universiti teknologi malaysia - fp.utm.my filetidak lupa juga kalungan terima kasih buat...
Post on 22-Jul-2019
220 Views
Preview:
TRANSCRIPT
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN:
* Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan
menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi
pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
KESEDIAAN BAKAL GURU SISWAZAH YANG MENGIKUTI PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU UNTUK MENGAJAR MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN
2007/2008
MALATHY A/P KUBERAN
√
( √ )
PN ADIBAH BTE ABDUL LATIF NO 108 JLN BINTANG UTAMA 3, TMN BINTANG UTAMA, 8100 SENAI , JOHOR.
2 MEI 2008 28 APRIL 2008
KESEDIAAN BAKAL GURU SISWAZAH YANG MENGIKUTI PROGRAM
KHAS PENSISWAZAHAN GURU UNTUK MENGAJAR MATA
PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN. SATU KAJIAN KES.
MALATHY A/P KUBERAN
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada
Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
( Kemahiran Hidup )
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.
2008
ii
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup ) ”
Tanda tangan : …………………………………….
Nama Penyelia :
Tarikh : .........................................................
iii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri
kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya
telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : .............................................
Nama Penulis : MALATHY A/P KUBERAN
Tarikh : 28 APRIL 2008
iv
DEDIKASI
Buatmu suami yang di cintai,
EN.K.Shanmugam
Doamu, nasihatmu dan pengorbananmu menjadi pelita
Serta panduan perjuanganku dalam kehidupan ini... Tidak akan kulupai,
Buatmu ibu yang disanjungi,
Doamu, nasihatmu dan pengorbananmu menjadi pelita
Serta panduan perjuanganku dalam kehidupan ini...
Buatmu anak-anak yang kasihi
S.Anantha Kumar
S.Rajalechumy
Semoga berjaya dalam hidupmu,
Buatmu pembimbing yang disanjungi
Pn Adibah Bte Abdul Latif
Bimbingan, tunjuk ajar dan jasamu yang diberikan
Tidak akan kulupai...
Buat teman yang dirindui,
P.Puvaneswari Kejujuran dan keikhlasan dalam persahabatan ini
Akan kukenangi selamanya...
v
PENGHARGAAN
Ungkapan terima kasih ini ditujukan kepada Jabatan Pendidikan Teknik dan
Vokasional, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia kerana memberi
kesempatan dan peluang untuk saya menyediakan penulisan ilmiah ini. Terima kasih
juga kepada semua pensyarah Fakulti Pendidikan yang telah banyak memberi nasihat
dan tunjuk ajar selama ini.
Saya juga ingin merakamkan penghargaan ikhlas ini kepada pembimbing
tesis, Pn Adibah Bte Abdul Latif atas bimbingan dan dorongan yang diberikan
tanpa mengira masa dan bangsa sepanjang tempoh menyiapkan penulisan ilmiah ini.
Tidak lupa juga kalungan terima kasih buat sahabat-sahabat seperjuangan, warga
4SPH. Terima kasih juga kepada individu yang terlibat sama ada secara langsung
atau tidak langsung dalam penulisan ini.
vi
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kesediaan bakal guru siswazah
yang mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru untuk mengajar mata pelajaran
Lukisan Kejuruteraan setelah tamat pengajian di Universiti Teknologi Malaysia.
Kajian ini menyentuh dua aspek iaitu sikap dan kemahiran bakal guru siswazah
tersebut. Kajian dijalankan dengan menggunakan instrumen soal selidik kepada
semua bakal guru siswazah tahun 4 kursus Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
di Fakulti Pendidikan, UTM. Respondennya adalah seramai 100 orang .Instrumen
kajian adalah dalam bentuk soal-selidik dan nilai kebolehpercayaan (alpa croanbach)
yang diuji melalui kajian rintis adalah α = 0.7159.. Data mentah dianalisis
menggunakan perisian SPSS Statistical Package For Sosial Science 11.5 meliputi
kekerapan, peratus, min, sisihan Piawai dan Ujian-t. Semua hasil dapatan dikumpul
dan dirumuskan bagi mendapatkan nilai kekerapan dan peratusan. Semua hasil
dapatan dikumpul dan dirumuskan bagi mendapatkan satu gambaran yang jelas
mengenai kesediaan bakal guru siswazah untuk mengajar mata pelajaran Lukisan
Kejuruteraan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa bakal guru siswazah PKPG
menunjukkan kesediaan dari segi sikap dan kemahiran untuk mengajar mata
pelajaran Lukisan Kejuruteraan di sekolah. Berdasarkan Ujian-t didapati bahawa
tiada perbebezaan yang dikenalpasti antara jantina
vii
ABSTRACT
The purpose of this study is to see the level of implimentation of Living Skill
subject and the factors that influence the Living Skill teachers in teaching and
learning process. This study has been conducted among 10 Tamil schools in the
Johor Bharu district with the focus at the level of teachers knowledge, interest,
workload, workshop facilities and equipments and aslo the support of the
administrator. 50 primary school teachers teaching Living Skill were choose as
respondents in this research. The instrument in the research was questionnaire and
the value of reliability ( alpa’s croanbach ) in the pioneer research is α =0.7636. The
SPSS Statistical Package For Social Science 11.3 were used in the data analysis and
it is including frequency, percent, mean, standart devition and T-test. The finding of
the research shows that knowledge factor and interest of teachers factor play an vital
role. Meanwhile the workshop facilities and support from school administrator and
workload were in moderate level. Based on the T-test, it is shows that there is no
identified differences between the gender with the other factors that have been
studied in this research. This study should be carried out throughout the country to
get a more precised outcome. A few recommendations have been made in this study
to the relevant authorities in order to give a special attention on the problem of
teaching and learning of Living Skill subject in Tamil schools. This study should be
carried out throughout the country to get a more precised outcome.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL i
PENGAKUAN ii
PENGESAHAN PENYELIA iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN
viii
SENARAI JADUAL
xiii
SENARAI SINGKATAN
xiv
ix
BAHAGIAN SATU PENDAHULUAN
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Hipotesis Kajian 8
1.7 Kepentingan Kajian 8
1.8 Batasan kajian 9
1.9 Definisi Istilah 10
1.9.1 Kesediaan 10
1.9.2 Sikap 10
1.9.3 Kemahiran 10
1.9.4 Pengetahuan 11
1.9.5 Pelajar PKPG 11
1.9.6 Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan 11
1.10 Penutup 12
x
BAHAGIAN DUA
SOROTAN KAJIAN
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pendahuluan 13
2.2 Tahap Kesediaan 14
2.3 Sikap 15
2.4 Kemahiran 19
2.5 Kemahiran Dan Pengetahuan AutoCad 20
2.8 Pengetahuan Dan Kemahiran Guru 21
BAHAGIAN TIGA
METODOLOGI KAJIAN
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan 23
3.2 Rekabentuk kajian 24
3.3 Kerangka Operasi 24
3.4 Tempat Kajian 26
3.5 Sampel Kajian 26
3.6 Intrumen Kajian 27
3.7 Kajian Rintis 30
3.8 Kesahan dan Kebolehpercayaan soal selidik 30
3.9 Prosedur kajian 31
3.10 Analisis Data 32
3 10.1 Min 32
xi
3.10.2 Ujian-t 34
3.11 Andaian kajian 35
3.12 Penutup 36
BAHAGIAN EMPAT
ANALISIS DATA
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 37
4.2 Keputusan Bahagian A 38
4.2.1 Analisis Data Mengikut Jantina 38
4.3 Keputusan Bahagian B 39
4.3.1 Analisis Data Berdasarkan Persoalan Kajian 1 39
4.3.1.1 sikap 39
4.3.2 Analisis Data Berdasarkan Persoalan Kajian 2 43
4.3.1.2 Kemahiran 43
4.4 Perbincangan Dapatan Hipotesis 48
4.4.1 Hipotesis nol 1 48
4.4.2 Hipotesis nol 2 48
4.5 Penutup 48
BAHAGIAN LIMA RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
xii
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 50
5.2 Rumusan Kajian 51
5.2.1 Rumusan Latar Belakang Guru PKPG 51
5.2.2 Rumusan Hasil Dapatan Kajian 51
5.2.3 Sikap 51
5.2.4 Kemahiran 52
5.3 Perbincangan Hasil Kajian 52
5.3.1 Persoalan kajian 1:Sikap 52
5.3.2 Persoalan kajian 2:Kemahiran 53
49
5.3.3 Persoalan Kajian 3 58
5.3.4. Persoalan Kajian 4 59
5.4 Cadangan 57
5.4.1 Guru 59
5.4.2 Pihak Sekolah 61
5.4.3 Kementerian Pendidikan Malaysia 61
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 62
5.6 Penutup 62
BAHAGIAN ENAM
BIBLIOGRAFI
BIBLIOGRAFI 64-67 -
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.2 Jadual Taburan saiz populasi 26
xiv
3.3 Jadual Penentuan saiz sampel 27
3.4 Jadual Pembahagian item mengikut Persoalan Kajian 29
3.5 Skala Likert 29
3.6 Pengkelasan Berdasarkan Markat Skor 33
3.7 Klasifikasi statistik mengikut persoalan kajian 33
3.8 Jadual ringkasan Pengujian Statistik 33
4.1 Taburan responden mengikut Jantina 38
4.2 Taburan frekuensi dan peratusan bagi aspek sikap 39
4.3 Taburan Bilangan responden mengikut sikap 43
4.4 Taburan frekuensi dan peratusan bagi aspek Kemahiran 44
4.5 Taburan Bilangan responden mengikut kemahiran 47
4.6 Jadual Ujian t 48
xv
SENARAI LAMPIRAN NO.RAJAH TAJUK HALAMAN 3.1 Kerangka Operasi Kajian 25
xvi
SENARAI SINGKATAN
KBSM Kurikulum Baru Sekolah Menengah SMH Sekolah Menengah Harian
SMS Sekolah Menengah Sains
LK Lukisan Kejuruteraan
LG Lukisan Geometri
LAV Lukisan Aliran Vokasional
SMT Sekolah Menengah Teknik
BPG Bahagian Pendidikan Guru
PKPG Program Khas Pensiswazahan Guru
UTM Universiti Teknologi Malaysia
SPSS Statistical Package For the Social Sciences
KPM Kementerian Pendidikan Malaysia
JPN Jabatan Pendidikan Negeri
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Soal Selidik
B Pengesahan Soal Selidik
C Surat Pengesahan Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
D Data Analisis SPSS
BAB 1
PENGENALAN 1.1 Pengenalan
Sejajar dengan pembangunan teknologi semasa, negara memerlukan masyarakat
yang celik terhadap teknologi dan sains, mempunyai daya perubahan yang tinggi dan
berpandangan jauh malah mampu menjadi pengguna teknologi serta menyumbangkan
tenaga kepada tamadun saintifik dan teknologi pada masa hadapan. Sehubungan dengan
itu bagi melahirkan generasi yang berteknologi tinggi dan berdaya maju, asas-asas
kemahiran dan minat terhadap unsur-unsur teknologi perlu disemai di peringkat sekolah
lagi. Pelajar-pelajar mestilah didedahkan dengan pengetahuan yang semaksima yang
mungkin dan berkemahiran yang tinggi setanding dengan permintaan tenaga kerja di
dalam sektor pembuatan yang berkembang pesat pada masa ini.
Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia
(1995) telah menggariskan satu ketetapan bagi membantu negara Malaysia untuk
menjadi sebuah negara perindustrian yang maju. Dengan itu Bahagian Pendidikan
Teknik dan Vokasional terus diperkembangkan bidang tugas semata-mata bagi
memenuhi matlamat utamanya seperti:
(i) Membantu negara dalam proses pembangunan industri melalui program
pendidikan teknik dan vokasional yang mengeluarkan tenaga manusia
terlatih serta berpengetahuan teknikal.
(ii) Menyediakan pendidikan asas untuk membolehkan pelajar melanjutkan
pelajaran di dalam bidang teknologi.
(iii) Memperkembangkan minat di kalangan pelajar dalam bidang sains dan
teknologi.
2
(iv) Memperkembangkan sikap pekerjaan yang positif, bertanggungjawab dan
berdisiplin di kalangan pelajar.
Mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan (LK) adalah diantara mata pelajaran yang
baru diperkenalkan oleh KBSM bagi menyediakan pelajar-pelajar ke arah pembangunan
teknologi dan sains. Mata pelajaran LK diperkenalkan sebagai salah satu mata pelajaran
elektif baru kumpulan II (vokasional dan teknologi) bagi tingkatan 4 dan tingkatan 5
dalam program KBSM di sekolah teknik pada tahun 1992. Mata pelajaran LK mula
diperkenalkan di Sekolah Menengah Harian (SMH) dan Sekolah Menengah Sains
(SMS) setelah kerajaan meluluskannya melalui Pelan Tindakan Peningkatan
Pengeluaran Tenaga Manusia Teknikal Kementerian Pendidikan (Laporan Mesyuarat
Pelaksanaan Mata Pelajaran Teknikal di Sekolah Menengah Harian, 1998).
Matlamat pelaksanaan mata pelajaran LK di Sekolah Menengah Harian dan
Sekolah Menengah Sains ini adalah untuk meningkatkan lagi keluaran jurutera dan
juruteknik menjelang tahun 2020 selaras dengan unjuran yang telah dibuat dalam
Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua. Menjelang tahun 2020 seramai 251,900
orang diperlukan bagi mengisi kekosongan jawatan jurutera dan juruteknik serta tenaga
manusia teknikal berkemahiran tinggi di pelbagai sektor (Zainal dan Fauzi, 1997).
Mata pelajaran LK merupakan salah satu mata pelajaran elektif Kurikulum Baru
Sekolah Menengah dalam kumpulan II iaitu kumpulan Vokasional dan Teknologi. Mata
pelajaran LK dikelompokkan bersama-sama dengan mata pelajaran Matematik
Tambahan, Sains Pertanian, Perdagangan, Prinsip Akaun, Ekonomi Asas, Ekonomi
Rumah Tangga, Teknologi Kejuruteraan. Pelaksanaannya di peringkat Kurikulum Baru
Sekolah Menengah, mata pelajaran LK dikenali sebagai Lukisan Teknik atau Lukisan
Geometri (LG). Namun begitu objektif mata pelajaran LK adalah lebih baik daripada
Lukisan Geometri (Zainon, 1993). Mata pelajaran LK mempunyai objektif yang lebih
bersepadu kerana ia menggabungjalinkan lukisan geometri dengan semua bidang
3
kejuruteraan. Pendedahan ini penting kerana ia dapat membina kecenderungan pelajar
terhadap sesuatu bidang kejuruteraan yang diminati (Kementerian Pendidikan Malaysia,
1993).
Mata pelajaran LK adalah bahasa kejuruteraan dan bahasa grafik yang digunakan
sebagai media komunikasi utama di dalam bidang kejuruteraan. Pengetahuan dalam
bidang LK merangkumi kemampuan membaca, melukis dan menghasilkan idea dan
gambaran yang boleh dipaparkan dengan lakaran-lakaran tentang sesuatu objek. Mata
pelajaran LK memerlukan seseorang pelajar berfikir secara kreatif dan berimaginasi
tinggi.
1.2 Latar Belakang Masalah Mata pelajaran LK mula diperkenalkan di 9 buah Sekolah Menengah Teknik
(SMT) pada tahun 1992, diikuti dengan 29 buah Sekolah Menengah Harian pada tahun
1993 dan seterusnya di sebuah Sekolah Menengah Sains (SMS) pada tahun 1995. Mata
pelajaran LK diperkenalkan sepenuhnya kepada pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah
Teknik (naik taraf) pada sesi persekolahan 1998 (Jabatan Pendidikan Teknikal, 1998).
Perlaksanaan mata pelajaran LK sebagai mata pelajaran elektif menyebabkan bilangan
komponen mata pelajaran Lukisan Teknik bertambah dalam kertas 2 di mana guru
dikehendaki menguasai Lukisan Kejuruteraan Awam, Elektrik, dan Mekanikal di
samping Lukisan Geometri di dalam kertas 1.
Guru-guru mata pelajaran vokasional yang sedia ada mengajar di sekolah-
sekolah teknik mempunyai latar belakang yang berbeza dan mengajar kursus-kursus
vokasional yang berbeza seperti Amalan Bengkel Mesin, Kimpalan dan Fabrikasi
Logam, Binaan Bangunan, Penyamanan dan Penyejukan Udara, Eletrik, Elektronik dan
Automotif (Mohd Rashid, 1995). Ada di kalangan guru-guru ini berkemungkinan hanya
4
mengajar mata pelajaran LK atau teknologi atau amali sahaja mengikut aliran vokasional
masing-masing sepanjang mereka mengajar di sekolah.
Manakala guru-guru yang mengajar mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan aliran
teknikal di sekolah sekarang ini kebanyakannya bukannya opsyen LK disebabkan tidak
ada opsyen ini semasa pengajian di Maktab Perguruan atau di universiti.
Dengan sukatan pelajaran LK yang merentasi pelbagai bidang kejuruteraan maka
timbul masalah kepada guru-guru yang sedia ada yang bidang pengkhususannya bukan
mata pelajaran LK dan dari aliran vokasional yang berbeza. Guru-guru ini akan
menghadapi masalah untuk mengajar bidang yang tidak pernah diajarnya sebelum ini.
Adam (1982; dalam Masrizal, 2003) dalam kajiannya menunjukkan bahawa akan timbul
masalah kepada guru-guru yang mengajar mata pelajaran yang bukan pengkhususannya.
Oleh itu langkah-langkah telah diambil oleh Kementerian Pendidikan dan Jabatan
Pendidikan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh guru itu dengan mengadakan
kursus-kursus jangka pendek dan membuka peluang melanjutkan pelajaran di pusat-
pusat pengajian tinggi.
Dengan itu antara langkah yang diambil oleh guru-guru ini ialah dengan
menyambung pelajaran ke peringkat ijazah dengan mengambil kursus Sarjana Muda
Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) di bawah program Pensiswazahan Guru
anjuran Bahagian Pendidikan Guru (BPG) selain daripada menghadiri kursus atau
bengkel bagi menambah pengetahuan dan kemahiran mengenai mata pelajaran LK.
Perubahan dalam kurikulum termasuk dalam mata pelajaran LK sering
menghadapi masalah jika guru sebagai pelaksana kurang bersedia untuk bersama
menghadapi perubahan yang dirancangkan itu. Halimaton (1975; dalam Mazlan, 1998)
dalam kajiannya menunjukkan bahawa akibat wujudnya masalah kekurangan kejelasan
di kalangan guru-guru, mereka tidak dapat melaksanakan perubahan kurikulum dengan
5
sepenuhnya. Faktor yang paling utama dalam perubahan yang dinyatakan dalam kajian
tersebut ialah kesediaan guru. Dalam KBSM, komponen utama kesediaan guru ialah
pengetahuan guru itu sendiri.
Jika dilihat pada kajian-kajian yang lepas, banyak masalah yang timbul sejak
perlaksanaan kurikulum baru LK. Hasil kajian Fadila (1998) mendapati guru sukar
mengajar topik -topik tertentu dalam mata pelajaran LK. Guru juga menghadapi
kesukaran mengajar mata pelajaran LK selain dari mata pelajaran lukisan yang mereka
mengajar sebelum ini. Megat Azizi (2000) menyatakan bahawa pengetahuan dan
kemahiran guru-guru mata pelajaran LK masih berada pada tahap sederhana dan kurang
memuaskan ketika mengajar mata pelajaran LK.
Jailani (1999) menyatakan bahawa guru-guru yang mengajar mata pelajaran
kejuruteraan mempunyai kesediaan untuk mengajar mata pelajaran aliran vokasional
sahaja seperti Teknologi Binaan, Teknologi Automatif dan Teknologi Fabrikasi Logam.
Ini bermakna guru-guru hanya akan mengajar bidang yang dikuasainya sahaja daripada
keseluruhan sukatan bagi mata pelajaran tersebut atas faktor kurangnya pengetahuan,
kemahiran, pengalaman dan kemungkinan rendahnya minat , sikap dan keyakinan diri.
Peter (1984; dalam Mazlan, 1998) menyatakan bahawa sikap merupakan antara
faktor yang mempengaruhi kesediaan guru. Sikap yang positif akan menghasilkan
kesediaan yang diharapkan untuk melaksanakan perubahan. Sikap dan keupayaan guru
mempunyai pertalian yang rapat. Gross et al. (1971; dalam Mazlan, 1998), menyatakan
bahawa sikap menentang sesuatu perubahan program pendidikan di kalangan guru mula
wujud dan berkembang apabila mereka menghadapi halangan dan masalah
melaksanakan perubahan tersebut. Sikap dipengaruhi oleh pelbagai faktor dan antaranya
ialah minat. Guru yang berminat akan menunjukkan tingkah laku yang positif sebaliknya
pula guru yang tidak mempunyai minat akan bertindak laku yang sebaliknya.
6
Crow dan Crow (1986) menyatakan bahawa jika seseorang itu berkemahiran
walau pun mempunyai kebolehan yang sederhana, mereka boleh mengembangkan minat
yang kuat dan berusaha dengan gigih sehingga meningkatkan tahap pencapaian mereka.
Guru yang berminat dalam pengajarannya, mempunyai sikap yang positif dalam
memajukan prestasi akademik dan sentiasa yakin dengan apa yang dilakukan secara
tidak langsung akan memperlihatkan sifat mesra, sabar, bermurah hati dan sentiasa
tenang. Menurut Aziz dan Mohd Arif (1995), kurangnya keyakinan diri seorang itu
boleh mengakibatkan kebimbangan dan kerisauan yang mungkin akan mengakibatkan
gangguan di dalam menjalankan apa sahaja tugas.
Sharifah Alwiyah (1983), menyatakan bahawa guru yang berkesan adalah guru
yang serba mahir dalam berbagai kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai untuk
pelajarnya. Ini bermakna guru tersebut mestilah berpengalaman kerana mempunyai
banyak pengetahuan dan mahir serta boleh mengajar dalam pelbagai situasi. Laporan
Kabinet (1979) menegaskan bahawa guru masa akan datang haruslah dipilih daripada
mereka yang mempunyai personaliti , sikap dan kemampuan berkhidmat sebagai
pendidik.
Oleh itu pengalaman dari segi pengetahuan dan kemahiran perlu dikuasai oleh
bakal guru siswazah PKPG dalam mata pelajaran LK disamping meletakkan minat,
sikap dan keyakinan diri pada tahap yang tinggi dalam menyediakan diri untuk mengajar
mata pelajaran tersebut.
1.3 Pernyataan Masalah
Masalah-masalah yang telah diutarakan menunjukkan bahawa guru-guru yang
telah mengajar mata pelajaran LK di sekolah mempunyai masalah dan kesukaran
tertentu yang berkait dengan pengetahuan dan kemahiran yang kompleks di samping
7
boleh dikaitkan dengan faktor-faktor emosi seperti, sikap dan kemahiran. Jadi
bagaimana pula dengan guru yang belum mengajar di sekolah seperti bakal guru
siswazah PKPG; adakah mereka juga benar-benar mempunyai kesediaan dari aspek
sikap dan kemahiran untuk mengajar mata pelajaran LK selepas tamat pengajian di
UTM.
1.4 Objektif Kajian
Secara khusus, kajian ini adalah bertujuan untuk:
i. Mengenal pasti kesediaan mengajar mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan
di kalangan bakal guru siswazah PKPG dari aspek sikap.
ii. Mengenal pasti kesediaan mengajar mata pelajaran LK di kalangan bakal
guru siswazah PKPG dari aspek kemahiran.
iii. Mengenal pasti perbezaan kesediaan mengajar mata pelajaran Lukisan
Kejuteraan di kalangan bakal guru siswazah PKPG dari aspek sikap
merentas jantina.
iv. Mengenal pasti perbezaan kesediaan mengajar mata pelajaran Lukisan
Kejuteraan di kalangan bakal guru siswazah PKPG dari aspek
kemahiran merentas jantina.
1.5 Persoalan Kajian
Secara spesifik kajian akan cuba menjawab persoalan-persoalan kajian di
bawah:
i. Apakah kesediaan bakal guru siswazah PKPG untuk mengajar mata
pelajaran Lukisan Kejuruteraan dari aspek sikap ?
8
ii. Apakah kesediaan bakal guru siswazah PKPG untuk mengajar mata
pelajaran Lukisan Kejuruteraan dari aspek kemahiran ?
iii. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kesediaan mengajar
mata pelajaran Lukisan Kejuteraan di kalangan bakal guru siswazah
PKPG dari aspek sikap merentas jantina?
iv. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kesediaan mengajar
mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan di kalangan bakal guru siswazah
PKPG dari aspek kemahiran merentas jantina?
1.6 Hipotesis Kajian
Hipotesis –Hipotesis kajian yang telah disenaraikan oleh penyelidik adalah
seperti berikut:
Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kesediaan mengajar
mata pelajaran LK di kalangan guru PKPG dari aspek sikap merentas jantina.
Ho2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kesediaan mengajar
mata pelajaran LK di kalangan guru PKPG dari aspek kemahiran merentas jantina.
1.7 Kepentingan Kajian
Kajian ini dibuat untuk melihat bagaimanakah kesediaan seseorang guru untuk
mengajar mata pelajaran LK. Pentingnya seseorang guru mempunyai kemahiran dan
pengetahuan yang menyeluruh dengan pelbagai bidang kejuruteraan.
Kepada guru atau individu yang terlibat diharap dapat mengambil peluang sebaik
mungkin daripada apa yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan, Jabatan
top related