tp60304 pengurusan kewangan dalam pendidikan

Post on 28-Jun-2015

681 Views

Category:

Documents

12 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

TP60304 PENGURUSAN KEWANGAN DALAM

PENDIDIKANSoalan 1 :

Pembiayaan sektor pendidikan sudah menjadi keutamaan kerajaan sejak sekian lama. Trend peruntukan tahunan yang semakin meningkat serta perbandingan relatif dengan sektor lain menunjukkan keutamaan kerajaan. Malahan keadaan ini tetap konsisten biarpun dalam kemelesetan ekonomi negara dan global. Ulas kenyataan di atas dengan mengemukakan bukti berkaitan.

HADIZAH SAHABI PT20088316CFATMAH SAHAK PT20098553C

Pengenalan

...adalah menjadi dasar kerajaan untuk memastikan peruntukan kewangan kepada sektor pendidikan melebihi sektor-sektor sosial dan keselamatan dalam negara ini. Walaupun ekonomi negara mengalami kemelesetan apatah lagi semasa ekonomi negara dalam keaadan baik, ini disebabkan perbelanjaan pendidikan adalah dianggap perbelanjaan pelaburan kepada modal insan iaitu bagi melahirkan pekerja berpengetahuan di masa hadapan." (Shahril Marzuki, 2007)

"...kemantapan ekonomi selepas perang dunia kedua di kebanyakan negara di dunia khususnya Eropah dan Asia Timur banyak bergantung dengan pembangunan pendidikan."

(Bank Dunia, 1991)

Bajet 2011-strategi kedua: Membangunkan Modal Insan

"Aset negara paling penting adalah modal insannya. Telah terbukti bahawa negara yang tidak mempunyai sumber asli tetapi bijak mengurus modal insan akan mencapai kejayaan lebih baik.Syukur kita telah berjaya mengurus sumber asli dengan baik, tetapi kita juga berkewajipan merancang pembangunan modal insan secara lestari jika tidak kita tidak mampu mengoptimumkan potensi nasional..(teks ucapan PM-bajet 2011 Jumaat 15 okt 2010)

Modal insan yang berkualiti,berkemahiran dan berpengetahuan, kreatif dan inovatif adalah prasyarat bagi mencapai status negara maju berpendapatan tinggi.Oleh itu, aspek pendidikan dan latihan akan disusun semula dan diperkukuhkan. Untuk tujuan ini, belanja mengurus diperuntukkan sebanyak 29.3 bilion ringgit untuk Kementerian Pelajaran, 10.2 bilion ringgit untuk KPT dan 627 juta ringgit untuk Kementerian Sumber Manusia. (Teks ucapan PM-bajet 2011 Jumaat 15 Okt 2010)

Kerajaan telah melancarkan Pelan Rangka Pembangunan Pendidikan untuk meningkatkan kemampuan intelektual, daya kreativiti, ia bertujuan menyediakan modal insan yang dapat memenuhi permintaan tenaga mahir dan berkualiti dalam usaha membangunkan sektor ekonomi dan sosial negara..

(Dr. Rasid,2010: muka surat 12)

TAHUN JUMLAH PERUNTUKAN

2010 4 ,997,683,000

2009 4,053,600,000

2008 3,510,168,000

2007 3,010,600,000

2006 2,241,700,000

G:\TugasanDrRasid\Assignment Dr. Rashid\asignment kumpln\jadual2.pdf5.pdf

G:\TugasanDrRasid\Assignment Dr. Rashid\asignment kumpln\jadual2_2009.pdf4.pdf

PERBELANJAAN PEMBANGUNAN( KEMENTERIAN

PELAJARAN) 2006-2010

2. Teori Pertumbuhan Perbelanjaan Awam - Teori Wagner mewujudkanHukum Wagner- terdapat kecenderungan kegiatan kerajaan meningkat apabila berlaku pertumbuhan ekonomi- kategori kedua(ada 3 kategori), peningkatan permintaan terhadap kemudahan sosial. (perbelanjaan pendidikan sentiasa meningkat walaupun ekonomi tidak stabil.

3. Sumbangan pendidikan dalam pembangunan sosioekonomi dan politik negara.- pendidikan memberikan sumbangan ke arah pembangunan sosioekonomi dalam pelbagai bidang;i. melahirkan tenaga kerja profesional, mahir dan separuh mahirii. Pakar penyelidikiii. Rakyat mudah dilentur dan mobiliti untuk pembangunan sosioekonomi negaraiv. Masyarakat moden dan kesedaran politikv. Mengimbangkan sosioekonomi antara kaumvi Meningkatkan produktiviti dan memperbaiki ekonomi

4. Peranan Pendidikan Dalam Rancangan Pembangunan Negara

RMK1(1966-1970), peranan pendidikan menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial, terutama meningkatkan taraf hidup rakyat dan membasmi buta huruf;

i. perkukuh sistem pendidikan kebangsaan bagi memupuk perpaduan sosial, budaya dan politik.

ii. memperluas peluang pendidikan bagi memperbaiki ketidak seimbangan bandar dan luar bandar.

iii. menyediakan kemudahan pendidikan - SMiv. mempelbagaikan kemudahan latihan -

pertanian,sains perindustrian dan teknologi.

Selepas peristiwa 13 Mei 1969, kerajaan telah mengubahsuai dasar pendidikan negara memberi penekanan kepada perpaduan kaum dan mengeluarkan lebih ramai tenaga mahir bagi memenuhi Dasar Ekonomi Baru- Pendidikan menyatupadukan kaum dan memperbaiki jurang perbezaan pendapatan antara kaum.

RMK2(1971-1975)- Rancangan Pendidikan dan latihan;i. menyatukan sistem pendidikan - percantuman negara ii. menyesuai dan memperluas rancangan pendidikan bagi memenuhi keperluan tenaga rakyat. iii. memperbaiki mutu pendidikan membentuk masyarakat maju berasaskan sains dan teknologi moden.iv. memperbaiki keupayaan untuk menjalankan penyelidikan, perancangan dan pelaksanaan bagi mencapai tujuan di atas.

RMK3(1976-1980)'memupuk penyatuan dan perpaduan negara melalui Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama, sistem pendidikan dan latihan dimajukan bagi memenuhi keperluan tenaga manusia. RMK4(1981-1985)..Program pendidikan dan latihan kemahiran dan latihan terus dipergiat,BM sebagai bahasa pengantar utama di SM di Semenanjung, di Sabah(1982), Sarawak(1990)

RMK5(1986-1990)- tidak banyak perubahan..memupuk perpaduan negara di samping mengutamakan pendidikan untuk melahirkan orang perseorangan yang berpengetahuan, terlatih dan mahir..RMK6(1991-1995)- pembangunan sumber manusia merupakan teras utama..Pendidikan dan latihan terus dimaju dan ditingkatkan untuk melengkapkan individu dengan pengetahuan, kemahiran, melahirkan warganegara yang bertanggungjawab, bermoral dan etika yang kukuh..

RMK9(2006-2010) Menggariskan dasar dan program utama ke arah mencapai teras serta objektif wawasan 2020;i. meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggiii. meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi serta memupuk minda kelas pertamaiii. menangani masalah ketidaksamaan sosioekonomiiv. meningkatkan tahap dan kualiti hidupv. mengukuhkan keupayaan institusi- Teras kedua menekankan pentingnya pelajaran pada semua peringkat persekolahan

5. Peranan Pendidikan dalam memenuhi Wawasan 2020:Sembilan cabaran yang terdapat dalam W2020 untuk menjadikan Malaysia negara maju sepenuhnya pada tahun 2020 selari dgn Data PembangunanNegara (RRJP2) ....

'Usaha-usaha dalam bidang pendidikan dan latihan akan diteruskan untuk melahirkan warganegara yang mempunyai imbangan bersesuaian dengan pengetahuan dan kemahiran dengan penumpuan terhadap sains dan teknologi, nilai-nilai rohani dan moral yang tinggi, rasa tanggungjawab, berdaya cipta, mudah lentur diri dan berupaya memberi sumbangan berkesan kepada pembangunan negara yang harmoni, makmur dan bersatu'.

6.Peranan Utama Sektor Pendidikan bagi Memenuhi Wawasan Pendidikan6.1. membentuk dan melahirkan generasi mempunyai nilai-nilai rohani, bermoral tinggi, bertanggungjawab- KBSR(1982) KBSM(1989) berteraskan FPK mewujudkan insan seimbang daripada segi JERI 6.2. Generasi penyayang - termaktub dalam KBSM dan KBSR iaitu setiap mata pelajaran perlu menekankan nilai-nilai murni. (16 Nilai Murni) 6.3. membentuk generasi yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam semua bidang kehidupan.6.4. mewujudkan masyarakat yang peka kepada sains dan teknologi6.5. membekal dan membangunkan sumber manusia

7. Kesimpulan

Sektor pendidikan adalah elemen terpenting bagi mencapai wawasan 2020. Oleh hal yang demikian, Adalah menjadi tanggungjawab KPM untuk memastikan sistem pendidikan sedia ada berjalan lancar serta berjaya mencapai hasrat FPK iaitu membentuk generasi yang seimbang daripada segi JERI, berakhlak mulia, penyayang, berpengetahuan dan berkemahiran dengan memberi penumpuan terhadap sains dan teknologi bagi membekal guna tenaga professional dan mahir dalam semua bidang menjelang 2020.

Sekian dan terima kasih

top related