tingkatan 3 kh

Post on 10-Jan-2016

64 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

kh

TRANSCRIPT

Tingkatan 3 : Reka Cipta

REKACIPTA

Maksud Reka Cipta

Penghasilan produk baru (kerativiti) atau pengubahsuaian produk (inovasi) untuk memenuhi kehendak pengguna.

Proses Reka Cipta1.Pengenalpastian masalah2.Pemilihan idea3.Perekaan projek4.Pemilihan reka bentuk projek5.Perancangan projek dan pembinaan projek6.Pembinaan, pengujian dan pengubahsuaian projek7.Pendokumentasian

Pengenalpastian masalah

1.Pengenalpastian masalah merupakan langkah asas dalam proses reka cipta.2.Untuk menyelesaikan masalah, proses-proses berikut perlu dilakukan :(a)Mengenal pasti masalah(b)Mengumpul maklumat dan data(c)Menganalisis maklumat(d)Menyenarai pelbagai idea penyelesaian masalah

Pemilihan idea

1.Pemilihan idea ialah memilih satu daripada pilihan-pilihan idea yang ada dengan mengambil kira kelebihan dan kelemahan setiap idea, serta dapat menarik minat pengguna.2.Faktor-faktor penting dalam pemilihan idea :(i)Keupayaan kendiri(ii)Pengetahuan dan kemahiran sedia ada(iii)Bahan dan komponen(iv)Cara pembuatan(v)Kepentingan produk(vi)Mesra alam

Perekaan Projek

1.Perekaan projek ialah proses yang dilakukan untuk membentuk projek yang hendak dihasilkan.2.Lakaran projek boleh dibuat dalam tiga atau dua dimensi dan ianya menggambarkan bentuk dan saiz projek.

Pemilihan Reka Bentuk

1.Pemilihan reka bentuk perlu berpandukan kepada kriteria reka bentuk yang dilakarkan.2.Penilaian reka bentuk berpandukan kepada faktor berikut:(i) Fungsi(ii) Rupa bentuk(iii) Kesesuaian bahan(iv) Kaedah binaan(v) Ketahanan(vi)Kos(vii) Kemasan(viii)Keselamatan(ix) Nilai komersial3.Membuat lukisan kerja berdasarkanlukisan unjuran ortografik(a)Pelan(b)Pandangan hadapan(c)Pandangan sisi

Perancangan Pembinaan Projek

1.Bahan dan kesesuaiannya :Bahan yang dipilih perlu sesuai dengan ketahanan projek dan ada nilai komersial.(i)Papan lapis (v) Perspek(ii)Kayu (vi) Mounting board(iii)Kepingan logam (vii) Pelekat(iv)PVC (viii) Medium Density Fibreboard (MDF)

2.Pemilihan alatanProsesAlatan tangan yang digunakan

Mengukur dan menandaPensel, pembaris keluli, pita pengukur, sesiku L, tolok serong

MemotongGergaji puting, gergaji tangan, gergaji lengkung halus

MembentukKikir parit, pahat tepi serong

MencantumTukulwarrington, tukul kuku kambing, gandin kayu.

KemasanBerus cat, berus syelek, pengikis, penyembur cat

3.Menyediakan jadual kerjaAktiviti / Minggu123456789

Mengenalpasti masalah

Mengumpul maklumat dan data

Menjana idea, melakar, dan memilih objek

Perancangan dan pembinaan objek

Pemasangan, pengujian dan pengubahsuaian

Dokumentasi

Persembahan

Pengiraan Kos1.Kosprojek melibatkan kos bahan, kos upah dan kos overhead.2.Kosbahan ialah perbelanjaan yang dikeluarkan bagi membeli bahan-bahan untuk membuat projek reka cipta.3.Kosupah ialah gaji atau upah pekerja bagi menghasilkan projek reka cipta.4.Kosoverhead ialah perbelanjaan lain yang terlibat semasa proses penghasilan projek reka cipta.

Contoh pengiraan : (kos projek untuk 50 unit projek)

Kosbahan projek = RM 240.00Kosupah (5 orang x 10 jam x RM3.00 = RM 150.00Kosoverhead (elektrik, air, telefon) = RM 35.00

Kos Pengeluaran = Kos Bahan+Kos Upah+KosOverhead = RM 240.00 + RM 150.00 + RM 35.00 = RM 425.00

Kos Pengeluaran Seunit =KosPengeluaran Jumlah Unit = RM 425.00 50 unit =RM 8.50Pembinaan, Pengujian dan Pengubahsuaian Projek

1.Mengukur, Menanda dan Memotong.2.Membina dan Mencantum bahagian Projek3.Memeriksa dan Menguji Sambungan & Pemasangan4.Menguji dan Menilai Projek5.Membuat Kemasan

Pendokumentasian

1.Mengumpul dan Merekodkan Maklumat.Perkara yang diperlukan dalam pendokumentasian:BilPerkara

1Tajuk projekRak serbaguna

2Latar belakangi.Pernyataan masalahii.Produk sedia adaiii.Cadangan projek

3Objektif dan fungsi produkMenyimpan alat-alat tulis

4Deskripsi produki. Bahan dan komponenii. Jadual kerjaiii. Lukisan kerjaiv. Pembinaan

5Rujukan atau bibliografiMenyenaraikan semua bahan rujukan

6LampiranKatalog, model, lakaran reka bentuk.

2.Membuat Persembahan Projek

i.Menyatakan ciri-ciri projek seperti fungsi, jenis bahan, kos dan keistimewaan projek.ii.Merangkumi pengenalpastian masalah perancangan projek, pembinaan projej, kemasan dan pengiraan kos.iii.Menyatakan masalah yang dihadapi ketika menjalankan proses penghasilan projekiv.Memberi maklumat tepat dan jelasv.Menyediakan bahan-bahan yang dapat membantu persembahan dan harus disediakan seperti gambar dan carta.vi.Mendapatkan komen membina daripada kawan dan guru.vii.Memperbaiki kualiti produk.

Tingkatan 3 : Elektronik3.1 Komponen Elektronik3.1.1 Litar BersepaduLitar bersepadu ialah sejenis komponen elektrik yang palingpopular digunakan pada peralatan elektronik.Binaan* I.C mengandungi gabungan komponen elektronik sepertitransistor,perintang,diod,dan pemuat yang diperbuat daripadabahan separa pengalir.* Gabungan ini dapat menghasilkan satu pakej yang sangat kecilyang dinamakan serpihan. Serpihan mempunyai satu litarlengkap atau separa lengkap.* Wayar emas biasanya digunakan untuk menyambung serpihanpada pin-pin I.C.* Serpihan I.C ditutup dengan perumah plastik atau logam bagimelindunginya daripada rosak.* Pin-pin atau kaki I.C akan bertambah sekiranya litarnyamempunyai fungsi yang kompleks.Fungsi* I.C berfungsi sebagai satu litar yang kompleks dan kecil saiznyabagi menjimatkan ruang.* Setiap pin I.C mempunyai fungsi yang tertentu. Nombor-nomboryang terdapat pada pin I.C dapat menyatakan fungsi-fungsi I.Cdengan merujuk kepada lembaran data.* Lembar data boleh diperoleh daripada pengilang atau pembekalyang membekalkan I.C tersebut.

I.C Muzik1) I.C muzik merupakan komponen elektronik yang menyerupaisebuah transistor.2) I.C muzik mempunyai 3 kaki.3) Perbezaan IC muzik dengan transistor biasa, komponen ini dilihatpada nombor yang tercetak pada badan IC muzik berkenaan. ICmuzik yang biasa digunakan ialah BT 66T-19L atau FT 66T-68L.4) Irama yang dihasilkan oleh IC muzik yang digunakan dalam projekakan berbeza mengikut nombor atau jenis IC muzik yang digunakan.

Kaedah Pengguna IC dan Cara Penyimpanan1) IC adalah sangat kompleks dan sensitif, maka ia harus digunakansecara berhati-hati supaya dapat mengelakkan kerosakan terutamapada bahagian kakinya.2) Kerosakan IC boleh berlaku apabila suhu terlalu tinggi atau voltanarus yang berlebihan melaluinya.3) Bagi mengelakkan kerosakan, soket IC harus digunakan untukpematerian pada litar. Jangan pateri terus kepada IC.

3.1.2 Suis MikroSuis mikro adalah suis yang sangat kecil.Binaan1) Suis mikro mempunyai tiga pin di bahagian bawahnya, iaitu pinCOM (Common), pin NO (Normally open), dan pin NC (NormallyClosed).2) Pin COM bertindak sebagai punca neutral dalam litar. Manakalapin NO dan pin NC bertindak sebagai punca hidup.3) Dalam keadaan biasa suis mikro, satu litar lengkap akan berlakudaripada pin COM ke pin NC kerana spring menyentuh sesentuh A.4) Manakala apabila tuil penolak ditekan, penolak akan menolakspring dan menyentuh sesentuh B. Maka satu litar lengkap akanberlaku daripada pin COM ke pin NO.Fungsi1) Suis mikro merupakan suis yang mempunyai dua fungsi dalamsatu suis, suis mikro boleh bertindak sebagai suis tekan tutup dansuis tekan buka.2) Suis mikro biasa digunakan dalam sistem penggera dan bertindaksebagai suis pemutus keselamatan.

3.1.3 Mikrofon1) Mikrofon ialah komponen elektronik yang berfungsi untuk menerimagelombang bunyi dan menukarkannya kepada gelombang elektrik.2) Jenis mikrofon yang biasa digunakan ialah jenis:\a) mikrofon gegelung bergerak (dinamik)b) mikrofon jenis pemuatc) mikrofon jenis karbonBinaan1) Mikrofon mempunyai sejenis komponen yang dinamakan transduseryang berfungsi untuk mengesan gelombang bunyi.2) Gelombang bunyi yang terkena kepada transduser akan ditukarkankepada gelombang elektrik.3) Transduser yang biasa digunakan dalam mikrofon ialah transduserjenis gegelung bergerak, jenis pemuat, dan jenis karbon.

3.1.4 Pembesar Suara1) Pembesar suara merupakan komponen elektronik yang digunakanpada alatan dan perkakas yang mengeluarkan bunyi.2) Ia berfungsi untuk menukarkan gelombang elektrik kepadagelombang bunyi.Binaan1) Pembesar suara terdiri daripada magnet kekal, diafragma, gegelungdawai, kerangka, dan tamatan.2) Gegelung dililit pada kertas keras yang berbentuk silinder dandilekatkan di hujung diafragma.3) Gegelung ini ditempatkan dalam sela udara pada magnet kekal.4) Kerangka digunakan untuk memegang diafragma supaya tidak tertanggal.Fungsi1) Gegelung elektrik yang masuk pada tamatan akan mengalirmelalui gegelung.2) Hal ini akan menyebabkan medan magnet dihasilkan padagegelung.3) Medan magnet ini akan bertindak balas dengan medan magnetyang dihasilkan oleh magnet kekal.4) Tindak balas akan menyebabkan gegelung menolak diafragma.5) Tolakan ini berlaku berulang kali dan menyebabkan diafragmabergetar.6) Getaran ini akan menghasilkan gelombang bunyi.

3.2 Membaca dan Menterjemah Lukisan SkematikLukisan skematik merupakan lukisan yang menggambarkan susunan dankedudukan komponen bagi sesuatu projek melalui simbol. Butiran yangdiperoleh dalam lukisan skematik ialah:a) Komponenb) Cara penyambungan\c) Punca bekaland) Punca tamatan

3.3 Penghasilan ProjekLangkah-langkah menghasilkan projek:1) Membentuk Kaki Komponen2) Memasang Komponen3) Menyemak Pemasangan4) Mematerikan Kaki Komponen5) Memotong Kaki Komponen yang Berlebihan6) Menguji Projek7) Membersih dan Menyimpan Alatan Tangan dan Bahan8) Aplikasi Projek

Tingkatan 3 : Tempat KediamanTEMPAT KEDIAMAN

DEFINISI: Tempat tinggal yang boleh memberi perlindungan bagi sesebuah keluarga

JENIS RUANG TEMPAT KEDIAMAN1. Ruang sosial2. Ruang kerja3. Ruang persendirian

KESELESAAN TEMPAT KEDIAMANPENGUDARAAN Dapat menjamin keselesaan*Kepentingan-Menentukan udara masih segar-Mengelakkan bau kurang menyenangkan-Menentukan kesihatan yang baik

PENCAHAYAAN*Pencahayaan am-Menerangi seluruh bilik tanpa halangan*Pencahayaan terus- Memancar ke satu arah sahaja*Pencahayaan tidak langsung-diperoleh daripada pantulan cahaya ke siling atau dinding dan dibalikkan ke ruang sekitarnyaseprti lampu hiasan dinding

SKEMA WARNA*Warna lembut-Mewujudkan suasana sejuk tenang dan harmonis- Ruang kecil kelihatan lebih luas- Siling yang rendah kelihatan tinggi- Biru muda, hijau muda dan merah jambu

*Warna Terang-Mewujudkan suasana ceria dan cerah-Ruang kecil kelihatan luas-Siling yang rendah kelihatan tinggi-Merah, jingga dan kuning

*Warna Gelap Mewujudkan suasana tenang dan redup- Ruang besar kelihatan lebih kecil- Siling yang tinggi kelihatan rendah- Biru tua dan ungu tua

LANTAI DAN PENUTUP LANTAI*Ciri-ciri lantai yang baik -cantik-kukuh-tidak licin-senang dijaga*Jenis-jenis lantai Lantai simen- serambi,stor Lantai mozek- dapur,bilik mandi Terazo -bilik tetamu Marmar -bilik tetamu Parket-bilik tidur, bilik tetamu, tangga*Jenis penutup lantai ialah permaidani, linolium dan vinil.*Pemilihan penutup lantai menjamin keselamatan, keteguhan dan memudahkan penjagaan.

ALATAN & KELENGKAPAN* Tempat kediaman memerlukan perabot dan kelengkapan untuk kemudahan dan keselesaan penghuninya.*Perabot dan kelengkapan perlu disusun dengan sistematik supaya udara dapat beredar dengan baik tidak menghalang laluan kemalangan dapat dielakkan

KESELAMATAN-Pilih alatan kelengkapan mengikut keutamaan dan pastikan ia dalam keadaan baik dan popular supaya alat ganti mudah diperolehi-Peralatan elekrikda peraltan yang tajam digunakan dan disimpan dengan baik-Jenis lantai sesuai dengan fungsi ruang-Sediakan alat pemadam api

PENJAGAAN TEMPAT KEDIAMANJENIS KETERANGAN CONTOHPembersihan Harian Dilakukan setiap hari Kerja yang ringan dan ringkas Dilakukan dalam masa yang singkat Menyapu Mencuci pakaian Membuang sampah Menyusun bukuPembersihan mingguan Dilakukan pada hujung minggu Masa yang lebih lama Ada pembahagian tugas Mengelap tingkap & perabot Mencuci tandas Memvakum Mengemop lantaiPembersihan Berkala Dilakukan pada masa cuti Begotong-royong bersama ahli keluarga Menukar langsir Membersih kipas Membersih stor

Alat pencuciBIL ALAT PENCUCI KEGUNAANNYA1 Berus siling Membersih siling dan dinding2 Sekuji Mengelap lantai3 Penyapu rami Menyapu permukaan lantai licin4 Penyapu lidi Menyapu lantai papan&konkrit5 Penyapu sabut/plastik Menyapu permukaan lantai yang tidak licin6 Berus tandas Mencuci mangkuk tandas7 Mop lantai Mengelap lantai

Agen pencuciBIL AGEN PENCUCI KEGUNAANNYA1 Sabun Menghilangkan kotoran2 Detergen Mencuci kotoran3 Peluntur Menghilangkan kotoran degil4 Pembasmi kuman Membunuh kuman

FAKTOR PEMILIHAN PERABOT DAN KELENGKAPAN TEMPAT KEDIAMAN Saiz ruang Saiz Perabot Skema Warna Keceriaan Keselamatan Bilangan ahli keluargaSUSUN ATUR ALATAN DAN KELENGKAPAN DI RUANG DAPURAKTIVITI PENERANGANMeja Kerja Diletakkan berhampiran dengan sink dan dapur untuk mengurangkan pergerakan Berada pada ketinggian yang sesuai untuk memudahkan kerjaPeti Sejuk Diletakkan jauh daripada dapur bagi mengelakkan terkena haba yang panas Berdekatan dengan meja kerja supaya dapat memudahkan kerjaSink Diletakkan di tepi tingkap untuk mendapat pencahayaan dan pengudaraan yang baikDapur Berada pada ketinggian yang sesuai untuk memudahkan kerja Diletakkan jauh daripada bahan mudah terbakar Diletakkan berhampiran dengan meja kerja untuk mengurangkan pergerakan

Tingkatan 3 : KonsumerismePengguna dan KonsumerismeKonsep Pengguna1) Pengguna atau konsumer ialah individu yang menggunakan barng dan perkhidmatan yang dipasarkan untuk memenuhi keperluan dan kehendak diri.2) Seorang individu menjadi pengguna sepanjang hidupnya. Pengguna menggunakan wang sebagai alat pertukaran untuk mendapatkan barang dan perkhidmatan.3) Oleh sebab sumber wang adalah terhad, pengguna mestilah membuat pilihan yang bijak semasa membeli barangan supaya kepuasan dapat dimaksimumkan.3.1.2 Hak Penguna1.Pengguna patut sedar akan hak mereka dan melaksanakansupaya menjadi seorang pengguna yang bertanggungjawab.2.Antara hak pengguna adalah seperti yang berikut(a) Hak mendapat keperluan asas-Pengguna mempunyai hak mendapat keperluan asas iaitu makanan,pakaian dan tempat perlindungan.(b)Hak mendapat keselamatan-Segala barangan atau perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna mesti selamat digguna,(c)Hak mendapat maklumat-Semasa membeli barangan,pengguna boleh membaca maklumat barangan daripada label barangan sebelum membuatKeputusan membeli barangan.(d)Hak mendapat pilihan-Pengguna berhak memilih barang atau perkhidmatan sehinggaMemuaskan hati.(e)Hak mendapat ganti rugi-Pengguna mempunyai hak menuntut ganti rugi daripada penjual jika diberi barang dan perkhimatan yang rosak.(f)Hak bersuara-Ketika ditipu atau tidak puas terhadap sesuatu, pengguna mempunyai hak bersuara. Aduan boleh dibuat melalui saluran tertentu seperti persatuan pengguna atau badan-badan profesional untuk mewakili mereka.(g)Hak mendapat pendidikan kepenggunaanPengguna berhak mendapat pendidikan secara berterusan.Pendidikan seperti ini biasanya dianjurkan oleh pihak kerajaan atau melalui buletin yang dikeluarkan pihak kerajaan atau Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna(h)Hak mendapat alam sekitar yang sihat dan selamatPengguna berhak dilindungi daripada apa-apa yang kurang selamat atau pencemaran. Pengguna harus memastikan alam sekeliling dan tempat tinggi adalah bersih dan selamat.

Tanggungjawab Pengguna1) Tanggungjawab pengguna terdiri daripada:(a) tanggungjawab terhadap diri sendiri;(b) tanggungjawab terhadap masyarakat;(c) tanggungjawab terhadap alam sekitar.2) Tanggungjawb terhadap diri sendiri:Pengguna harus memupuk sikap bertanggungjawab terhadap diri sendiri dengan membeli secara rasional. Pembelian secara rasional dapat dipupuk dengan membelanjakan sumber wang yang terhad secara berhati-hati. Hal ini dapat dilakukan dengan membuat belanjawan diri.3) Tanggungjawab pengguna terhadap masyarakat:Pengguna perlu bersatru-padu dan bekerjasama dalam membenteras sebarang penyelewengan perniagaan .Hal ini dapat dilakukan melalui Persatuan Pengguna.Masyarakat harus menyebarkan pendidikan kepenggunaan kepada pengguna lain juga.4) Tanggungjawab pengguna terhadap alam sekitarAlam sekitar berhak dinikmati oleh semua orang. Pengguna harus bertanggungjawab terhadap alam sekitar ketika atau setelah menggunakannya.

7.3 Tanggungjawab Pengeluar Kepada PenggunaAntara tanggungjawab pengeluar kepada pengguna adalah:(a) membeli pada harga yang berpatutan dengan memaparkan harga pada barangan dengan jelas.(b) Membeli kuantiti yang tepat seperti yang tercatat pada label bungkusan.(c) Memastikan bahawa pengeluar produk adalah selamat dan sesuai dengan harga yang ditawarkan.(d) Memberi segala maklumat yang tepat pada label bungkusan.(e) Memastikan produk yang dikeluarkan adalah berkualiti.(f) Memastikan produk dan pengeluaran produk adalah mesra alam.Bentuk-bentuk Penyelewengan oleh Pengeluar(a) harga barang yang tidak stabil terutamanya pada musim-musim perayaan.(b) Menyorok barang.(c) Barang yang dikeluarkan berkualiti rendah.(d) Barang yang dikeluarkan membahayakan pengguna.(e) Timbangan dan sukatan yang tidak tepat.(f) Pengeluar mengeluarkan maklumat yang mengelirukan pengguna.

Cara-cara Membuat Aduan1)tara cara yang dapat dilakukan adalah:(a) membuat aduan secara terus dengan membawa barang dan resit sebagai bukti pembelian.(b) Membuat aduan secara bertulis.Aduan secara bertulis dapat dihantar ke pihak-pihak yang berikut:i) Persatuan Penggunaii) Tribunal Tuntutan Pengguna atau Bahagian Penguatkuasaan2)rsatuan adalah di bawah naungan Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia atau FOMCA.3)Peranan persatuan pengguna adalah :a)menerima dan menyiasat aduan yang diterima dan mengambil tindakan untuk menyelesaikannyab)menjalankan kajian danm penyelidikan terhadap sesuatu baranganc)menyebarkan maklumatd)memberi bantuan dan khidmat nasihat atau perkhidmatan guaman dalam urusan pembelian dan penggunaan barang atau perkhidmatan.e)memberi pendidikan kepenggunaan.

7.4.2 Peranan KerajaanMenggubal undang-undang untuk melindungi pengguna seperti undang-undang yang berikut:i) Akta Kawalan Harga 1946(Pindaan 1973)ii) Akta Kawalan Bekalan 1961(Pindaan 1973)iii) Akta Timbang dan Sukat 1972iv) Akta Perihal Dagangan 1972v) Akta Sewa Beli 1967vi) Akta Elektrik 1973vii) Akta Mutu Alam Sekitar 1974viii) Peraturan Makanan 1985ix) Ordinan Menjual Makanan dan Dadah 1952(Pindaan 1983)x) Akta Label 1980

top related