teks ucapan perasmian perkhemahan

Post on 04-Oct-2015

1.840 Views

Category:

Documents

56 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

KRS

TRANSCRIPT

TEKS UCAPAN (Seksyen 3)Yang berusaha En. Kamel Bin Achong, selaku Pengerusi Jawatankuasa pelaksanaan Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Antarabangsa 2015, yang dihormati En. Abdullah Bin Muhammad @ Mamat, selaku jurulatih KRS Kebangsaan, Yang dihormatiTuan Haji Mohd. Syahir Bin Ismail, Pengetua SMK Seri Kundang, yang dihormati, Tuan Haji Mohd Fauzi Bin Mohd Rosli Penyelia Kelab dan Persatuan dan Badan Beruniform Negeri Sabah, yang dihormati Cik Hajah Khadadiah Binti Bajuri, Guru Besar SK Gedok Negeri Sembilan, guru-guru, para peserta dan hadirin sekalian. Selamat pagi dan salam satu Malaysia. Saya amat bersyukur kerana kita dapat berkumpul pada hari ini bagi menyempurnakan majlis perasmian.Saya selaku ketua patrol perkhemahan ini ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas penyertaan kalian semua. Semoga anda semua dapat memperoleh ilmu pengetahuan yang amat berharga sepanjang masa aktiviti-aktiviti dalam perkhemahan ini dijalankan. Kita tidak mahu melahirkan ulat buku yang hanya cemerlang dari segi akademik semata-mata, sebaliknya generasi yang seimbang perkembangannya dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual.Hadirin yang dihormati sekalian, Objektif perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Kebangsaan ini adalah untuk meningkatkan disiplin dan motivasi dalam kalangan para peserta ke arah kecemerlangan diri setiap individu di samping dapat membentuk para pelajar agarmempunyai jati diri dan bersahsiah.Tambahan pula, perkhemahan ini juga bertujuan untuk meningkatkan kemahiran bersosial dan seterusnya mengukuhkan tali persahabatan antara kaum serta memupuk semangat perpaduan dalam kalangan semua pesertaSaya menaruh harapan yang tinggi agar melalui perkhemahan ini, para peserta dapat memupuk nilai bekerjasama, bersatu padu, saling membantu dan menghormati. Perkara ini saling tidak tumpah dengan peribahasa "bersatu teguh, bercerai roboh". Justeru, untuk memastikan aktiviti-aktiviti dalam perkhemahan ini dijalankan dengan lancar, para peserta haruslah saling bekerjasama bagai "aur dengan tebing". Bak kata pepatah " Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan". Saya beryakin bahawa para peserta pasti dapat melibatkan diri secara aktif dalam perkhemahan ini sekiranya para peserta berkemahuan untuk memberi komitmen yang tinggi dalam aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang masa perkhemahan ini. Akhir kata, saya mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa pelaksana yang menganjurkan perkhemahan ini. Saya berharap agar aktiviti-aktiviti yang dijalankan berjaya mencapai objektif untuk melahirkan insan yang berdisiplin dan berintegrasi. Semoga usaha ikhlas yang disumbangkan oleh semua pihak mendapat ganjaran yang baik daripada Tuhan. Sekian, Terima Kasih.

top related