ulasan kartun kumpulan
Post on 09-Apr-2016
236 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
SUBAASINI A/P VELLAYAN REDDY MATEMATIK 2
REFLEKSI
Kartun merupakan kegemaran setiap lapisan masyarakat, walaubagaimana pun
kegemaran terhadap kartun adalah lebih menonjol dalam kalangan anak – anak kecil dan
pelajar sekolah. Hal ini jelas disokong oleh kajian yang menunjukkan anak – anak kecil dan
anak – anak muda menghabiskan masa dengan media massa, khasnya rancangan kartun di
kaca televisyen (Whittle, 1997). Oleh itu, dalam kerja kursus mte 3093 kami telah ditugaskan
untuk membina kartun bersiri bagi pengajaran dan pembelajaran matematik.
Saya dan ahli kumpulan saya telah bercadang untuk memilih tajuk penambahan
wang (tahun 3) yang melibatkan ringgit dan sen yang tidak melebihi RM 1000. Sebaik
sahaja memilih tajuk kami terus memilih cerita ‘Snow white dan kawan-kawannya’ bagi
pembinaan kartun bersiri kami. Pembinaan kartun bersiri ini boleh digunakan dalam mana –
mana langkah pengajaran dan pembelajaran.
Permulaan pembinaan kartun bersiri ini telah dimulai dengan 7 orang kerdil
mendapat gaji bagi membolehkan murid–murid mengenali topik pengajaran dan
pembelajaran pada hari tersebut. Seterusnya, tujuh orang kerdil telah bercadang untuk
membeli kasut (RM 200.00), beg tangan (RM 500.00) dan buku matematik ( RM 35.40) pada
hari jadi ke-20 Snow white. Bagi membeli setiap barang, tujuh orang kerdil berusaha
mengira jumlah wang (penambahan wang) yang diperlukan untuk membeli barang – barang
tersebut. kami telah pun memberi soalan KBAT kepada murid–murid bagi membolehkan
murid – murid berfikir untuk menyelesaikan soalan yang melibatkan penambahan wang.
Kelebihan yang saya perolehi hasil daripada pembinaan kartun bersiri ini ialah, saya
telah mempelajari cara – cara membina kartun bersiri bagi pengajaran dan pembelajaran
matematik. Malah, semasa membentangkan hasil pembinaan kartun bersiri ini, saya berasa
yakin dan berkebolehan untuk menyampaikan isi pelajaran dengan cepat dan tepat.
Penyampaikan isi pengajaran saya juga senang difahami oleh setiap pelajar guru
matematik. Oleh itu, penggunaan kartun sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran
matematik mampu mewujudkan suasana yang seronok dan boleh mempengaruhi emosi
murid untuk belajar dengan tekun.
Secara keseluruhannya, pembinaan kartun bersiri dalam pengajaran dan
pembelajaran matematik dapat memberi suasana pembelajaran yang selesa dan selamat
kepada murid-murid. Biasanya murid–murid akan berasa takut terhadap mata pelajaran
matematik, bagi mengatasi masalah ini guru –guru haruslah membina kartun bersiri supaya
dapat membantu murid –murid malah menarik perhatian murid dan dapat mengurangkan
rasa ketakutan mereka.
top related