tugasan 2-folio jahitan
Post on 10-Feb-2016
252 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Pendahuluan
“Matlamat utama pendidikan adalah untuk menyediakan seseorang individu menjadi
bertanggungjawab, menyumbang kepada komuniti. Pelajar-pelajar bermasalah
pembelajaran perlu didedahkan kepada realiti kehidupan setelah tamat persekolahannya
melalui satu program yang sistematik. Kebiasaannya, dalam persediaan kepada realiti
kehidupan orang dewasa, penekanan hanya diberi terhadap keperluan vokasional semata-
mata. Malangnya hingga kini, terlalu sedikit program komprehensif yang wujud
menyarankan kemahiran hidup yang diperlukan untuk menepati kehendak sebagai orang
dewasa.”
Berdasarkan pernyataan yang dipetik daripada hasil tulisan Polloway & Patton
(1993) ini, secara tidak langsung kita dapat menyimpulkan bahawa setiap insan di dunia ini
memerlukan latihan yang khusus untuk menghadapi kehidupan pada hari dewasa yang
menuntut setiap manusia bersikap berdikari di tahap yang maksimum. Berdikari bermaksud
seseorang harus menghadapi kehidupan secara peribadi tanpa melibatkan bantuan orang
lain secara total dalam kehidupan mereka. Oleh hal yang demikian, setiap insan yang hidup
di dunia ini sepatutnya mempunyai keupayaan ini. Keupayaan yang dimaksudkan
semestinya didapati melalui proses pembelajaran tidak kira pembelajaran secara formal
yang dijalankan di sekolah ataupun pembelajaran tidak formal yang dipelajari melalui
kehidupan seharian dan pengalaman yang mereka lalui.
Salah satu aspek pembelajaran yang asas adalah kemahiran untuk berdikari.
Apabila seseorang gagal memenuhi keperluan asas ini maka berlaku kesukaran dalam
kehidupannya kerana kesukaran menyampaikan kehendak dalam hidup seharian. Oleh itu
sebagai seorang bakal guru pendidikan khas kemahiran asas seperti menjahit adalah
sangat perlu untuk dikuasai agar dapat diajar pada murid pendidikan khas disekolah kelak.
Berikutan dengan hal ini maka kerja kursus kemahiran asas untuk berdikari (KAUB) ini
menuntut semua guru pelatih Pendidikan Khas mengkaji topik ini dengan lebih lanjut lagi
agar kehendak pelajar terutama pelajar pendidikan khas dapat difahami seterusnya
dipenuhi.
Alatan menjahit
JENIS DAN FUNGSI MESIN JAHIT
MESIN JAHIT KAKI
Fungsi :
> Mesin jahit yang murah dan popular
> Menggunakan kaki untuk memusingkan roda imbang
MESIN JAHIT TANGAN
Fungsi :
> Mesin jahit lama
> Menggunakan tangan untuk memusingkan roda imbang
MESIN JAHIT ELEKTRIK
Fungsi :
> Mesin jahit yang menggunakan motor elektrik untuk memusingkan roda imbang
MESIN JAHIT ELEKTRONIK
Fungsi :
> Mesin jahit di kawal sebahagian fungsi dan pergerakannya oleh papan elektronik dengan menggunakan kuasa elektrik
Jenis-jenis jahitan
Jahitan SementaraJelujur sama panjang, jelujur panjang pendek, jelujur tegak, jelujur dan jahitan tanda
Jahitan PenyambungJelujur halus, jahit kia, jahit lilit ubi, dan jahit mesin.
Jahitan PengemasSembat, Sembat Susup, lilit kemas, insang pari, jahit lubang butang dan silang pangkah
Jahitan SulamanJahit rantai, jahit batang, jahit kuku kambing, simpul perancis, jahit padu, insang pari dan silang pangkah
Jahitan Asas
1.1 Jahitan Jelujur Kasar
Jahitan Jelujur kasar merupakan jahitan sementara sebelum jahitan kekal dibuat. Ia juga
digunakan untuk menetapkan kelim di kedudukan dan senang dicabut.
Langkah-langkah
Jahit dari kanan ke kiri
Mula dari A ke B
Jarak 1 cm
Jahit sampai hujung
Matikan dengan jahitan kia
Contoh jahitan jelujur kasar
1.2 Jahitan Jelujur halus
Jahitan jelujur halus digunakan untuk membaiki kelepet meretas. Jahitan jelujur halus juga
boleh menggantikan mata jahitan mesin. Ia juga boleh dijadikan perhiasan pada artikel.
Langkah-langkah
Jahit dari kanan ke kiri
Mula dengan jahitan kia
Jarak 3-5 mm
Jahit hingga hujung
Matikan dengan jahitan kia
Contoh jahitan jelujur halus
1.3 Jahitan sembat
Jahitan sembat halus, rapat dan kukuh serta boleh dilihat dari sebelah luar pakaian. Ia
digunakan untuk menetapkan dan mengemaskan kelim/kelepet.
Langkah-langkah
Jahit dari kanan ke kiri
Masuk jarum dari A ke B
Jarum kena condong
Matikan Jahitan Dengan Jahitan Kia
Contoh jahitan sembat
1.4 Jahitan sempat susup
Jahitan sempat susup ini sangat kemas dan hampir tidak kelihatan tetapi tidak begitu kukuh
seperti jahitan sempat. Ia digunakan untuk mengekalkan kelepet skirt, blaus, lengan dan
lapik-lapik di lubang lengan dan garis leher.
Langkah-langkah
Jahit dari kanan ke kiri
Masuk jarum dari A ke B
Jarum kena condong
Matikan Jahitan Dengan Jahitan Kia
Contoh jahitan sempat susup
1.5 Cangkuk dan palang
Cangkuk dan palang ialah satu kancing yang teguh untuk baju yang ketat. Ia digunakan
pada belah yang tidak bertindih. Cangkuk dan palang ialah sejenis kancing yang kukuh dan
sesuai digunakan di hujung ikatan pinggang atau tali pinggang.
Langkah-langkah
Mulakan dengan jahitan kia
Jahit jahitan lilit kemas/jahitan lurus 4-5 kali
Matikan dengan jahitan kia
Mulakan jahitan dengan jahitan kia
Masukkan jarum pada satu daripada lubang pada palang.
Jahit jahitan lilit kemas 4-5 kali.
Susup jarum ke lubang kedua pada palang.
Teruskan proses menjahit sehingga siap.
Matikan jahitan dengan jahitan kia.
Contoh jahitan cangkuk dan palang
1.7 Butang
Butang adalah sejenis kancing yang mempunyai aneka bentuk dan fesyen. Butang dibuat
daripada logam, getah, kulit, plastik, dan kayu. Butang – butang yang terdapat di pasaran
dikategorikan kepada dua jenis iaitu butang leper dan butang bulat. Pemilihan butang untuk
pakaian bergantung pada :
I. Kesesuaian butang dengan warna fabrik
II. Padan dengan jenis fabrikyang digunakan
Langkah-langkah
Lipat fabrik yang disediakan dan tandakan kedudukan butang
Letakkan sebatang jarum peniti di atas butang. Jahit butang dengan melakukan
benang di atasnya.
Tanggalkan jarum peniti dan tarik butang ke atas
Lilit benang pada tangkai butang hingga ketat
Cucuk jarum dan tarik keluar ke sebelah dalam fabrik
Pada sebelah dalam fabrik, jahit insang pari
Contoh butang
Jahitan Hiasan
2.1 Sulaman belakang
Jahitan sulaman ini digunakan untuk dijadikan kemasan tepi. Ia juga boleh digunakan
sebagai jahitan hiasan.
Langkah-langkah
Jahit dari kanan ke kiri
Masukkan jarum dari belakang kain
Masukkan jarum kembali dari arah depan
Masukkan jarum daripada belakang semula
Ulangi untuk membentuk corak yang diingini
Contoh sulaman belakang
2.2 Jahitan rantai
Jahitan sulaman ini digunakan untuk dijadikan kemasan tepi. Ia juga boleh digunakan
sebagai jahitan hiasan sebagai alternatif kepada jahitan belakang.
Langkah-langkah
Jahit dari kanan ke kiri
Cucuk jarum dari A ke B
keluarkan jarum kehadapan semula
Selitkan jarum pada gelungan benang dan tarik kehadapan
Ulang langkah di atas sehingga akhir
Contoh jahitan rantai
2.3 Jahitan tulang ikan
Jahitan sulaman ini sesuai digunakan untuk membuat corak yang diingini pada fabrik. Ia
juga boleh digunakan sebagai jahitan hiasan sebagai alternatif kepada jahitan belakang.
Langkah-langkah
Jahit dari kiri ke kanan
Mula dengan jelujur halus menegak pada A
Cucuk jarum pada B dan hala ke arah penjahit
Tarik benang ke arah penjahit
Ulang sehingga selesai jahitan
Contoh jahitan tulang ikan
2.4 Jahitan sulaman padu
Jahitan sulaman ini sesuai digunakan untuk membuat corak yang diingini pada fabrik. Ia
juga boleh digunakan sebagai jahitan hiasan sebagai alternatif kepada jahitan belakang.
Langkah-langkah
• Masukkan jarum dari belakang kain dan tarik keluar
• Jahit berselang seli atas ke bawah dan bawah keatas
• Jahit dengan rapat pada setiap jahitan seterusnya
• Ulang sehingga menjadi bentuk yang diingini
Contoh jahitan sulaman padu
2.5 Jahitan sulaman french knot
Jahitan sulaman ini sesuai digunakan untuk membuat corak yang diingini pada fabrik. Ia
juga boleh digunakan sebagai jahitan hiasan sebagai alternatif kepada jahitan belakang.
Langkah-langkah
• Masukkan jarum dari belakang kain dan tarik keluar
• Lilitkan benang pada jarum
• Cucuk jarum pada sebelah benang yang tadi
• Tarik benang ke arah belakang
• Ulang untuk membuat corak yang diingini
Contoh jahitan sulaman french knot
2.6 Jahitan silang pangkah
Jahitan ini digunakan untuk menjadikan, lapik dan mengemaskan pita zip. Ia juga boleh digunakan sebagai jahitan hiasan.
Langkah-langkah
Jahit dari kiri ke kanan
Masuk jarum dari A ke B dengan jarak 1mm
Masuk jarum pada C dan keluarkan pada D dengan jarak 1mm
Akhir jahitan dengan jahitan kia
Contoh jahitan silang pangkah
3.0 Refleksi
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi
penghargaan pensyarah pembimbing saya yang telah menjayakan kerja kursus ini
terutamanya dalam memperoleh maklumat daripada pelbagai sumber. Saya juga
mengucapkan terima kasih kepada pensyarah pembimbing dan pensyarah-pensyarah yang
lain atas tunjuk ajar dan maklumat yang dikongsikan bersama saya dalam menghasilkan
kerja kursus ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli kelas PISMP
Pendidikan Pemulihan atas komitmen yang diberikan sepanjang tugasan ini dilakukan
terutamanya melalui perkongsian maklumat dan penambahan idea yang sesuai dengan
tajuk tugasan yang diberikan.
Apabila saya terlihat pakaian-pakaian yang ada seperti seluar khakis, baju melayu
dan lain-lain, saya sedar akan pentingnya untuk menghasilkan hasil jahitan yang kemas.
Kekemasan yang saya maksudkan adalah bagaimana mereka boleh menjahit dengan cantik
dibahagian depan dan kemas dibahagian belakang kain. Hal ini membuktikan bahawa kualiti
kain serta rekaan pakaian bukanlah satu-satunya faktor kesempurnaan pakaian yang
dihasilkan, namum dipengaruhi juga oleh kekemasan jahitannya. Oleh itu, saya telah
bertekad untuk menguasai kemahiran jahitan yang betul supaya dapat menghasilkan hasil
jahitan yang cantik dan kemas dan apabila berada disekolah kelak saya dapat mengajar
kemahiran tersebut kepada murid-murid saya.
Kualiti jahitan dipengaruhi oleh beberapa faktor. Faktor yang pertama adalah kualiti
bahan. Bahan yang digunakan mestilah bahan yang bermutu, tidak mudah rosak dan
sesuai. Contohnya, harum yang digunakan mestilah cukup tajam supaya kain tidak rosak
apabila menjahit. Warna benang yang kekal dan tidak mudah luntur juga memastikan
kesegaran rupa hasil jaditan walaupun sudah disimpan lama. Guntin yang digunakan juga
perlulah tajam supaya kain yang digunting tidak berbulu.
Selain itu, kaedah jahitan yang betul juga sangat mempengaruhi kekemasan hasil
jahitan. Jika tersalah langkah jahitan, hasil yang diperolehi akan menjadi tidak kemas dan
cantik. Contohnya, semasa menjahit, kita perlulah memestikan jarak yang seragam antara
setiap jahitan supaya ia nampak kemas. Menjahit dengan kaedah yang betul juga dapat
memastikan hasil jahitan yang lebih tahan dan tidak mudah terbuka. Kreativiti juga
diperlukan dalam menghasilkan jahitan yang cantik dan kemas. Contohnya, dalam sulaman
gabungan warna-warna benang yang digunakan mestilah sesuai dan harmoni supaya
jahitan tersebut dapat menjadi hasil seni yang menarik.
Sebelum menjahit, kita juga perlu mengambil kira bahan yang ingin dijahit dan
mengenal pasti jenis jahitan yang paling sesuai untuk digunakan. Contohnya, jika ingin
menjahit butang pada baju gunakanlah benang yang sesuai warnanya dengan butang
tersebut.
Kesimpulannya, kualiti bahan yang digunakan untuk menjahit, teknik jahitan yang
betul, kreativiti dan kesesuaian jenis jahitan adalah perkara-perkara yang perlu diambil berat
jika ingin menghasilkan satu hasil jahitan yang kemas dan berkualiti tinggi.
top related