unsur seni & prinsip rekaan

Post on 12-Feb-2015

905 Views

Category:

Documents

87 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

pendidikan seni visual memerlukan fakta-fakta sebergini...

TRANSCRIPT

Unsur Seni & Prinsip Rekaan

Apakah ini?

Apakah ini?

Apakah ini?

Apakah ini?

Unsur-unsur seni reka terdiri daripada enam(6) elemen asas yang penting dalam penggubahan sesuatu karya seni visual iaitu:

Garisan Garisan ialah cantuman dari satu titik ke titik yang lain dengan mempunyai jarak-jarak tertentu.

Aplikasi berbagai jenis garisan dapat mencipta rupa, jalinan, ton, corak serta menimbulkan gambaran bentuk, ruang dan gerakan dalam seni visual.

Unsur Seni Visual

Terdapat pelbagai jenis garisan seperti:garisan putus-putus garisan tebalgarisan nipis garisan zig-zaggarisan beralun garisan silanggarisan berpancar dan pelbagai lagi.

Garisan boleh diolah dengan pelbagai cara atau teknik dengan menggunakan pelbagai jenis media. Contoh menggunakan teknik gosokan, capan, pualaman atau catan.

Teknik Pualaman

Rupa Rupa ialah hasil pertemuan hujung garisan dengan permulaannya. Aplikasi melalui rupa garisan, warna dan jalinan. Mesti mempunyai garisan luar (outline) dan sempadan yang mengelilinginya.

Ianya dapat dikategorikan kepada rupa geometri dan organik.

Rupa geometri lebih kepada rupa yang mempunyai sudut dan penjuru.

Rupa organik pula yang mempunyai rupa bebas dan tidak terikat pada bentuk yang khusus. Rupa ialah sesuatu kawasan yang berbeza dari ruang di sekeliling dan bersifat 2-D (tidak berjisim). Ia merupakan hasil pertemuan antara penghujung garisan dan permulaannya.

Rupa juga terbahagi kepada rupa positif dan rupa negatif

Bentuk

Bentuk ialah lanjutan daripada pemahaman rupa. Bentuk mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan biasanya bentuk mempunyai lebih daripada satu permukaan menampakkan 3 dimensi.

Bentuk mempunyai struktur dalaman. Gabungan daripada rupa dapat menghasilkan bentuk.

Bentuk terbahagi kepada 2 jenis :Bentuk Ilusi.Bentuk Konkrit.

Jalinan

Jalinan ialah sifat permukaan yang terdapat pada sesuatu objek dan boleh dikesan

secara penglihatan (tampak) atau sentuhan.

Jalinan pada permukaan objek alam sekeliling dan objek buatan manusia

mempunyai kesan tampak yang berbeza. Tuhan menjadikan setiap objek alam dengan

jalinan tertentu untuk manusia memikirkannya.

Setiap jalinan mempunyai fungsi dan nilainya tersendiri. Jalinan merujuk kepada

kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu objek.

Ia dapat menunjukkan kesan rasa dan ekspresi sesuatu objek kepada kita.

Jalinan terbahagi kepada dua iaitu; jalinan sentuh dan jalinan tampak.

Jalinan sentuh ialah jalinan yang dapat dirasai melalui sentuhan, contohnya kulit buah durian (alam semula jadi) dan jahitan sulaman (alam buatan manusia).

Jalinan tampak pula jenis jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasa melalui sentuhan.

Yang Manakah Mempunyai Ciri Keselamatan?

Ruang

• Ruang ialah jarak di antara objek yang wujud di dalam alam nyata dan juga dalam karya seni

visual.

• Objek yang berada di hadapan lebih jelas dan lebih besar berbanding dengan objek sama saiz

yang berada di bahagian belakang.

• Ruang merupakan kawasan yang dikelilingi oleh garisan, atau kawasan kosong di sekeliling

objek, atau jarak antara dua objek.

• Manakala dalam karya seni visual, ruang diwujudkan melalui kekuatan gubahan warna,

jalinan, rupa dan bentuk.Penggunaan ruang dalam

penghasilan arca oleh pengkarya Raja Shahriman.

Ruang dalam persekitaran menentukan kedudukan objek dan menimbulkan perasaan luas atau sempitnya kawasan itu.

Ruang yang digunakan di dalam catan untuk menimbulkan karya realistik dan boleh digambarkan dengan penggunaan elemen cahaya dan tona warna.

Ruang Perspektif

• Perspektif bermaksud kesan ilusi terhadap objek dalam kedudukan arah mata dengan kaki langit (titik lenyap).

• Objek akan kelihatan bersaiz lebih besar apabila kedudukannya dekat dan akan kelihatan kecil apabila berada jauh di belakang.

• Garisan perspektif digunakan untuk panduan melukis agar kedudukannya lebih tepat.

Jenis-jenis Perspektif

• Perspektif mempunyai tiga jenis:

a) Perspektif 1 titik lenyapb) Perspektif 2 titik lenyapc) Perspektif 3 titik lenyap

Perspektif 1 titik lenyap

Vanishing point

Garisan perspektif

Perspektif 2 titik lenyap

Perspektif 3 titik lenyap

Warna

Warna pigmen pewarna kimia yang bertindak balas pada sesuatu permukaan apabila ada pencahayaan.

Warna terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu warna asas, warna sekunder dan warna tertier.

Warna asas terdiri daripada warna biru, merah dan kuning; dan ianya boleh menghasilkan warna sekunder dan warna tertier. Warna sekunder pula terdiri daripada warna hijau, jingga dan ungu; dan dapat dihasilkan daripada campuran dua warna asas. Sementara itu, warna tertier terhasil daripada percampuran warna asas dan sekunder.

Roda Warna / Colour Wheel

Warna Penggenap

• Warna penggenap adalah kombinasi dua warna yang bertentangan dalam roda warna.

• Warna tersebut akan menjadi kontra diantara satu sama lain, dan menjadi daya penarik dalam warna.

Warna Penggenap

Warna Natural

• Warna yang menjadi tona kepada warna lain dan juga dikenali sebagai warna pastel.

• Warna ini terdiri daripada:-Hitam-Kelabu-Putih

Suhu Warna

• Suhu warna berperanan memberi perasaan yang berbeza kepada penonton dalam melihat karya.

• terdapat 2 jenis suhu warna:a) Warna Panasb) Warna Sejuk

Warm & Cool Colour

Nyatakan perasaan anda…

Prinsip rekaan adalah kaedah atau pengolahan unsur seni untuk menimbulkan gambaran tertentu dalam gubahan seni visual.

Prinsip rekaan terbahagi kepada tujuh iaitu:1) HARMONI2) KONTRA3) IMBANGAN4) IRAMA & PERGERAKAN5) PENEGASAN6) KEPELBAGAIAN7) KESATUAN

PRINSIP REKAAN

Harmoni

• Prinsip rekaan dalam karya seni tampak seperti unsur-unsur harmoni boleh diwujudkan dalam karya lukisan yang bertemakan alam semula jadi.

• Harmoni dalam konteks seni visual dapat ditonjolkan apabila wujudnya susunan ataupun ulangan unsur-unsur seni yang sesuai, seimbang dan menarik.

• Sebagai contohnya, keseragaman bentuk serta kepelbagaian saiz yang terdapat pada bahagian tubuh serta sayap seekor rama-rama akan menimbulkan kesan yang lebih harmoni, menarik serta seimbang.

• Penggunaan unsur-unsur harmoni dalam sesuatu hasil karya adalah bertujuan untuk menarik perhatian serta dapat menimbulkan nilai-nilai estetika.

• Warna-warna pada daun yang seakan menampakkan persamaan dan warna boleh mewujudkan ton. •Contohnya daun muda adalah lebih cerah berbanding dengan warna yang terbentuk pada daun-daun yang lebih tua.

• Melalui contoh lukisan di sebelah, penggunaan ton semasa mewarna daun akan dapat menimbulkan kesan keselesaan, keseragaman serta kesatuan pada objek yang dihasilkan.

Harmoni pada karya alam semula jadi:

Kontra

• Ianya mudah dikesan serta diwujudkan apabila salah satu daripada unsur-unsur seni (contohnya warna) mempunyai ciri-ciri yang menunjukkan pertentangan antara satu sama lain untuk memberikan kesan yang menarik pada sesuatu karya yang telah dihasilkan.

• Dalam erti kata lain, kontra adalah berkait rapat dengan prinsip rekaan seperti penegasan, iaitu lebih tinggi kadar kontra, maka lebih menyerlah penegasan dalam sesuatu karya seni yang dihasilkan.

• Kontra boleh wujud melalui perbezaan saiz, warna, bentuk, rupa, jalinan dan garisan.

Contoh karya di atas adalah merupakan cara penggunaan kontra dalam karya Catan. Kontra digunakan dengan tujuan untuk mewujudkan kesan pertentangan serta membangkitkan suasana. Oleh yang demikian, penggunaan unsur kontra dalam sesuatu karya secara kurang terancang akan menghasilkan suasana bercelaru serta nilai-nilai estetik yang kurang menyerlah.

Penegasan

Penegasan dalam konteks Pendidikan Seni Visual adalah merupakan sesuatu yang boleh memberi tumpuan kepada pemerhatian tampak.

Penegasan pada sesuatu objek pada alam semula jadi dapat berfungsi dengan sepenuhnya sekiranya objek tersebut dapat menarik perhatian seseorang apabila melihat atau memerhati objek tersebut.

Penegasan sememangnya dapat menonjolkan sesuatu unsur atau objek dalam sesuatu hasil karya yang dapat menarik perhatian.

Seseorang pengkarya yang baik, langkah utama yang beliau harus fikirkan adalah memastikan adanya penggunaan prinsip-prinsip rekaan dalam sesuatu karya yang dihasilkan bukan sahaja prinsip penegasan, malah melibatkan prinsip-prinsip rekaan yang lain seperti keseimbangan, kontra, kepelbagaian dan sebagainya kerana aspek-aspek tersebut secara tidak langsung dapat membantu dalam penghasilan kerja seni yang baik serta bermutu.

Imbangan

• Imbangan juga merupakan prinsip rekaan. Imbangan bermaksud kesamaan dan kesepadanan dari segi berat, tarikan dan tumpuan.

• Imbangan boleh dibahagikan kepada dua iaitu imbangan simetri dan imbangan tidak simetri.

• Imbangan simetri ialah unsur seni yang sama antara kiri dan kanan atau atas dan bawah (garisan ‘axis’ dilukis di tengah-tengah pembahagian tersebut).

• Imbangan tidak simetri ialah unsur seni tidak sama di kedua-dua bahagian tetapi mempunyai ciri-ciri yang menimbulkan kesan keseimbangan.

Irama Dan Pergerakan

Irama dan pergerakan berfungsi untuk memberi kesan lebih hidup dan realistik terhadap sesuatu gubahan.

Pergerakan ialah keadaan yang bergetar, bergoyang, berayun, berpancar, bersinar-sinar dan sebagainya.

Pergerakan dapat dilihat melalui kesan angin, air, ombak, taufan dan sebagainya.

Vincent Van Gogh, Starry Night. 1889

Dalam karya seni visual, olahan unsur-unsur seni visual dapat menimbulkan kesan atau ilusi pergerakan seperti dalam karya di sebelah.

Dengan menggunakan garisan dan sapuan berus, ia menampakkan ilusi pergerakan dan irama.

Kepelbagaian

• Kepelbagaian wujud hasil penggunaan pelbagai gaya, nilai, dan idea yang berbeza dalam sesuatu gubahan.

• Kepelbagaian juga dapat memberi gaya, variasi, tenaga, dan daya tarikan dalam sesuatu gubahan. Kepelbagaian dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni seperti garisan, rupa dan warna yang pelbagai dalam sesuatu gubahan.

•Sbg contoh karya sebelah:Syed Ahmad Jamal, Umpan. 1959 Oil on Board.

Kesatuan

• Prinsip rekaan kesatuan bermaksud satu tema atau satu idea bagi semua unsur dan prinsip seni dalam sesuatu gubahan.

• Kesatuan dapat menimbulkan suasana yang tenteram, teratur dan selesa.

• Pada keseluruhannya, kesatuan wujud apabila elemen seni saling lengkap-melengkapi.

Syed Ahmad Jamal, M50. 2007 acrylic on canvas.*Catan yang dihasilkan sempena Kemerdekaan yang ke-50.

Kesatuan Karya Grafik

• Prinsip kesatuan memainkan peranan dalam persembahan sesuatu poster dengan mengimbangi elemen warna, taipografi dan imej dalam membentuk komunikasi visual yang berkesan.

Kesatuan dalam hiasan dalaman

• pemilihan tema warna dan perabot yang sesuai akan menghasilkan mood dalam suasana sesuatu ruang.

Rujukan:

Elemen dan Prinsip Rekaan. Diperolehi pada Mac 10,2011 daripada http://notaanimasi.blogspot.com/2011/01/elemen-dan-prinsip-rekaan.html

Prinsip-Prinsip Rekaan. Diperolehi pada Mac 10, 2011 daripadahttp://rozelleeotakbutan.blogspot.com/p/iprinsip-rekaan-penegasan.html

Unsur-unsur seni. Diperolehi pada Mac 10, 2011 daripadahttp://colourexist.blogspot.com/2010/01/unsur-unsur-seni.html

top related