ucapan presiden angkasa perasmian projek sangkar...
Post on 29-Aug-2019
236 Views
Preview:
TRANSCRIPT
1
UCAPAN PRESIDEN ANGKASA
PERASMIAN PROJEK SANGKAR IKAN
KONSORTIUM KOPERASI TERNAKAN
IKAN NEGERI PAHANG
Bismillahirahmanirahim
2
Assalamualaikum Warahmatullahi
Ta’alla Wabarakatuh,
Salam Sejahtera
Salam 1 Malaysia
Salam 1Koperasi
3
Naib Presiden Merangkap Pengerusi
J/kuasa Sektor Perladangan,
Pertanian Dan Industri Asas Tani
ANGKASA
Dato’ Hj Kamarudin Ismail
4
Pengarah SKM Negeri Pahang
Tn. Hj Ibrahim Bin Kasah
Penolong Pengarah SKM Wilayah
Temerloh
En. Shukor Bin Abdullah
5
Pengerusi JPAN Pahang Zon 2
Tn. Hj Mansor Ab Rahman
Pengerusi Konsortium Koperasi
Ternakan Ikan Negeri Pahang
Tn Hj Mohd Nor Yatim
6
Pengurus Besar Sektor Perladangan
Pertanian Dan Industri Asas Tani
ANGKASA
En. Hasnan Hj Mustapha
7
Pengurus Besar Bahagian Komunikasi
Koperat ANGKASA
Tn Hj Borhan Mat Aris
Ahli – Ahli Konsortium Koperasi
Ternakan Ikan Negeri Pahang
8
Tuan -Tuan Dan Puan-Puan Yang
Dihormati Sekalian.
1. Syukur alhamdulillah ke hadrat
Allah Subhanawa Ta’ala kerana
diberi kesempatan untuk kita
bersama - sama dalam Majlis
9
Perasmian Projek Sangkar Ikan
Konsortium Koperasi Ternakan Ikan
Negeri Pahang Berhad.
2. Tahniah saya ucapkan kepada
Konsortium Koperasi Ternakan Ikan
Negeri Pahang Berhad atas
10
usahanya untuk menjalankan projek
ternakan ikan sangkar yang
sepatutnya telah lama dijalankan
selaras dengan nama konsortium.
Hadirin Yang Dihormati Sekalian
11
3. Industri Akuakultur telah
berkembang pesat di Malaysia
sebagai salah satu sumber
pengeluaran makanan utama
negara. Koperasi tidak terkecuali
melibatkan diri secara langsung
dalam aktiviti akuakutur
12
terutamanya ternakan ikan untuk
menambah serta mempelbagaikan
pendapatan koperasi.
4. Selaras dengan matlamat yang
digariskan di bawah “National Key
Economic Area” (NKEA), ANGKASA
13
berusaha meningkatkan
penglibatan koperasi di dalam sektor
Akuakultur khususnya dalam
penternakan ikan. ANGKASA telah
berjaya menggabungkan koperasi –
koperasi di bawah nama Konsortium
14
Ternakan Ikan Negeri Pahang
Berhad.
5. Dengan objektif: untuk
memperkasakan penternakan
Akuakultur ikan air tawar melalui
penglibatan koperasi;
15
menghapuskan orang tengah; dan
membantu Kerajaan dalam
memaksimakan pencapaian
matlamat di bawah NKEA.
6. Alhamdulilah saya berbangga
dengan inisiatif konsortium Ternakan
16
Ikan Negeri Pahang ini dalam aktiviti
penternakan ikan di Sungai Pahang
dengan permulaan 20 petak
sangkar. Spesis utama ternakan yang
dicadangkan adalah ikan patin dan
ikan tilapia. Diharapkan aktiviti ini
akan dikembangkan agar usaha ini
17
memberikan impak yang lebih besar
pada masa akan datang.
Hadirin Yang Dihormati Sekalian
7. Pihak ANGKASA telah
memberikan pendahuluan modal
18
berjumlah RM 500ribu menerusi
perjanjian Qadrul Hassan untuk
pembangunan aktiviti perniagaan
konsortium ini. Diharapkan konsortium
memanfaatkan sepenuhnya
pinjaman tersebut untuk
kepentingan koperasi koperasi ahli.
19
8. Dasar AgroMakanan Negara
2010- 2020 telah mensasarkan
pengeluaran akuakutur ikan air
tawar sejumlah 313,000 ( tiga ratus
tiga belas ribu ) metrik tan.
Diharapkan dengan penglibatan
konsortium dalam aktiviti ternakan
20
ikan di Sungai Pahang ini dapat
membantu menyumbang kepada
sasaran kerajaan ini.
9. Bagi mencapai matlamat ini
banyak kemudahan disediakan oleh
kerajaan melalui agensi-agensi
21
perikanan seperti Lembaga
Kemajuan Ikan Malaysia dan
Jabatan Perikanan . Koperasi juga
berpeluang mendapat
perkhidmatan yang ditawarkan itu.
22
10. Konsortium perlu mempunyai
inisiatif dan usaha sendiri untuk
mencari peluang-peluang baru di
persekitaran sendiri yang mempunyai
nilai komersial yang boleh
menambahkan pendapatan dalam
23
masa yang sama diperlukan
anggota-anggota.
11. ANGKASA akan terus berusaha
mencari jalan untuk membantu
membangunkan perniagaan
koperasi. Kejayaan gerakan koperasi
24
tidak dijayakan oleh sebuah koperasi
tetapi oleh seluruh koperasi di negara
ini. Kejayaan akan tercapai apabila
kita bekerjasama dan bersatu.
12. Akhir sekali, saya ingin
mengambil kesempatan ini untuk
25
mengucapkan terima kasih di atas
jemputan ini. Saya dengan lafaz
Bismillahirrahmanirahim merasmikan
Projek Ternakan Ikan Sangkar
Konsortium Koperasi Ternakan Ikan
Negeri Pahang Berhad.
26
Sekian. Wabillahi Taufik Walhidayah.
Assalamu’alaikum
WarahmatullahiWabarakatuh.
top related