teks ucapan majlis perhimpunan bulanan nre oleh y.b
Post on 28-Dec-2016
253 Views
Preview:
TRANSCRIPT
TEKS UCAPAN MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN NRE
OLEH
Y.B DATO SRI DOUGLAS UGGAH EMBAS MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
PADA
02 OGOS 2011
DEWAN BAIDURI, NRE
Terima kasih pengacara majlis.
Yang Berbahagia Dato’ Zoal Azha bin Yusof
Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Yang Berbahagia Datuk Aziyah binti Mohammed
Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli)
Yang Berbahagia Dr. Abdul Rahim bin Nik
Timbalan Ketua Setiausaha (Alam Sekitar)
Yang Berbahagia Dato-Dato’ Ketua-Ketua Pengarah;
Setiausaha-setiausaha Bahagian,
Dato’-Dato’, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati,
Salam Sejahtera , Salam 1Malaysia dan Salam 1NRE,
Selamat Pagi, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,
1. Terlebih dahulu, saya mengucapkan terima kasih kepada pihak urus setia yang telah sudi
menjemput saya hadir dan seterusnya memberikan ucapan di Majlis Perhimpunan Bulanan
NRE pada pagi ini. Saya juga amat gembira melihat kehadiran YBhg. Dato-Dato, tuan-tuan
dan puan-puan sekalian ke Majlis Perhimpunan ini yang mencerminkan keprihatinan dan
komitmen kepada tuntutan tugas dan tanggungjawab kita dalam menyampaikan perkhidmatan
yang terbaik demi kepentingan negara dan kesejahteraan rakyat.
2
2. Perhimpunan bulanan kali ini amat bermakna dan istimewa atas tiga sebab. Pertama, ia
jatuh pada bulan Ramadhan yang merupakan bulan yang amat mulia dan murni untuk
masyarakat Islam di seluruh dunia. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
selamat menyambut Ramadhan dan Selamat Menunaikan Ibadat Puasa kepada seluruh
warga NRE yang beragama Islam.
3. Yang kedua, pada 31 Ogos 2011, kita akan menyambut Hari Kemerdekaan. Sebagai satu
aktiviti ke arah sambutan Hari Merdeka tahun ini, YAB Perdana Menteri kita telah merasmikan
pelancaran Kibar Jalur Gemilang di Sentral Kuala pada 27 haribulan Julai yang lepas. Elok
kita renungkan dan amalkan seruan beliau dalam ucapan perasmian seperti berikut:
“Seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira ideologi politik, warna kulit, kaum serta agama perlu
menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-54 dengan semangat yang luar biasa, kerana
negara ini masih lagi berdepan dengan ancaman luar”.
Di Majlis tersebut, YAB Perdana Menteri menyeru rakyat Malaysia supaya kibarkan Jalur
Gemilang dengan semangat perjuangan. Ini ialah kerana dalam Jalur Gemilang terkandung
empat tonggak utama yang mewakili empat jalur iaitu, perpaduan nasional; nilai sanggup
berjuang dan berkorban untuk negara; nilai keharmonian dan keamanan serta nilai jati diri,
harga diri dan akal budi. Marilah kita sama-sama menyahut seruan tersebut dengan
mengkibarkan Jalur Gemilang sempena Sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini.
Para hadirin sekalian;
4. Dalam suasana kita menyambut Hari Kemerdekaan dalam bulan Ogos ini, kita tidak boleh
lupa akan pengorbanan tokoh-tokoh kemerdekaan kita dan rakyat kita dalam mengecapi erti
kemerdekaan. Pada masa ini, kita dapat menyaksikan pelbagai perubahan dan perubahan ini
tidak datang bergolek begitu sahaja. Sebaliknya, ianya hasil perpaduan, perancangan dan
komitmen kerajaan bersama rakyat untuk kesejahteraan hidup yang berkekalan. Oleh yang
demikian, kita tidak boleh memberi laluan kepada usaha-usaha sesetengah pihak yang ingin
menghuru-harakan negara ini seperti yang telah berlaku di Libya dan Turki baru-baru ini. Atas
sebab itulah kerajaan tidak membenarkan perhimpunan haram yang akan merugikan semua
golongan rakyat dari pelbagai aspek. Kita amat arif tentang keadaan negara-negara yang
3
berhadapan dengan elemen perhimpunan haram ini dan kita telah melihat sendiri tahap
kemusnahan yang telah dibawa oleh elemen ini. “ A big loss to the nation”. Bayangkanlah
apakah akan terjadi sekiranya kita membenarkan demonstrasi jalanan bagi setiap isu yang
dihadapi. Kalau Bersih dibenarkan, kumpulan lain yang memperjuangkan isu lain akan
membuat tuntutan supaya mereka juga dibenarkan mengadakan demonstrasi. Cara
sedemikian untuk membawa perubahan bukan cara yang sihat kerana ia akan merugikan kita
semua dan boleh mengancam keharmonian dan perpaduan negara.
5. Kerajaan telah menyediakan pelbagai platform kepada rakyat untuk menyuarakan
pendapat, idea dan luahan hati sebagai pendekatan berorientasikan rakyat iaitu 1Malaysia:
Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Demonstrasi jalanan bukanlah cara untuk
menentukan parti mana yang membentuk kerajaan. Sebagai rakyat di negara yang
mengamalkan demokrasi berperlembagaan kita mempunyai kebebasan mengundi setiap 5
tahun melalui saluran pilihan raya telus. Dakwaan bahawa proses pilihan raya tidak telus dan
korup adalah amat tidak berasas. Bagaimana kita boleh mempunyai 86 ahli parlimen dari pihak
pembangkang dan 5 negeri dikuasai oleh pihak pembangkang dalam pilihan raya 2008? .
Maka saya merayu kepada warga NRE agar jangan terlibat dengan sebarang perhimpunan
haram dan adalah menjadi tanggungjawab anda sebagai penjawat awam untuk menjadi
contoh terbaik kepada rakyat Malaysia.
Para hadirin sekalian,
6. Sebab yang ketiga kenapa perhimpunan bulalan ini adalah istimewa ialah kerana ianya
dianjurkan secara usaha sama oleh dua Bahagian dalam NRE iaitu, Bahagian Mineral dan
Geosains (BMG) dan Bahagian Air, Saliran dan Hidrologi (BSASH) dengan tema yang khusus,
iaitu “Water: Essence of Life”. Tujuan pemilihan tema ini adalah untuk mencerminkan
fungsi Pengurusan Air oleh BSASH dan Pengurusan Air Tanah oleh BMG. Saya dapati tema
ini amat relevan dengan keperluan dan cabaran yang dihadapi oleh negara kita dalam aspek
pengurusan air bagi pelbagai kegunaan. Selaras dengan tema ini juga, keperluan rakyat untuk
mendapatkan bekalan air yang bersih dan mencukupi pada sepanjang masa menjadi
keutamaan kerajaan.
4
7. Kejadian banjir dan kemarau memberi impak terhadap sumber air negara dan ia
merupakan satu cabaran besar yang dihadapi oleh negara kita. Kajian saintifik menunjukkan
bahawa fenomena perubahan iklim menyumbang kepada kejadian-kejadian banjir dan
kemarau yang semakin ekstrim. Walaupun Malaysia dianugerahkan dengan jumlah hujan
yang banyak iaitu, pada purata 3000 mm setahun, namun masih kedengaran lagi bahawa
bekalan air tidak mencukupi di kawasan-kawasan tertentu disebabkan oleh taburan hujan tidak
sekata dan jumlah curahan hujan yang berbeza.
8. Keperluan terhadap bekalan air bersih juga semakin meningkat terutama sekali di
kawasan bandar akibat kadar pertambahan penduduk yang semakin ramai yang berhijrah ke
bandar, di samping permintaan terhadap bekalan air daripada pelbagai sektor
industri. Pembangunan di kawasan pinggir bandar yang dahulunya berpaya dan dipenuhi
hutan telah membawa impak sumber air Sebagai contoh pembinaan kawasan-kawasan
perumahan telah menyebabkan sesetengah lembangan sungai di kawasan bandar sudah
tidak dapat berfungsi lagi bagi tujuan kitaran sumber air atau hidrologi.
9. Oleh yang demikian, saya ingin menyeru supaya perhatian serius dberi oleh semua pihak
yang berkaitan dalam aspek perancangan dan pembangunan yang mapan dalam memastikan
sumber air negara sentiasa mencukupi. Selain itu, usaha yang lebih terancang perlu dibuat
bagi mencari dan membangunkan sumber air alternatif seperti sumber air tanah (atau
groundwater), di samping melaksanakan aktiviti penggunaan semula air (water recycling) dan
penuaiaan air hujan serta membina kolam-kolam takungan. Langkah-langkah ini adalah perlu
untuk menampung peningkatan kepada bekalan air di kawasan-kawasan tertentu. Cadangan
supaya sumber air tanah dijadikan sumber air alternatif terutamanya di kawasan stressed, di
pulau-pulau yang tiada bekalan air paip secara langsung dan kegunaan semasa kecemasan
wajar diperluaskan lagi. Sumber air bawah tanah ini terbukti dapat mengurangkan tekanan
kebergantungan terhadap sumber air permukaan sebagai punca air untuk bekalan domestik,
industri dan pertanian. Oleh itu, pembangunan sumber air tanah negara ini perlu dijalankan
secara mapan dan holistik.
10. Sehubungan dengan itu, saya ingin menyeru agar program yang melibatkan rakyat
dalam peningkatan pendidikan, latihan dan kesedaran tentang sumber air perlu juga
melibatkan kerjasama daripada sektor awam dan korporat. Sebagai contoh Sambutan Hari Air
5
Sedunia yang telah diadakan pada 12 Mac 2011 yang lalu di Pekan, Pahang boleh dijadikan
penandaarasan bagi penganjuran aktiviti gabungan di antara sektor awam dan swasta untuk
menjamin pembangunan negara yang bersepadu dan mampan dalam pelbagai aspek demi
kesejahteraan rakyat Malaysia. Dalam pada itu, saya berharap agar semua pihak memainkan
peranan yang sewajarnya dalam memastikan pengurusan sumber air adalah berkekalan dan
kelangsungan bekalan air yang berkualiti kepada seluruh rakyat Malaysia. Saya turut berharap
agar warga NRE dapat menjadi mata dan telinga Kerajaan dengan melaporkan kepada pihak
berkuasa berkenaan jika didapati berlakunya aktiviti-aktiviti yang boleh membawa kepada
pencemaran sumber air termasuk pencerobohan kawasan perlindungan air, kawasan
konservasi air dan lain-lain. Sumbangan dan penglibatan yang positif, aktif dan proaktif perlu
dilakukan secara berterusan demi kesejahteraan generasi masa kini dan generasi akan
datang.
Y.Bhg.Dato’-Dato’, tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian
11. Di kesempatan ini saya juga ingin menyentuh tentang Pelan Strategik NRE. Saya
dimaklumkan bahawa Pelan ini yang telah dibangunkan ini telah mengambil kira payung Teras
Misi Nasional Negara, KRA, KPI, Program Nasional dan penghasilan ‘outcome’ supaya ia
dapat menyokong pelaksanaan Rancangan Malaysia Kepuluh dan Model Ekonomi Baru.
Maka, dengan adanya Pelan Strategik ini, saya berharap agar NRE akan lebih menonjol dalam
memastikan pembangunan dijalankan secara mapan dan pada masa yang sama tidak
mengabaikan usaha-usaha memulihara dan memelihara alam sekitar demi untuk
kesejahteraan masyarakat. Saya mengucapkan sekalung tahniah kepada semua yang terlibat
dalam usaha mewujudkan Pelan Strategik NRE Tahun 2011-2015.
12. Perkara seterusnya yang ingin saya sentuh ialah mengenai eBMGPermit. Untuk
makluman kita semua, Sistem eBMGPermit telah dibangunkan bagi membolehkan segala
urusan permohonan permit eksport (AP) mineral dan bahan batuan dilaksanakan secara on-
line meliputi Modul Pemohon, Modul JMG; Modul BMG, Modul Kastam dan Modul Pentadbir.
Pelaksanaan sistem ini adalah ekoran daripada saranan dari PEMUDAH yang mahu segala
urusan yang berkaitan dengan pelanggan dibuat secara atas talian atau on-line untuk
memudahkan rakyat berurusan dengan Kerajaan selaras dengan misi Kerajaan yang mahu
“Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Tahniah saya ucapkan kepada BMG!
6
13. Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan tahniah kepada Jabatan Biokeselamatan
yang telah menerbitkan Biosafety Questions and Answers Cards yang merangkumi 36
pertanyaan lazim mengenai pengubahsuaian genetik. Tujuannnya adalah untuk meningkatkan
kesedaran orang awam dan para pelajar sekolah tentang organisma yang diubahsuai secara
genetik atau lebih dikenali sebagai Genetically Modified Organism (GMO). Kad-kad ini
mengandungi maklumat berkaitan bioteknologi moden, risiko yang mungkin timbul melalui
pengubahsuaian secara genetik dan keperluan Akta Biokeselamatan untuk mengawal selia
aktiviti-aktiviti bioteknologi moden.
14. Saya juga berasa bangga atas inisiatif NRE mewujudkan Taman Hijau di Wisma Sumber
Asli yang dinamakan ‘NRE in The Forest’. Ini merupakan landskap semula jadi yang menjadi
contoh dalam keseimbangan antara alam semula jadi dan pembangunan yang turut
mencerminkan komitmen mewujudkan konsep bangunan hijau yang mesra alam dan
manusia. Kejayaan NRE dalam mengusahakan taman ini turut dipaparkan dalam media cetak
dan ini merupakan satu usaha dalam mempromosikan Kementerian kita.
15. Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan juga kepada
pihak urus setia yang telah bertungkus-lumus memastikan perjalanan Majlis Perhimpunan
pada pagi ini berjalan dengan lancar dan kepada warga NRE yang beragama Islam, Selamat
Berpuasa.
Sekian, terima kasih.
top related