tips penjagan pconlineapps.kada.gov.my/portal_ict/info ict/tips penjagan pc.pdf · tips yang...

4
TIPS PENJAGAN PC Penjagaan terhadap PC selalunya tidak diberi perhatian yang sewajarnya. Penyelenggaraan ringkas dan betul menyelamatkan sistem dari kerosakan serius. Panduan penjagaan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu perkakasan dan perisian. Tips yang diberi hanya sebagal panduan dan cadangan sahaja, boleh ditambah atau diubahsuai mengikut kehendak masing-masing. Senarai tips yang disusun ini mungkin dapat membantu sedikit sebanyak cara-cara mengendali komputer peribadi. Penjagaan perkakasan computer Dapatkan sebuah peranti UPS (Uninterrupted Power Supply atau Voltage Stabilizer) untuk menyelamatkan data atau perkakasan komputer sekiranya bekalan elektrik tertutup dengan mengejut atau keadaan arus elektrik yang kurang stabil. Windows sangat tidak gemar penutupan secara kasar kerana ia memerlukan Shut Down yang sempurna. Peralatan UPS boleh juga mengurangkan kebisingan pada talian kuasa elektrik. Letakkan disket dan CD-ROM di dalam bekasnya (jewel box) untuk elak dari debu, kesan calar atau kelembapan. Pegang CD-ROM dengan tidak menyentuh permukaan kilat. Tutup komputer, monitor dan pencetak dengan penutup plastik atau kain sekiranya ia tidak akan digunakan agak lama.Seterusnya tips dalam bentuk rajah dengan cara penjagaan yang meliputi perkakasan seperti monitor, kotak komputer, bekalan kuasa, CPU, papan kekunci, tetikus, pembesar suara, mikrofon dan pencetak. Panduan yang diberikan mungkin bukan yang terbaik tetapi sekurang-kurangnya boleh membuka minda untuk mencari cara yang lebih sempurna.PeralatanPeralatan yang di perlukan untuk penjagaan perkakasan seperti berikut: Tisu, kain, berus lukis berbagai saiz (kecil, sederhana dan besar), kit pencuci CD, bekas air, sekotak kecil kapas dan kapas bayi.• Lampu suluh kecil dan mesin vakum.

Upload: hoangnga

Post on 24-Feb-2018

229 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: TIPS PENJAGAN PConlineapps.kada.gov.my/portal_ict/info ict/TIPS PENJAGAN PC.pdf · tips yang disusun ini mungkin dapat membantu sedikit sebanyak cara-cara ... atau Voltage Stabilizer)

TIPS PENJAGAN PC

Penjagaan terhadap PC selalunya tidak diberi perhatian yang sewajarnya. Penyelenggaraan

ringkas dan betul menyelamatkan sistem dari kerosakan serius. Panduan penjagaan dibahagikan

kepada dua bahagian iaitu perkakasan dan perisian. Tips yang diberi hanya sebagal panduan dan

cadangan sahaja, boleh ditambah atau diubahsuai mengikut kehendak masing-masing. Senarai

tips yang disusun ini mungkin dapat membantu sedikit sebanyak cara-cara mengendali komputer

peribadi.

Penjagaan perkakasan computer

Dapatkan sebuah peranti UPS (Uninterrupted Power Supply atau Voltage Stabilizer)

untuk menyelamatkan data atau perkakasan komputer sekiranya bekalan elektrik tertutup

dengan mengejut atau keadaan arus elektrik yang kurang stabil. Windows sangat tidak

gemar penutupan secara kasar kerana ia memerlukan Shut Down yang sempurna.

Peralatan UPS boleh juga mengurangkan kebisingan pada talian kuasa elektrik.

Letakkan disket dan CD-ROM di dalam bekasnya (jewel box) untuk elak dari debu,

kesan calar atau kelembapan. Pegang CD-ROM dengan tidak menyentuh permukaan

kilat.

Tutup komputer, monitor dan pencetak dengan penutup plastik atau kain sekiranya ia

tidak akan digunakan agak lama.Seterusnya tips dalam bentuk rajah dengan cara

penjagaan yang meliputi perkakasan seperti monitor, kotak komputer, bekalan kuasa,

CPU, papan kekunci, tetikus, pembesar suara, mikrofon dan pencetak. Panduan yang

diberikan mungkin bukan yang terbaik tetapi sekurang-kurangnya boleh membuka minda

untuk mencari cara yang lebih sempurna.PeralatanPeralatan yang di perlukan untuk

penjagaan perkakasan seperti berikut:

Tisu, kain, berus lukis berbagai saiz (kecil, sederhana dan besar), kit pencuci CD, bekas

air, sekotak kecil kapas dan kapas bayi.• Lampu suluh kecil dan mesin vakum.

Page 2: TIPS PENJAGAN PConlineapps.kada.gov.my/portal_ict/info ict/TIPS PENJAGAN PC.pdf · tips yang disusun ini mungkin dapat membantu sedikit sebanyak cara-cara ... atau Voltage Stabilizer)

Penjagaan Monitor

Penjagaan perkakasan komputer perlu dilakukan secara berterusan. Ambil satu masa

yang terluang untuk melakukan kerja-kerja pembersihan perkakasan.

1. Guna tisu atau kain lembap, lap habuk atau debu dan kesan-kesan jari di

permukaan skrin dan badan monitor.

2. Kesan degil boleh dibuang dengan kapas yang dititik cecair pencuci CD.

3. Vakum lubang udara dengan dibantu berus kecil.

4. Ubah suis kecerahan dan kontras di panel monitor ketahap sederhana.

5. Untuk memanjangkan hayat monitor, jangan menutup lubang udara dengan

barang perhiasan atau kain tebal.

6. Jarakkan monitor dan dinding sebesar 20 cm untuk laluan udara.

Penjagaan kotak komputer dan kandungan

Perkara-perkara yang boleh dilakukan bagi penjagaan kotak komputer.

1. Guna vakurn untuk menyedut habuk dan debu di sekitar dalam kotak komputer di

bahagian-bahagian seperti dalam rajah di atas. Guna berus kecil untuk sampai di

tempat-tempat terlindung atau sempit.

2. Susun kabel-kabel reben dalam kotak komputer agar laluan udara tidak dihalang di

kawasan CPU dan unit bekalan kuasa.

3. Penutup komputer harus sentiasa dilekatkan pacia badan komputer untuk

mengelakkan dari debu dan labah-labah berumah.

4. Antara kotak komputer dan dinding, harus ada sedikit ruang lebih kurang 20 cm

untuk laluan udara.

Page 3: TIPS PENJAGAN PConlineapps.kada.gov.my/portal_ict/info ict/TIPS PENJAGAN PC.pdf · tips yang disusun ini mungkin dapat membantu sedikit sebanyak cara-cara ... atau Voltage Stabilizer)

Penjagaan unit Bekalan Kuasa

Tidak banyak yang boleh dilakukan mengenai penjagaan unit bekalan kuasa. Satu dua

perkara yang dilakukan boleh menyelamatkan sesuatu keadaan yang mungkin akan

berlaku.Vakum debu dan habuk di kawasan kipas A dan dilaluan udara B. Dalam

masa yang singkat, kedua-dua tempat ini akan cepat menyimpan debu dan boleh

menganggu operasi kipas.

Setelah selesai tugas, pastikan kabel-kabel reben tidak menghalang arah udara masuk

di bahagian B.

Semasa meletakkan komputer dekat dinding, pastikan laluan udara kipas unit bekalan

kuasa tidak dihalang.Komputer harus dilindungi dari bekalan elektrik yang tidak

stabil seperti berikut:

1. Arus elektrik terlalu tinggi dari bekalan AC dinding.

2. Bekalan elektrik terlalu rendah (sag) menyebabkan komputer sering restart.

3. Talian bekalan elektrik bising.

4. Peralatan UPS (Uninterruptible Power Supply) boleh menapis kebisingan dan

menstabilkan bekalan elektrik yang terlalu tinggi atau terlalu rendah.

Penjagaan CPU

Sesekali hati harus berani membuka kipas CPU dari tempatnya untuk kerja-kerja

penyelenggaraan. Kalau dilakukan dengan betul dan cermat, semuanya akan berjalan

dengan lancar.Buka empat skru dan keluarkan kipas dari atas CPU. Sink haba

dibiarkan ditempatnya. Sekiranya hendak dibuka, dapatkan bantuan playar muncung

tirus atau pemandu skru kerana klip mencengkam badan soket dengan kuatnya. CPU

tidak perlu dikeluarkan dalam proses ini.Vakum celah-celah bilah kipas dan sink haba

dengan dibantu berus kecil.Setelah selesai kerja, skrukan balik kipas di atas sink haba

dan pastikan kipas CPU berpusing bila komputer dihidupkan.

Page 4: TIPS PENJAGAN PConlineapps.kada.gov.my/portal_ict/info ict/TIPS PENJAGAN PC.pdf · tips yang disusun ini mungkin dapat membantu sedikit sebanyak cara-cara ... atau Voltage Stabilizer)

Penjagaan Papan Kekunci Dan Tetikus

Apakah dua perkakasan luar yang paling banyak bergerak atau paling aktif.

Jawapannya tidak lain dan tidak bukan ialah papan kekunci dan tetikus. Sudah pasti

penjagaannya lebih dari yang lain kerana kedua-duanya juga mudah rosak. Satu lagi

perkakasan yang sangat aktif, tentunya cakera keras yang setiap ketika berpusing

tanpa henti-henti. Penjagaannya lebih kepada penutupan yang betul dan penyusunan

fail yang kerap.A - Papan kekunciCuci permukaan papan kekunci dengan kain atau

tisu lembap.Vakum celah-celah kekunci dengan dibantu berus kecil.Guna cecair

pencuci CD dengan tisu pada tanda-tanda degil.B - TetikusPusingkan penutup ke kiri

atau ke kanan , keluarkan bebola tetikus dan cuci dengan kapas campur setitik dua

cecair pencuci CD.Guna kapas bayi untuk mencuci bahagian dalam tetikus.Cuci pad

tetikus dengan kain lembap.Penjagaan Pembesar Suara dan MikrofonSemua

perkakasan boleh dicuci sama ada dengan tisu atau kain lembap. Cecair pencuci CD

dengan kapas boleh digunakan mengikut keadaan terutama kesan kotor pada

perkakasan.Semasa memasuk dan mengeluarkan kabel kuasa atau kabel signal data,

pegang di bahagian A dan bukan B bagi mengelakkan kerosakan kabel.

Penjagaan Pencetak

1. Badan pencetak boleh dilap dengan kain atau tisu lembap.

2. Buka penutup pencetak, cuci sekitar dalaman dengan tisu kering atau berus

kecil.

3. Keluarkan bekas ink (kartrij), cuci di kawasan jet dari lebihan ink atau kerana

terlalu kering.Cara-cara mengisi ink refill. berbeza mengikut pengeluar

masing-masing dan salah satu cara seperti di bawah:

A. Guna pin penebuk untuk membuat lubang kecil di tepi kotak ink dan

isikan sehingga separuh. Biasanya satu botol ink refill boleh diisi

sebanyak dua kali ke dalam kartrij. Penutup botol refill harus sentiasa

ditutup untuk elak dari kecederaan kepada pengguna.

B. Ambil pita yang dibekalkan untuk menutup lubang agar ink nanti tidak

mengalir keluar atau tertumpah. Kartrij ink boleh digunakan sebanyak

lima kali atau lebih