unit 32 berkhidmat untuk negara

Post on 07-Jun-2015

2.346 Views

Category:

Documents

7 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Berkhidmat Untuk Negara

Nilai Penglibatan Diri Dalam Pembanggunan negara

Maksud

• Kebebasan untuk menglibatkan diri dalam berbagai aktiviti pembanggunan negara dengan mematuhi peraturan , undang-undang dan Perlembagaan

• Semua pihak perlu memainkan peranan dalam membangunkan negara.

• Sumbangan tenaga boleh diberikan di peringkat sekolah , daerah dan negara .

• Setiap rakyat mesti mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.

Faedah mengamalkan nilai penglibatan diri dalam pembanggunan negara

• Dapat menyumbangkan tenaga untuk pembanggunan negara.

• Dapat mengelakkan pembaziran masa di kalangan pelajar .

• Dapat memupuk perpaduan antara kaum.

Organisasi perkhidmatan sosial di Malaysia .

• Unit Beruniform di sekolah .

• Organisasi kebajikan seperti rumah anak yatim dan rumah warga emas.

• Pertubuhan sukarela seperti Persatuan Antidadah Malaysia ( PEMADAM )

Amalan nilai penglibatan diri dalam pembanggunan negara .

• Menyertai pasukan unit beruniform yang ada di sekolah .

• Menyertai Pasukan Latihan Khidmat Negara secara sukarela.

• Menjadi ahli PEMADAM peringkat daerah atau kebangsan.

Ciri – ciri Nilai

• Semua pihak perlu memainkan peranan dalam membangunkan negara.

• Setiap rakyat mesti mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan .

• Sumbangan tenaga boleh diberi di peringkat sekolah , daerah dan kebangsaan.

Kebaikan menyertai pertubuhan Sukarela

• Dapat menyumbang tenaga untuk pembanggunan negara .

• Dapat meringankan beban orang yang ditimpa musibah / kemalangan.

• Dapat membantu pihak berkuasa menjaga keamanan dan kesejahteraan kawasan kediaman daerah dan negara .

Nilai Penglibatan Diri Dalam Pembangunan Negara.

• Semua rakyat mesti melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan negara dengan mematuhi peraturan , undang-undang dan Perlembagaan Malaysia.

Nilai Sanggup Berkorban Untuk Negara

• Semua rakyat mesti rela melakukan atau menyerahkan sesuatu termasuk nyawa sebagai tanda kebaktian untuk negara.

Nilai Rajin

• Semua rakyat mesti berusaha dengan penuh tanggungjawab , bersemangat ,cekal , tekun , gigih , dedikasi dan berdaya maju dalam usaha membangunkan negara .

Nilai Cinta Akan Negara

• Semua rakyat mesti menyayangi dan berbangga dengan negara.

• Kepentingan negara adalah menjadi keutamaan melebihi keutamaan lain .

Nilai Saling Membantu dan Bekerjasama

• Semua rakyat mesti bersama-sama berusaha memastikan kecermelangan , kegemilangan dan kejayaan negara dicapai .

top related