analisis bahasa melayu..4pismp

Upload: ai-xie

Post on 14-Apr-2018

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 analisis bahasa melayu..4pismp

    1/9

    Sebagai guru bahasa, kita mestilah dapat membezakan kandungan sukatan pelajaran

    tahap satu dan tahap dua. Langkah awal untuk mengenalpasti perbezaan yang

    terkandung dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah adalah dengan

    mengenalpasti beberapa fokus utama iaitu Kemahiran Bahasa yang meliputi kemahiran

    mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran Bahasa merupakan teras

    penguasaan bahasa baku. Kedua, Kemahiran Mendengar iaitu keupayaan murid

    mendengar dengan teliti , memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi

    pengucapan, serta dapat memberikan maklum balas.

    Ketiga, Kemahiran Bertutur yang merupakan keupayaan murid berbual untuk

    menjalinhubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, sertaidea yang

    kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan

    diberi kepada penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai.

    Keempat, Kemahiran Membaca merupakan keupayaan murid membaca ayat dengan

    lancar serta sebutan, intonasi, dan jeda yang betul. Penekanan perlu diberi kepada

    aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahansecara kritis dengan menggunakan

    pelbagai teknik membaca.

    Kelima, Kemahiran Menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan

    ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan

    ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan

    ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaanyang betul, serta tulisan yang jelas, cantik,

    dan kemas. Murid jugadigalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan

    penulisan bahan berunsur pengetahuan dan penulisan imaginatif. Penguasaan

    kemahiran bahasa memerlukan kepelbagaian situasi dankonteks yang meliputi bentuk

    prosa, puisi, dan grafik.

    Hasil Pembelajaran ialah pernyataan yang ditafsirkan daripada objektifkurikulum

    bahasa. Pernyataan Hasil Pembelajaran merupakan petunjuk yang jelas tentang

    kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid. Oleh itu, murid perlumenguasai kemahiran

    berbahasa (lisan, tulisan dan bacaan) yang terdapat dalam setiap hasilpembelajaran.

    Justeru, Hasil Pembelajaran dapat membantu guru memilih kandungan, kaedah,

    sumber, dan prosedur pengajaran yang relevan dan berkesan. Dalam konteks

    pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, HasilPembelajaran dapat dicapai dengan

  • 7/29/2019 analisis bahasa melayu..4pismp

    2/9

    menggabungjalinkan keempat-empatkemahiran bahasa, sistem bahasa dan pengisian

    kurikulum iaitu kontekstual, berdasarkan pengalaman. Pendekatan yang berfokus

    kepada gaya pembelajaran yang pelbagai juga dapatmembantu murid mencapai Hasil

    Pembelajaran. Selain itu, Hasil Pembelajaran juga dapat membantu dalam membuat

    pengukuran dan penilaian pencapaian murid.

    Sistem Bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada bahasa

    Melayu baku yang terdiri daripada tatabahasa, ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata

    dan peribahasa. Aspek tatabahasa merangkumi morfologi dan sintaksis manakala

    aspek kosa kata terdiri daripada kosa kata umum dan istilah yang terdapat dalam mata

    pelajaran yang lain pada peringkat rendah.

    i. Kemahiran Mendengar dan Bertutur

    Kemahiran Mendengar dan Bertutur merupakan keupayaan murid

    memahami perkara yang didengar dan dituturkan dalam pelbagai situasi

    pengucapan sama ada perbualan harian atau situasi formal. Kemahiran ini

    bertujuan menimbulkan kemesraan dan mengeratkan persahabatan serta dapat

    membincangkan topik yang lebih mencabar. Semua perbualan harus mengambil

    kira aspek sosiobudaya dan tatasusila untuk menjamin kesejahteraan hubungan.

    Hasil Pembelajaran bagi Kemahiran Mendengar dan Bertutur ialah berbual,

    bercerita, menyampaikan maklumat, dan berbincang.

    1.0 Berbual dengan keluarga, rakan sebaya, dan pihak lain dalam situasi

    formal dan tidak formal

    PERBEZAAN

    TAHAP 1 TAHAP 2

    1. Murid dilatih untuk bertutur dan

    berbual dengan menggunakan

    ayat yang mudah dan

    membiasakan murid untuk

    menyebut panggilan kata ganti

    diri yang sesuai, kata soal dan

    1. Murid dapat berkomunikasi

    secara meluas dengan

    menyelipkan sesi soal jawab

    tentang isu semasa,

    pengalaman dan yang

    berkaitan kehidupan seharian.

  • 7/29/2019 analisis bahasa melayu..4pismp

    3/9

    menyebut perkataan arahan

    atau pesanan pada peringkat

    umum.

    2. Murid dilatih untuk berbual

    sesama rakan dan melakukan

    sesi soal jawab.

    3. Murid berkebolehan menerima

    dan memahami nota pesanan

    dan memberi respon.

    Berkebolehan menggunakan

    kata panggilan yang khusus.

    2. Murid bebincang dan

    mengemukan soalan serta

    bercerita tentang pengalaman,

    3. Murid berkebolehan

    memainkan peranan dalam

    pelbagai watak dan memahami

    pesanan yang disampaikan

    oleh media massa.

    2.0 Bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang didengar, ditonton,

    dibaca , atau dialami

    PERBEZAAN

    TAHAP 1 TAHAP 2

    1. Mengenal pasti objek sekililingdan berkebolehan membina ayat

    meminta izin serta berupaya

    menyampaikan maklumat

    dengan tepat.

    2. Murid dapat mengenal pasti

    maklumat dan mengemukakan

    kesimpulan serta menjelaskan

    maklumat tersebut.

    1. Mengadakan dan mengambilbahagian dalam pertandingan

    bercerita, mebuat ulasan dan

    menilai. Murid membuat cerita

    berdasakan situasi yang diberi.

    Murid membaca cerita,

    menghayati,berbincang tentang

    perkara yang menarik, memberi

    pendapat dan menyampaikan

    carita dengan gaya yang sesuai.

    2. Murid menyaksikan rakaman,

    kemudian mencari dan

    mengumpul maklumat,

  • 7/29/2019 analisis bahasa melayu..4pismp

    4/9

    menganalisis, membaut

    rumusan dan membentang

    rumusan. Murid dapar

    menyelesaikan masalah.

    3.0 Menyampaikan maklumat dalam pengucapan yang mudah, betul,

    menarik, dan berkesan

    PERBEZAAN

    TAHAP 1 TAHAP 2

    1. Murid berkebolehan

    menyampaikan maklumat

    berdasarkan bahan ransangan,

    rakaman serta membuat

    sumbang saran berkaitan

    pengalaman dengan memilih

    perkataan dan frasa yang

    sesuai.2. Menyenaraikan, menyusun dan

    menyatakan maklumat penting

    atau isi perbincangan.

    1. Murid menyatakan, berbincang

    dan menyampaikan isi penting

    berdasarkan tajuk mengikut

    urutan dengan menggunakan

    pengurusan grafik.

    2. Murid melihat gambar situasi

    atau membahas tajuk meupun

    isu, kemudian meneliti,menghuraikan idea, berbincang

    dan menjelaskan fakta.

    4.0 Berbincang tentang tajuk-tajuk yang relevan secara bertatasusila

    PERBEZAAN

    TAHAP 1 TAHAP 2

    1. Berbual secara berpasanagn

    tentang sesuatu perkara yang

    didengar. Memberi pandangan

    1. Mengenalpasti dan berbincangn

    tentang topik yang dikemukakan.

    Memberi pendapat untuk

  • 7/29/2019 analisis bahasa melayu..4pismp

    5/9

    dan berbincang dalam kumpulan

    kecil.

    2. Memberi pandangan sebab dan

    akibat serta cadangan berkaitan

    maklumat yang diterima dan

    menyelesaikan masalah

    berdasarkan situasi.

    menjelaskan idea dan membuat

    sumbangsaran.

    2. Meneliti maklumat yang diterima,

    berbincang begi menentukan

    ketetapan maklumat dan

    memberi ulasan berkaitan

    maklumat yang diterima.

    ii. Kemahiran Membaca

    Kemahiran Membaca merupakan kebolehan murid membaca bahan

    sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar

    serta memahami bahan yang dibaca. Penekanan diberikan kepada aspek

    pemahaman dan penaakulan kandungan teks secara kritis. Pelbagai teknik

    membaca diajarkan kepada murid untuk memastikan keefisienan membaca.

    Hasil Pembelajaran bagi kemahiran membaca ialah membaca kuat, memahami

    maklumat, menaakul, dan menghayati teks.

    5.0 Membaca kuat dengan kelancaran sebutan, intonasi, dan gaya

    pembacaan yang sesuai

    PERBEZAAN

    TAHAP 1 TAHAP 2

    1. Murid menonton tayangan video

    tentang cara membaca teks atau

    puisi dengan penyampaian yang

    sesuai.

    2. Murid menjelaskan isi

    kandungan bahan yang dibaca.

    1. Membaca secara luncur,

    membaca secara imbasan dan

    membaca secara mekanis.

    2. Menyenaraikan isi penting

    menggunakan borang

    pengurusan grafik.

  • 7/29/2019 analisis bahasa melayu..4pismp

    6/9

    6.0 Membaca dan memahami maklumat yang terdapat dalam pelbagai

    teks

    PERBEZAAN

    TAHAP 1 TAHAP 2

    1. Membina ayat menggunakan

    peribahasa yang diberikan,

    mencari maklumat daripada

    pelbagai media dan menyusun

    mengikut keutamaan.

    1. Melayari laman web untuk

    mendapatkan maklumat terkini

    dan menerangkan perbezaan

    pengguanaan laras bahasa.

    7.0 Membaca, menaakul , dan menghayati kandungan teks yang dibaca

    PERBEZAAN

    TAHAP 1 TAHAP 2

    1. Membaca dan menyatakan

    maksud ayat dalam perenggan

    dan menjelaskan maksudkandunagn teks secara

    keseluruhan.

    2. Mengenal pasti dan menyebut

    kata, frasa atau ayat dalam teks

    yang dibaca agar dapat

    menjelaskan dengan tepat

    tentang kandungan teks tersebut

    dan menyatakan nilai dalam teks

    dengan menggunakan

    perkataan sendiri.

    1. Meneliti dan mengecam ayat

    yang membawa maksud lain dan

    menyatakan maksud yangtersirat.

    2. Mentafsirkan gambar atau

    papan tanda untuk mencari

    maksud sebenar.

    3. Membaca teks dan membuat

    catatan ringkas isi teks tersebut

    dan melaporkan isi yang dibaca

    serta merumuskan dan

    mencerita isi-isi yang menarik.

  • 7/29/2019 analisis bahasa melayu..4pismp

    7/9

    iii. Kemahiran Menulis

    Kemahiran Menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan

    membina ayat, serta dapat mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan.

    Ini termasuk penulisan tentang pengalaman peribadi yang dilalui, bahan sastera

    serta bahan berunsur ilmu. Penulisan hendaklah menggunakan ayat yang

    gramatis serta tanda baca dan ejaan yang betul. Tulisan berangkai yang jelas

    dan cantik hendaklah digalakkan. Hasil pembelajaran bagi Kemahiran Menulis

    ialah keupayaan menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana, mencatat dan

    menyusun maklumat, menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif, dan

    membuat ulasan.

    8.0 Menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana dalam penulisan

    PERBEZAAN

    TAHAP 1 TAHAP 2

    1. Meniru dan menyalin perkataan

    dan ayat yang dibaca daripada

    rajah tukar ganti dan membina

    ayat menggunakan kata terbitan,

    kata ganda dan istilah.2. Melengkapkan ayat tunggal

    dengan mengguankan

    perkataan yang sesuai.

    3. Menyalin perkataan dengan

    menggunakan tulisan berangkai

    dengan membuat latihan corak

    atas asas huruf berangkai.

    1. Melaksanakan teknik permata

    untuk membina pelbagai ayat

    menggunakan satu perkataan

    yang diberi dengan

    menggunakan ayat tunggal danayat majmuk.

    2. Menggunakan teknik peta minda

    tujuan membina ayat tunggal

    dan ayat majmuk berdasarkan

    tajuk.

    3. Menyalin ayat dengan tulisan

    berangkai dengan membina

    perenggan, kemudian

    memindahkan teks tulisan

    menuskrip kepada tulisan

    berangkai dengan kemas dan

    cantik.

  • 7/29/2019 analisis bahasa melayu..4pismp

    8/9

    9.0 Mencatat dan menyusun maklumat

    PERBEZAAN

    TAHAP 1 TAHAP 2

    1. Menulis perkataan dengan ejaan

    yang betul, menulis perkataan

    dan ayat tunggal serta menyalin

    perkataan dan ayat yang

    diperdengarkan.

    Mengambil imlak perkataan dan

    ayat dengan ejaan dan tanda baca

    yang betul, mengambil bahan-

    bahan imlak yang diperdengarkan

    dan mencatat perkataan.

    10 Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif

    PERBEZAAN

    TAHAP 1 TAHAP 2

    1. Membina beberapa ayat untuk

    menhasilkan perenggan

    berdasarkan tajuk, menulis

    pelbagai genre yang sesuaiseperti autobiografo, biografi,

    sajak atau pantun dan cerita.

    2. Meneliti kesilapan struktur ayat

    yang ditulis dalam hasil kerja,

    berbincang dan membetulkan

    kesilapan ayat. Mengenalpasti

    isi penting dan isi sampingan

    dalam satu perenggan.

    3. Membuat analisis untuk

    menentukan idea dan mencatat

    isi mengguanakan borang

    lembaran pengurusan grafik.

    1. Menulis karangan lengkap,

    berbincang tentang ciri-ciri dan

    melengkapkan dan menulis

    prosa.2. Membaca hasil karangan dan

    menilai isi, berbincang dan

    membina draf baru untuk

    cadangan. Menyemak dan

    betulkan keseluruhan karangan.

    3. Meringkaskan karangan

    berdasarkan isi penting,

    mengecam isi penting suatu

    teks.

  • 7/29/2019 analisis bahasa melayu..4pismp

    9/9

    11 Membuat ulasan tentang bahan yang didengar, ditonton, atau dibaca

    PERBEZAAN

    TAHAP 1 TAHAP 2

    1. Menonton petikan drama dan

    menyenaraikan perkara yang

    menarik dalam drama tersebut.

    2. Memberi pandangan tentang

    perkara yang menarik dan

    membuat ulasan.

    1. Membaca karya sastera atau

    bukan sastera dan mengimbas

    kembali perkara-perkara

    menarik dan menyatakannya.

    2. Membuat kesimpulan secara

    kritis tentang perkara yang

    menarik serta nilai dan

    pengajaran yang terkandung.