ampai

Upload: nur-syafika-nasir

Post on 08-Jan-2016

226 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

cerita rakyat

TRANSCRIPT

Ampai-ampai dan Puteri Raja Laut

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh dan salam sejahtera. Nama saya, Nur Fariah Haziqah binti Aznal Hafizi dari Sekolah Kebangsaan Taman Skudai Baru 2. Terima kasih kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, penjaga masa yang tidak pernah alpa dengan tugasnya, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah Ampai-ampai Dan Puteri Raja Laut.

Pada zaman dahulu, ada seorang hamba Raja Laut yang sangat setia kepada rajanya. Namanya Ampai-ampai. Ampai-ampai telah ditugaskan oleh raja untuk menjaga puteri baginda yang sangat cantik.

Pada suatu hari, puteri itu pergi bermain-main di tepi pantai bersama beberapa orang dayang. Pada ketika itu sebuah kapal besar yang dimiliki oleh seorang putera raja yang kacak telah berlabuh di tepi pantai itu. Putera raja terpesona melihat kecantikan puteri Raja Laut. Wah, kacak sungguh ya putera raja itu dayang-dayang!, kata puteri Raja Laut kepada dayang-dayangnya. Puteri Raja Laut pun demikian juga apabila terlihat putera raja yang gagah perkasa dan kacak itu.

Putera raja telah memujuk puteri Raja Laut supaya menaiki kapalnya yang sedang berlabuh itu. Setelah memberi isyarat kepada dayang-dayangnya, puteri itu pun naik ke kapal putera raja. Putera raja mengerahkan kelasi-kelasinya supaya menaikkan layardan segera belayar meninggalkan pantai itu.

Pada waktu itu, Ampai-ampai baru tersedar. Dia berlari menuju ke pantai tetapi kapal itu sudah punmeninggalkan pantai. Pada ketika itu, ampai-ampai berasa amat kecewa kerana tidak menjaga puteri Raja Laut dengan baik. Ampai-ampai mengeluh sambil berkata, apakah yang harus aku khabarkan kepada tuanku mengenai pemergian puteri Raja Laut bersama putera raja itu. Ampai-ampai pun pulang ke istana lalu menceritakan kejadian itu kepada Raja Laut.

Raja Laut sangat murka. Baginda mengambil sebatang kayu lalu memukul tubuh Ampai-ampai sehingga remuk dan hancur tulangnya.Engkau jangan naik ke darat sebelum puteri beta pulang kepada beta, titah baginda. Setelah itu Raja Laut menbuangkan Ampai-ampai ke tepi laut.

Ampai-ampai dilanda ombak ke sana sini dan akhirnya tersangkut pada ranting-ranting kayu di tepi pantai. Itulah sebabnya Ampai-ampai tidak bertulang hingga sekarang ini dan sepanjang masa tersidai pada ranting-ranting kayu di gigi air. Kononnya, dia akan menunggu di tempat begitu sehingga Puteri Raja Laut itu lalu di situ dan pulang kepada ayahandanya. Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini.

Ingatlah, wahai kawan-kawan. Kita mesti melaksanakan tanggungjawab dengan baik dan janganlah kita menghukum binatang kerana amalan itu tidak baik. Selain itu, kita perlu lebih berwaspada terhadap orang yang tidak dikenali.

Sekian, terima kasih.