anakronisme

16
1.0 PENGENALAN Pada dasarnya, penggunaan konsep pensejarahan yang lebih saintifik dan terperinci dapat dilihat apabila bermulanya hasil cetusan idea yang diilhamkan oleh Bapa Pensejarahan Moden iaitu Leopold Von Ranke pada abad ke-19. Dalam konsep yang diterapkan oleh Ranke, beliau memberikan pendekatan yang agak sinonim dengan diri beliau dalam dunia pensejarahan iaitu menurut beliau “Saya hanyalah berhajat semata-mata untuk memperlihatkan bagaimana keadaannya yang sebenar”. Namunperkaraatauciri yang paling selaludibimbangiolehparasejarawandanparailmuanialahterdapatnyaun suranakronistikiaitukesilapanataupercanggahanuntukmenempatkanses uatuperistiwa, tokohdantempatpadazaman yang sebenarnya.Disampingitujuga, terdapatnyaunsurmitos, lagenda, dongeng yang manamerupakanunsurmewarnaikarya- karyapensejarahantradisional yang akhirnyamenyebabkankarya- karyainidilandapelbagaikontroversiseandainyanilaisejarahitudilih atdaripadasudutpensejarahanmoden. 1 Oleh yang demikian, dalam perbincangan ini, pengkajian akan memfokuskan kepada unsur anakronisme yang terdapat dalam tradisi pensejarahan Melayu dengan meniliti beberapa aspek seperti definisi anakronisme, faktor-faktor, kesan-kesan dan beberapa bentuk dan contoh yang sesuai untuk memperlihatkan unsur ini terdapat pada naskah-naskah Melayu lama. 2.0 DEFINISI ANAKRONISME 1 Abu Hassan Sham,BeberapaaspekdariSejarahMelayu (Sulalatus-Salatin ), Kuala Lumpur:Utusan Publications dan Distributors, 1997, hlm. 45-49. 1

Upload: khairun-nisa-j

Post on 29-Oct-2015

637 views

Category:

Documents


28 download

TRANSCRIPT

Page 1: Anakronisme

1.0 PENGENALAN

Pada dasarnya, penggunaan konsep pensejarahan yang lebih saintifik dan

terperinci dapat dilihat apabila bermulanya hasil cetusan idea yang

diilhamkan oleh Bapa Pensejarahan Moden iaitu Leopold Von Ranke pada

abad ke-19. Dalam konsep yang diterapkan oleh Ranke, beliau memberikan

pendekatan yang agak sinonim dengan diri beliau dalam dunia

pensejarahan iaitu menurut beliau “Saya hanyalah berhajat semata-mata

untuk memperlihatkan bagaimana keadaannya yang sebenar”.

Namunperkaraatauciri yang paling

selaludibimbangiolehparasejarawandanparailmuanialahterdapatnyaunsuran

akronistikiaitukesilapanataupercanggahanuntukmenempatkansesuatuperisti

wa, tokohdantempatpadazaman yang sebenarnya.Disampingitujuga,

terdapatnyaunsurmitos, lagenda, dongeng yang

manamerupakanunsurmewarnaikarya-karyapensejarahantradisional yang

akhirnyamenyebabkankarya-

karyainidilandapelbagaikontroversiseandainyanilaisejarahitudilihatdaripadas

udutpensejarahanmoden.1

Oleh yang demikian, dalam perbincangan ini, pengkajian akan

memfokuskan kepada unsur anakronisme yang terdapat dalam tradisi

pensejarahan Melayu dengan meniliti beberapa aspek seperti definisi

anakronisme, faktor-faktor, kesan-kesan dan beberapa bentuk dan contoh

yang sesuai untuk memperlihatkan unsur ini terdapat pada naskah-naskah

Melayu lama.

2.0 DEFINISI ANAKRONISME

1Abu Hassan Sham,BeberapaaspekdariSejarahMelayu (Sulalatus-Salatin ), Kuala Lumpur:Utusan Publications dan Distributors, 1997, hlm. 45-49.

1

Page 2: Anakronisme

Tidak dapat dinafikan bahawa unsur anakronisme ini sangat banyak ditemui

dalam naskah pensejarahan Melayu lama. Secara umumnya, anakronisme

dalam pensejarahan Melayu dapat dihubungkaitkan dengan tempoh masa

berlakunya sesuatu peristiwa serta penukaran kepada peristiwa itu sendiri.

Pada dasarnya, perkataan anakronisme diambil daripada bahasa

Yunani. Istilah itu sendiri dapat dibahagikan kepada dua iaitu “ana” yang

bermaksud melawan atau kembali manakala “chromos” bermaksud waktu

atau masa. Oleh itu, anakronisme pada dasarnya merupakan sebuah

kesalahan dalam kronologi atau waktu karya seni atau sastera. Menurut

Ahmad Baso, 1999, menyatakan bahawa anakronisme juga merujuk kepada

istilah yang sering digunakan untuk menjelaskan terdapatnya kesalahan

logik atau realiti dalam memahami suatu atau peristiwa atau berfikir yang

tidak sesuai dengan zaman ketika sebuah fenomena atau peristiwa

terjadi. Dengan erti kata yang lain anakronisme juga dapat dirujuk sebagai

sebuah pemikiran yang ditafsir dengan tafsiran-tafsiran yang berada di luar

konteks pensejarahannya. 2

Secara ringkasnya anakronisme sebagai kesalahan menggunakan

tarikh dan tempat peristiwa yang berlaku sesuai dengan masa dan tarikh

sebenarnya. Selain itu juga, anakronisme adalah sebuah ketidaksesuaian

penempatan tokoh atau watak dalam sebuah cerita atau ketidaksesuaian

latar yang terjadi terhadap tokoh atau watak yang dikisahkan. Hal ini dapat

dibuktikan, misalnya peminangan Puteri Gunung Ledang dicatatkan dalam

kitab Sejarah Melayu yang diselenggarakan oleh R. O. Winstedt dan kitab

Sejarah Melayu yang diselenggarakan oleh Shellabear menampakkan unsur

anakronisme.

Oleh itu unsur-unsur seperti ini dijadikan sebagai pewarna atau

pemanis dalam naskhah Melayu agar tampil indah, unik dan menarik. Oleh

disebabkan semua karya dibentuk dan dimurnikan oleh masyarakat

2Muhammad Yusoff Hasim, Pensejarahan Melayu Nusantara: Kajian Mengenai Sumber Penghayatan, Masalah Dan Tafsiran Naskhah-Naskhah Terpilih Sejarah Melayu,

Kuala Lumpur: Teks Publising Sdn. Bhd, 1998, hlm. 36- 39.

2

Page 3: Anakronisme

setempat maka segala rangka kajian terhadap persoalan ini patut dirujuk

dan dikembalikan kepada masyarakat tersebut dalam menilai naskhah

Melayu. Hal ini bermaksud perlunya mendalami atau melihat masyarakat

terdahulu dari perspektif "space and time" atau ruang dan masa

masyarakat tersebut. Walau bagaimanapun, secara hakikatnya hal

seumpama ini agak sukar untuk dilakukan.

2.0 FAKTOR-FAKTOR ANAKRONISME

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi berlakunya unsur

anakronisme dalam naskah-naskah Melayu lama. Semua faktor ini dilihat

sebagai punca berlakunya penerapan unsure anakronisme dalam sesebuah

karya atau naskah Melayu lama.

2.1 Sikap Pengarang Naskah

Faktor yang pertama ialah melihat kepada sikap seseorang pengaran yang

mengarang sesebuah naskah pensejarahan Melayu tradisional. Naskah

Sejarah Melayu adalah naskah Kesusasteraan Melayu yang disalin daripada

satu generasi ke satu generasi kemudiannya. Menurut Yusuf Iskandar dan

Abdul Rahman Kaeh, 1983, Sejarah Melayu asalnya hanya berupa senarai

raja-raja Melayu yang memerintah Melaka. Catatan tersebut lengkap

dengan tarikh perlantikan seseorang raja, kemangkatan dan tempoh masa

pemerintah seseorang raja tersebut. Senarai raja-raja itu menjadi intipati

kepada penulisan karya sejarah Melayu. Oleh yang demikan, salinan-salinan

tersebut dibuat daripada naskah induk dan salinan itu pula berbeza

mengikut keadaan, zaman dan tempatnya.3

Kekerapan terhadap penyalinan semula naskah ini adalah

berpunca daripada pengarang asal tidak meletakkan nama sebenar mereka

pada naskah tersebut. Hal ini disebabkan pada ketika itu sesebuah karya

3Abd. Rahman Kaeh dan Zahir Ahmad, Sejarah Melayu: Analisis isi dan fungsi, Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd, 1993, hlm. 29-34.

3

Page 4: Anakronisme

atau penulisan diistilahkan sebagai bukan milik sesiapa tetapi adalah hak

masyarakat tersebut. Disamping itu juga, pada ketika itu belum terdapatnya

lagi satu undang-undang hakcipta yang dapat memelihara keaslian sesuatu

karya. Oleh yang demikian, pada waktu tersebut penyalin boleh membuat

tokok tambah isi dengan sesuka hati untuk memperindahkan dan

mencantikkan lagi karya mereka. 4

Manakala edisi Shellabear yang lebih terkemudian menulis dalam

ceritera 2. Dalam ceritera ini Sri Tri Buana dikenali sebagai Sang Sapurba

telah berkahwin dengan Wan Sendari. Hasil perkahwinan in mereka

memperolehi dua orang putera dan dua orang puteri yang bernama Sang

Manika, Sang Nila Utama, Puteri Sri Dewi dan Puteri Cendana Dewi dan

semua mereka dilahirkan di Palembang. Hal ini dapat jelas dilihat berlaku

perbezaan dalam penceritaan Sejarah Melayu bagi edisi yang berlainan.

Perbezaan yang sebeginilah munculnya pelbagai versi bagi naskah Sejarah

Melayu. Disamping itu juga, sikap penyalin suka untuk menokok tambah

dan mengurangkan perkataan-perkataan dalam teks cerita asal Sejarah

Melayu. Hal ini berkemungkinan untuk memperbaiki mutu bahasa atau

mengindahkan lagi bahasa dalam penceritaan Sejarah Melayu. Penelitian

boleh dilihat pada petikan berikut:

"… gilang-gemilang seperti cahaya matahari dan bulan, dan amat bijaksana …” (W.G. Shellabear, 1977).

" …gilang-gemilang seperti cahaya matahari, dan terlalu amat bijaksana …" (R.O. Winstedt, 1938).

4Muhammad Yusoff Hasim, Pensejarahan Melayu Nusantara: Kajian Mengenai Sumber Penghayatan, Masalah Dan Tafsiran Naskhah-Naskhah Terpilih Sejarah Melayu,

Kuala Lumpur: Teks Publising Sdn. Bhd, 1998, hlm. 40- 42.

4

Page 5: Anakronisme

Dalam sudut ini, pengarang cuba untuk membuat perubahan dalam

penulisan mereka. Perkara yang dilakukan seperti mengubah peristiwa-

peristiwa tertentu dalam Sejarah Melayu sehingga menampakkan

berlakunya anakronisme pada sesebuah karya yang sama. Hal ini dapat

dibuktikan dengan satu peristiwa yang masyhur terdapat pada kedua-dua

edisi Winstedt dan Shellabear ialah tentang peminangan Puteri Gunung

Ledang oleh Sultan Melaka. Terdapat perbezaan yang jelas di antara kedua-

dua edisi ini tentang siapakah yang memerintahkan peminangan itu. Dalam

edisi Winstedt dikatakan yang berhasrat meminang ialah Sultan Mansur

Syah manakala dalam edisi Shellabear ialah Sultan Mahmud Syah. 5

3.2 Anjakan Paradigma Penyalin Terkemudian

Sememangnya ramai ahli sarjana yang maklum bahawa terdapat banyak

perbezaan antara pengarang asal dengan pengarang terkemudian dalam

menyalin sesebuah karya. Hal ini adalah berkaitan rapat dengan kehidupan

masyarakat, pemerintahan dan gaya hidup zaman pengarang asal dengan

zaman pengarang terkemudian. Pengarang terkemudian mungkin merasai

banyak perkara dalam cerita asal tidak bersesuaian dengan keadaan waktu.

Oleh yang demikian, hal ini mendorong pengarang terkemudian

memasukkan sesuatu yang dianggap baik dan sesuai dengan nukilan karya

mereka.

Menurut Winstedt dan Shellabear telah menampakkan kelainan

pandangan. Winstedt menamatkan kisah dalam tahun 1535 Manakala edisi

Shellabear diakhiri tahun 1612. Hal ini jelas menunjukkan edisi Shellabear

lebih terkemudian. Shellabear cuba membina versi baru dengan menukar

legenda peminangan Puteri Gunung Ledang. Dalam kebanyakan edisi

seperti edisi Winstedt peminangan berlaku dalam zaman Sultan Mansur

Syah. Shellabear cuba berusaha untuk menukar peristiwa peminangan itu

5Jelani Harun dan Abd Rahman Abd.Rahsid, Sulalatus Salatin Sejarah Melayu. Selangor: Pearson Malaysia Sdn, Bhd. 2005, hlm. 58-62.

5

Page 6: Anakronisme

daripada zaman Sultan Mansor Syah ke zaman Sultan Mahmud Syah.

Tujuannya agar zaman Sultan Mahmud Syah juga akan masyhur sekiranya

terdapat peristiwa luar biasa setanding dengan kemasyuran zaman Sultan

Mansur Syah.6

3.3 Percanggahan Tafsiran

Semasa proses penyalinan dan penerbitan, masalah salah tafsiran ataupun

kesilapan pembacaan oleh penyalin atau penterjemah sering sahaja timbul.

Keadaan seumpama ini berlaku disebabkan penyalin yang menyalin naskah

asal tidak faham isi kandungan naskah asal. Antara permasalahannya ialah

naskah asal menggunakan tulisan jawi dan rata-rata penyalin bukan semua

mempunyai kemahiran dalam membaca dan menulis dalam tulisan jawi.

Seandainya boleh membaca pun mungkin mereka tidak dapat

membunyikannya dengan betul dan mereka menulis mengikut kefahaman

mereka sendiri. Sememangnya membaca naskah jawi adalah lebih sukar,

Winstedt juga turut membuat kesilapan. Beberapa perkataan jawi dalam

Sejarah Melayu yang disalin oleh Winstedt diterjemahkan dalam Bahasa

Melayu tetapi ejaan jawinya masih dikekalkan dengan apa yang ditulis oleh

beliau.7

3.4 Pengaruh Istana

Masyarakat Melayu pada zaman dahulu mempunyai sistem tulisan yang

tersendiri. Namun pada hakikatnya kegiatan menulis ini hanya tertumpu di

istana sahaja. Oleh disebabkan itu, tidak menjadi hairan bagi golongan atau

masyarakat istana dikategorikan sebagai masyarakat yang awal mahir

6Ibid.,hlm. 60-61.7Muhd Yusof Ibrahim Dan Mahuyudin Hj. Yahya, Sejarawan dan Pensejarahan: Ketokohan Dan Karya, KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1998, hlm. 70-72.

6

Page 7: Anakronisme

dalam menulis. Pada saat itu, kegiatan penulisan adalah tertakluk kepada

perintah raja sahaja. Segala hasil cerita adalah bergantung kepada

kehendak raja yang memerintah. Hal ini boleh dikatakan pihak istana

menjadi penerbit naskah tersebut. Hal ini dapat dilihat ungkapan kata

dalam Sejarah Melayu Edisi Winstedt yang menunjukkan bahawa pihak

istana berperanan penting dalam menulis sesebuah naskah iaitu:

“Maka fakir karangkan hikayat ini Kama Sami 'tu min

jaddi w'abi, dan fakir himpunkan daripada segala

riwayat orang tua-tua dahulu kala, supaya menyukai

duli hadhrat baginda”.

Berdasarkan penjelasan di atas jelaslah bahawa golongan raja atau

pemerintah sangat berpengaruh dalam penulisan sesebuah naskah Melayu.

Hal ini memberikan kesempatan kepada golongan pemerintah untuk

mempengaruhi penulis agar memasukkan cerita untuk menaikkan martabat

kerajaannya. Hal ini menyebabkan timbulnya berbagai versi dan berbeza

daripada naskah yang asalnya.8

4.0 Bentuk-bentuk Anakronisme dan Contoh

Anakronisme merupakan sesuatu yang tidak boleh dielakkan dalam

penulisan Sejarah Melayu terutamanya. Anakronisme ini wujud dalam

naskah-naskah Melayu lama yang selalunya berkaitan dengan Sejarah

Melayu, Bustan al-Salatin, Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Hang Tuah

dan Hikayat Sultan Acheh. Ekoran dari anakronisme yang berlaku telah

menyebabkan ramai pengkaji terutamanya pihak barat yang menolak

naskah-naskah Melayu sebagai bahan sejarah.

8A. Samad Ahmad, Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka, 2003, hlm. 33-35.

7

Page 8: Anakronisme

Mereka dilihat sukar untuk memahami teks Sejarah Melayu dan

Hikayat Hang Tuah yang dilihat sukar difahami kerana teks-teks tersebut

tidak memberikan makna sejarah seperti yang mereka kehendaki. Mereka

juga menganggap maklumat-maklumat yang terdapat dalam manuskrip

juga kurang saintifik, tidak masuk akal, penuh dengan cerita fantasi,

lagenda dan mitos yang mereka tidak fahami. Oleh itu, mereka telah

memperlekehkan manuskrip Melayu terutama Sejarah Melayu dan Hikayat

Hang Tuah kerana unsur anakronisme yang wujud, namun mereka menutup

mata kepada anakronisme yang terdapat dalam drama William

Shakespeare.9

4.1 Anakronisme Pada Sebuah Karya Yang Sama

Anakronisme dalam sebuah karya yang sama ialah sesuatu peristiwa atau

episod yang terdapat dalam sesebuah karya yang sama tetapi berbeza

edisi. Perbezaan ini jelas dapat dilihat melalui perbezaan watak yang wujud

dalam sesebuah peristiwa yang sama. Percanggahan dapat dilihat melalui

watak-watak dalam perisitiwa peminangan Puteri Gunung Ledang menerusi

dua versi yang berbeza.10

Maka Sultan Mansur Syah memberi titah pada segala orang besar-besar… ‘bahawa kita hendak beristeri terlebih dari segala raja-raja dalam dunia ini’… Maka titah baginda, ‘Kita hendak meminang Puteri Gunung Ledang, Laksamana dan Sang Setialah kita titahkan.’ Maka sembah Laksamana dan Sang Setia, ‘Baiklah Tuanku.

(R.O. Winstedt, 1938:

129)

9Ding Choo Ming, Pemikiran Melayu dalam Manuskrip Melayu, Aswara, 195-225, 2009.

10R.O Winstedt, The Malay Annals ( Sejarah Melayu ), London: School of Oriental, 1938, hlm. 129.

8

Page 9: Anakronisme

Maka titah Sultan Mahmud, ‘Jikalau beristeri sama anak raja-raja ini, adalah raja-raja lain pun demikian juga…Akan sekarang kita hendak meminang Puteri Gunung Ledang, Laksamana dan Sang Setia kita titahkan.’ Maka sembah Laksamana dan Sang Setia, ‘Baiklah Tuanku’.11

(W.G.Shellabear,1977:

215)

Berdasarkan dua versi yang berbeza jelas memperlihat dua watak yang

berbeza dalam satu peristiwa yang sama yang akhirnya jelas membawa

kepada berlakunya anakronisme dalam sebuah karya yang sama.

Disamping itu, Sejarah Melayu dalam versi R.O Winstedt dan

Shellabear dilihat terdapat perbezaan isi cerita berdasarkan watak dan

tempat. Sejarah Melayu versi R.O Winstedt dilihat lebih tua jika

dibandingkan dengan versi Shellabear. Melalui dua versi ini terdapat

perbezaan watak dalam peristiwa perkahwinan Sri Tri Buana. Melalui versi

R.O Winstedt Sri Tri Buana dikahwin dengan anak Demang Lebar Daun iaitu

Wan Sendari. Hasil dari perkahwinan tersebut Sri Tri Buana telah

dikurniakan dua orang putera yang dilahirkan di Temasik iaitu negeri yang

baru dibuka oleh Sri Tri Buana.12

Namun, berbeza pula menerusi versi Shellabear, dalam versi ini Sri

Tri Buana dikenali sebagai Sang Sapurba yang berkahwin dengan Wan

Sendari dan dikurniakan dua orang putera dan dua orang puteri iaitu Sang

Manika, Sang Nila Utama, Puteri Sri Dewi dan Puteri Cendana Dewi yang

dilahirkan di Palembang.

4.2 Anakronisme Dengan Membandingkan Dua Buah Teks Sejarah

Yang Berlainan Terhadap Peristiwa Yang Sama

11W.G Shellabear, Sejarah Melayu, Petaling Jaya: Fajar Bakti, 1989, hlm. 215

12Penilaian sejarah dalam sejarah melayu dalam ‘rupanx.tripod.com/aj1132/05_penilaian_sejarah_dalam_sejarah_melayu.htm’

diakses pada 04.04.2013

9

Page 10: Anakronisme

Anakronisme yang diletakkan pada masa terdahulu boleh dilihat melalui

peristiwa penghantaran Sultan Acheh ke Barat. Melalui Bustan’us Salatin

diceritakan peristiwa Sultan Acheh menghantar “Duta” ke Turki bagi

mendapatkan bantuan ketenteraan dan senjata bagi menentang Portugis.

“Kemudian dari itu maka kerajaan Sultan Alauddin Riayat Syah ibn Sultan Ali Mughayat Syah, pada hari isnin... menyuruh utusan kepada Raja Rom daripada jenis utas dan pandai yang tahu menuang bedil... Dan ialah yang pertama-tama berbuat kota negari Acheh Darus-Salam, ... Dan itulah disebut orang akan di Marhum Kahar.”

Namun wujud anakronisme apabila Hikayat Sultan Acheh turut

mengandungi peristiwa yang sama. Hikayat ini menerangkan bahawa

penghantar utusan bukan Sultan Alauddin tetapi Sultan Muda Mahkota Alam

sedangkan jarak jangka masa kedua-dua pemerintahan adalah jauh. Jarak

masa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah ialah dari 1539 sehingga

1567 manakala Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam pula dari tahun 1606

sehingga 1636.

Begitu juga dalam peristiwa pembunuhan Hang Jebat yang berlainan

versi. Menurut Hikayat Hang Tuah, pertarungan yang berlaku melibatkan

Hang Tuah dan Hang Jebat. Sejarah Melayu Tun Seri Lanang juga turut

menyebut mengenai peristiwa yang sama. Namun, berbeza pula dengan

Sejarah Melayu versi Shellabear. Menurut versi tersebut, pembunuhan yang

berlaku adalah melibatkan Hang Tuah dengan Hang Kasturi.

...“Jadi Hang Tuah lah yang akan naik ke istana itu. Hang Tuahlah yang akan

membunuh Hang Kasturi,” kata Bendahara.13...

13Ajikik, Cerita-cerita Sejarah Melayu II, Bentong: PTS ONE SDN.BHD, 2005, hlm. 89

10

Page 11: Anakronisme

...“Hai, Kasturi, berilah aku peluang naik. Biar kita bertikam secara

pahlawan,” kata Hang Jebat...

... Hang Tuah menikam, Hang Kasturi menepis. Hang Kasturi menikam dan

Hang Tuah menepis. “Oh, aduh! Aduh! Aduh!” Hang Kasturi menekap

perutnya. “Maafkan aku Kasturi,” kata Hang Tuah sambil menyapu darah

dari hujung kerisnya.14...

Selain itu, Hikayat Hang Tuah mempunyai unsur anakronisme melalui

pertentangan masa atau zaman. Kerajaan Melayu Melaka telah diperintah

satu abad oleh orang yang sama dan karya ini juga menyebut mengenai

pemerintahan kerajaan Majapahit yang diperintah oleh Hayan Wuruk pada

tahun 1334 sehingga 1389 yang memerintah pada masa kegemilangan

yang sama dengan masa kegemilangan Kerajaan Kesultanan Melayu

Melaka. Berlaku anakronisme apabila Kerajaan Melayu Melaka bermula

pada tahun 1400 dan runtuh pada 1511 dengan kedatangan Portugis di

Melaka.

Disamping itu, dalam Hikayat Merong Mahawangsa juga dilihat

berlaku anakronisme. Dalam hikayat ini dikatakan, setelah rajanya yang

pertama, Pra Ong Mahawangsa, memeluk Islam, ia telah digelar sebagai

Sultan Muzaffar Syah. Sedangkan, sultan Kedah yang pertama sekali

memeluk Islam hanya pada tahun 1474, iaitu setelah bertemu dengan

sultan Melaka, Sultan Mahmud Syah.

“Arakian maka Raja Kedah pun datang menghadap ke Melaka, hendak memohonkan nobat; telah datang ke Melaka didudukkan oleh Sultan Mahmud raja Kedah itu di atas cetera yang banyak, dianugerahi Sultan Mahmud.....”15

14Ibid.,hlm. 99.

15Muhammad Yusoff Hashim, Pensejarahahan Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992, hlm. 87.

11

Page 12: Anakronisme

4.3 Anakronisme Dengan Membandingkan Antara Sebuah Hasil

Sejarah Dengan Sumber Atau Fakta Sejarah Yang Lain.

Anakronisme selama seratus tahun juga berlaku dalam Hikayat Merong

Mahawangsa apabila kitab-kitab Silatul-Mustaqim dan Babul-Nikah yang

merupakan karya Sheikh Nuruddin al-Raniri dikatakan dibawa ke Kedah

setelah sultannya memeluk agama Islam. Namun menurut sejarah, Sultan

Kedah telah memeluk agama Islam pada tahun 1474 M, sedangkan Sheikh

Nuruddin al- Raniri telah menamatkan penulisan buku-buku beliau pada

tahun 1644 M. Mungkin nama-nama kitab dan pengarang yang amat

terkemuka pada zaman Hikayat Merong Mahawangsa ditulis, jadi pengarang

mengaitkan kitab-kitab tersebut dengan Sultan Kedah walaupun berlaku

pertentangan zaman.16

Seterusnya ialah peristiwa perkahwinan Sultan Mansur Syah dengan

Puteri Galuh Cendera Kirana dari Majapahi anak kepada Perdana Menteri

Majapahit iaitu Patih Gajah Mada. Wujud pertentangan apabila tempoh

pemerintahan Sultan Mansur Syah dengan Patih Gajah Mada adalah sangat

berbeza. Sultan Mansur Syah memerintah Melaka antara tahun 1459

sehingga 1477 namun Patih Gajah Mada pula telah meninggal pada tahun

1365. Peristiwa ini jelas menunjukkan perbezaan kewujudan zaman yang

mengambil masa seratus tahun.

Sejarah Melayu misalnya dilihat zaman kegemilangan Majapahit

dalam abad ke-14 dilihat sama zaman kegemilangannya dengan zaman

kegemilangan kerajaan Melayu Melaka, tapi hakikatnya zaman

kegemilangan Melaka adalah setahun selepasnya.

5.0 Kesan-kesan Anakronisme

5.1 Sukar diterima Sebagai Sumber

16Rahman Shaari, Bimbingan Istilah Sastera, Kuala Lumpur : Utusan Publications dan Distributors Sdn. Bhd, 2002,hlm. 6

12

Page 13: Anakronisme

Kesan penting anakronisme dalam penulisan sejarah Melayu adalah

kesukaran untuk menerima karya tersebut sebagai sumber sejarah yang

utama. Keadaan ini akan menambahkan kelemahan bagi hasil karya

tersebut. Oleh itu, hal ini akan dijadikan alasan oleh sesetengah sarjana

untuk tidak menerima karya sejarah Melayu sebagi sumber sejarah penting

melainkan hanyalah mitos atau lagenda. Contohnya, R. O Winstedt yang

menolak sumber pensejarahan Melayu disebabkan oleh kelemahan ini.

Kekeliruan dalam menentukan penulis sebenar Hikayat Hang Tuah dan

penyalin Bustan as-Salatin juga menyumbang kepada kurangnya nilai

sejarah dalam penulisan karya ini.17

5.2 Fakta yang mengelirukan

Disamping itu, anakronisme yang berlaku dalam penulisan ini juga telah

menyebabkan timbul kekeliruan dalam menentukan peristiwa yang betul

dan tepat. Contohnya, perbezaan yang wujud antara pelaku sejarah bagi

peristiwa yang sama misalnya peristiwa peminangan Puteri Gunung

Ledang.18 Terdapat perbezaan yang berlaku dalam penulisan bagi edisi R. O.

Winsted dan W. G. Shellabear.

5.4 Tidak diiktiraf Sebagai Tulisan Ilmiah

Kewujudan anakronisme dalam pensejarahan Melayu menyebabkan karya

tersebut tidak dianggap sebagai tulisan yang berbentuk ilmiah. Contoh yang

boleh dilihat adalah dalam penghasilan karya tempatan iaitu Riwayat Kinta

yang ditulis oleh Abdul Talib Haji Ahmad.19 Walaupun karya ini masih boleh

17Hendrik M. J. Maier, ‘Raja Ali Haji dan Hang Tuah: Arloji dan Mufassar’, Jurnal Sari,2001, 19, hlm. 5, 159-178,

18W.G Shellabear, Sejarah Melayu, Petaling Jaya: Fajar Bakti, 1989, hlm. 215.

19Mohd. Yusoff Ibrahim, Pensejarahan Melayu: 1800-1960, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994, hlm.26.

13

Page 14: Anakronisme

dianggap sebagai salah satu sumber sejarah disebabkan oleh kekurangan

sumber yang lain namun jika dilihat dari aspek penggunaan sumber

ternyata tidak begitu memuaskan.20

6.0 Analisis

Sebagai analisisnya, fenomena anakronisme sememangnya wujud dalam

penulisan sejarah Melayu. Berlaku keadaan tertentu yang membawa kepada

terjadinya anakronisme dalam menghasilkan sesuatu karya sejarah.

Misalnya, penyalinan semula yang menyebabkan wujud perbezaan dalam

pentafsiran atau penterjemahan bagi setiap penyalin. Hal ini berlaku kerana

pemahaman yang tidak sama bagi setiap penyalin. Perbezaan ini akan

mengurangkan sifat penulisan ilmiah itu sendiri. Wujudnya pelbagai edisi

yang bercanggah antara satu sama lain. Menurut Cowan, masalah penyalin

ini dikatakan sebagai:

“The Malays copylist, unlike his Balisnese counterpart, is at liberty to make corrections, to add materials here and there or to omit words and sentences. A Malay copylist is not a mere copylist; he is an author himself…” 21

Faktor zaman dan masyarakat turut mempengaruhi anakronisme. Pada

zaman dahulu, masyarakat Melayu tradisional tidak mempunyai tradisi

penyimpanan bahan-bahan sejarah seperti penulisan, catatan mahupun

dokumentasi. Hanya tradisi lisan yang menjadi warisan sejak turun

temurun. Oleh itu, dalam penceritaan berlaku tokok tambah bagi

menyedapkan cerita yang sebenar. Apabila berlaku, keadaan ini akan

menghilangkan sifat sejarah yang asli.

20Ibid.,hlm. 27,

21Muhammad Yusoff Hashim, Pensejarahan Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992, hlm. 90.

14

Page 15: Anakronisme

Selain daripada itu, hubungan penulis dengan pihak istana juga

mempengaruhi. Setiap penulisan yang dihasilkan mestilah mengikut

kehendak pemerintah istana. Oleh itu, penulis terikat dengan kehendak

pemerintah dan akan mengagung-agungkan kelebihan atau kebijaksanaan

para pemerintah. Hal ini juga dilakukan bagi menutup kelemahan golongan

atasan. Disamping itu, kurangnya penekanan dalam aspek pentarikhan oleh

penulis yang akan menyebabkan timbul pelbagai spekulasi mengenai tarikh

apabila karya asal diterjemahkan oleh penulis terkemudian.

7.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, kewujudan anakronisme ini dalam penulisan sejarah Melayu

tidak dapat dinafian lagi. Disebabkan ini, pensejarahan Melayu dianggap

tidak relevan dan tidak dianggap sebagai sumber sejarah yang betul oleh

sesetengah sarjana terutamanya sarjana Barat. Percanggahan pendapat,

pentarikhan yang bertentangan dan pelaku sejarah yang berbeza

menimbulkan keraguan dan kesukaran untuk mengakui pensejarahan ini

sebagai sumber sejarah. Namun sebagai pewaris, kita hendaklah berusaha

ubtuk memartabatkan dan menjaga warisan ini agar tidak pupus ditelan

zaman. Penulis sejarah hendaklah bijak dalam merujuk sumber-sumber

sejarah agar tidak berlaku kesilapan yang boleh dipersoalkan. Penulisan

sejarah mempunyai kaedah dan kriteria tertentu yang perlu diikuti.

RUJUKAN

15

Page 16: Anakronisme

Ajikik. 2005. Cerita-cerita Sejarah Melayu II. Bentong: PTS ONE SDN. BHD.

A. Samad Ahmad.2003. Sulalatus Salatin Sejarah Melayu. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa danPustaka.

Abd. Rahman Kaeh dan Zahir Ahmad. 1993. Sejarah Melayu: Analisis isi

dan fungsi. Kuala Lumpur: Berita PublishingSdn. Bhd.

Abu Hassan Sham. 1997.BeberapaaspekdariSejarahMelayu (Sulalatus-

Salatin ). Kuala Lumpur: Utusan Publications dan Distributors.

Ding Choo Ming. 2009.Pemikiran Melayu dalam Manuskrip Melayu. Aswara.

195-225.

Jelani Harun dan Abd Rahman Abd.Rahsid. 2005. Sulalatus Salatin Sejarah

Melayu. Selangor: Pearson Malaysia. Sdn. Bhd.

Mohd. Yusoff Ibrahim. 1994. Pensejarahan Melayu: 1800-1960. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhammad Yusoff Hashim. 1992. Pensejarahan Melayu. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa danPustaka.

Muhammad Yusoff Hasim. 1998. Pensejarahan Melayu Nusantara: Kajian

Mengenai Sumber Penghayatan, Masalah Dan Tafsiran

Naskhah-Naskhah Terpilih Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Teks Publising

Sdn. Bhd.

Muhammad Yusof Ibrahim Dan Mahuyudin Hj. Yahya. 1998. Sejarawan

dan Pensejarahan: Ketokohan Dan Karya. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rahman Shaari. 2002. Bimbingan Istilah Sastera. Kuala Lumpur: Utusan

Publications dan Distributors Sdn. Bhd.

R.O Winstedt. 1938. The Malay Annals ( Sejarah Melayu ). London: School of

Oriental.

16

Page 17: Anakronisme

W.G Shellabear. 1989. Sejarah Melayu. Petaling Jaya: Fajar Bakti. 1989.

JURNAL

Hendrik M. J. Maier. ‘Raja Ali Haji dan Hang Tuah: Arloji dan Mufassar’ . Jurnal

Sari. 2001. 19. 159-178.

INTERNET

Penilaian sejarah dalam sejarah melayu dalam

‘rupanx.tripod.com/aj1132/05_penilaian_sejarah_dalam_sejarah_melayu.htm

’ diaksespada 04.04.2013.

17