapaian piawai adalah bertujuan untuk mengenal pasti penguasaan yang meliputi kandungan sesuatu mata pelajaran bagi sesuatu peringkat pengajaran dan pembelajaran. Bhasah (2003) dan Siti Rahayah (2003) menyatakan bahawa ujian pencapaian dilaksanakan bagi tujuan rujukan kriteria atau rujukan norma.
Lyman (1986) berpendapat bahawa ujian pencapaian digunakan untuk menilai tahap pengetahuan, kemahiran dan ketrampilan yang diperoleh oleh seseorang individu. Sementara Sax dan Newton (1997) pula menyatakan bahawa tujuan ujian adalah untuk membuat keputusan terhadap pemilihan, penempatan, pemulihan, maklum balas, motivasi, penambahbaikan program atau pembangunan teori. Bagi tujuan maklum balas, Ujian Rujukan Norma (URN) akan membekalkan perkembangan murid berbanding rakan-rakannya yang lain. Manakala Ujian Rujukan Kriteria (URK) pula, memberikan maklumat tentang kebolehan murid terhadap sesuatu tugasan yang diberikan.
Ujian Objektif
Bagi Yap et al. (1985) antara kebaikan ujian objektif adalah seperti dapat menguji bidang kognitif di peringkat pengetahuan dan kefahaman dengan berkesan, lebih banyak soalan dapat diberi dan bidang rangkuman yang luas, analisis item mudah dilaksanakan, jawapan dapat diperiksa dengan cepat serta lebih sesuai sebagai ujian sumatif. Bagi Sax dan Newton (1997) pula, soalan objektif mempunyai beberapa kekuatan seperti berkebolehan mengukur objektif dari aras pengetahuan hingga ke aras yang lebih kompleks, soalan yang banyak boleh dikemukakan dalam waktu singkat, objektivitinya adalah tinggi kerana hanya ada satu jawapan yang betul, boleh mendiskriminasikan murid berdasarkan pilihan jawapan, mengurangkan kesan akibat tekaan dan analisis item boleh digunakan. Analisis item digunakan untuk mengesan kelemahan, item berambiguiti, kesukaran item dan sejauh mana item boleh mengukur perbezaan individu. Manakala bagi Wood (1961), analisis item merujuk kepada aplikasi teknik-teknik statistik untuk menilai dua ciri item iaitu kesukaran item dan sejauh manakah item berkorelasi dengan pengukuran yang lain.
Tujuan Analisis Item
Kesahan item-item yang digunakan dalam ujian pencapaian ditentukan dengan membuat analisis item. Analisis item akan dilakukan untuk membezakan item yang baik dengan item yang lemah. Analisis item dilaksanakan adalah bertujuan untuk menghasilkan ujian yang bermutu atau berkualiti. Analisis item akan dapat membekalkan maklumat berikut iaitu:1. Respons murid terhadap setiap item iaitu sama ada murid menjawab atau tidak item tersebut.2. Menyediakan maklumat tentang bagaimana setiap item berfungsi iaitu sama item berkenaan senang atau sukar.3. Mendiskriminasikan antara murid daripada kumpulan tinggi (KT) dengan kumpulan rendah (KR).
Analisis item bagi setiap ujian dilaksanakan dengan menentukan Indeks Kesukaran (Facility Index, F) dan Indeks Pembezaan (Discrimination Index, D) seperti yang disarankan oleh Macintosh dan Morrison (1969). Wood (1961) menyatakan bahawa kesukaran item merujuk kepada pecahan yang mendapat jawapan yang betul. Semakin besar indeks kesukaran, item itu semakin senang. Bagi aras kesukaran yang baik, nilai F berada di antara 40 peratus hingga 60 peratus iaitu 0.4 hingga 0.6. Nilai F yang tinggi menunjukkan item mempunyai aras kesukaran yang rendah iaitu soalan-soalan adalah senang. Nilai F yang rendah menunjukkan item mempunyai aras kesukaran yang tinggi iaitu soalan-soalan yang dikemukakan kepada murid adalah sukar. Macintosh dan Morrisson (1969), menyatakan bahawa item dengan nilai F yang rendah boleh dibaiki. Jadual 1 di bawah ini menjelaskan aras kesukaran (F) dan indeks pembezaan (D) sebagaimana yang dikemukakan oleh Macintosh dan Morrisson (1969).
Jadual 1: Indeks Kesukaran dan Indeks Pembezaan
Indeks Kesukaran (F)
Indeks Pembezaan (D)Kurang daripada40 %40 %hingga60 %Lebih daripada60 %
Lebih daripada 0.40SukarDiterimaSenang
0.30 0.39SukarPerlu dibaikiSenang
0.20 0.29SukarMarginal (Diterima tetapi perlu dibaiki)
Senang
Kurang daripada 0.20DibuangDibuangDibuang
Sumber: Macintosh dan Morrisson (1969): 67
Indeks Pembezaan, D, pula digunakan untuk membezakan antara kumpulan murid yang memperolehi skor tinggi dengan kumpulan murid yang memperolehi skor rendah. Indeks Pembezaan, D, mempunyai nilai antara 1.00 hingga + 1.00. Nilai D yang negatif menunjukkan item tersebut gagal membezakan kumpulan murid yang memperolehi skor tinggi dengan yang memperolehi skor rendah. Jika nilai D bersamaan dengan 1.00, ini menunjukkan bahawa 27 peratus daripada kumpulan yang memperolehi skor tinggi berjaya memberi jawapan betul dan 27 peratus daripada kumpulan yang memperolehi skor rendah memberi jawapan salah. Manakala jika nilai D bersamaan dengan sifar, menunjukkan kedua-dua kumpulan murid memberi jawapan yang serupa bagi item berkenaan. Ini bermaksud bahawa item tersebut gagal membezakan antara kumpulan murid yang memperolehi skor tinggi dengan memperolehi skor rendah. Bagi Sax dan Newton (1997), nilai D antara 0.10 hingga 1.00 menggambarkan bahawa item tersebut boleh diguna pakai. Sementara Ebel (1979) pula menyatakan bahawa nilai D yang bersamaan atau lebih besar daripada 0.20 adalah sesuai bagi item ujian.
(Nota: Ada pendapat lain menyatakan bahawa selain ambil 27 %, boleh ambil 20 30 % atau 1/3 skrip jawapan untuk melaksanakan analisis item).
Indeks Kesukaran / Facility Index (F)
Jadual 2: Contoh Maksud Indeks Kesukaran
ItemFPenilaianMaksud Indeks Kesukaran
Pertama87 %Senang87 peratus murid menjawab betul
Kedua52 %Sederhana52 peratus murid menjawab betul
Ketiga16 %Sukar16 peratus murid menjawab betul
Indeks Pembezaan / Discrimination Index (D)
Jadual 3: Contoh Maksud Indeks Pembezaan
ItemDPenilaianMaksud Indeks Pembezaan
Keempat0.63TerimaDapat membezakan murid dengan sangat baik
Kelima0.38TerimaDapat membezakan murid dengan baik
Keenam0.21TerimaDapat membezakan murid
Ketujuh0.10BuangTidak dapat membezakan murid
Rumus Indeks Kesukaran dan Indeks Diskriminasi Item
T + RIndeks Kesukaran, F = --------------- x 100 %NT + NR
T - RIndeks Diskriminasi, D = -------------- NR
di manaT Bilangan pelajar daripada kumpulan berpencapaian tinggi menjawab betulR Bilangan pelajar daripada kumpulan berpencapaian rendah menjawab betulNT Jumlah pelajar daripada kumpulan berpencapaian tinggi NR Jumlah pelajar daripada kumpulan berpencapaian rendah
Sumber: Siti Rahayah (2003): 156
Hitungan Indeks Bagi Soalan Esei
Ada lima soalan esei (S1, S2, S3, S4 dan S5) (N = 5)Setiap satu soalan mempunyai markah penuh = 10. Oleh itu 4 orang murid = 40 (MP = 40) Ada 4 orang murid kumpulan tinggi (KT) iaitu Abu, Barry, Cacha dan Dudu.Ada 4 orang murid kumpulan rendah (KR) iaitu Endang, Fan, Gano dan Hah.
NamaKumpS1S2S3S4S5
Abu678109
Barry678108
Cacha689107
Dudu6710109
Jumlah skorT2429354033
MP = 40
Endang36219
Fan25219
Gano17207
Hah28308
Jumlah skorR8269233
MP = 40
T + R24 + 8
= 3229 + 26
= 5535 + 9
= 4440 + 2
= 4233 + 33
= 66
Indeks Kesukaran , F
(T + R)MP + MP3240 + 40
= 0.44
(44 %)5540 + 40
= 0.69
(69 %)4440 + 40
= 0.55
(55 %)4240 + 40
= 0.53
(53 %)6640 + 40
= 0.66
(83 %)
T - R24 8
= 1629 26
= 335 9
= 2640 2
= 3833 33
= 0
Indeks Pembezaan, D(T R)MP1640
= 0.40340
= 0.072640
= 0.653840
= 0.95050
= 0
Keputusan
SederhanaURNSenangURKSederhanaURNSederhanaURNSenangURK
Rujukan
Lampiran I
ANALISIS ITEM OBJEKTIF
ItemCalon123456789101112131415
Ravicandran //////
Chong Eu//////
Jani///////
Munah//////
Minah///////
T5445455
Muniandy//
Ling Oi/
Jenal /
Besah/
Jamil//
R2111101
T + R7
(T + R) F = --------- NT + NR 7/10= 0.7
70
T - R3
(T - R) D = --------- NR 3/5= 0.6
0.6
SenangURN
LAMPIRAN II
RINGKASAN ANALISIS ITEM
Item / No. SoalanNilai Indeks Kesukaran, F (%)Nilai Indeks Pembezaan, DPenilaian/Catatan
1 600.40Sederhana - URN
2
3 15-0.10Buang
4
5 500.00Sederhana - URK
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
LAMPIRAN III
PENGESANAN OPSYEN/DISTRAKTOR
Item / No. SoalanOpsyenBilanganMuridPeratusPenilaian/Catatan
1A315Distraktor berfungsi
B00Distraktor tidak berfungsi
C*1260Kunci
D525Distraktor berfungsi
2A*1785Kunci
B00Distraktor tidak berfungsi
C15Distraktor berfungsi
D210Distraktor berfungsi
3A
B
C
D
4A
B
C
D
5A
B
C
D
6A
B
C
D
LAMPIRAN IV
Hitungan Indeks bagi Soalan Esei
NamaKumpS1S2S3S4S5
Ramasamy578109
Julia47898
Johnny989107
Ramzul Danish6710109
Jumlah skorT
Ramizatun95521
Raou96521
Julianus78520
Ajan88530
Jumlah skorR
MP = 40
T + R
Indeks Kesukaran , F (T + R)MP + MP
MP = 40
T - R
Indeks Pembezaan, D(T R)MP
Keputusan