tugasankrb3023 d20112052476
Post on 22-Jul-2015
139 Views
Preview:
TRANSCRIPT
RIS
SEMESTER 1 SESI 2010/2011
KOD & NAMA KURSUS
PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2014/2015
KRB 3023
PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN
TAJUK ESEI ILMIAH
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. MATRIKAWALLUDIN BIN MISKAM D20112052476
PUSAT PEMBELAJARAN: EL – UPSI 12 ( A141PJJ )
NAMA TUTOR E-LEARNING : DR MOHMAD NOOR BIN MOHMAD TAIB
TARIKH SERAH : 30 NOVEMBER 2014
PERINGKAT PENGAJARAN PENULISAN
PEMARKAHAN
ISI KANDUNGAN
TOPIK MUKA SURAT
1. PENGENALAN 2
2. KAJIAN PERINGKAT PENGAJARAN PENULISAN
BERDASARKAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU 3
HUBUNGKAIT TEORI MODEL PENDEKATAN KAEDAH
TEKNIK DENGAN PENGAJARAN PENULISAN 7
3. KESIMPULAN
RUJUKAN
2
1. PENGENALAN
Di dalam pengajaran bahasa khususnya pengajaran bahasa Malaysia , aspek utama
yang perlu diberi penekanan ialah penguasaan kemahiran asas yang melibatkan kemahiran
mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran menulis adalah satu kemahiran yang
penting yang perlu dikuasai bukan sahaja dalam pembelajaran bahasa tetapi juga di dalam
pembelajaran mata pelajaran yang lain di sekolah. Kemahiran menulis merupakan satu
kemahiran yang agak sukar berbanding dengan kemahiran-kemahiran yang lain kerana ianya
hanya dapat diperolehi melalui program pembelajaran. Menulis boleh didefinisikan sebagai
proses merakam atau menghasilkan bahan yang berbentuk idea, pendapat, pengalaman,
perasaan, maklumat dalam bentuk tulisan. Tulisan adalah bahasa yang bertulis dengan
lambang-lambang bunyi. Jika tulisan itu diujarkan semula ia dikatakan sebagai bahasa.
Menulis adalah proses memberikan simbol-simbol grafik kepada lambang-lambang bahasa
dengan menyusun perkataan, rangkai kata, ayat dan seterusnya unit-unit yang lebih panjang
mengikut peraturan-peraturan tertentu. Ia akan mewujudkan satu wacana yang dapat
menzahirkan satu pelahiran idea yang jelas dan tersusun.
Menurut Walshe, R.D. (1981) yang menyebut bahawa menulis ialah proses memilih,
menggabung, menyusun dan mengembangkan gagasan di dalam ayat, perenggan atau untuk
persembahan lisan seperti kuliah dan syarahan secara berkesan. Daripada A.C. Krizan dan
Joyce. P Logan (2000) mentakrifkan menulis adalah proses menyampaikan maklumat dan
maksud. Proses penyampaian itu boleh jadi juga melalui grafik yang digabungkan dan
berkait rapat dengan lambang bunyi yang diucapkan semasa kita bercakap sehingga dapat
melahirkan gagasan yang difahami dan diikuti. Bloomfield (1933: 21) di dalam Lyons. (1995
: 253) mengatakan bahawa penulisan bukanlah bahasa, tetapi cara mencatatkan bahasa
dengan tanda yang dapat dilihat. Tanda-tanda yang dapat dilihat itulah yang dinamakan
simbol atau huruf yang disatukan sehingga menjadi perkataan yang membawa makna. Lyons
(1995 : 13) mentakrifkan penulisan ialah bahasa yang disampaikan melalui bunyi atau grafik
malahan melalui cara yang tidak terhingga banyaknya. Secara umumnya kemahiran menulis
dikalangan pelajar di sekolah adalah bertujuan untuk mendirikan asas menulis yang kukuh
bagi membolehkan kanak-kanak menulis dengan baik, cekap dan pantas disamping
membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan dengan pantas dan menyusun ayat-ayat dengan
betul dan boleh difahami oleh pembaca.
3
2. KAJIAN PERINGKAT PENGAJARAN PENULISAN BERDASARKAN
KEMAHIRAN MENULIS SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU
TAHUN 5
Kebolehan dan kemahiran menulis di kalangan kanak-kanak timbul disebabkan
keinginan mereka hendak menyatakan sesuatu luahan dengan perataraan dalam bentuk
tulisan. Oleh yang demikian, penekanan pengajaran kemahiran menulis di sekolah khususnya
dalam pengajaran bahasa Melayu mernpunyai beberapa fungsi tersendiri. Kemahiran
menulis ini penting dalam sistem pendidikan , pekerjaan dan sosial. Sebagai contoh , dalam
dunia pendidikan , kemahiran menulis diperlukan dan dinilai secara formal atau tidak formal
dalam mata pelajaran bahasa Melayu malah hampir keseluruhan kurikulum sekolah. Oleh
itu, ilmu yang telah dipelajari akan diuji dan ini memerlukan pelajar memiliki kemahiran
khususnya kemahiran menulis bagi menjawab soalan-soalan tertentu. Kemahiran ini menjadi
lebih penting dan mencabar apabila pelajar melangkah ke institusi pengajian tinggi. Fungsi
kemahiran menulis sebagai penglahiran idea pemikiran dan dapat diperkembangkan lagi
melangkaui tujuan asas kemahiran menulis ke satu tahap yang lebih tinggi , antaranya
bertujuan untuk meluaskan pengetahuan, pengalaman, penghubungan dan matlamat
menerusi penulisan.
Jika dilihat dari sudut pendidikan , prinsip kemahiran menulis adalah dalam bentuk
disiplin khusus mengikut mata pelajaran tertentu seperti mana yang terkandung di dalam
kurikulum pendidikan. Sebagai contoh kemahiran penulisan dalam disiplin mata pelajaran
Bahasa dan juga Kesusasteraan , ia mempunyai perinsip penulisannya sendiri khususnya mata
pelajaran Bahasa Malaysia. Perkara yang sama juga berlaku bagi disiplin mata pelajaran lain
seperti Sains dan Teknologi , Sejarah , Kemahiran Hidup dan sebagainya. Berdasarkan
kajian yang dijalankan mengenai peringkat pengajaran kemahiran penulisan di sekolah , satu
kemahiran khusus menulis bahasa Malaysia Tahun Lima telah dipilih daripada Huraian
Sukatan Pelajaran bahasa Malaysia Tahun Lima. Hasil laporan kajian adalah mengenai
peringkat pengajaran penulisan dikalangan kanak – kanak dari sudut teori , pendekatan ,
kaedah dan teknik yang digunakan. Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
Tahun Lima kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan
ayat, serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan kreatif yang berkaitan dengan
ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda
4
baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas. Murid juga digalakkan
menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan ilmu dan imaginatif.
Kemahiran menulis yang telah dipilih untuk kajian ini ialah :
8.3 menulis perkataan dan ayat dengan tulisan berangkai yang kemas.
Objektif pembelajaran yang perlu dicapai pula ialah dapat menulis perkataan dengan tulisan
berangkai yang kemas dan cantik. Bagi sesi pengayaan pula murid boleh menulis ayat dengan
tulisan berangkai dengan kemas dan cantik.
2.1. Peringkat Pengajaran Penulisan di dalam PdP
2.1.1 Set Induksi ( kemahiran membaca )
Sesi pengajaran kemahiran penulisan tulisan berangkai ini dimulai dengan membaca
bahan yang disediakan oleh guru iaitu puisi atau lagu mengenai kemerdekaan. Diperingkat
awal , pelajar membaca puisi Warisan secara kelas iaitu beramai – ramai tanpa sebarang
intonasi. Langkah seterusnya ialah , pelajar membaca puisi berkenaan dengan berintonasi
secara individu mengikut kreativiti masing – masing . Bagi menghayati dan menanamkan
semangat kemerdekaan , pelajar dikehendaki menyanyikan puisi kemerdekaan berkenaan
bersama – sama. Contoh puisi berkenaan adalah seperti di bawah :
Disini lahirnya sebuah cintaYang murni abadi sejatiDisini tersemai cita citaBercambah menjadi warisan
Andai ku terbuang tak diterimaAndai aku disingkirkanKemana harusku bawakanKemana harusku semaikan cinta ini
BetapaDibumi ini ku melangkahKeutara selatan timur dan baratKu jejaki
AkuBukanlah seorang perwiraGagah menghunus senjataNamun hati rela berjuang Walau dengan cara sendiriDemi cinta ini
5
Ku ingin kotakan seribu janjiSepanjang kedewasaan iniKu ingin sampaikan pesananAkulah penyambung warisan
2.1.2 Langkah Dua ( melihat dan mengamati )
Diperingkat kedua pengajaran kemahiran menulis ini ialah murid melihat dan
mengamati contoh penulisan tulisan berangkai yang dipaparkan oleh guru di hadapan kelas
atau pun melalui edaran individu. Sebagai contoh :
” Warisan kemerdekaan ” Dengan pengamatan yang teliti , pelajar dapat menghayati corak bentuk penulisan tulisan
berangkai untuk diaplikasikan di atas kertas . Pelajar boleh dan digalakkan mengaplikasikan
kemahiran Penulisan Mekanis dengan membuat pergerakkan tangan di atas meja atau udara
mengikut corak tulisan berangkai. Kemahiran Penulisan Mekanis ini perlu dan mudah
dikuasai pada peringkat awal agar pelajar dapat menghasilkan tulisan yang kemas dan mudah
dibaca. Aktiviti-aktiviti tulisan seperti membuat corak, menekap dan membentuk huruf
adalah penting kerana ia bertujuan memberi latihan dan pengalaman asas yang diperlukan
oleh kanak-kanak. Ini dapat membantu pelajar menguasai kemahiran menulis yang
selanjutnya seperti menulis huruf, menulis suku kata, perkataan, rangkai kata dan ayat.
Latihan-latihan mekanikal yang boleh dijalankan untuk mendapatkan kemahiran tersebut
dengan menggerakkan tangan dan jari seolah – olah seperti memegang pensel dengan
mengikut corak dan bentuk tulisan. Ia berfungsi sebagai latihan pergerakan tangan, otot, jari
dan membentuk atau membuat garisan-garisan, bulatan, segi-segi, bentuk-bentuk awan larat
dan sebagainya. Disamping itu juga ia merupakan satu cara mudah untuk melatih atau
tunjukkan cara membentuk huruf, menulis perkataan dan ayat khususnya tulisan berangkai.
Pada waktu yang sama juga penulisan Mekanis juga boleh digunakan bagi mengawasi
tulisan murid tentang bentuk, saiz, tegak atau condong, jarak, kekemasan, kebersihan dan
lain-lain. Ini kerana tulisan berangkai memerlukan kekemasan dan sudut kecondongan yang
6
sekata. Penulisan Mekanis juga dapat melatih menulis dengan cepat , jelas dan senang dibaca
disamping melatih pelajar menulis dengan cantik.
2.1.3 Langkah Tiga – Penulisan Mekanis ( menyalin semula )
Langkah pengajaran seterusnya ialah pelajar menyalin semula petikan puisi atau pun
lagu kemerdekaan dalam bentuk tulisan berangkai seperti mana yang dipaparkan di hadapan
kelas. Di dalam perlaksanaan langkah ini , kemahiran yang digunakan masih lagi kemahiran
Penulisan Mekanis. Bagaimanapun di peringkat ini , pelajar dikehendaki menulis di atas
kertas atau buku dengan menggunakan alat tulis dan bukan lagi secara pergerakkan tangan
kosong. Namun begitu , pelajar masih lagi memerlukan bimbingan daripada guru iaitu
melihat atau dengan kata mudahnya ialah meniru susunan perkataan dan ayat dari segi
bentuk dan susunan corak keseniannya dengan betul. Walaupun objektif utamanya dapat
menulis perkataan atau ayat dalam bentuk tulisan berangkai yang cantik , namun sifatnya
yang mudah dibaca juga perlu diambil perhatian. Pada waktu yang sama juga , sebenarnya
pelajar-pelajar ini juga sedang mengamalkan kemahiran Penulisan Mentalis. Ini kerana
tindakan seseorang pelajar meniru dan menyalin tulisan serta menghasilkan semula juga
diklasifikasikan sebagai kemahiran Penulisan Mekanis. Penghasilan hasil kerja murid
diperingkat ini mungkin mengambil masa yang agak lama kerana mereka perlu melihat dan
mengingat bentuk dan corak tulisan berangkai yang dilihat dihadapan kelas.
2.1.4 Langkah Empat – Penulisan Mentalis ( menulis karangan pendek )
Aktiviti dilangkah seterusnya ialah membina dan menulis karangan pendek dalam
bentuk penulisan tulisan berangkai. Ini bermaksud pelajar membina karangan pendek ciptaan
sendiri secara bebas dengan menggunakan tulisan berangkai. Walaupun objektifnya adalah
mengenai kemahiran penguasaan tulisan berangkai yang sangat berkait rapat dengan
kemahiran penulisan Mekanis , namun kemahiran penulisan karangan secara Mentalis juga
dapat diperkembang dan diperkemaskan lagi melalui peringkat pembelajaran. Ini kerana
penulisan karangan berpandu dan bebas merupakan salah satu peringkat yang terkandung di
dalam pengajaran menulis secara mentalis. Secara umumnya kemahiran penulisan untuk
pelahiran biasanya dikuasai setelah kanak-kanak mendapat kemahiran penulisan mekanis.
Kemahiran ini banyak melibatkan mental. Latihan-latihan mental yang boleh dijalankan
adalah untuk mendapat kemahiran menulis secara pelahiran iaitu latihan menyatakan fikiran
atau pendapat , perasaan, kehendak, dan latihan mengeluarkan pendapat-pendapat yang
7
tulen dan asli yang diterjemahkan dalam bentuk penulisan. Secara umumnya peringkat
pengajaran penulisan terdiri daripada lima peringkat utama iaitu :
a. Menyalin dan Meniru
Menyalin dan meniru adalah peringkat awal mengenali kemahiran penulisan asas atau
penulisan karangan khusus. Bahan yang diberi untuk disalin atau ditiru oleh murid
kebiasaannya ialah bahan berbentuk karangan lisan atau perbincangan dalam kelas dan
akhirnya ditiru dalam buku masing-masing. Semasa meniru, murid mendapat kesan yang
mendalam tentang gaya penulisan yang ditiru oleh mereka. Seelok-eloknya bahan yang
ditulis itu menarik minat murid dan bermakna kepada mereka. Contohnya, menyalin seni kata
lagu, Resipi masakan, sajak, arahan bagi melakukan atau memainkan sesuatu permainan, dan
kata-kata hikmat. Inilah yang dilakukan di dalam perbincangan ini dimana aktiviti menyalin
lagu Warisan yang berkaitan dengan kemerdekaan Malaysia. Cuma bezanya para pelajar
meniru dan menyalin bahan pebulisan dalam bentuk tulisan berangkai dengan mengikut
contoh yang dipaparkan di hadapan kelas.
b. Menghasilkan Semula
Aktiviti penghasilan semula adalah merupakan latihan peringkat di mana melibatkan
murid menghasilkan semula tulisan tanpa bahan tulisan yang dicontohkan. Bahan itu boleh
didapati dengan cara guru memberi kepada murid-murid atau menyuruh murid menghafaznya
atau memperdengarkan satu bahan mudah kepada murid. Sebagai contoh berdasarkan
perbincangan yang sedang dijalankan , pelajar menyalin lagu Warisan dengan menghafal atau
menyanyikan semula secara individu dan meluahkannya dalam bentuk tulisan berangkai.
Bagi pelajar yang lemah , mereka dibenarkan menyalin dengan meniru lagu berkenaan yang
dipaparkan di hadapan kelas dalam bentuk tulisan biasa tetapi ditulis dalam bentuk tulisan
berangkai di dalam buku masing – masing.
c. Menggabungkan
Peringkat penggabungan adalah satu peringkat latihan yang dibuat untuk
menggabungkan perkara yang berkaitan dengan bahan-bahan yang telah dipelajari sebelum
itu ( pengetahuan sedia ada ) dengan penegtahuan semasa. Dan apabila menulisnya, murid
melakukan beberapa pengubahsuaian sehingga perlu. Antaranya seperti latihan transformasi
ayat, latihan menggabungkan ayat, menjawab soalan-soalan yang berbentuk perenggan
penulisan dan latihan menulis semula cerita yang diperdengarkan dengan sedikit ubahsuai.
Situasi ini dapat kita lihat semasa pelajar diberi peluang menulis hasil penulisan karangan
8
pendek mereka sendiri secara bebas dan berpandu atas bimbingan guru. Namun bezanya
mereka perlu meluahkan hasil penulisan mereka dalam bentuk tulisan berangkai kira – kira
100 patah perkataan.
d. Penulisan Berpandu
Peringkat penulisan berpandu adalah satu peringkat pembelajaran di mana murid
diberi sedikit kebebasan untuk memilih unit leksikal dan bentuk ayat tetapi dengan bahan dan
isi yang dikawal. Contohnya, menyudahkan cerita, melengkapkan perenggan-perenggan,
menulis ayat-ayat mudah dan latihan diperluaskan dengan ayat itu. Latihan di peringkat ini
memerlukan murid bertindak balas secara individu. Berdasarkan kemahiran yang telah dipilih
melalui sukatan pelajaran Bahasa Melayu tahun lima iaitu menulis perkataan dan ayat dalam
bentuk tulisan berangkai , pelajar juga diberi peluang menulis karangan berpandu pendek
dengan bimbingan guru dalam bentuk tulisan berangkai
e. Penulisan Bebas
Peringkat penulisan bebas adalah satu peringkat pembelajaran yang diminati pelajar yang
gemar membuat penglahiran idea sendiri. Murid membuat pemilihan berkaitan sesuatu tajuk
dengan mencipta ayat-ayat sendiri bagi melahirkan pendapat masing-masing. Pada peringkat
ini, hasil kerja murid lebih panjang dan murid menghasilkan karangan yang lebih kompleks
seperti kemahiran gaya daripada kemahiran mengorganisasi penulisan, misaInya susunan
mengikut kronologi, mengikut fakta perbandingan, susunan sebabakibat dan penerangan
tentang sesuatu. Berdasarkan kajian perbincangan yang dibuat , para pelajar hanya membuat
hasil penulisan pendek berdasarkan idea pemikiran masing –masing. Namun begitu objektif
tetap sama iaitu penghasilan penulisan karangan pendek dalam bentuk tulisan berangkai yang
kemas dan cantik.
9
3. HUBUNGKAIT TEORI , MODEL , PENDEKATAN , KAEDAH DAN
TEKNIK DENGAN PERINGKAT PENGAJARAN PENULISAN
3.1 Teori Penulisan
Berdasarkan Sukatan Pelajaran bahasa Melayu dan peringkat pengajaran dalam
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas tahun lima terdapat beberapa yang dapat
dihubungkaitkan dengan teori , model , pendekatan , kaedah dan teknik pengajaran penulisan
khususnya di dalam langkah akhir pengajaran iaitu penulisan karangan bebas ( Penulisan
Mentalis ). Antara teori yang boleh dikaitkan dengan sukatan pelajaran dan aktiviti menulis
karangan ini ialah Teori Behaviorisme Ia adalah teori yang merujuk kepada gerak balas yang
berlaku apabila ada rangsangan daripada guru dan menghasilkan pembelajaran. Ia dipelopori
oleh Bloomfield, Edward Spir, Boss dan Brooks yang merupakan ahli bahasa dan dikaji oleh
ahli psikologi seperti Ivan Pavlov. Perkaitannya dengan kemahiran sukatan ini ialah ia
merupakan proses berulang – ulang hingga memperolehi peneguhan dan penguasaan
kemahiran yang dipelajari . Mengulangi tindakan dalam kemahiran pergerakkan tangan
semasa menulis secara fizikal akan membentuk satu kebiasaan dan peneguhan. Gerak balas
yang kerap akan menghasilkan kebiasaan dalam proses pembelajaran bahasa di mana proses
penekanan terhadap latihan dan pengulangan yang mencorak kebiasaan. Ia adalah proses
mekanis yang memerlukan koordinasi daya mental. Proses amalan pengulangan merupakan
proses pembelajaran yang memerlukan pengukuhan berbentuk ganjaran , pemantauan dan
pembetulan serta merta. Ia juga dikenali sebagai latih tubi yang merupakan keperluan
sepanjang proses pembelajaran berlangsung.
Teori lain yang boleh dikaitkan dengan sukatan ini ialah Teori Kognitif yang
dipopularkan oleh Jean Piaget yang menitikberatkan perkembangan kognitif murid-murid
melalui latihan mengingat, mengekod dan menyimpan maklumat bersesuaian dengan
kebolehan mental mereka. Pendapat yang dipersetujui oleh ahli pemikiran kognitif lain
seperti Robin Lakoff, D. Slobin dan Mangantar Simantunjak ini menegaskan bahawa proses
ini (pembelajaran bahasa) adalah proses internal yang abstrak. Ia berlaku di dalam minda dan
tidak dapat diukur melalui tingkah laku. Ia juga merupakan pengetahuan yang terhasil
daripada pemikiran manusia secara semulajadi. Perkaitannya dapat kita lihat melalui
pengamatan murid terhadap corak dan bentuk tulisan semasa mereka meniru tulisan
berangkai. Mereka mengingat dan membayangkan dalam fikiran mereka dari segi corak dan
bentuk tulisan berangkai disamping maksud ayat yang ditulis. Begitu juga dalam aktiviti
10
penulisan karangan bebas di mana pelajar menggunakan teori kognitif untuk mereka cipta
cerita yang ingin disampaikan.
Teori Mentalis juga mempunyai hubungkait dengan pengamalan sukatan pelajaran
kemahiran menulis ini yang mana ia mempunyai persamaan yang hampir dengan Teori
Kognitif iaitu menggunakan pemikiran dalam pembelajaran mereka dari segi penghayatan
dan penglahiran idea penulisan. Keadaan ini sangat nyata sewaktu aktiviti penulisan karangan
bebas di akhir sesi pengajaran dan pembelajarn yang mana semua pelajar berusaha untuk
melahirkan idea dan bahan bagi hasil penulisan mereka.
Salah satu teori yang dibincangkan dan mempunyai hubungkait dengan pengajaran
penulisan Bahasa Melayu ialah teori konstruktivisme. Teori ini juga berputik daripada
pandangan kognivitisme iaitu pengetahuan manusia dibina secara aktif oleh manusia itu
sendiri melalui daya pemikirannya. Segala maklumat yang diterima oleh murid-murid akan
diserap dan disesuaikan dengan maklumat sedia ada untuk membentuk idea pemikiran dan
penglahiran baru di dalam fikirannya. Teori pemikiran yang dibawa oleh Mc Brien &
Brandt (1997) ini antaranya menegaskan bahawa manusia tidak sekadar menerima
pengetahuan tetapi membina pengetahuan melalui informasi yang diterima otaknya. Melalui
pengalaman sedia ada, murid-murid membina pengetahuan dengan cara menguji idea dan
pendekatan, mengadaptasinya dan meletakkannya bersama-sama pengetahuan sedia ada di
storan baru. Teori ini lebih dikenali juga dengan teori pengajaran dan pembelajaran
berpusatkan murid. Guru bertindak sebagai penyumbang gagasan dan pereka bentuk bahan
pengajaran dan terpulang kepada murid-murid untuk menganalisis idea, mengolah semula
atau mengadaptasinya bersesuaian dengan pengetahuan yang sedia ada di dalam mindanya.
Begitu jugalah hubungannya dengan pengajaran penulisan khususnya dalam kemahiran
penulisan yang memerlukan olahan dan penglahiran idea pemikiran sendiri seperti penulisan
bebas dan juga penulisan berpandu. Ia banyak memberi ruang kepada pemikiran pelajar
untuk menggunakan pengetahuan sedia ada dan pengetahuan baru untuk digunapakai dalam
penghasilan kerja penulisan karangan. Berdasarkan teori-teori di atas, dapatlah disimpulkan
bahawa, teori pengajaran penulisan adalah sebahagian daripada proses pemerolehan bahasa
melalui prinsip yang empat yang saling berkaitan itu iaitu kemahiran membaca, mengira,
menulis, dan menaakul. Kesemua proses tersebut melibatkan koordinasi minda dan anggota
lainnya sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas.
11
3.2 Kaedah Penulisan
Kamus Dewan mentakrifkan kaedah sebagai cara atau aturan dalam melakukan
sesuatu. Dapatlah dikatakan bahawa kaedah adalah seperangkat tindakan sistematik yang
menepati prinsip dan tatacara yang telah dipersetujui untuk dilaksanakan demi mencapai
sesuatu visi. Sharifah Alwiah Alsagof (1986) memperincikan kaedah mengajar sebagai
peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancang dengan teratur. Secara amnya,
segala apa tindakan yang dilakukan guru, bahan-bahan yang digunakan untuk memberi
kefahaman kepada murid-murid untuk mencapai objektif pengajaran dikatakan kaedah seperti
pendapat Hassan Langgulung (1981), kaedah ialah jalan mencapai tujuan. Salleh Mohd Akib
di dalam Kamaruddin Hj Hussien (1988: 198) pula membahagikan penulisan kepada 3 jenis
iaitu penulisan lisan, penulisan biasa dan penulisan terkawal.
Berpandukan kepada pengunaan kemahiran menulis yang terkandung di dalam
sukatan pelajaran Bahasa Melayu tahun lima , ia mempunyai perkaitan dalam penggunaan
penulisan sebagaimana yang sedang dibincangkan iaitu Kaedah Pengucapan Terkawal. Ini
kerana menurut Pincas yang berpendapat berpendapat bahawa penulisan karangan bebas
adalah proses penciptaan dan kreativiti. Maka seharusnya ia berbeza dengan mana-mana
kaedah pengajaran mata pelajaran lain yang lebih saintifik yang tertakluk kepada pilihan
jawapan. Jika jawapan diberikan bersalahan dengan senarai jawapan yang diberi , maka ia
dianggap salah dan tidak diberi markah. Beliau berpendapat bahawa penekanan harus
diberikan secara berperingkat-peringkat bermula daripada penggantian perkataan di dalam
ayat yang berbeza bentuk kepada penggantian ayat –ayat di dalam perenggan. Kaedah ini
boleh juga dianggap kaedah terus di dalam pembelajaran bahasa di mana guru akan
memberitahu apa yang perlu dilakukan sebelum murid dibebaskan untuk
memperkembangkan istilah penggantian mereka sendiri secara bebas. Beliau menggariskan
ciri-ciri berikut sebagai peringkat-peringkat latihan di dalam pengajaran penulisan iaitu
penggunaan pelbagai leksikon dan pembentukan ayat di dalam latihan penulisan dan lisan.
Pelajar yang dibenarkan menghasilkan tulisan hanya apabila dipastikan bahawa mereka
menghargai dan memahami pelbagai tahap ciri penulisan. Program penulisan karangan yang
melibatkan penggantian pelbagai. Pincas juga mengandaikan bahawa penggunaan bahasa
adalah manipulasi daripada corak tetap yang dipelajari daripada prosses imitasi. Apabila ia
telah difahami dan dipelajari secara konsisten, barulah terhasil keaslian dalam variasi.
12
Ini bermakna Kaedah Pengucapan terkawal telah digunakan atau dipalikasikan di
dalam aktiviti keempat iaitu aktiviti penulisan karangan bebas atau berpandu dengan
menggunakan tulisan berangkai. Di sini pelajar diberi panduan dengan perkataan yang
bersesuaian untuk dijadikan asas penulisan dan pembinaan karangan secara terkawal dan
berpandu. Namun pada waktu yang sam a terdapat sebilangan pelajar dalam jumlah yang
kecil terlibat dengan penulisan karangan secara bebas dengan melahirkan idea sendiri dan
rekaan cerita sendiri.
Kaedah retorika adalah merujuk kepada seni penggunaan bahasa yang menarik dan
berkesan dalam melahirkan gagasan untuk memujuk atau mempengaruhi khalayak mengenai
sesuatu perkara. Deskripsi ini dinyatakan oleh Nik Safiah dan Wan Malini. Ia melibatkan
perkara-perkara seperti penciptaan, susunan dan stail dalam penulisan. Teks akan
menekankan penyusunan isi yang berbeza berdasarkan perenggan-perenggan yang telah
mungkin diproses melalui gaya analisis, analogi, kontras masa, falsafah dan sebagainya.
Oleh kerana ikatan tersebut, murid-murid akan terhalang daripada untuk menulis secara
spontan dan memendekkan kejelasan pemikiran mereka. Penekanan dan penggunaan kaedah
retorika juga dapat membentuk pemikiran murid dalam penulisan yang lebih tersusun dengan
kedudukan perenggan dan susunan mengikut penceritaan. Kaedah ini menitikberatkan
bentuk-bentuk pengembangan perenggan yang berlainan seperti yang ditegaskan Kaplan
(1966) melalui Bander yang menegaskan bahawa setiap satu perenggan yang terdapat di
dalam sesebuah penulisan berkecenderungan mempunyai jalinan pengembangan yang
berbeza-beza seperti pengembangan selari atau pengembangan terus. Namun begitu
berdasarkan pemilihan kemahiran menulis daripada sukatan pelajaran yang telah dipilih ia
mempunyai perkaitan yang kurang kuat kerana aktiviti yang dijalan diperingkat akhir itu
hanya melibatkan punulisan karangan pendek yang lebih tertumpu kepada penulisan tulisan
berangkai.
Kaedah Pengucapan Bebas merupakan salah satu kaedah penulisan yang digunapakai
di dalam pengajaran penulisan di sekolah. Menurut Eramus (1960) yang menggariskan
beberapa ciri kaedah pengucapan bebas seperti murid-murid digalakkan menulis secara cepat
dengan sedikit ulangkaji. Kaedah ini menekankan latihan yang banyak sepanjang penulisan
pelajar dan keutamaan terhadap kuantiti ini menjadikan hasil penulisan pelajar lebih
sempurna kerana murid-murid sentiasa membuat latihan. Beliau lebih menitikberatkan
aspek kuantiti dengan hujah bahawa kuantiti adalah proses penambahbaikan dari masa ke
semasa untuk mendapatkan hasil tulisan yang cemerlang. Beliau menghujahkan lagi bahawa
13
kaedah ini akan menguatkan pemahaman bahasa pelajar dengan pengalaman membetulkan
kesilapan dan penemuan perkataan-perkataan baru yang akan menambah kepelbagaian kosa
kata mereka di dalam jajaran sintaksis. Menurutnya ini hanya boleh dilakukan apabila murid-
murid melalui melahirkan hasil penulisan melalui kuantiti dan kualiti akan datang kemudian.
Kaedah memang ada benarnya dan mempunyai perkaitan yang rapat dengan pengajaran
penulisan karangan secara intensif. Ia bersesuaian dengan pelajar yang mempunyai tahap
penguasaan dan pencapaian prestasi pembelajaran yang tinggi. Ini kerana ia menekankan
konsep latihan yang banyak dan penulisan yang cepat. Dan sebagaimana yang dikatakan tadi
ianya hanya sesuai kepada pelajar yang mempunyai tahap penguasaan yang tinggi dan
optimum berbanding dengan pelajar biasa. Kaedah ini agak kurang sesuai dengan kemahiran
sukatan pelajaran yang telah dipilih di dalam perbincangan ini. Ini kerana kemahiran
penulisan yang dipilih melibatkan unsur kesenian berkaitan dengan tulisan berangkai yang
memerlukan tempoh masa tertentu.
Sebagai kesimpulannya, terhadap pelbagai kaedah yang perlu disesuaikan oleh guru-
guru di dalam proses pengjaran dan pembelajaran menulis karangan dan usaha mendapatkan
karangan yang cemerlang. Guru-guru harus jelas dengan objektif dan keupayaan murid-
muridnya ketika merangka sesuatu sekuen latihan yang hendak digunakan. Terdapat kaedah
yang mungkin sesuai untuk sesebuah sekolah berdasarkan latar belakang dan lokasi murid-
murid serta beberapa aspek lain yang perlu diambil kira.
3.3 Teknik Penulisan
Secara umumnya di dalam pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan pelbagai
teknik digunakan oleh guru. Antara perkara penting dalam penulisan karangan ialah mencari
isi-isi penting. Ia merupakan teknik pengajaran penulisan karangan bagi membantu para
pelajar. Antara teknik berkenaan ialah teknik perbincangan , sumbang saran dan rujukan
buku-buku , surat khabar dan majalah. Dengan cara ini isi karangan lebih tepat dan konkrit
kerana pemerolehan idea yang pelbagai disamping pengetahuan sedia ada. Secara tidak
langsung murid-murid dibimbing dalam kemahiran mencari maklumat sampingan lain
seperti membuat rujukan , menggunakan bahan-bahan di perpustakaan dan melayari
internet. Sebagai contoh teknik sumbangsaran adalah salah satu teknik pengajaran penulisan
dalam usaha atau kaedah mencari isi penulisan. Bagi karangan yang berasaskan fakta atau
gambar, guru-guru boleh juga mempraktiskan teknik sumbangsaran atau perbincangan yang
melibatkan murid-murid sepenuhnya. Mereka boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan
14
kecil dan membenarkan murid-murid mengembangkan idea secara kolaboratif dengan
pantauan guru. Teknik yang berasaskan pendekatan bebas ini membolehkan murid-murid
bebas melahirkan pendapat masing-masing secara kritis dan analitikal berdasarkan maklumat
yang dibekalkan oleh guru. Teknik ini juga boleh diaplikasikan secara kelas dan rawak bagi
penulisan karangan pendek. Teknik ini lebih sesuai digunakan untuk sesi pengajaran dan
pembelajaran untuk tahap dua. Pada tahap ini murid-murid diberikan kebebasan untuk
menentukan hala tuju idea mereka selagi masih berpegang kepada tiga prinsip mengarang
yang disebutkan di atas. Murid-murid juga boleh memanipulasi apa sahaja bahan sama ada
di luar atau di dalam bilik darjah selagi ia tidak terkeluar daripada skop penghasilan penulisan
mereka. Penulisan bentuk ini boleh dibahagikan kepada bentuk ilmiah seperti bentuk
laporan , pidato , syarahan , debat yang memerlukan bantuan fakta atau penulisan kreatif
dalam bentuk penceritaan.
Berdasarkan kemahiran menulis yang telah dipilih di dalam perbincangan ini , teknik
sumbangsaran ini sangat sesuai diaplikasikan ketika langkah pengajaran yang keempat iaitu
menulis karangan pendek dengan menggunakan tulisan berangkai. Walaupun kemahiran ini
lebih tertumpu kepada penghasilan tulisan berangkai namun dalam pemilihan idea atau isi
penceritaan memerlukan bantuan dan bimbingan daripada guru sebagai panduan yang
terkawal. Maka dengan sebab itu teknik sumbangsaran ini sesuai bagi sesi pengajaran
kemahiran yang dipilih ini yang mana pada waktu yang sama dapat mengurangkan
pengambilan tempoh masa yang lama dikalangan para pelajar untuk melahirkan idea masing
-masing. Terdapat pelbagai lagi teknik pengajaran penulisan oleh guru dalam memberi
bimbingan dan panduan kepada para pelajar seperti perbincangan kumpulan , teknik carian
petikan akhbar dan majalah , carian melalui rangkaian internet dan sebagainya mengikut
kesesuaian latarbelakang murid dan tempoh waktu pengajaran yang dijalankan.
4. KESIMPULAN
Perbincangan ini adalah berdasarkan pemilihan satu kemahiran menulis yang
terkandung di dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu tahun lima bagi menjelaskan
mengenai peringkat pengajaran penulisan. Dalam waktu yang sama juga perbincangan ini
mengambilkira pandangan dari sudut teori , pendekatan , kaedah dan teknik. Hasil
perbincangan mengenai pendekatan, teori, kaedah, model dan teknik, dapatlah dirumuskan
bahawa pengetahuan bahawa aspek ini saling berkait dan merupakan satu keperluan di dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran penulisan. Jika diamati tiada pendekatan, kaedah atau
15
teknik khusus di dalam menghasilkan kualiti dan kuantiti cemerlang di dalam pengajaran
penulisan. Namun ia bergantung kepada guru-guru bijak menggunakan kepelbagaian
pendekatan dan konsep yang telah dibincangkan. Apa yang jelas ialah dari segi keutamaan
pembelajaran iaitu bagi memastikan objektif pengajaran berkesan mencapai
matlamatnya. Antara ciri pengajaran penulisan yang berkesan ialah kepelbagaian
penyampaian dan kejelasan penyampaian oleh guru. Di antara objektif penulisan ialah
memperkembangkan imaginasi dan pemikiran kritis murid-murid di samping menyediakan
murid-murid yang berpengetahuan menyampaikan maksud dan penglahiran idea melalui
penulisan yang betul.
16
RUJUKAN
Sulaiman Masri (1990). Penulisan dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Mohd. Sidin Ishak (1992) Ketrampilan Menulis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1998) Sukatan Pelajaran KBSR. Pusat Perkembangan
Kurikulum.
Kementerian Pelajaran Malaysia ( 2012 ) Dokumen Standard Prestasi Bahasa Malaysia SK
Tahun Dua. Bahagian Pembangunan Kurikulum. Kementerian Pelajaran Malaysia.
KSSR ( 2012 ) Dokumen Standard Bahasa Malaysia SK Tahap Satu. Bahagian Pembangunan
Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. ( 2014 ) Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid
Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan. Bahagian Pembangunan Kurikulum. Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Dokumen Standard Kurikulum Pengajaran http://www.kssronline.com/p/kssr.html
Kementerian Pendidikan Malaysia. http://www.moe.gov.my/v/profil-jabatan?div=52
Bahagian Pembangunan Kurikulum Malaysia http://web.moe.gov.my/bpk/
Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi Johor.
http://www.ppdkotatinggi.edu.my/index.php/89-akademik1/272-contoh-rph-mata-pelajaraan-
kssr
http://pedagogi-pendidikan.blogspot.com/2013/06/definisi-perancangan-pengajaran-dan.html
17
18
top related