teks perasmian ybhg. dato hj abdul fattah hj … fileteks perasmian ybhg. dato hj abdul fattah hj...
Post on 26-Sep-2019
38 Views
Preview:
TRANSCRIPT
1
TEKS PERASMIAN
YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ
ABDULLAH
PRESIDEN ANGKASA
MAJLIS PERASMIAN
2
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
PERTAMA
KOPERASI KARIAH MASJID BUKIT
INDAH AMPANG BHD
PADA
3
19 FEBRUARI 2017, 9 PAGI, RUANG
LEGAR, MASJID BUKIT INDAH
AMPANG
Bismillahirahmanirahim
4
Assalamualaikum Warahmatullahi
Ta’alla Wabarakatuh dan Salam
1Koperasi
YBhg. Dato’ Hj. Ghazali bin Omar,
Pengerusi Koperasi
5
Kariah Masjid Bukit Indah Ampang
Berhad
YBhg. Dr. Muhamadul Bakri bin Hj.
Yaakub, Nazir Masjid Bukit Indah
6
YBrs. Encik Ibrahim Nik Yahya,
Setiausaha Koperasi dan Barisan
Anggota Lembaga Koperasi
7
Dato-Dato, Datin-Datin, Tuan -Tuan
dan Puan-Puan Yang Dihormati
Sekalian
1. Terlebih dahulu, saya ingin
mengucapkan kesyukuran ke
8
hadrat Ilahi kerana dengan limpah
kurnia-Nya, kita dapat bersama-
sama dalam majlis pada pagi ini.
Saya ingin merakamkan ucapan
terima kasih kepada Pengerusi dan
Barisan Anggota Lembaga Koperasi
9
kerana mengundang saya
merasmikan Mesyuarat Agung
Pertama Koperasi Kariah Masjid
Bukit Indah Ampang Berhad.
10
2. Saya mengucapkan tahniah
dan syabas kepada ALK kerana
berjaya menganjurkan Mesyuarat
Agung Pertama Koperasi ini.
Mesyuarat Agung amat penting
kepada koperasi dan anggota-
11
anggota untuk mengetahui dan
menilai pengurusan dan prestasi
koperasi bagi tempoh setahun
yang lalu. Melalui Mesyuarat Agung
juga anggota-anggota koperasi
boleh mengemukakan pandangan
12
bagi kemajuan koperasi. selain itu,
mesyuarat agung perlu diadakan
selaras dengan kehendak undang-
undang koperasi.
Hadirin Yang Dihormati Sekalian
13
3. Saya, secara peribadi berasa
bangga dengan inisiatif kariah
masjid menubuhkan koperasi
dalam usaha untuk menjalankan
aktiviti secara bersama dan
meningkat taraf ekonomi dan sosial
14
komuniti setempat. Usaha ini,
selaras dengan fokus Kerajaan
yang mahu memperkasakan
agenda penubuhan 7 koperasi
komuniti melibatkan – koperasi
taman perumahan, koperasi rumah
15
ibadat (termasuk masjid), KOBERA,
orang asli, OKU, pelajar dan
petani/nelayan/penternak.
4. Menerajui gerakan koperasi
seperti ini bukanlah satu usaha yang
16
mudah tetapi itulah semangat
koperasi – didasari dengan falsafah
kerjasama. Tanpa semangat
kerjasama sesama Anggota
Lembaga dan anggota-anggota
koperasi, ia bukan dinamakan
17
koperasi. Melalui Koperasi ini, kita
boleh membina jaringan
(networking), memberikan
komitmen serta bersatu menerusi
matlamat yang utama iaitu
18
menjaga kebajikan sesama
anggota-anggota.
5. Masyarakat kita pun, semakin
berminat untuk menubuh dan
mengembangkan koperasi. Ini
19
dibuktikan dengan bilangannya
yang semakin meningkat.
Berdasarkan statistik SKM sehingga
Jun 2016, bilangan koperasi
melebih 13,000 buah dengan
keahlian melebih 7 juta orang, aset
20
melebihi RM125 bilion dan
perolehan melebihi RM20 bilion.
Perkembangan positif ini
menunjukkan masyarakat kita
semakin menerima koperasi
21
sebagai salah satu kegiatan yang
boleh meningkatkan ekonomi.
6. Koperasi adalah organisasi
perniagaan yang menjalankan
aktiviti perniagaan dalam pelbagai
22
bidang seperti perniagaan-
perniagaan lain. Apa yang unik,
koperasi digerakkan oleh anggota-
anggota bukannya pelabur atau
pemodal. Melalui keanggotaan
dalam koperasi, masyarakat
23
mendapat pelbagai kemudahan
disediakan koperasi.
7. Pada era globalisasi ini,
perniagaan koperasi mampu
bertahan lebih kuat berbanding
24
perusahaan lain. Di Eropah, ada
koperasi yang sukses bertahan
ketika Benua Eropah dilanda krisis
kewangan. Aktiviti koperasi tetap
berjalan sedangkan syarikat-
syarikat lain banyak yang ‘gulung
25
tikar’. Hal yang sama berlaku di
negara kita, koperasi lebih unggul
dan mampu bertahan
menghadapi krisis ekonomi. Suatu
fakta yang menarik, koperasi
berjaya bertaraf dunia, anggota-
26
anggotanya lebih sejahtera dan
mampu bersaing menghadapi
globalisasi.
8. Koperasi yang berjaya ini,
kekuatan utamanya berlandaskan
27
anggota-anggotanya,
kegiatannya berteraskan “roh”
koperasi. Sifat koperasi tidak hilang
walaupun semakin berjaya malah
“roh” itulah yang menjadikannya
semakin kuat dan berkembang.
28
“Roh” koperasi berlandaskan “dari
anggota untuk anggota”. Koperasi
yang berjaya ini, sehingga sekarang
dipegang oleh anggota-
anggotanya, semua anggotanya
bergabung aktif mengusahakan
29
koperasi, malah sangat setia dan
bertanggungjawab serta memiliki
keanggotaan yang sangat baik.
Koperasi berkembang kerana
sumber manusia yang kompeten,
setia dan bertanggungjawab. Aset
30
keanggotaan seperti inilah yang
menjadikan koperasi terus
mampan.
Hadirin Yang Dihormati Sekalian
31
9. Menyedari pentingnya
perniagaan koperasi dalam
meningkatkan pendapatan
anggota-anggota dan pentingnya
setiap institusi yang terlibat
memainkan peranan dalam
32
membangunkan perniagaan
koperasi, ANGKASA tidak pernah
surut mengikhtiarkan usaha ini
selaras dengan tanggungjawab
yang diamanahkan kerajaan
melalui Deklarasi Putrajaya – yang
33
memberi peranan kepada
ANGKASA untuk menjalankan
peranan ini.
10. Selaras dengan itu, ANGKASA
telah mengambil langkah strategik
34
misalnya mewujudkan sektor
peneraju bagi membolehkan setiap
bidang keberhasilan utama
koperasi difokuskan untuk
dibangunkan dan dimajukan
secara menyeluruh melalui
35
penglibatan pakar, koperasi-
koperasi yang berjaya dan institusi-
institusi yang terlibat. Terdapat 8
sektor difokuskan yang diselaraskan
dengan digariskan Dasar Koperasi
Negara (2011-2020).
36
11. Misalnya bagi koperasi kariah
masjid, ANGKASA mensasarkan
untuk menubuh 1000 koperasi yang
modelnya menekankan dua
perkara iaitu penubuhan dan
pembangunan. Melalui hasil usaha
37
ANGKASA 409 buah koperasi kariah
masjid telah didaftarkan dan 483
buah masih dalam penubuhan.
12. Kerajaan berhasrat untuk
membangunkan koperasi kariah
38
masjid secara menyeluruh yang
melibatkan 6,222 buah masjid, 344
surau solat Jumaat dan 17,191 buah
surau biasa. Koperasi-koperasi yang
telah didaftarkan akan dibimbing
dan dibantu untuk membangunkan
39
perniagaan mereka. Setakat ini,
ANGKASA telah membantu
koperasi kariah masjid As Salam
Puchong dan dua koperasi kariah
dalam membekalkan produk sejuk
beku melalui MyANGKASA Food
40
MyANGKASA Holding, anak syarikat
milik penuh ANGKASA.
Hadirin Yang Dihormati Sekalian
41
13. Bagi koperasi kariah masjid
misalnya pelbagai aktiviti yang
boleh memberi perkhidmatan
kepada anggota dan bukan
anggota dapat dijalankan seperti
perkhidmatan pengurusan jenazah,
42
kelas mengaji al-Quran dan
agama, tuisyen, tadika dan taska,
aktiviti-aktiviti perniagaan dan
sebagainya.
43
14. Perkhidmatan ini, jika diselidik
di pasaran sekarang sangat mahal.
Koperasi boleh mengambil inisiatif
menyediakan perkhidmatan ini
kepada anggota pada harga yang
minima. Dengan cara ini koperasi
44
telah membantu anggota-anggota
mengurangkan kos sara hidup yang
semakin meningkat. Begitu juga jika
koperasi menubuhkan pasaraya
atau kedai runcit. Koperasi boleh
membeli barang-barang keperluan
45
anggota secara pukal untuk
mendapat harga yang lebih murah.
Kehidupan akan lebih mudah
apabila kita melakukan aktiviti
bersama-sama berbanding
melakukan sendirian. Di sini letaknya
46
kelebihan berkoperasi yang telah
diterima sebagai cara hidup di
negara-negara maju yang perlu
dicontohi masyarakat kita pada
hari ini.
47
15. Satu prospek yang cukup
besar untuk koperasi kariah terokai
ialah produk halal. Sekarang ini,
kesedaran masyarakat cukup tinggi
terhadap produk halal, bukan
sahaja Malaysia tetapi juga
48
masyarakat antarabangsa. Nilai
pasaran produk makanan halal
dunia dijangka mencecah
sehingga RM 2 trilion setahun dan
RM45 bilion untuk pasaran
Malaysia. Kelebihan Malaysia
49
sebagai satu-satunya negara Islam
yang mengeluarkan sijil halal yang
diiktiraf antarabangsa seharusnya
dimanfaatkan koperasi kariah
masjid. Tambahan pula, produk
halal kita terbukti berkualiti tinggi
50
serta harga yang kompetitif. Dari
segi nilai dagangan pula, Malaysia
negara yang ke-17 mempunyai
banyak rakan dagangan yang
mempunyai kelebihan tersendiri
untuk pemasaran produk halal.
51
Selain itu, struktur pasaran halal
yang dinamik dan terbuka menjadi
asas kepada kemantapan dalam
industri ini.
52
16. Bagi koperasi kariah masjid
yang berkemampuan boleh juga
menceburi aktiviti berskala besar
secara berkelompok. Banyak
tanah-tanah terbiar di kawasan
kariah dapat dibangunkan untuk
53
aktiviti-aktiviti pertanian,
perladangan, peruncitan,
pemborongan, pembekalan,
pemasaran,keselamatan,
pengangkutan, telekomunikasi dan
sebagainya. Semua aktiviti boleh
54
dijalankan asalkan kepentingan
anggota dan koperasi diutamakan
dan terpelihara. Selain dapat
meningkatkan pendapatan
koperasi, aktiviti ini dapat
55
meningkatkan taraf hidup
anggota-anggota koperasi.
17. Akhir sekali, saya mengambil
kesempatan sekali lagi
mengucapkan terima kasih di atas
56
jemputan ini. Saya dengan lafaz
Bismillahirrahmanirahim merasmikan
Mesyuarat Agung Pertama Koperasi
Kariah Bukit Indah Ampang Berhad.
Sekian. Wabillahi Taufik Walhidayah.
57
Assalamu’alaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh.
top related