triti london dan kesannya (6)

Post on 29-Jul-2015

279 Views

Category:

Documents

4 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Triti London dan Kesan Pangjangnya

A. Di Semenanjung

• a) Penglibatan pelabur-pelabur Negeri-Negeri Selat di Semenanjung

• Temenggung Johor membuka pertanian berasaskan “sistem kangcu”, iaitu, anak-anak sungai digadaikan kepada pelabur NNS, seperti Syarikat William Napier dan Ker, Rawson & Co.dan orang-orang Cina. Pelabur Cina membuka pertanian gambir dan lada dan membawa buruh masing-masing

• Johor jadi pengeksport gambir, lada, balak, getah perca terpenting ke London.

• Kekayaan Johor menyebabkan rebutan kuasa di antara Temenggung dan Sultan Ali (pengganti S.Hussein) yang berakhir dengan keupyaan Temenggung membeli kuasa S.Ali dan menjadikan dirinya Maharaja Johor (kemudian Sultan Johor) dengan bantuan British di Singapura.

• Syarikat lain di Johor, Paterson, Simon & Co. dan A.L.Johnson & Co.

• b) Di Pahang Tan Kim Seng pinjamkan modal kepada Bendahara Wan Mutahir sebanyak $11,800 yang dibayar oleh Paterson, Simon & Co yang diberi pajakan perlombongan di Pahang. Perang Saudara antara Bendahara dan adiknya, Wan Ahmad berakhir dengan kemenangan W.Ahmad, mengakibatkan kerugian kepada Paterson, Simon & Co.

• Wan Ahmad ditabalkan sebagai Sultan Pahang pada 1863 dan menjemput pelabur-pelabur NNS dari Singapura yang diberikan gadaian tanah perlombongan. Ini tidak disenangi setengah pembesar Pahang. Ketegangan ini ditambah dengan pembunuhan pelabur Cina NNS dan di atas nasihat sultan Johor, Pahang terpaksa terima campur tangan British.

• c) Di Selangor W.H.Read dan Tan Kim Seng berjaya mendapat monopoli mengutip cukai hasil sebanyak 2/10 daripada Raja Abdullah

• d) Pulau Pinang berkembang dalam perdagangan dan pelabuhan eksport-import. 1865 eksport bijih timah Perak melebihi 1 juta paun ke London, pada 1871 meningkat kepada 7 juta paun.

• e) Perang saudara di Perak antara Raja Abdullah dan Raja Jaafar, dll, serta rebutan kuasa di Kerian jejaskan ekonomi P.Pinang. Ini diburukkan dengan pergaduhan Ghee Hin dan Hai San. Yang kalah lari ke Pulau Pinang dan minta perlondungan British serta ganti rugi daripada Raja Jaafar. Larut terus dikepung.

• f) Di Selangor rebutan kuasa ke atas Lukut dan Kelang yang kaya dengan bijih timah libatkan saudagar-saudagar NNS di Melaka.

• g) Di Sungai Ujong huruhara telah libatkan kerugian besar saudagar-saudagar NNS

• h) Semua huruhara di atas digunakan oleh Andrew Clarke, Gabenor NNS di Singapura sebagai alasan untuk campur tangan bagi membantu warga negara mereka.

• 2. Campur tangan secara langsung

• a) Andrew Clarke tandatangani Perjanjian Pangkor atas jemputan Raja Abdullah pada 13 Januari 1874, untuk selesaikan i) rebutan kuasa, ii) rusuhan kongsi gelap, dan iii) pelanunan di pesisir pantai.

• J.W.W.Birch dilantik Residen Perak I.

• b) 8 Feb 1874, Clarke ke Selangor atas jemputan Tengku Kudin untuk selesaikan peperangan dengan Raja Bot dan Raja Mahmood. Sultan Abdul Samad terima Residen British, J.G.Davidson.

• c) Akhir 1874, Dato’ Kelana minta bantuan British untuk kalahkan musuhnya (Dato Bandar, Raja Mahdi dan Raja Mahmood)

• 1875 P.J.Murray jadi Residen I

• d) Akhir 1874 Clarke amat berpuaskan hati dan laporkan kepada Pejabat Tanah Jajahan British di London “… masanya telah sampai bagi Britain untuk mengenalkan perusahaan dan tamadun British di Perak, Selangor, Sungai Ujong dan Pahang…”

• 3. Tentangan orang-orang tempatan ke atas British

• a) 1875 Birch dibunuh• b) 1880an Raja Mahdi tentang British di

Selangor• c) 1880an Tunku Antah serang Residen

British di Sungai Ujong• d) 1891-1893 tentangan pahlawan-

pahlawan Pahang

• 4. Pengukuhan kuasa British

• a) Di Perak, Gabenor Jervois hantarkan kapal perang dan menangkap Seputum yang dihukum gantung, Sultan Abdullah dituduh bersubahat dan dibuang ke Pualau Seychelles, Dato Maharajalela, Dato Sagor dan Pandak Indut digantung (1877), Sultan Ismail dibuang ke Johor.

• b) Di Selangor Raja Mahdi ditangkap, dan di Sungao Ujong Tunku Antah dikalahkan.

• 5. Penjajahan melalui “Penasihatan”• a) British kenalkan sistem Residen sebagai

“Penasihat” tetapi semua hal ehwal pentadbiran,ekonomi, perhubungan luar dan keselamatan di tangan mereka. Sultan hanya sebagai ketua agama dan adat istiadat Melayu.

B. Borneo Utara

• 1. Latar Belakang• Perjanjian 1824 hanya mengambil kira pulau

Riau-Lingga dan Moluku.• Raja-raja dan pembesar di Borneo bebas di

antara satu sama lain. Pertelengkahan kerap berlaku antara mereka. Contoh, Pengiran Mahkota dikatakan menindas pelombong-pelombong antimoni. Ia ditentang oleh Raja Muda Hasim, wakil sultan Brunei

• Pedagang-pedagang Bugis dan pelanunan menjadi ancaman kepada saudagar-saudagar Eropah,tetapi kerajaan British tidak berminat kerana dianggap bantuan ke Borneo membazir.

• Orang yang ingin kembangkan pengaruh British, seperti Raffles dan Brooke, ambil kesempatan sendirian untuk campur tangan.

• 2. Sarawak• Kerana kelemahan Sultan Brunei, pembesar-

pembesar menjalankan pentadbiran masing-masing, menyebabkan berlaku kekacauan di antara satu sama lain. Contoh, Raja Muda Hasim (wakil Sultan) ditentang Raja Yusof (saudara sultan). Syarif Osman gunakan Dayak dari Skrang untuk serang Dayak dari di Sadong dan Raja Sambas.

• Pertelengkahan di Sarawak antara Raja Muda Hasim dan Pengiran Mahkota diambil kesempatan Brooke untuk bantu RM Hasim dan mendapatkan kawasan dari Tanjung Batu ke Samarahan pada 1842. 1846 Brooke dilantik sebagai Raja Sarawak setelah membayar 4000 paun kepada sultan, dll.

• Brooke berazam lemahkan kegiatan Bugis, pelanunan dan pengaruh Belanda di Borneo serta mengembangkan pengaruhnya di Sarawak. Ia disokong Gabenor NNS.

• 1844 - Labuan diserahkan kepada Britain dan Brooke sebagai Gabenor.

• 1846 – Tentera Laut British bantu hapuskan R.Yusof, dll dan musnahkan “pelanunan”.

• 1857 – orang Cina di Sarawak berontak

• Brooke minta bantuan Britain supaya ambil alih Sarawak, tetapi dibantah, tetapi pada 1862 seorang konsul British dilantik di Sarawak. Justeru, Britain mengakui Brooke sebagai pemerintah bebas.

• Di Labuan beberapa syarikat British bergabung dengan syarikat-syarikat lain untuk bangunkannya. Walaupun kurang berjaya, Labuan tetap milik Britain.

• 3. Borneo Utara (Sabah)• Beberapa kuasa Eropah, seperti Spanyol,

Belanda, Portugis dan Filipina cuba bertapak di sini, tetapi gagal kerana lanun-lanun.

• 1850 C.L.Moses (Amerika Syarikat) berjaya memetrai perjanjian dengan Sultan Brunei untuk dapatkan penapakan di Borneo Utara.

• Moses jualkan pajakan tanahnya kepada Torrey dan Harris (juga Amerika) di Hongkong yang bentuk American Trading Co.

• Torrey dalam perjanjian dengan sultan diberi gelaran Raja di Ambong dan Marudu dan Maharaja Borneo Utara

• Torrey jualkan pajakannya kepada Von Overbeck (Austrian) yang jualkannya pula kepada Alfred Dent dan saudara (British) yang asaskan North Borneo Chartered Co. yang memerintah Sabah.

top related