teori pmbelajaran kontruktivisme humanistik

Post on 20-Jul-2015

723 Views

Category:

Education

3 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Teori Pembelajaran Konstruktivisme

Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.

Implikasi Daripada Pengertian Konstruktivisme

Implikasi Daripada Implikasi Daripada Pengertian Pengertian

KonstruktivismeKonstruktivisme

Pengajaran dan pembelajaran akan berpusatkan murid.

Guru berperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru.

Guru akan mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid dan merancang kaedah pengajarannya dengan sifat asas pengetahuan tersebut.

Pengetahuan yang di punyai oleh murid adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh murid tersebut dan bukan pengajaran yang diterima secara pasif.

Ciri-ciri Pembelajaran Secara Konstruktivisme

Ciri-ciri Pembelajaran

Secara Konstruktivisme

Menggalakkan soalan/idea yang dimulakan oleh murid dan menggunakannya sebagai panduan merancang pengajaran.

Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid.

Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea.

Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen. Memberi peluang kepada murid untuk membina

pengetahuan baru dengan memahaminya melalui pengelibatan murid dengan situasi dunia yang sebenar.

Menggalakkan murid bertanya dan berdialog dengan murid dan guru. Menganggap pembelajaran

sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil pembelajaran.

Menyokong pembelajaran secara koperatif.

Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi murid.

Kelebihan Pembelajaran Secara Konstruktivisme

LEBIH SERONO

K

LEBIH BERKEMAHIRA

N SOSIALLEBIH YAKIN

LEBIH BERFIKI

R

LEBIH INGAT

LEBIH FAHAM

BERFIKIRDalam proses membina pengetahuan baru, murid akan berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana idea, dan membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran.

Sebagai contoh, ini boleh dicapai melalui aktiviti penyelidikan dan penyiasatan serta mengenal pasti masalah, mengumpul maklumat, memproses data, membuat interpretasi dan membuat kesimpulan.

FAHAMKefahaman murid tentang sesuatu konsep dan idea lebih jelas apabila mereka terlibat secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baru. Seorang murid yang memahami apa yang dipelajari akan dapat mengaplikasikan pengetahuan baru yang dalam kehidupan dan situasi baru.

INGATSetelah memahami sesuatu konsep, murid akan mengingati lebih lama konsep tersebut kerana maereka terlibat secara aktif dalam mengaitkan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.

YAKINMurid yang belajar secara konstruktivisme diberi peluang untuk membina sendiri kefahaman mereka tentang sesuatu. Ini menjadikan mereka lebih yakin kepada diri sendiri dan berani menghadapi dan menyelesaikan masalah dalam situasi baru.

KEMAHIRAN SOSIALMurid yang berkemahiran sosial boleh bekerjasama dengan orang lain dalam menghadapi sebarang cabaran dan masalah. Kemahiran sosial ini diperoleh apabila murid berinteraksi dengan rakan-rakan dan guru dalam membina pengetahuan mereka.

SERONOKDalam pembelajaran secara konstruktivisme, murid membina sendiri pengetahuan, konsep dan idea secara aktif. Ini menjadikan mereka lebih faham, lebih yakin dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat walaupun menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran.

TEORI PEMBELAJARAN

HUMANIS

Abraham Maslow dan Carl Rogers merupakan dua orang pakar dalam Teori Humanistik. Teori ini mementingkan kesediaan moral dan potensi pelajar. Di samping itu, Teori Humanistik ini juga memfokuskan kepada perkara-perkara yang berkaitan secara langsung dengan individu, keunikan diri sendiri bagi seseorang individu dan juga kepentingan kemanusiaan terhadap individu.

Teori pembelajaran humanis menumpukan pada apa yang berlaku pada diri seseorang seperti perasaan atau emosinya. Pendekatan humanis menekankan fikiran, pengamatan serta interpretasi murid tentang sesuatu peristiwa atau kejadian itu. Prinsip teori humanis ini adalah, seseorang murid itu bertanggungjawab ke atas tindakannya.

OBJEKTIF•meningkatkan arah kendiri dan kebebasan murid.•membantu murid agar lebih bertanggungjawab dalam menentukan perkara yang ingin dipelajari oleh mereka.•meningkatkan daya cipta murid.•mengembangkan minat dalam bidang seni.•meningkatkan naluri ingin tahu murid.

Asas teori ini adalah kepercayaan seseorang murid mempunyai keperluan untuk pencapaian hasrat diri. Guru perlulah membantu murid mencapai hasratnya. Ini berlaku kerana dalam pengajaran secara humanis, pembelajaran arah kendiri amat ditekankan..

PRINSIP-PRINSIP PEMBELAJARAN HUMANIS

•Murid akan belajar apa yang dikehendaki oleh mereka dan yang ingin diketahui.•Keinginan untuk belajar dan mengetahui cara belajar lebih penting daripada pemerolehan fakta.•Penilaian yang dibuat oleh murid sendiri lebih bermakna bagi dirinya.•Perasaan murid adalah sama penting dengan fakta. Pembelajaran cara merasa adalah sama penting dengan pembelajaran berfikir.•Pembelajaran hanya berlaku jika murid tidak berasa terancam.

top related