tips penjagan pconlineapps.kada.gov.my/portal_ict/info ict/tips penjagan pc.pdf · tips yang...
Post on 24-Feb-2018
229 Views
Preview:
TRANSCRIPT
TIPS PENJAGAN PC
Penjagaan terhadap PC selalunya tidak diberi perhatian yang sewajarnya. Penyelenggaraan
ringkas dan betul menyelamatkan sistem dari kerosakan serius. Panduan penjagaan dibahagikan
kepada dua bahagian iaitu perkakasan dan perisian. Tips yang diberi hanya sebagal panduan dan
cadangan sahaja, boleh ditambah atau diubahsuai mengikut kehendak masing-masing. Senarai
tips yang disusun ini mungkin dapat membantu sedikit sebanyak cara-cara mengendali komputer
peribadi.
Penjagaan perkakasan computer
Dapatkan sebuah peranti UPS (Uninterrupted Power Supply atau Voltage Stabilizer)
untuk menyelamatkan data atau perkakasan komputer sekiranya bekalan elektrik tertutup
dengan mengejut atau keadaan arus elektrik yang kurang stabil. Windows sangat tidak
gemar penutupan secara kasar kerana ia memerlukan Shut Down yang sempurna.
Peralatan UPS boleh juga mengurangkan kebisingan pada talian kuasa elektrik.
Letakkan disket dan CD-ROM di dalam bekasnya (jewel box) untuk elak dari debu,
kesan calar atau kelembapan. Pegang CD-ROM dengan tidak menyentuh permukaan
kilat.
Tutup komputer, monitor dan pencetak dengan penutup plastik atau kain sekiranya ia
tidak akan digunakan agak lama.Seterusnya tips dalam bentuk rajah dengan cara
penjagaan yang meliputi perkakasan seperti monitor, kotak komputer, bekalan kuasa,
CPU, papan kekunci, tetikus, pembesar suara, mikrofon dan pencetak. Panduan yang
diberikan mungkin bukan yang terbaik tetapi sekurang-kurangnya boleh membuka minda
untuk mencari cara yang lebih sempurna.PeralatanPeralatan yang di perlukan untuk
penjagaan perkakasan seperti berikut:
Tisu, kain, berus lukis berbagai saiz (kecil, sederhana dan besar), kit pencuci CD, bekas
air, sekotak kecil kapas dan kapas bayi.• Lampu suluh kecil dan mesin vakum.
Penjagaan Monitor
Penjagaan perkakasan komputer perlu dilakukan secara berterusan. Ambil satu masa
yang terluang untuk melakukan kerja-kerja pembersihan perkakasan.
1. Guna tisu atau kain lembap, lap habuk atau debu dan kesan-kesan jari di
permukaan skrin dan badan monitor.
2. Kesan degil boleh dibuang dengan kapas yang dititik cecair pencuci CD.
3. Vakum lubang udara dengan dibantu berus kecil.
4. Ubah suis kecerahan dan kontras di panel monitor ketahap sederhana.
5. Untuk memanjangkan hayat monitor, jangan menutup lubang udara dengan
barang perhiasan atau kain tebal.
6. Jarakkan monitor dan dinding sebesar 20 cm untuk laluan udara.
Penjagaan kotak komputer dan kandungan
Perkara-perkara yang boleh dilakukan bagi penjagaan kotak komputer.
1. Guna vakurn untuk menyedut habuk dan debu di sekitar dalam kotak komputer di
bahagian-bahagian seperti dalam rajah di atas. Guna berus kecil untuk sampai di
tempat-tempat terlindung atau sempit.
2. Susun kabel-kabel reben dalam kotak komputer agar laluan udara tidak dihalang di
kawasan CPU dan unit bekalan kuasa.
3. Penutup komputer harus sentiasa dilekatkan pacia badan komputer untuk
mengelakkan dari debu dan labah-labah berumah.
4. Antara kotak komputer dan dinding, harus ada sedikit ruang lebih kurang 20 cm
untuk laluan udara.
Penjagaan unit Bekalan Kuasa
Tidak banyak yang boleh dilakukan mengenai penjagaan unit bekalan kuasa. Satu dua
perkara yang dilakukan boleh menyelamatkan sesuatu keadaan yang mungkin akan
berlaku.Vakum debu dan habuk di kawasan kipas A dan dilaluan udara B. Dalam
masa yang singkat, kedua-dua tempat ini akan cepat menyimpan debu dan boleh
menganggu operasi kipas.
Setelah selesai tugas, pastikan kabel-kabel reben tidak menghalang arah udara masuk
di bahagian B.
Semasa meletakkan komputer dekat dinding, pastikan laluan udara kipas unit bekalan
kuasa tidak dihalang.Komputer harus dilindungi dari bekalan elektrik yang tidak
stabil seperti berikut:
1. Arus elektrik terlalu tinggi dari bekalan AC dinding.
2. Bekalan elektrik terlalu rendah (sag) menyebabkan komputer sering restart.
3. Talian bekalan elektrik bising.
4. Peralatan UPS (Uninterruptible Power Supply) boleh menapis kebisingan dan
menstabilkan bekalan elektrik yang terlalu tinggi atau terlalu rendah.
Penjagaan CPU
Sesekali hati harus berani membuka kipas CPU dari tempatnya untuk kerja-kerja
penyelenggaraan. Kalau dilakukan dengan betul dan cermat, semuanya akan berjalan
dengan lancar.Buka empat skru dan keluarkan kipas dari atas CPU. Sink haba
dibiarkan ditempatnya. Sekiranya hendak dibuka, dapatkan bantuan playar muncung
tirus atau pemandu skru kerana klip mencengkam badan soket dengan kuatnya. CPU
tidak perlu dikeluarkan dalam proses ini.Vakum celah-celah bilah kipas dan sink haba
dengan dibantu berus kecil.Setelah selesai kerja, skrukan balik kipas di atas sink haba
dan pastikan kipas CPU berpusing bila komputer dihidupkan.
Penjagaan Papan Kekunci Dan Tetikus
Apakah dua perkakasan luar yang paling banyak bergerak atau paling aktif.
Jawapannya tidak lain dan tidak bukan ialah papan kekunci dan tetikus. Sudah pasti
penjagaannya lebih dari yang lain kerana kedua-duanya juga mudah rosak. Satu lagi
perkakasan yang sangat aktif, tentunya cakera keras yang setiap ketika berpusing
tanpa henti-henti. Penjagaannya lebih kepada penutupan yang betul dan penyusunan
fail yang kerap.A - Papan kekunciCuci permukaan papan kekunci dengan kain atau
tisu lembap.Vakum celah-celah kekunci dengan dibantu berus kecil.Guna cecair
pencuci CD dengan tisu pada tanda-tanda degil.B - TetikusPusingkan penutup ke kiri
atau ke kanan , keluarkan bebola tetikus dan cuci dengan kapas campur setitik dua
cecair pencuci CD.Guna kapas bayi untuk mencuci bahagian dalam tetikus.Cuci pad
tetikus dengan kain lembap.Penjagaan Pembesar Suara dan MikrofonSemua
perkakasan boleh dicuci sama ada dengan tisu atau kain lembap. Cecair pencuci CD
dengan kapas boleh digunakan mengikut keadaan terutama kesan kotor pada
perkakasan.Semasa memasuk dan mengeluarkan kabel kuasa atau kabel signal data,
pegang di bahagian A dan bukan B bagi mengelakkan kerosakan kabel.
Penjagaan Pencetak
1. Badan pencetak boleh dilap dengan kain atau tisu lembap.
2. Buka penutup pencetak, cuci sekitar dalaman dengan tisu kering atau berus
kecil.
3. Keluarkan bekas ink (kartrij), cuci di kawasan jet dari lebihan ink atau kerana
terlalu kering.Cara-cara mengisi ink refill. berbeza mengikut pengeluar
masing-masing dan salah satu cara seperti di bawah:
A. Guna pin penebuk untuk membuat lubang kecil di tepi kotak ink dan
isikan sehingga separuh. Biasanya satu botol ink refill boleh diisi
sebanyak dua kali ke dalam kartrij. Penutup botol refill harus sentiasa
ditutup untuk elak dari kecederaan kepada pengguna.
B. Ambil pita yang dibekalkan untuk menutup lubang agar ink nanti tidak
mengalir keluar atau tertumpah. Kartrij ink boleh digunakan sebanyak
lima kali atau lebih
top related