·anak raja anak - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/1/268/1/anak raja dengan...

10

Upload: phungnguyet

Post on 14-Jun-2019

225 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

·ANAK RAJA ...

ANAK PAPA '? ,~~ •

1" ';; ' ."

I

ANAK RAJA D ENGAN ANAK PAPA D I-PERANAKKAN

Dalam suku yang kedua daripada kurun Masehi yang ke-XVI bandar London memang telah tua juga. Maka dewasa itu­lah pada suatu hari musim sederhana se jok sa-orang kanak-kanak misl6n laki-laki t<~lah di-peranakkan dalam bandar itu daripada ibu uapa yang bernama Canty. Kedua ibu bapa itu tiada berkebendak akan buclak itu : kalau boleh cl engan sa-boleh-boleh-nya biar-lah ta' usah mereka mendapat anak itu, keraua susah dan sengsara hal kehidupan-nya laki isteri, tiada akan terpelihara anak dengan sempurna, bahkan henaak makan pun susah . Tetapi oleh sebab telah di-kurniakan Tuhan juga anak apa-tah daya, maIm ta' maIm di-terima juga-lah.

Pacla hari itu juga sa-orang kanak-kanak Inggeris yang lain laki-laki juga telah di-peranakkan daripada ibu bapa yang kaya dan senang, ketu ~unan T udor, ia-Iah kaum ra ja-raja yang meme­rentah di-atas takhta Kerajaan E ngland. KM~la ayahanda bonda­nya suka akan dia dan berkebendak akan dia. Ya, memang ke­sabuah-buah England berkehendak akan dia. Seluroh England telah lama menchita-chita 'dan ingin hendak mendapat dia, telah lama berharap akan beroleh dia, dan telah lama berkaul bernazar dan berdo'a kapada Tuhan meminta ia kurniahn; kerana Baginda Raja England masa itu belum aela beroleh putera mahkota bakal raja ya ng akan menggantikan baginda cJi-atas kerajaan kelak. Maka sekarang putera yang di-chita-chita itu b~lah datang; iadi segala ra 'aya t dan isi negeri pun hampir-hampir-Iah gila oleh kesukaan. Segala orang-orang yang kenaI-kenaI China sahaja pun di-tengah jalan berdakap-elakapan antara sa-oran g dengan sa­orang dan bersorak. Semua orang menchutikan clir!" tiacla hekerja. dan segala isi negeri hina mul ia miskin dan kaya semua berhari raya clan bersuka ria, menari clan menyanyi sa-olah-olah tiada sil1mankan cliri lagi. Penelek-nya bukan-lah kepalang suka-nya tiap­tiap sa-orang.

'Kesukaan yang elemikian eli-lakukan mereka hingga beberapa hari lama-nya siang malam tiada berhenti. Ketika siang bandar

1

"

2 ANAK RAJA DtNGAN ANAK PAPA

London itu suatu pemandangan yang chantek, terhias dengan segala jenis perhiasan; bendera berkibaran dari tiap-tiap anjong dan bum bong rumah; perarakan-perarakan yang hebat berjalan pada segala lorong dan pekan-nya. Pada waktu malam pula bandar London itu suatu pemandangan yang chantek juga: tiap-tiap cherok dan penjuru-nya ada orang memasang panjut dan menyalakan api tanda kesukaan; di-sakeliling api itu penoh-lah dengan orang ber­suka-suka masing-masing dengan laku-nya.

Dalam seluroh negeri England tidak-lah apa lain yang di­chakapkan orang lagi melainkan rioh dari hal kanak-kanak baharu: putera raja yang baharu lahir itu sahaja. Budak itu di-beri nama Edward, ia-itu Edward Tudor putera n~ahkota Prince of Wales; keadaan-nya sa-hari-hari terbedong dengan kain sutera antelas yang halus-halus pada hal ia tiada sedar akan segala cherewet itu, dan tidak tahu ia segala lord dan lady yang besar-besar sentiasa men­jaga dan menunggu dia - bahkan ia tiada fadhuli pun. Tetapi bagi Si-Canty - Tom Canty - budak miskin yang mula-mula ter­sebut tacli tidak-lah ada siapa-siapa yang berchakap atau mengambil tahu. Ia sentiasa terbedong dengan kain-kain burok-nya dan kain­kain lampin-nya yang chompang-champing. Ada ta' ada-nya orang yang berchakapkan dia ia-lah kumpulan ibu bapa dan kaum keluarga-nya yang miskin itu sahaja. Tetapi mereka itu hanya-Iah bertambah-tambah susah dan seksa sahaja lagi oleh sebab keda­tangan-nya itu.

II

K£HIDUPAN TOM PADA MASA K£CHIL-NYA

Biar-lah kita langkaukan beberapa tahun. Bandar London pada masa itu sudah sa-ribu lima ratus tahun

tua-nya dan besar juga pada hitongan zaman itu. Ada sa-ratus ribu orang diam di-dalam-nya - satengah-satengah orang mengata­kan dua kali sa-banyak itu. Lorong-lorong dan jalan-nya semua terlampau sempit dan bengkang-bengkok dan kotor istimewa bah a­gian t6npat Tom Canty dan ibu bapa-nya diam itu, ia-itu tidak jauh dari jambatan London. Rumah-rumah-nya semua rumah kayu, tiap-tiap rumah itu tingkat-nya yang kedua terjulor keluar daripada tingkat yang pertama dan tingkat yang kHiga-nya ter­julor pula daripada tingkat yang Hdua itu. Jadi-nya sa-makin

r ( /

KEHIDUPAN TOM PADA MASA Kl':CHIL-NYA 3

tinggi rurnah itu sa-rnakin-Iah bertarnbah lebar-nya. Rangka-nya rurnah-mrnah itu elaripaela balak-balak yang bersilang elan ber­sanggit tersangat tegap-nya, eli-antara-nya eli-buboh benela-benela yang keras elan padu saperti batu atau kayu ia-itu eli-turap pula elengan kapor masak. Balak-balak itu eli-sapu chat warna merah atau bim atau hitam mengikut masing-masing kesukaan tuan-nya. Oleh itu nampak-Iah rumah-rurnah itu terlampau chantek rupa-nya eli-panelang. Tingkap-tingkap-nya sernua kechil-kechil elan eli-beri berchermin kechil-kechil pula, potongan hiris penganan. Semua­nya tingkap-tingkap itu membuka-nya arah keluar ia-itu mernakai engsel saperti pintu.

Rumah tempat bapa Tom eliam itu eludok-nya di-hujong suatu lorong yang tersorok di-sebut orang Lorong Sampah ia-itu ter­chabang dari suatu lorong lain yang bernama Lorong Kueh. Rumah itu kechil, lagi pun sudah terlampau burok dan banyak reput-n~put tiada kokoh lagi; tetapi di-dalam penoh berasak di­diarni oleh beberapa rarnai rnanusia dengan keadaan yang sangat berselekeh dan chornpang-champing sakalian-nya. Kaum-kaum dan ahli-ahli Si-Canty sendiri diam dalam suatu bilek di-tingkat yang ketiga. :Emak-nya dan bapa-nya ada-Iah juga tempat tidor suatu macham pangkin di-Ietakkan pada cherok bilek itu; tetapi Tom dengan nenek perempuan-nya serta dua orang kakak-nya :R~tty dengan Nannie tidak-Iah tentu tempat tidor-nya, melainkan kesemua lantai itu terpulang kapada mereka, di-rnana-mana pun boleh-Iah mereka tidor. Bersepah-sepah sa-panjang lantai itu ada­lah bangkai-bangkai kain gebar yang sudah rabak-rabak dan sa­tengah sudah hanchai betul, dan dua tiga lunggok jerami yang sudah entah berapa lama di-pakai serta dengan kotor-nya; tetapi sakalian barang-barang ini tidak-lah layak di-namakan tikar banta} dan tempat tidor, kerana tidak berator atau bersusun baik-baik pada ternpat yang tentu; melainkan apabila pagi di-sepakkan jadi sa-timbun, dan apabila mal am masing-masing tuan-nya pun meng­ambil-lah hak dia daripada timbunan itu hendak di-pakai buat alas tidor.

Betty dengan Nannie itu ber'umor lima belas tahun­kembar. Kedua-nya hati baik lagi penyayang bagaimana biasa pada budak-buclak perempuan; tetapi sangat berselekeh; bin baju­nya sentiasa burok dan kotor, apa yang di-pakai-nya tiada-lah pernah bersalin-salin lagi sampai berchemarnai dan berternpek­tempek dengan daki; bau-nya b.usok, hanyir, hapak, ada belaka;

. !

4 ANAK RAJA DtNGAN ANAK PAPA

badan-nya masing-masing jangan di-katakan lagi, sentiasa chomot kertang berlendir-lendir - agak-kah jarang-jarang mandi. Lagi pula kedua-nya itu terlampau bodoh, ta' ada apa yang tahu, ta ' ada satu pelajaran.

Emak itu pun sa-macham mereka juga, tetapi bapa-nya dan nenek perempuan-nya ia-itu emak kapada bapa-nya itu boleh-lah di-katakan dua ekor 1blis yang ta' dapat di-ubat lagi. Bila-bila dapat sahaja minuman keras mereka pun minum-lah sampai mabok dan huyong-hayang. Sa-telah mabok itu berkelahi-lah antara kedua­nya berhamun-hamun bukan-nya antara ia berdua beranak itu sahaja berkelahi tetapi barang siapa jua yang datang dekat kapada mereka kena-lah di-lawan-nya berkelahi. Fasal menyumpah, menyeranah, mencharut, memaki, memang-lah pakaian-nya kedua, baik pada masa mabok atau tidak. John Canty bapa Tom itu penchuri; emak-nya nenek perempuan Tom itu pula peIilinta sedekah. Budak-budak tiga beradek itu dapat-Iah di-jadikan mereka peminta sedekah belaka. T etapi ta ' dl pat menjadikan­nya penchuri.

Maka berchampor gaul dengan orang-orang bangsat yang mendiami rumah itu, tetapi bukaIl-nya sa-orang dari­pada mereka itu, ada-lah sa-orang paderi tua yang baik budi dan laku pekerti-nya. 1a telah di-halaukan oleh raja dari­pada rumah tangga-nya sendiri serta di-tahan penchen-nya yar.;; entah berapa sen sahaja itu tiada di-beri lagi kapada-nya. 1a in i­lah selalu menarek buclak-budak itu ka-sabelah, di-ajar.nya dengan bersembunyi-sembunyi dari hal jalan-jalan jahat dan baik, salah dan betul. Nama nya Bapa Andrew ia-itu paderi madzhab Roman Catholic, dan sebab madzhab itu-lah ia telah di-perbuat oleh raja

- saperti yang tersebut tadi; kerana pada zaman itu madzhab Protes-tant mula-mula di-bawa masok ka-England dan di-paksakan oleh ~ Raja Henry Yang Kedelapan kapada segala orang-orang isi negeri. Maka Baginda Henry Yang Kedelapan ini-lah ayahanda kapada anak raja kita dalam cherita ini.

Pendek-nya Bapa Andrew-lah yang ada tidak-nya mengajar sadikit-sadikit akan budak-budak daerah itu dari hal jahat baik dan dosa pahala. Kalau tidak tentu-lah semua-nya buta kayu, hidup saperti binatang sahaja. Lain daripada yang tersebut itu di-ajar­nya juga Tom sadikit bahasa Latin ia-itu-lah bahasa ugama di­Eropah pada zaman itu, dan juga di-ajar-nya membacha dan menu­

.lis. Budak-budak perempuan itu pun kalau boleh hendak di-

KEHIDUPAN TOM "PADA MASA KECHIL-NYA 5

ajar-nya juga saperti itu; tetapi mereka takut di-giat-giat oleh kawan-kawan-nya, kerana orang-orang sakalian masa itu memikir­kan ta' layak benar-benar pelempuan-perempuan tahu perkara yang pelek-pelek dan bukan-bukan demikian itu.

Semua-nya sa-rata-rata daerah Lorong Sampah itu sama-Iah ke­adaan rumah-rumah saperti rumah Canty y'ang tersebut - ia-itu sarang yang penoh di-diami oleh manusia tetapi semua-nya miskin dan sangat jatoh derjat kehidupan-nya. Pada tiap-tiap malam dan hampir-hampir sa-panjang malam sentiasa-Iah kedengaran ada orang mabok, bergadoh dan berkelahi. Bagitu-lah kebiasaan 'adat di-situ. Orang lapar dan kebulor sangat kerap terjumpa; bagitu juga orang pechah kepala bengkak-bengkil bersemboran darah oleh berkelahi. Tetapi budak Tom yang baharu lahir itu tidak-Iah pula susah hati. Ya, berbagai-bagai sengsara dan kesusahan di-tang­gong-nya ten tang makan mihum, pakai dan bela pelihara yang tiada sempurna; tetapi ia ta' sedar. Bila dia sudah besar sadikit bagitu juga. Semua budakbudak di-daerah Lorong Sampah itu di-lih:'!t-nya saperti diri-nya juga chompang-champing, kotor dan makan apa yang dapat sahaja; sebab i~u pacla sangka-nya bagitu­lah kehiclupan yang betul clan sempurna.

Apabila ia pulang ka-rumah kosong sahaja tiada clapat seelekah, "ia tahu mula-mula bapa-nya akan menghamun clan memukul clia; kefnudian sa-telah suelah bapa-nya, nenek-nya yang clahshat itu pula akan mengulangi pekerjaan itu sa-kali lagi dengan terlebeh keras pula. Sa telah jauh tengah malam emak-nya yang kelaparan itu akan clatang menyorongkan ka-clalam tangan-nya clengan ber­sembunyi-sembunyi apa-apa lebeh roti yang dapat cli-simpankan­nya untok dia: di-tahan-nya cliri-nya sencliri ta' makan. Tetapi selalu-Iah pula perbuatan emak-nya belot ini terjumpa oleh orang;

.... etika itu suelah tentu sahaja-Iah ia akan terok lena pukul oleh ami-nya bapa Tom itu.

Ya, Tom ticlak susah; kehiclupan-nya chukup sihat istimewa cla musim panas. Ia meminta sedekah pun hanya kaelar sa­ukup-chukup untok memeliharakan eliri-nya sahaja, kerana

nclang-unclang cli-atas orang meminta sedekah pacla zaman itu )angat keras clan clenda-nya btrat. Jacli~nya banyak-Iah ia dapat waktu bagi menclengar cherita lama-lama yang seclap-seelap eli­cheritakan oleh Bapa Anclrew itu ia-itu kesah-kesah . jin, peri, mambang, bota, raksaksa, orang bunyian, dan mahaligai hikmat,

-raja-raja clan anak raja yang chanfek-chantek dan hebat pakaian-

6 ANAK RAJA DtNGAN ANAK PAPA

nya. Dalam pada itu kepala·nya pun beransor-Iah pcnoh dcngan ingatan akan benda hairan-hairan ini. Kerap-kali apabila ia Wah berbaring pada malam hari di-atas jerami alas tidor-nya yang tclah kotor dan busok itu dengan leteh dan lapar serta pedeh birat-birat kena pukul, ia pun melepaskan angan-angan-nya laIn cIcngan sa­belltar itu terkhayal-Iah ia lnpa akan segala sakit dan pedeh yang di-tanggong-nya itu kerana kesedapan menggambarkan cli-dalam hati-nya dari hal keelokan dan kesenangan hidup anak-anak raja dalam istana-istana mereka yang penoh dengan kebesaran dan kemuliaan itu.

Dengan hal yang demikian akhir-akhir-nya terbit-lah satll chita-ehita dalam hati-nya yang ta' dapat sa-kali-kali di-hilangkan­

"nya siang dan malam, ia-itu ia ingin hendak melihat anak raja yang sa-benar-nya dengan mata-nya sendiri. Sa-kali hari di-ehakap­kan-nya ehita-ehita-nya ini kapada sa-tengah kawan-kawan-nya budak-budak yang diam di-Lorong Sampah" itu. Tetapi sel1lua mereka itu menggelakkan dan mengejek-ngejek dia dengan tiacIa Mrkira-kira lagi. Semenj:ik itu tobat-Iah ia tidak hendak mcngata­kan fikiran-nya itu kapada siapa-siapa pun lagi.

Selalu ia dapat membaeha buku-buku Bapa Andrew itu dan di-minta-nya Bapa Andrew sendiri men~huraikan kapacla-nya apa­apa yang ia tidak mengerti. Segala mimpi-mimpi-nya dan pcrkara­perkara yang di-baeha-nya ini kesudahan-nya menjadikan bcbcrapa perubahan di-dalam diri-nya. Orang-orang yang di-mimpikan-nya itu sangat-Iah ehantek-ehantek dan berseh sa-hingga ia mcratap oleh hiba melihat pakaian-nya sendiri yang ehompang-ehamping serta dengan kotor-nya itu. Ia ingin pula hendak bcrpakaian chantek dan berseh. Dalam pada itu pergi juga ia bcrmain-main dalam lumpor dan berkubang dalam Sungai Thames itu dcngan suka dan gemar-nya; tetapi bukan-Iah lagi kerana sa-mata-mata sukakan lumpor dan berkubang itu sahaja melainkan kcrana suka dapat badan-nya terbasoh oleh ayer itu hingga bersch. Di-rumah memang ia tiada pernah mandi !

Tom ini sentiasa dapat melihat berbagai-bagai tcmasha atau penglihatan ta' satu-satu, di-keliling " tiang bunga" cli-daerah Cheapside (sa-bahagian bandar London) itu dan juga cldcmpat­tempat pesara orang berjual barang-barang. Di-situ selalu-lah ada berbagai-bagai pertunjokan dan hal yang berlaku. Dan lagi sclalu juga ia dapat melihat 'askar-'askar berbaris dan berjalan ia-itu pada ketika ada sa-orang besar yang malang di-bawa ka-Penjara Tower

I · r "I

KEHIDUPAN TOM PADA MASA KtCH1L-NYA 7

dengan berjalan kaki atau jalan perahu mengikut sungai. Pada suatu hari musim panas ia telah melihat sa-orang perempuan miskin bernama Anne Askew bersama-sama tiga orang laki-Iaki kena bakar hidup-hidup pada tiang pembakaran orang salah dekat pasar d~ging bandar London itu. Ketika itu juga ia telah men­clengar sa-orang bekas bishop (paderi besar) berkhutbah kapada orang-orang yang kena hukum itu, dari hal perkara-perkara akhirat; tCtapi khutbah paderi itu tidak membangkitkan gemar-nya. Pcndek-nya kehidupan Tom chukup-Iah macham-macham-nya, sa­kcjap bagitu sa-kejap bagini - tidak terbit jemu dengan sebab sa-macham sahaja tiada berubah-ubah. Oleh sebab itu suka-Iah juga hati-nya.

Lama kelamaan segala hal-hal yang di-bacha dan di-mimpi­mimpikan oleh Tom fasal kehidupan anak raja-raja itu pun sangat­lah menarek dan memberi bekas di-atas segala ujud perasaan-nya dcngan tiada sedar sahaja ia telah terbuat-buat dan terbawa-bawa pada diri-nya segala gaya-gaya dan kelakuan anak raja saperti yang cli-dalam angan-angan-nya itu. Segala perchakapan dan tingkah laku-nya telah menjadi ber'adat benar mengikllt saperti peratoran raja-raja, dan bahasa-nya pun telah biasa-Iah menggunakan beta, kami, adinda, kakanda, bonda, ayahanda, titah, sembah, dan sa­bagai-nya. Segala kawan-kawan-nya dan budak-budak kenalan-nya semua suka tertawa-tawa dan gemar melihat dia demikian itu. Dari masa itu Tom pun mula-Iah bertambah-tambah di-sayangi dan di-ikut perkataan-nya oleh segala budak-budak dan orang muda­muda ini - makin sa hari makin bertambah. Lama-lama sa­hingga ia di-pandang mereka dengan pandangan lebeh dan tinggi dan 'ajaib, dan di-kirakan dia saperti suatu kejadian yang lebeh mulia, kerana di-lihat mereka akan dia sa!npai bagitu sa-kali pandai­nya! Boleh berbuat dan berkata perkara-perkara yang sa-bagitu 'ajailwa! Lagi pun ia bagitu sa-kali bijak dan halus fikiran-nya !

~J . ~la perkataan dan perbuatan Tom ini di-sampaikan oleh

I hud;l!<-Dudak itu kapada ibu bapa-nya dan orang tua-nya masing­asing. Maka orang-orang tua ini pun tiada lengah melainkan

mula-Iah pula berchakap-chakapkan hal Tom Canty sama sendiri-nya, dan . menghitongkan dia sa-orang yang sangat pandai dan tcrang hati dalam dunia ini . Orang-orang yang sudah chukup bcsar dan 'umor pun datang kapada Tom m_embawakan barang­barang apa-apa kepayahan yang mereka ta' mengerti minta tolong ertikan. Ketika itu kerap-kali-lah mereka terchengang dan hairan

8 ANAK RAJA DtNGAN ANAK PAPA

melihat bijak-nya dan pantas-nya jawab-.jawab yang di-beri o!ch Tom itu. Pendek-nya Tom telah jadi sa-orang besar betul pada pemanclangan sega!a orang-orang yang kenaI akan dial kechl1a!i orang-orang rumah-nya sendiri ia-itu emak-nya, bapa-nya, kakak­nya dan nenek-nya yang tersebut clahulu - mereka ini-lah sahaja yang tiacla nampak apa-apa kelebehan pacla nya.

Tiada lama lepas itu Tom pun mulal mengaclakan ' majlis penghaclapan" betul-betul ia-itu di-perbuat dalam sulit sahaja! Dia jacli anak raja. Segala kawan-kawan-nya yang rapat laki-laki dan perempuan jacli orang orang besar-nya saperti juak-il1ak, bentara-bentara, biduancla-bicluancla, clayang-clayang, pelayan, dah>', clatin clan segala ahli-ahli kerabat raja. Tiap-tiap hari anak raja pura-pura ini di-sambut dengan peratoran 'adat isti'adat yang chukup tertib ia-itu di-tiru oleh Tom daripada kesah-kesah yang eli­bacha-nya itu. Tiap-tiap hari segala hal besar-besar bersangkl1t clengan perentah dan kerajaan negeri olok-olok itu di-bahathkan dalam majlis penghaelapan itu; dan tiap-tiap hari yang teramat mulia anak raja falsu itu mengeluarkan hukuman dan titah perentah kapada segala bah tentera-nya darat clan laut dan kapada segal a wakil-wakil dan naib raja di-negeri-negeri ta'alok-nya. Tetapi sakalian-nya itu ada ujlid-nya di-dalam khayal dan angan-angall Tom sahaja.

Sa-telah selesai daripada "majlis penghadapan" itu ia pUll keluar-lah balek saperti biasa dengan pakaian chompang-champing­nya pergi meminta sedekah empat lima cluit, makan roti kering­nya, kena pukul clan sakal .dan hamun saperti sa-hari-hari, kemu­dian lalu ia berbaring di-atas tilam jerami lapok-nya yang Wah berkulat itu serta mengulangi balek kebesaran-nya yang kosong itu di-dalam mimpi-nya. .

Dalam demikian keinginan-nya hendak dapat melihat Clllak raja yang sa-benar itu makin bertambah-tambah kuat juga dalam hati-nya clari sa-hari ka-sah:ui dan dari sa-minggu ka-saminggl1-kalau dapat melihat sa-kali sahaja pun jadi-lah, fikir-nya_ Kc· sudahan-nya sa-hingga itu-lah sahaja yan~ di ingat-nya, habis liput oleh-nya segala angan-angan dan chita-chita-nya yang lain.

Pada suatu hari dalam bulan January ia telah berjalall me­minta sedekah saperti biasa. Ia berjalan pulang balek di-sakeliling tempat yang bernama Lorong Chinchang dan Lorong Timor Kechil itu hingga beriam-jam lama-nya dengan hati yang seha! kerana tiac1a harapan lagi boleh dapat apa-apa. Kaki pun tiacla

r ' ;7