teks ucapan ybhg. dato hj abdul fattah hj abdullah...

Post on 23-Aug-2019

230 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

1

TEKS UCAPAN

YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ

ABDULLAH

PRESIDEN ANGKASA

PERASMIAN PEMBUKAAN KEDAI

KOPERASI WI

2

24 MAC 2017, 4.00 PETANG, RUANG

LEGAR BANGUNAN CENTREPOINT,

KUALA LIPIS

Bismillahirahmanirahim

3

Assalamualaikum Warahmatullahi

Ta’alla Wabarakatuh, Salam

Sejahtera dan Salam 1Koperasi

Terima kasih pengacara majlis

4

YBrs. Puan Wan Norizan binti Hj. Wan

Badaruzzaman, Pengerusi Koperasi

WI Daerah Lipis Berhad (KOWILIP

Berhad)

5

Barisan Kepimpinan Anggota

Lembaga Koperasi, Jawatankuasa

Audit Dalaman, dan anggota-

anggota KOWILIP Berhad

6

Dif-Dif Jemputan, Dato-Dato, Datin-

Datin, Tuan -Tuan dan Puan-Puan

Yang Dihormati Sekalian.

____________________________________

7

1. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat

Allah Subhanawa Ta’ala kerana

dengan limpah kurnia dan keizinan-

Nya, maka pada hari ini, KOWILIP

berjaya mengadakan majlis

8

Perasmian Pembukaan Kedai

Koperasi WI. Tahniah kepada barisan

Anggota Lembaga dan anggota-

anggota koperasi yang telah berjaya

melangkah setahap lagi dalam

9

mengembangkan perniagaan

koperasi. Semoga dengan

pembukaan kedai ini bukan sahaja

memudahkan anggota-anggota

10

tetapi juga memberi manfaat

kepada komuniti setempat.

2. Di kesempatan ini, ingin saya

mengucapkan berbanyak-banyak

11

terima kasih kepada Barisan

Anggota Lembaga koperasi kerana

memberi peluang menyampaikan

sepatah dua kata dan seterusnya

menyempurnakan perasmian ini.

12

Hadirin Yang Dihormati Sekalian

3. DKN memberi peluang yang luas

kepada koperasi untuk terlibat

secara langsung dalam aktiviti

13

sosioekonomi demi meningkatkan

kos sara hidup masyarakat

pengguna. Projek-projek yang wajar

diberi penekanan oleh koperasi

dalam rantaian nilai sektor

14

kepenggunaan ialah pemborongan

dan peruncitan seperti pengeluaran

barangan, pusat pengedaran, kedai

TUKAR, peruncitan stesen minyak dan

pasaraya.

15

4. Peruncitan stesen minyak oleh

koperasi melibatkan pelbagai

jenama sedia ada di pasaran.

Pembangunan stesen minyak

jenama smart tertumpu di kawasan

16

RISDA, FELDA dan FELCRA. Oleh itu,

koperasi di kawasan luar bandar

boleh terlibat di dalam program

stesen minyak mini Smart. Sehingga

31 Disember 2016, 46 koperasi telah

17

menjalankan aktiviti ini dengan

sumbangan perolehan sebanyak

RM307.80 juta.

18

5. Bagi sistem pajak gadai Islam (Ar-

Rahnu), gerakan koperasi

mensasarkan sebanyak 64 outlet Ar-

Rahnu milik koperasi bakal

ditubuhkan dengan jumlah

19

perolehan sebanyak RM1.28 bilion

menjelang 2020. Sehingga kini,

terdapat 74 outlet Ar-Rahnu koperasi

yang menyumbang perolehan

sebanyak RM792 juta. Sasaran

20

bilangan outlet Ar-Rahnu

ditingkatkan kerana kesedaran

koperasi untuk memberi pinjaman

mikro kepada anggota dengan

mencagarkan emas kepada

21

koperasi serta kadar upah simpan

yang rendah dan kompetitif

berbanding pajak gadai

konvesional.

22

6. Kekuatan koperasi adalah

anggotanya iaitu seramai lebih

kurang 8 juta orang yang merupakan

pengguna kepada produk-produk

tersebut. Koperasi mempunyai

23

ekosistemnya yang tersendiri dan

mempunyai infrastruktur yang telah

sedia ada dan tersusun. Perkara

yang perlu dilakukan sekarang ini

ialah menggembleng tenaga

24

melalui sumber-sumber yang sedia

ada seperti penggunaan tenaga

kerja anggota koperasi (produced

by co-operative members),

pemilikan oleh anggota (owned by

25

members) dan penggunaan oleh

anggota (used by members) serta

masyarakat. Ianya secara tidak

langsung dapat memperkasakan

strategic linkages bagi mewujudkan

26

satu model perniagaan yang

merangkumi keseluruhan rantaian

nilai.

Hadirin Yang Dihormati Sekalian

27

7. Sehingga Disember 2016,

bilangan koperasi di negara ini telah

melebihi 13,000 buah dengan

keahliannya melebihi 7 juta orang,

aset koperasi adalah sebanyak

28

RM120 bilion serta perolehannya

melebihi RM23 bilion. Perkembangan

yang positif ini menunjukkan bahawa

masyarakat kita semakin menerima

koperasi sebagai satu entiti

29

perniagaan yang mampu

meningkatkan pendapatan dan

ekonomi mereka.

30

8. Sebagai entiti perniagaan, sudah

tentunya koperasi menceburi aktiviti

perniagaan di pelbagai sektor seperti

yang terdapat pada organisasi

perniagaan yang lain. Apa yang

31

uniknya, koperasi dimajukan oleh

anggota-anggotanya dan

bukannya pelabur atau penanam

pemodal. Melalui keanggotaan

dalam koperasi, masyarakat akan

32

mendapat pelbagai manfaat serta

kemudahan yang disediakan oleh

koperasi.

33

9. Menyedari akan pentingnya

perniagaan dalam koperasi,

meningkatkan pendapatan

anggota-anggotanya adalah

agenda utama yang harus diberi

34

keutamaan oleh koperasi dan

ANGKASA sebagai badan apex,

tidak pernah jemu menggerakkan

usaha ini selaras dengan

tanggungjawab yang diamanahkan

35

oleh kerajaan melalui pembentukan

Deklarasi Putrajaya iaitu antara

deklarasi yang diperuntukkan

kepada ANGKASA untuk

melaksanakan tanggungjawab

36

menggerakkan ekonomi koperasi

seluruh negara.

10. Selaras dengan itu juga,

ANGKASA telah mengambil

37

beberapa langkah yang strategik

dengan mewujudkan beberapa

sektor peneraju yang membolehkan

setiap bidang keberhasilan utama

koperasi dapat memberi fokus

38

kepada pembangunan dan

kemajuan secara menyeluruh. Ianya

dapat dilakukan melalui penglibatan

pakar-pakar dalam koperasi,

koperasi-koperasi yang telah berjaya

39

dan institusi-institusi yang terlibat

secara langsung. Terdapat 8 buah

sektor yang diberi tumpuan

berdasarkan kepada Dasar Koperasi

Negara (2011-2020). Misalnya melalui

40

Sektor Komuniti, ANGKASA telah

berjaya mengembangkan

perniagaan koperasi sekolah melalui

program peruncitan koperasi sekolah

dan penjualan kertas A4. Setakat ini,

41

terdapat 2 koperasi sekolah telah

berjaya memperoleh pendapatan

lebih RM1 juta dan 2 koperasi lagi

menghampiri RM 1 juta. Pada tahun

ini juga, dijangkakan jumlahnya akan

42

bertambah kepada 10 buah dan

menjelang 2020, ANGKASA

menyasarkan sebanyak 50 buah

koperasi sekolah mampu mencapai

pendapatan sehingga RM1 juta.

43

11. Bagi koperasi kariah masjid,

ANGKASA menekankan dua perkara

iaitu penubuhan dan

pembangunan. Melalui hasil usaha

ANGKASA sebanyak 322 buah

44

koperasi kariah masjid telah

didaftarkan dan 498 buah masih

dalam penubuhan. Koperasi-

koperasi yang telah didaftarkan

akan dibimbing dan dibantu untuk

45

membangunkan perniagaan

mereka. Setakat ini, ANGKASA telah

membantu koperasi kariah masjid As

Salam, Puchong dan dua buah

koperasi kariah masjid yang lain

46

dalam membekalkan produk sejuk

beku. Projek ini dikelolakan oleh

MyANGKASA Food iaitu antara

bahagian di dalam MyANGKASA

Holding iaitu anak syarikat milik

47

penuh ANGKASA. ANGKASA juga

sedang berusaha membangunkan

koperasi komuniti dengan

mengadakan penempatan bagi

anggota yang kurang

48

berkemampuan, KOBERA, bantuan

bagi golongan OKU, orang asli dan

lain-lain lagi.

49

12. Sehingga kini, MyANGKASA

Holding telah menubuhkan

MyANGKASA Bina iaitu sebuah anak

syarikat yang memberi tumpuan

kepada pembangunan hartanah.

50

MyANGKASA Farmasi yang

ditubuhkan akan memperluaskan

perniagaannya melalui

penambahan rangkaian farmasi dan

kedai mega farmasi. MyANGKASA

51

Dialisis pula setakat ini mempunyai

dua buah pusat dialisis iaitu sebuah di

Temerloh, Pahang dan sebuah lagi di

Kedah yang bakal dirasmikan tidak

lama lagi. MyANGKASA Amanah

52

menawarkan perkhidmatan

pentadbiran harta pusaka,

pembahagian harta sepencarian

dan urusniaga yang berkaitan

dengannya. Melalui usahasama

53

MyANGKASA Services, KOPETRO

Travel dan Tours dan Rakyat Travel

telah berjaya melaksanakan

program umrah. Seramai 40 jemaah

54

kumpulan pertama dan kedua telah

dihantar bagi mengerjakan umrah.

13. ANGKASA telah juga

mengambil inisiatif bekerjasama

55

dengan SIRIM untuk meningkatkan

kualiti produk-produk koperasi

melalui Program 100 Champion. Buat

pertama kalinya, sebanyak 25 buah

produk koperasi 100 Champion telah

56

dipamerkan di Sidang Kemuncak

Koperasi Antarabangsa di Quebec

City, Kanada pada Oktober 2014

yang mendapat perhatian yang

menggalakkan daripada koperasi-

57

koperasi di negara-negara Eropah,

Afrika dan Asia Pasifik. Setakat ini, kita

sedang berusaha untuk membawa

produk-produk koperasi ke pasaran

negara-negara ASEAN melalui

58

ASEAN Co-operative Organization

(ACO) yang diterajui oleh saya

sendiri, selaku Presiden.

59

14. Koperasi-koperasi ASEAN ini

juga turut terlibat dalam Karnival

Produk dan Perkhidmatan Koperasi

Malaysia (MACCOPS) yang

dianjurkan oleh ANGKASA. Ia adalah

60

bertujuan bagi membangunkan

perniagaan koperasi di samping

melebarkan sayap jaringan

perniagaan mereka masing-masing.

Sebelum ini, karnival ini telah adakan

61

di Melaka dan insyallah pada 2017

akan diadakan sekali lagi sempena

berlangsungnya Persidangan dan

Mesyuarat Agung ICA Global di

Kuala Lumpur.

62

15. ANGKASA akan terus berusaha

mencari jalan untuk membantu

membangunkan perniagaan

koperasi. Kejayaan gerakan koperasi

tidak dijayakan oleh sebuah koperasi

63

tetapi oleh seluruh koperasi di negara

ini. Dasar Koperasi Negara (DKN)

yang menyasarkan perolehan

koperasi mampu menyumbang

sebanyak RM50 bilion kepada

64

Keluaran Dalam Negara Kasar

(KDNK) negara. Keadaan ini

memerlukan komitmen semua pihak

terutamanya koperasi-koperasi di

negara ini. Kejayaan akan tercapai

65

apabila kita bekerjasama dan

bersatu.

16. Akhir sekali, saya ingin

mengambil kesempatan ini untuk

66

sekali lagi mengucapkan terima kasih

di atas jemputan ini. Saya dengan

lafaz Bismillahirrahmanirahim

merasmikan Pembukaan Kedai

67

Koperasi WI Daerah Kuala Lipis

Berhad.

Sekian. Wabillahi Taufik Walhidayah.

68

Assalamu’alaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh.

top related