wong ling syu(2004)
Post on 03-Oct-2015
28 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
-
REKA CIPTA ALAT LARI ULANG ALIK 4 X 10 METER BAGI UJIAN KECERGASAN JASMANI KEBANGSAAN (UKJK) UNTUK MENGUJI
KETANGKASAN.
WONG LING SYU
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
-
PSZ 19:16 (Pin. 1/97)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: REKA CIPTA ALAT LARI ULANG ALIK 4 X 10 METER BAGI UJIAN KECERGASAN JASMANI KEBANGSAAN (UKJK) UNTUK MENGUJI KETANGKASAN.
SESI PENGAJIAN: 2003/2004 Saya WONG LING SYU
(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis ini adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan (9)
SULIT
Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
__________________________________ ________________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : 1, JALAN GETAH P.M DR. ABDUL HAFIDZ BIN HAJI OMAR 96100 SARIKEI, Nama Penyelia SARAWAK. Tarikh: 26 FEBRUARI 2004 Tarikh: 26 FEBRUARI 2004
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
9
-
Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tugasan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan)
Tandatangan : . Nama Penyelia : PROF. MADYA DR. ABDUL HAFIDZ BIN HAJI OMAR Tarikh : 26 FEBRUARI 2004
-
REKA CIPTA ALAT LARI ULANG ALIK 4 X 10 METER BAGI UJIAN
KECERGASAN JASMANI KEBANGSAAN (UKJK) UNTUK MENGUJI
KETANGKASAN.
WONG LING SYU
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
FEBRUARI, 2004
-
ii
Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan : .
Nama Penulis : WONG LING SYU
Tarikh : 26 FEBRUARI 2004
-
iii
DEDIKASI
Buat ayah dan emak serta keluarga yang berada jauh di Sarawak, kejayan ini
ditujukan khas untuk anda semua. Segala jasa, sokongan dan pengorbanan masa dan
kewangan yang diberikan tidak akan ku lupakan selamanya. Dan teristimewa buat
seseorang yang disayangi, terima kasih segalanya. Khas buat,
Wong Yiik Chien
Tang Siong Nyuk
Wong Ching Ching
Wong Ling Ling
Wong Ing Ing
Wong Ling Shiung
-
iv
PENGHARGAAN
Salam sejahtera. Di sini saya bersyukur terhadap limpah dan kurnia Tuhan
dapat saya menyempurnakan Projek Sarjana Muda (PSM) dalam tempoh masa yang
telah ditetapkan meskipun saya tidak dapat mengelakkan diri daripada pelbagai
kesulitan dalam menghasil dan menjayakan projek ini.
Terlebih dahulu, ucapan terima kasih saya yang tidak terhingga ditujukan buat
keluarga tersayang terutama Ayah dan Emak yang memberi restu dan sokongan yang
tidak ternilai harganya buat saya. Ucapan terima kasih juga tidak lupa ditujukan buat
ahli keluarga saya yang lain yang sering memberi sokongan kepada saya. Penghargaan
khas dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih saya kepada penyelia projek iaitu Prof.
Madya Dr. Abdul Hafidz Haji Omar banyak memberi tunjuk ajar yang berguna dan
banyak membantu dalam menjayakan projek ini.
Buat Encik Mazan bin Aripin yang banyak mambantu dalam penciptaan alat,
kerjasama yang diberikan sungguh bermakna. Terima kasih juga kepada Encik Arief
Ruhullah bin Haris serta pensyarahnya yang banyak membantu dalam bahagian
elektronik. Penghargaan juga ditujukan kepada pensyarah Sains Sukan, Tuan Haji
Abdul Hamid Rahabah, Encik Mohd Yunos bin Haji Dahlan, Dr. Mohad Anizu Mohd.
Nor, Encik Muhamad Hafiz bin Ismail dan Encik Syahrul Ridhwan bin Morazuki di
atas segala nasihat dan bimbingan yang diberikan sepanjang projek ini dilaksanakan.
Hanya Tuhan sahaja yang dapat membalas segala budi dan jasa yang diberikan.
-
v
Teristimewa buat teman-teman seperjuangan yang dikasihi, Cik Lem Sze Huang,
Encik Lim Yoke Peng, Encik Wee Yinn Sheng, Encik Cho Boon Peng, Encik Tai chu
Ping, Encik Yong Hong Then dan Encik Ooi Jin Bing serta rakan kelas yang lain dan
mereka yang terlibat dalam perlaksanaan projek ini. Pertolongan dan kerjasama yang
diberikan tidak akan ku lupakan. Terima kasih atas segala-galanya
Sekian,
-
vi
Abstrak
Kajian ini merupakan satu projek merekacipta Alat Lari Ulang Alik 4 X 10
Meter berelektronik untuk Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK). Alat Lari
Ulang Alik 4 X 10 Meter berelektronik yang direka cipta oleh penyelidik digunakan
untuk menguji ketangkasan seseorang. Alat ini mengunakan teknologi elekronik sensor
untuk mengira tempoh masa dalam saat yang digunakan untuk menghabiskan larian
ulang alik sejauh 10 meter sebanyak 4 kali. Objektif utama kajian ini adalah untuk
melihat keberkesanan Alat Lari Ulang Alik 4 X 10 Meter berelektronik menguji
ketangkasan atau reaksi tindak balas seseorang dalam UKJK. Selain daripada itu,
penyelidik juga mendapatkan persepsi daripada pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda
Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan), Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor
terhadap alat ini. Data-data daripada ujian ketangkasan dianalisis untuk membuat
perbandingan. 10 orang subjek dipilih untuk menjalankan ujian ketangkasan. Data-
data deskritif dikumpulkan melalui sesi menjawab borang soal selidik yang telah diedar
dan dijawab oleh 100 orang responden. Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar Sains
Sukan Tahun 1, Tahun 3 dan Tahun 4. Sampel kajian adalah dipilih secara rawak
kelompok. Data yang dianalisis menggunakan perisian Microsoft Excel berdasarkan
kekerapan dan peratus. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Alat Lari Ulang Alik 4
X 10 Meter berelektronik berkesan untuk menguji ketangkasan seseorang dalam Ujian
Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK). Alat yang direkacipta oleh penyelidik juga
mendapat sambutan positif daripada pelajar-pelajar Sains Sukan, Universiti Teknologi
Malaysia, Skudai, Johor. Dalam kajian ini juga akan dibincangkan tentang masalah-
masalah yang dihadapi sepanjang penyelidikan ini dilaksanakan dan cadangan
-
vii
penyelidik turut dikemukakan bagi memperbaiki dan memantapkan lagi mutu hasil
penyelidikan pada masa akan datang.
Abstract
This research was a project to design an Electronic 4 X 10 Meter Shuttle Run
Equipment for the National Physical Fitness Test (UKJK). The equipment designed by
the researcher was to test the individual agility. This equipment uses electronic sensor
technology to detect time period that been take by subject to finish the shuttle run test.
The purpose of this research was to determine the effectiveness of the 4 X 10 Meter
Shuttle Run Equipment in the agility test for UKJK. In addition, researcher also
obtained the perception of all of the undergraduates in Bachelor Degree of Science and
Education (Sports Science), University Technology Malaysia (UTM) towards the 4 X
10 Meter Shuttle Run Equipment. The data was collected from the agility test for
comparison. 10 subjects were selected to run the agility test. Besides that the subjects
stated above together with another 90 Sports Science undergraduates from year 1 to 4
were ask to answer questionnaire that was distributed. The data collected were
analyzed using the Microsoft Excel based. From the research, the 4 X 10 Meter Shuttle
Run Equipment designed by the researcher was effective to be use in carrying out the
agility test in the National Physical Fitness Test (UKJK). This equipment also obtained
a positive reaction from the undergraduates of Sport Science, University Technology of
Malaysia, Skudai, Johor. In this research, problems faced by the researcher himself
were been discussed and opinions from the researcher will be listed out to fix and to
stabilize the quality of the future researches.
-
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
BORANG PENGESAHAN
BORANG KELULUSAN
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
-
ix
BAB PERKARA MUKA SURAT
BAB I PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 6
1.3 Pernyataan Masalah 9
1.4 Objektif Kajian 11
1.5 Persoalan Kajian 11
1.6 Kepentingan Kajian 11
1.7 Batasan Kajian 13
1.8 Definisi Operasional 13
1.9 Penutup 15
BAB II SOROTAN KAJIAN 16
2.1 Pengenalan 16
2.2 Teori Rekabentuk 18
2.3 Kajian Yang Berkaitan Dengan Ketangkasan 22
2.4 Kaedah Reka Bentuk 26
2.5 Penutup 28
-
x
BAB III METODOLOGI KAJIAN 29
3.1 Pengenalan 29
3.2 Rekabentuk Kajian 30
3.3 Tempat Kajian 30
3.4 Populasi dan sampel Kajian 30
3.5 Instrumen Kajian 31
3.6 Prosedur Kajian 34
3.7 Prosedur Latihan Lari Ulang Alik 4 X 10m 35
3.8 Pengumpulan data 39
3.9 Penganalisaan Data 39
3.10 Penutup 39
BAB IV PENGANALISAAN DATA 40
4.1 Pengenalan 40
4.2 Analisis Data Ujian Ketangkasan 41
4.3 Analisis Data Soal Selidik 43
4.4 Persepsi Terhadap Alat Lari Ulang Alik 4 X 10m 48
4.5 Penutup 59 BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN
CADANGAN 60
5.1 Pengenalan 60
-
xi
5.2 Ringkasan Kajian 60
5.3 Perbincangan 61
5.4 Masalah Yang Dihadapi 64
5.5 Cadangan 66
6.0 Kesimpulan 67
BIBLIOGRAFI 68
LAMPIRAN 73
-
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 4.1 Data Ujian Ketangkasan Subjek Lelaki 41
4.2 Data Ujian Ketangkasan Subjek Perempuan 42
4.3 Umur Responden 44
4.4 Tahap Kesukaan Responden Terhadap
Alat Lari Ulang Alik 4 X 10m 48
4.5 Kesesuaian Penggunaan Alat Lari Ulang Alik 4 X 10m
Kepada Responden 49
4.6 Alat Lari Ulang Alik 4 X 10m
Membantu Menguji Ketangkasan Badan 50
4.7 Alat Lari Ulang Alik 4 X 10m Membantu Meningkatkan
Ketangkasan Badan 51
4.8 Alat Lari Ulang Alik 4 X 10m Selamat Digunakan 52
4.9 Kesesuaian Penggunaan Alat Lari Ulang Alik 4 X 10m
di Sekolah Menengah 53
4.10 Kesesuaian Alat Lari Ulang Alik 4 X 10m
dalam Kelas Pendidikan Jasmani 54
4.11 Alat Lari Ulang Alik 4 X 10m
akan Mendapat Sambutan Baik di Sekolah 55
4.12 Ujian dengan Alat Lari Ulang Alik 4 X 10m Lebih Baik
daripada Ujian Tanpa Alat Lari Ulang Alik 4 X 10m 56
4.13 Alat Lari Ulang Alik 4 X 10m Mudah Dialihkan 57
4.14 Alat Lari Ulang Alik 4 X 10m
-
xiii
Jimat Ruang dan Mudah disimpan 58
4.15 Alat Lari Ulang Alik 4 X 10m Boleh Diperbaiki Lagi. 59
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
4.1 Jantina Responden 43
4.2 Bangsa Responden 45
4.3 Bidang Sukan Yang Diceburi/Diminati Oleh Responden 46
4.4 Kekerapan Responden Bersukan Dalam Seminggu 47
-
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Lukisan Alat Lari Ulang Alik 4 X 10 meter 73
B Senarai Bahan Dan Kos Pembuatan Alat 74
C Borang Skor 75
D Borang Soal Selidik 76
E Gambar 79
-
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pelbagai permainan pada masa kini merupakan permainan yang dimainkan
secara berpasukan tetapi memerlukan kerjasama ahli-ahli pasukan dan kemahiran serta
kebolehan yang dimiliki oleh individu dalam pasukan tersebut. Contohnya seperti satu
pasukan bola tampar yang memerlukan kerjasama kesemua ahlinya dalam pasukan
tersebut. Tetapi selain daripada kerjasama ahli pasukan, satu aspek lain yang penting
dalam mendorong kepada kejayaan pasukan adalah salah satu aspek dalam Ujian
Kecergasan Jasmani Kebangsaan atau lebih dikenali sebagai UKJK. (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 1998) Aspek penting yang dimaksudkan adalah aspek
ketangkasan. Ketangkasan ini sebenarnya berkait rapat dengan kepantasan yang
menuntut atlit untuk bergerak ke merata tempat dan arah di dalam gelanggang. Di sini,
penekanan utama untuk persediaan fizikal adalah berkhususkan pada ketangkasan dan
kepantasan. Ketangkasan adalah penting untuk meningkatkan kemampuan seseorang
atlit dari segi kawalan dan penguasaan gelanggang. Untuk mencapai tahap ketangkasan
yang maksimum, seseorang atlit memerlukan tahap kecergasan fizikal yang tinggi
seperti kekuatan, kuasa, dayatahan otot, fleksibiliti, koordinasi, dayatahan
kardiovaskular dan ketangkasan khususnya.
Menyentuh mengenai ciri-ciri di atas, sebenarnya ia merangkumi kebolehan
motor seseorang. Pernahkah anda melihat seorang atlit ski yang meluncur laju ke bawah
menuruni bukit bersalji tebal sambil mempersembahkan pergerakan-pergerakan yang
-
agak merbahaya? Sebenarnya apa yang boleh dilihat di persoalan di atas merupakan
keupayaan pergerakan dalam pelbagai arah dengan cekap dan pantas. Terdapat
beberapa faktor yang mempengaruhi atau membolehkan sesuatu pergerakan itu
dilakukan dengan sempurna iaitu keseimbangan, kuasa, masa dan koordinasi.
Berdasarkan pelbagai kajian yang pernah dijalankan, didapati satu aspek penting yang
merangkumi kesemua faktor yang mempengaruhi sesuatu pergerakan adalah aspek
ketangkasan.
Fenomena ketangkasan merupakan satu tindakan atau tingkahlaku normal
seseorang terhadap kebolehan tubuh badannya bertindak sebaik sahaja menerima
sebarang rangsangan luar dan ia secara tidak langsung mempunyai perkaitan dengan
kepantasan, masa reaksi dan keseimbangan. Dalam pelbagai sukan, kebolehan dan
kecekapan ketangkasan yang berkualiti merupakan satu aset yang sangat penting yang
perlu dikuasai oleh ahli-ahli sukan terutamanya dalam permainan yang menggunakan
raket seperti badminton dan skuasy. Sebagai contoh, permainan badminton, seorang
pemain badminton perlu bertindakbalas dengan menggerakkan tubuh badannya ke arah
bulu tangkis yang telah dihantar oleh pihak lawan.
Sheikh Kamaruddin dan Sarjit Singh (1998) telah menyatakan yang ketangkasan
merupakan kebolehan dan keupayaan seseorang itu bertindak dengan secepat yang boleh
yang dapat membantunya dalam situasi permainan dan dalam masa kecemasan dari segi
menyelamatkan diri. Dari pandangan sudut lain pula, Helen Ten dan Haridas (1996)
menyatakan bahawa ketangkasan adalah suatu perlakuan motor iaitu pergerakan
berturutan dengan arah yang berbeza, kecekapan dan kepantasan.
Di samping itu, ketangkasan juga adalah berkait rapat dengan kepantasan dan
keseimbangan di mana atlit dalam pelbagai jenis sukan pada masa kini hendaklah
menguasai tiga perkara dalam komponen kemampuan motor yang boleh didapati dalam
aktiviti lari ulang alik. Oleh itu, latihan yang melibatkan aspek komponen kemampuan
motor iaitu ketangkasan, kepantasan dan keseimbangan harus sentiasa diadakan bagi
-
meningkatkan lagi kemampuan seseorang individu dalam melakukan sesuatu aktiviti
atau latihan yang seterusnya menyebabkan pergerakan seseorang itu lebih pantas dan
tangkas.
Menurut Wee Eng Hoe (1996), kecergasan fizikal boleh dibahagikan kepada dua
bahagian, iaitu kecergasan fizikal yang berasaskan kesihatan dan kecergasan fizikal yang
berasaskan perlakuan motor. Terdapat lima aspek dalam komponen kecergasan fizikal
yang berasaskan kesihatan iaitu daya tahan kardiovaskular, kekuatan otot, daya tahan
otot, komposisi tubuh badan dan kelenturan manakala kecergasan fizikal yang
berasaskan perlakuan motor mempunyai lima aspek juga seperti koordinasi,
ketangkasan, kuasa, imbangan, masa tindak balas dan kelajuan.
Menurut Falls (1980), kecergasan fizikal merupakan kecergasan untuk kesihatan
yang merangkumi aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang
dipercayai memberi individu perlindungan dari ancaman penyakit hipokinetik
(kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung, kegemukan dan pelbagai penyakit
otot dan tulang. Kecergasan untuk prestasi pula adalah merujuk kepada fungsi dan
keupayaan individu untuk bertanding dalam aktiviti sukan dengan bertenaga, berdaya
kuasa, kekuatan, berdaya tahan, berkemahiran dan sebagainya.
Corbin dan Linsey (1994) telah mendefinisikan kecergasan fizikal sebagai
keupayaan keseluruhan organisma manusia berfungsi dengan efisyen dan berkesan.
Kecergasan fizikal dikaitkan dengan kebolehan seseorang bekerja dengan berkesan,
menikmati masa riadah, menjadi sihat, menentang penyakit hipokinetik dan menghadapi
keadaan-keadaan kecemasan. Menurut Corbin dan Linsey lagi, kecergasan fizikal boleh
dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan dan
kecergasan fizikal berlandaskan motor.
Menurut Teng Boon Tang (1995), kecergasan fizikal sebagai satu kaedah di
mana seseorang itu mempunyai cukup tenaga untuk melaksanakan tugas-tugas hariannya
-
tanpa berasa letih dan masih bertenaga untuk kegiatan masa senggangnya. Di samping
itu, seseorang itu masih mempunyai tenaga untuk bertindak jika berlaku kecemasan.
Memandangkan negara kita sedang giat menuju ke arah melahirkan atlit yang
bertaraf antarabangsa, satu ujian yang mantap dan sempurna telah diwujudkan oleh
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan yang dikenal sebagai UKJK (Ujian
Kecergasan Jasmani Kebangsaan).
UKJK (Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan) merupakan satu set ujian
yang terdiri daripada ujian-ujian komposisi badan, bangun tubi bervariasi, tekan tubi,
lari ulang-alik 4X10m, lompat jauh berdiri, duduk jangkau dan ujian kecergasan
kardiovaskular.
Untuk melahirkan seorang atlit yang berjaya dalam sukannya, bidang sukan
haruslah sentiasa berkembang. Di sinilah peranan pendidikan Sains Sukan semakin
berkembang dengan pesat sejajar dengan perkembangan sukan di negara Malaysia.
Melalui program yang dijayakan bersama dengan pihak universiti, pendidikan sains
sukan telah pun dikembangkan dan diperkenalkan ke seluruh Malaysia untuk
memajukan bidang sukan di negara ini.
Sains sukan merupakan suatu bidang ilmu serta kepakaran yang merangkumi
teori dengan amali di makmal sukan serta pergerakan anggota badan ahli sukan tidak
kira di gelanggang mahupun di padang. Prestasi bagi atlit di Negara ini akan sentiasa
berada dalam keadaan statik dan pada tahap lama tanpa sedikit pengetahuan tentang
sains sukan dan kegunaan teknologi moden. Di sinilah lahirnya idea untuk mewujudkan
ujian-ujian kecergasan yang dibantu oleh kelengkapan peralatan sukan yang melatih dan
memberi pendedahan kepada graduan sains sukan untuk melibatkan diri dalam bidang
yang lebih mencabar iaitu kejuruteraan sukan bagi merekabentuk dan mencipta peralatan
sukan bagi tujuan untuk diaplikasikan di sekolah-sekolah di Malaysia dengan kerjasama
bidang luar iaitu Kejuruteraan Awam dan Elektronik di Universiti.
-
Idea gabungan ujian kecergasan dengan peralatan tercetus ketika lawatan ke atas
sekolah-sekolah menengah yang kebanyakannya menghadapi masalah kekurangan
peralatan sukan yang sesuai dengan ujian kecergasan yang dilakukan. Tujuan lain
peralatan sukan ini dibangunkan adalah untuk melatih para atlit sekolah secara lebih
berkesan. Masalah kewangan pada sesebuah sekolah untuk memiliki peralatan sukan
luar negara yang berlipat ganda harganya dibandingkan dengan barangan tempatan telah
mengalakkan lagi usaha mengabungkan peralatan sukan dengan ujian kecergasan..
Sekumpulan penyelidik yang mengambil bidang sains sukan di Universiti
Teknologi Malaysia telah membuat keputusan memilih UKJK (Ujian Kecergasan
Jasmani Kebangsaan) sebagai panduan untuk merekabentuk 8 peralatan sukan khas
untuk 8 ujian kecergasan yang akan dijalankan dalam UKJK.
Projek atau peralatan yang dicipta merupakan hasil daripada idea yang tersendiri
atau hasil pengubahsuaian daripada peralatan yang sedia ada di pasaran dan ianya
haruslah berpotensi untuk dipasarkan.
Kecergasan jasmani adalah khusus dan penting kepada setiap individu di mana
tahap kecergasan yang diperlukan oleh setiap individu adalah berbeza dan bergantung
kepada pekerjaan dan gaya hidupnya. Tahap kecergasan yang diperlukan oleh seorang
ahli sukan profesional adalah jauh lebih tinggi dibandingkan dengan tahap kecergasan
seorang kerani pejabat. Kanak-kanak di sekolah yang mempunyai tahap kecergasan
selaras dengan peringkat umurnya sentiasa menikmati kehidupan yang lebih seronok dan
sihat dibandingkan dengan mereka yang kurang cergas. Mereka yang cergas akan
berkeupayaan dan sentiasa berpeluang melibatkan diri secara aktif dengan perlakuan
atau aktiviti yang lebih cekap dan sihat dalam kegiatan masa lapang, misalnya
permainan dan sukan. Mereka juga akan pulih dari kerja yang berat dengan lebih cepat
dan sentiasa berada dalam keadaan tenang.
-
Oleh itu, untuk mengekalkan tahap kesihatan yang optimum, aktiviti kecergasan
fizikal adalah penting dan haruslah diamalkan selalu. Peralatan sukan yang direkacipta
di sini juga akan membantu dalam mengekalkan tahap kesihatan yang optimum kerana
peralatan yang direkacipta telah pun disesuaikan dengan peringkat umur yang berbeza
tidak kira tua atau muda.
1.2 Latar Belakang Masalah
Melalui pelbagai penyelidikan dan kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik,
telah didapati bahawa prestasi sukan kebanyakan atlit sekarang adalah jauh lebih baik
jika dibandingkan dengan prestasi mereka sebelum ini. Sebenarnya apakah punca-punca
yang mendorong kepada tahap peningkatan yang begitu baik?
Pelbagai faktor penting yang dianggap meningkatkan tahap prestasi sukan telah
pun dikenal pasti oleh para saintis sukan dan antaranya adalah keturunan seseorang atlit,
cara program latihan yang lebih moden dan sistematik serta, latihan yang berasaskan
prinsip serta pengetahuan sains sukan. Di samping itu, cara pemakanan yang terancang
dan lebih terkawal, serta peralatan sukan yang semakin canggih dan direka cipta khas
untuk membolehkan seseorang atlit melakukan latihan mereka tanpa mengira waktu,
masa dan cuaca.
Mesin-mesin dan kemudahan-kemudahan yang semakin canggih dan moden
contohnya seperti alat motion analysis, electromyography, whole body reaction
measuring equipment, time measurement divice, dynamometer, three-dementional
movement analysis system, spirometer, muscles stimulator dan pelbagai kemudahan lain
yang berasaskan teknologi biomekanik telah berjaya memberi banyak pengetahuan
penting tentang system lokomotor manusia bagi tujuan memudahkan perjalanan latihan-
latihan dengan pendekatan yang bersistematik dan meningkatkan prestasi atlit ke tahap
yang maksimum pada masa yang sama.
-
Penyelidik telah cuba mencari pendekatan baru dengan menerokai bidang
rekabentuk peralatan sukan dan merekacipta satu alat yang berupaya meningkatkan
prestasi atlit dari segi ketangkasan badan.
Seperti yang sedia maklum, alat senaman di pasaran sekarang telah melimpahi
bidang sukan dengan pelbagai jenama dan keluaran. Kesemua peralatan ini
sememangnya mahal dan bagi sebuah sekolah yang berminat memilikinya, kos yang
tinggi adalah diperlukan. Adakah sesebuah sekolah mampu memiliki peralatan yang
secanggih itu dengan harga beribu-ribu malah mungkin mencecah berjuta-juta ringgit?
Walaupun sekolah diberi peruntukan untuk memenuhi keperluan pelajar di sekolah
tetapi ia nyata tidak mencukupi bagi sesebuah sekolah memiliki peralatan sukan tersebut
lebih-lebih lagi bagi sesebuah sekolah yang berada di kawasan kampung.
Meskipun sekolah mempunyai peralatan sukan yang canggih, pelajar-pelajarnya
juga kurang didedahkan oleh peralatan tersebut kerana pihak sekolah sentiasa
bimbangkan kerosakan peralatan tersebut yang akan menyebabkan kerugian pada pihak
sekolah kerana pelajar-pelajarnya yang tidak mampu untuk membayar ganti rugi
terhadap sebarang kerosakan yang dialami.
Kita sebagai guru PJK atau jurulatih yang cekap di sekolah,seharusnya
menjalankan satu kajian terperinci mengenai peralatan sukan yang bakal digunakan atau
diperkenalkan kepada pelajar-pelajar atau atlit sekolah sebelum setiap sesi latihan
dijalankan. Tujuannya adalah supaya ia memberi manfaat kepada guru atau jurulatih
yang menggunakannya dan mengelakkan sebarang kerugian atau kesulitan daripada
berlaku terhadap pembeliannya. Guru-guru PJK dan jurulatih-jurulatih di sekolah
adalah digalakkan untuk mengemukakan sebarang idea serta pandangan mereka yang
kreatif dan inovatif untuk merekacipta peralatan sukan baru seperti Alat Lari Ulang
Alik 4 X 10 Meter, Alat Sit Up (bangkit tubi), Alat Step Test, Treadmill, Alat Push up
-
(tekan tubi), alat Komposisi Badan, dan Alat Duduk dan Jangkau (sit and reach) yang
terdapat dalam UKJK.
Aspek keselamatan juga haruslah dititik beratkan oleh jurulatih dan juga pelajar-
pelajar semasa latihan dijalankan. Keselamatan menggunakan peralatan senaman adalah
bermula daripada disiplin serta peraturan-peraturan asas. Oleh itu, sebelum setiap sesi
latihan dimulakan, rancangan yang terperinci haruslah diatur dengan teliti merangkumi
jangka masa, jenis senaman, isipadu latihan, kekerapan serta waktu rehat antara latihan
dengan menggunakan alat tersebut.
Cara lama atau tradisional yang menggunakan alat ukur analog telah
membazirkan ramai tenaga penolong untuk membantu menyiapkan proses pengiraan,
pencatatan data, pengambilan masa dan sebagainya. Semua proses ini memakan masa
yang lama dan ruangan yang agak besar diperlukan. Cuaca juga mempengaruhi proses
ujian yang dijalankan di luar bilik darjah atau di luar dewan tertutup. Oleh itu,
penyelidik telah mengemukakan idea dengan mencipta suatu alat yang dilengkapi
dengan kemudahan peralatan digital yang lengkap dengan bahan elektronik untuk proses
pengiraan dan pencatatan bacaan. Alat baru yang direkacipta ini bukan sahaja memberi
bacaan yang tepat tetapi ia juga membolehkan seseorang pelajar atau atlit menguji tahap
kecergasan atau ketangkasannya tanpa bantuan orang lain. Selain daripada itu, ujian
tersebut juga dapat dilakukan di dalam bilik pada bila-bila masa sahaja tanpa
menghiraukan keadaan cuaca.
Sekolah-sekolah yang tidak mempunyai peralatan sukan yang canggih dan
sempurna telah memberi penyelidik suatu idea untuk mereka cipta satu alat yang boleh
membantu sekolah tersebut untuk meningkatkan mutu sukan sekolah tanpa
membazirkan perbelanjaan yang banyak..
-
1.3 Pernyataan Masalah
Kekurangan peralatan sukan yang canggih untuk mata pelajaran Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan menjalankan ujian kecergasan fizikal amat menyusahkan guru
yang mengajar mata pelajaran ini. Ini kerana guru tidak dapat menguji kesemua
pelajarnya dengan sepenuhnya. Pelajar-pelajar terpaksa menunggu giliran mereka untuk
bermain atau menjalankan sesuatu latihan yang menggunakan sesuatu peralatan itu.
Oleh kerana para pelajar perlu menunggu giliran mereka maka ini secara tidak langsung
mewujudkan faktor pelajar-pelajar menjadi kurang berminat untuk mengikuti kelas
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di sekolah dan menyebabkan para guru tidak dapat
menguji tahap kecergasan pelajar dengan sempurna.
Kebanyakan peralatan yang terdapat di sekolah yang telah lama yang mungkin
juga telah rosak adalah tidak selamat untuk digunakan. Penggunaan peralatan itu
mungkin akan menyebabkan kecederaan kepada pelajar.
Oleh kerana UKJK memainkan peranan yang amat penting dalam mata pelajaran
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, maka penyelidik mendapat idea untuk merekacipta
sesuatu peralatan yang boleh membantu memudahkan proses ujian yang dijalankan.
Kemudahan ini adalah penting untuk menggantikan peralatan yang tidak cukup atau
untuk menggantikan peralatan yang telah rosak. Kreativiti yang ada pada seseorang
guru itu adalah penting untuk dia mereka cipta peralatan UKJK yang boleh digunakan
dalam menguji tahap kecergasan pelajar.
Pelajar-pelajar sebenarnya adalah aktif dan mereka juga suka bermain-main
selain daripada belajar di dalam bilik darjah. Mereka akan berasa letih dan penat jika
sentiasa belajar dan tidak bersenam. Otak para pelajar akan menjadi kurang aktif jika
mereka tidak mempunyai badan yang sihat dan ini secara tidak langsung akan
menjejaskan penumpuan sepenuh perhatian para pelajar pada pelajaran mereka.
-
Terdapat banyak ujian dalam UKJK dan penyelidik telah memilih ujian yang
dianggapnya paling menarik di kalangan ujian-ujian lain iaitu ujian lari ulang alik 4 X
10 Meter. Ujian ini dipilih kerana latar belakang penyelidik yang pernah menceburkan
diri dalam sukan bola tampar di mana dalam sukan ini, ketangkasan seseorang atlit
adalah sangat penting dalam mempengaruhi prestasinya dalam sesuatu permainan. Oleh
itu, penyelidik ingin mengkaji tentang keberkesanan ujian lari ulang alik 4 X 10 Meter
terhadap ketangkasan atlit atau masa tindak balasnya.
Terdapat banyak produk peralatan sukan yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat
swasta di pasaran. Namun begitu, produk tersebut berharga beribu-ribu ringgit malah
berjuta-juta ringgit. Sekolah tentu sekali tidak mampu untuk membeli peralatan
tersebut. Oleh itu, penyelidik ingin merekacipta satu peralatan yang berkesan, canggih,
ringan serta mudah alih, selamat digunakan, sesuai untuk bukan sahaja kepada pelajar
malah juga kepada setiap peringkat umur dan harganya juga murah. Dengan ini, alat
UKJK iaitu Alat Lari Ulang Alik 4 X 10 Meter yang beserta dengan alat elektronik
untuk menguji daya ketangkasan serta kelajuan pelajar adalah sesuai untuk kegunaan
pelajar-pelajar. Mereka boleh menggunakan alat ini bukan sahaja pada masa Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan malah pada bila-bila masa yang mereka rasakan sesuai tanpa
halangan dari cuaca. Alat ini juga boleh memberi banyak manfaat dan pengalaman
kepada mereka. Contohnya mengenai ketangkasan dan juga kaitannya dengan komposisi
tubuh seseorang individu yang mempengaruhi tahap ketangkasannya.
1.4 Objektif Kajian
Objektif bagi kajian ini dijalankan adalah untuk:
1.4.1 Keberkesanan Alat Lari Ulang Alik 4 X 10 Meter dalam menguji ketangkasan.
-
1.4.2 Mendapat maklum balas mengenai Alat Lari Ulang Alik 4 X 10 Meter
daripada mereka yang mengetahui, melihat, meneliti serta menggunakan Alat
Lari Ulang Alik 4 X 10 Meter yang telah direka cipta.
1.5 Persoalan Kajian
1.5.1 Sejauh mana keberkesanan Alat Lari Ulang Alik 4 X 10 Meter dalam menguji
ketangkasan?
1.5.2 Adakah Alat Lari Ulang Alik 4 X 10 Meter yang telah direkabentuk ini disukai
oleh pelajar-pelajar Sains Sukan Universiti Teknologi Malaysia?
mukasurat04.pdfWONG LING SYULaporan projek ini dikemukakanFakulti PendidikanFEBRUARI, 2004
top related