teknologi nanyang (ntu) bagi menyelami idea beberapa ... · farid@sph.com.sg...

Post on 02-Jul-2019

222 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

�FARID HAMZAH

farid@sph.com.sg

MEMBUANG barangan lama ter-masuk surat khabar atau plastikyang tidak digunakan lagi merupa-kan tabiat harian ramai penduduk se-tempat.

Semua amalan sedemikian se-olah-olah mendorong Encik Moha-med Hafeez Mohamed Shah mela-kukan sesuatu demi meningkatkankesedaran ramai mengenai kesan ba-rangan yang dibuang setiap hari.

Seolah-olah hasrat tersebut terca-pai dengan tercetusnya idea meng-hasilkan sejenis bahan kukuh daripa-da barangan terbuang termasuk su-rat khabar lama dan plastik biode-gradabel.

Sejauh ini, barangan yang telahdihasilkan daripada bahan baru itutermasuk bangku dan kuda goyangkanak-kanak.

Ternyata jejaka bujang berusia25 tahun yang merupakan penuntuttahun keempat dari Sekolah Seni,

Reka Bentuk dan Media di Universi-ti Teknologi Nanyang (NTU) itu ber-hasil mencipta bahan baru tersebutyang diberi nama Nupaper.

Lebih menarik lagi, projek tahunakhirnya itu telah pun menarik mi-nat beberapa syarikat perabot setem-pat yang agak kagum dengan hasilciptaannya itu.

“Bagi menghasilkan bahan ini,saya bekerjasama dengan para ju-rutera yang pakar tentang bahan asliselama beberapa bulan bagi mengujidaya ketahanannya.

“Selepas setahun, barulah sayatemui ‘jawapannya’,” kata bekas pe-nuntut Maktab Rendah Meridian(MJC) itu.

Beliau enggan mendedahkankandungan lain bahan itu selain su-rat khabar dan plastik.

Encik Hafeez merupakan salah se-orang daripada 165 penuntut yangbakal menamatkan pengajian mere-ka tahun ini.

Para penuntut diperlukan meng-hasilkan satu projek tahun akhir se-bagai salah satu kriteria bagi me-namatkan pengajian masing-masing.

Encik Hafeez berkata beliaumemilih surat khabar lama kerana in-gin meneroka sejauh mana bahan ituboleh diubah reka bentuk dan sifat ji-rimnya agar lebih berguna.

Pada masa yang sama, beliau ju-ga berharap dapat membentuk min-da generasi akan datang denganmendedahkan mereka kepadabarangan yang diperbuat daripadabahan terbuang.

Menurut Encik Hafeez, selain su-rat khabar lama serta plastik ter-buang, terdapat juga barangan lainyang digunakan bagi menghasilkanNupaper.

“Saya tidak menggunakan mesinyang mampu memanaskan perabotyang mampu ‘mengeraskan’ perabotitu dengan pantas.

“Sebaliknya, saya bergantung ke-pada cuaca bagi memastikan per-abot itu dapat dikeraskan dengan

kukuh,” katanya sambil melonjak diatas perabot yang diperbuat daripa-da bahan ciptaannya itu bagi mem-buktikan ia kukuh.

Bagi mencantikkan lagi perabotdengan bahan ciptaannya itu, beliauturut mengecatnya dengan cat susuyang menggunakan pewarnamakanan.

“Cat ini juga sebagai mening-katkan kesedaran tentang betapapentingnya mesra alam,” jelasnya.

Beliau anggarkan telah meng-habiskan sehingga $300 untuk pro-jek tersebut yang merupakan projektahun akhirnya.

Hasilnya kini beliau telah menda-pat beberapa pertanyaan daripadabeberapa buah syarikat perabotyang menunjukkan minat merekaterhadap ciptaan NuPapernya itu.

Encik Hafeez yang bercadangmendapatkan hak paten untuk ba-han ciptaannya itu sebelum ini per-nah juga menjalani sesi pertukaranpelajar selama lapan bulan di KTHRoyal Institute of Technology diStockholm Sweden tahun lalu.

“Sesi pertukaran pelajar itu jugatelah banyak membantu saya dalamprojek ini, selain kerja-kerja ke-masyarakatan yang pernah sayajalankan di Nepal pada 2013,” ka-tanya lagi.

Projeknya itu kini sedang di-pamerkan di di Pameran ADM di Se-kolah Seni, Reka Bentuk dan MediaNTU sehingga 17 Mei.

Ia juga bakal dipaparkan di pam-eran Best of the School of Art, De-sign and Media, Nanyang Technolog-ical University pada 24 Mei ini dari1 petang hingga 7 malam di MuziumArtScience, Galeri Expression, Mari-na Bay Sands.

TIDAK semestinya sese-orang bertubuh gempal, makabeliau tidak boleh bergayaranggi dengan fesyen terkiniyang sesuai dengan usia dancita rasanya.

Kepayahan mencari pakai-an saiz besar atau plus-sizeyang selari dengan jiwa mu-danya mencetus ilham bagiCik Nur Syairah Abdul Malek,23 tahun, menghasilkan pro-jek tahun akhir bertajuk Em-brace.

Lakaran seni bermotif keis-laman dihasilkan dan kemudi-an dicetak pada contoh blausdan baju plus-size yang kini di-pamerkan di galeri Sekolah Se-ni, Reka Bentuk dan Media diUniversiti Teknologi Nanyang(NTU).

Katanya:“Pasaran fesyen plus-size

di Singapura terbatas dengancorak yang tidak sesuai de-ngan cita rasa anak muda.

“Kebanyakan masanya, ialebih disasarkan kepada golon-gan pertengahan usia men-jadikan kami kelihatan sepertimak cik apabila menggayakan-nya.”

Menurut bekas pelajar

Maktab Rendah Serangoon(SRJC) yang cenderung dalamseni lukisan tangan sejak kecilitu, motif seni keislaman digu-nakan kerana coraknya yangmenarik pandangan mata ser-ta menambah daya fesyenpakaian berkenaan.

“Saya ingin wanita bertu-buh gempal seperti saya tam-pak selesa dengan apa yangmereka pakai.

“Harapan saya ada lebihbanyak butik plus-size yang

boleh dikunjungi dan bukan se-takat kedai dalam talian. Kitaperlu melihat dan mencuba pa-kaian itu sendiri serta lihat kes-esuaiannya.

“Bagi saya, penting bagiwanita plus-size raih keyaki-nan diri mereka menerusi pa-kaian yang digayakan sertapenerimaan diri mereka se-adanya,” tambahnya yang ber-harap dapat mengusahakanperniagaan yang meman-faatkan kemahirannya dalambidang seni. �HARYANI ISMAIL

�HARYANI ISMAILharyani@sph.com.sg

MENYIAPKAN lakaran ilustrasi bagisebuah restoran makanan Mexico di sinimembuka mata Cik Nur Hafizah Jainal ter-hadap peranan terperinci topeng dalammasyarakat itu.

Kerana teruja mengambil tahu lebihlanjut tentang dunia topeng, mahasiswakomunikasi visual berusia 26 tahun itumenggunakan topeng sebagai teras projektahun akhirnya.

Matlamatnya ialah bagi meneroka pel-bagai identiti wajah seseorang yang bolehberubah mengikut peredaran masa dari du-lu, kini dan akan datang.

Ketika ditemui di Sekolah Seni, RekaBentuk dan Media, Universiti TeknologiNanyang (NTU) baru-baru ini, Cik NurHafizah menjelaskan:

“Sewaktu menyiapkan topeng bagi hia-san restoran makanan Mexico itu, saya ter-dedah pada penggunaan topeng sebagaisatu unsur kebudayaan masyarakat Mexi-co.

“Mereka menggunakannya bagi tujuantatacara keagamaan mahupun tariantradisi. Apabila si pemakai mengenakan to-peng, dia bukan dirinya yang sebenar.

“Ia membuatkan saya terfikir bahawaidentiti manusia juga begitu mengikut per-edaran masa. Peristiwa lalu mencorak dirimereka kini tetapi ia juga membentukidentiti masa depan, berkait rapat tetapimampu berubah.”

Menurut Cik Nur Hafizah lagi, sese-orang juga boleh menerajui pelbagai iden-titi pada satu masa mengikut fasa ke-hidupan dan persepsi masyarakat.

Secara keseluruhannya, ilustrasimemainkan peranan penting sebagai satucara beliau meluahkan pandangan tentangsesuatu isu.

Memandangkan wujud minat terhadapsejarah seni, menyiapkan projek ini mence-tus keseronokan buatnya mendalami bu-daya asing.

“Cabaran yang saya hadapi ialah me-nyiapkan topeng itu sendiri kerana saya su-

dah terbiasa dengan kerja seni mengecatsecara digital atau melakar ilustrasi yangdilakukan dengan bantuan komputer.

“Kali ini, saya perlu gunakan berma-cam bahan seperti wayar dan kaedahpapier mache (kertas surat khabar berkan-ji yang dironyok dan ditampal bagipengerasan) bagi mencipta topeng.

“Tapi ia makan masa nak kering sehing-ga saya perlu menggunakan alat ketuharibu saya bagi mengeringkannya! Yang lu-cunya, projek saya itu terbakar kali perta-ma bereksperimen menggunakan ketuhar!Terpaksa buat lagi,” ujarnya tertawa.

Bagaimanapun, apabila ia akhirnyasiap dan nampak cantik selepas dicat, CikNur Hafizah begitu teruja mempamerkan-nya.

Wanita artistik ini pernah terlibatdalam projek melakar ilustrasi bagi cende-

rahati Wanita Pertubuhan Bangsa-BangsaBersatu (PBB), Jawatankuasa Singapura.

Tidak lama lagi, kreativitinya akan dili-hat pada objek getah atau permainan‘boleh kembung’ (inflatable) yang akan di-letakkan di serata Perpustakaan Negarasempena sambutan Jubli Emas Singapura.

Ilustrasi itu melambangkan watak yangbiasa dilihat di Singapura dari zaman dahu-lu hingga kini seperti mama kedai runcitatau pegawai polis yang mengenakan selu-ar pendek.

“Saya sekali lagi terdorong mengkaji se-jarah ikon Singapura dalam kalanganmasyarakat biasa. Dalam melakar ilustra-si, saya pastikan ia tetap tampak realistikwalau berbekalkan imaginasi saya,” katan-ya yang akan bekerja di firma rekaangrafik selepas mengembara sebulan keAmerika Syarikat.

CIPTAAN KU:Encik Hafeezduduk di ataskerusi kudagoyang yangdiperbuatmenggunakanbahan seperti suratkhabar lama danplastik. – FotoTUKIMAN WARJI

Perkasa keyakinan wanita‘plus-size’ dengan fesyen

bercorak seni

Topeng yang dihasilkanlambang berbilang identiti

Cipta bahan kukuh untuk perabot

PENGALAMAN PENCETUS IDEA: Cik Nur Syairah Abdul Malekmenggunakan kreativitinya bagi melakar ilustrasi yang menghiasibeberapa baju plus-size bagi wanita bertubuh gempal.

SATU WAJAH, PELBAGAI IDENTITI: Cik Nur Hafizah Jainal menggunakan topeng sebagai terasprojek tahun akhirnya yang mengupas isu identiti manusia yang berubah dari zaman ke zaman. –Foto-foto TUKIMAN WARJI

Pelajar NTU guna surat khabar lama danplastik terbuang bagi hasilkan ciptaan

Berseni berbekalkan misi tersendiri menjadi penggerak bagi beberapa seniman muda ini berkarya. Gah! berkunjung ke Sekolah Seni, Reka Bentuk dan Media di UniversitiTeknologi Nanyang (NTU) bagi menyelami idea beberapa mahasiswa yang bakal menutup tirai pengajian mereka tidak lama lagi.

BUKTI KUAT: Encik Hafeez membuktikanbetapa kukuhnya bahan ini denganberdiri di atas bangku yang diperbuatdaripada bahan baru ciptaannya. – Fotoihsan MOHAMED HAFEEZ MOHAMEDSHAH

28 Berita Harian | Sabtu, 16 Mei 2015

Gah!

top related