teknik menjawab bm 1 slaid 1
Post on 19-Jul-2016
67 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
1
JUILIS MOKUJALJUILIS MOKUJALGURU CEMERLANG/PENULIS/GURU CEMERLANG/PENULIS/
PEMERIKSA BM SPMPEMERIKSA BM SPMSMK Narinang, Kota BeludSMK Narinang, Kota Belud
http://komsasspm.blogspot.comhttp://komsasspm.blogspot.comE-mel: E-mel: juilis7868@gmail.com
SMK Narinang No.1SMK Narinang No.1Ogos 2012Ogos 2012
SEMINAR SEMINAR BAHASA MELAYU BAHASA MELAYU
SPM 2011SPM 2011
SEMINAR SKOR A+ SEMINAR SKOR A+ BAHASA MELAYU BAHASA MELAYU
SPM 2012SPM 2012
Biodata Penceramah Guru Cemerlang Bahasa Melayu Guru Inovatif (Hari Guru ) Kota Belud 2011 & 2012 Jurulatih Utama Bahasa Melayu, JPN Sabah Penggubal Soalan Excel SPM 2011 Pemeriksa BM SPM (2004 – kini) Penggubal dan Penilai Modul Sinergi KOMSAS (Ting 4) JPN
Sabah, 2011 & Penggubal Modul KOMSAS Ting 5 (2012) Panel Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) KPM Tempat kedua –Peraduan menulis cerpen MGCM 2011 Penulis Buku Praktis SPM 2012 Penceramah Guru Kreatif Pelajar Aktif Wadah Siswa,
Kebangsaan 2012
Karya Kreatif:•Antologi Puisi Serindit Pagi (1989)•Antologi Manuskrip Luka Bangsa, terbitan PENA 2006•Antologi Bicara Tanpa Suara, terbitan PENA 2006•Antologi RESAM (DBP) 2007•Antologi Esei Terbaik DBP Cawangan Sabah, 2007•Antologi Suara Kita (Persatuan Penulis Perak),2008•Antologi Di Sebalik Cerpen,DBP Sabah 2008•Antologi Luka Gaza, 2009•Antologi Sumpah 152 (GAPENA) 2010•Antologi Esei Kritikan Penulis Sabah (DBP) 2010•Antologi Taman Kasihku (MGCM) 2011•Buku Praktis BM SPM (Bakal terbit 2012)
5
MATLAMAT ANDA BIAR JELASUSAHA BIAR RASIONAL
JANGAN BUAT KERJA YANG SIA-SIA
FORMAT BAHASA MELAYU
SPM 2012KERTAS 1
Bahasa Malaysia Kertas 1 (1103/1)
Bahagian A
Bahagian B
BAHAGIAN AFormat
Satu Soalan
Satu bahan
rangsangan
Wajib dijawab
200 hingga250 patahperkataan
Masa menjawab45 minit
30 markah
Jenis Bahan Rangsangan
Gambar
Gambar rajah
Ilustrasikartun
Iklan
Petikan
Poster
Pelan Catatan
Jenis SoalanTiada tugasandalam soalan
Ada tugasan dalam soalan
Ada tema
Skop perbincangan
terbuka
Jawabmengikut
tema
Ada tema
Jawab mengikuttugasan
Skop perbincangan
terhad
BAHAGIAN BFormat
Lima soalandan pilih
satu sahajaPanjang
karangan melebihi350 patah perkataan
Masa menjawab/
menulis karangan1 jam 30 minit
100 markah
Jenis Karangan
Perbincangan/ Ulasan/ Komen/ Pendapat
Surat kiriman rasmi/ Surat kiriman tidak rasmi
Wawancara/ Temu ramah/ Temu bual/ Dialog
Rencana/ Laporan/ Minit Mesyuarat
Perbahasan/ Pidato/ Syarahan
Karangan KOMSAS- Penulisan kreatif cerpen/Skrip drama/ Novel
Karangan KOMSAS- Perbincangan/ Ulasan/ Komen isu kesusasteraan
Karangan KOMSAS- Keperihalan/ Gambaran
KRITERIA PERSKORANBAHAGIAN A
PERINGKAT MARKAHCEMERLANG 26 - 30KEPUJIAN 20 - 25MEMUASKAN 15 - 19KURANG MEMUASKAN 10 - 14PENCAPAIAN MINIMUM 01 - 09
KARANGAN BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN1. Karangan menepati tugasan/tema
rangsangan.
2. Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat.
3. Penggunaan tanda baca betul dan tepat.
4. Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru.
26-30 KRITERIA PEMARKAHAN
CEMERLANG
5. Penggunaan kosa kata luas dan tepat.
6. Wacananya lengkap.
7. Unsur bahasa yang digunakan pelbagai dan menggunakan ungkapan menarik*.
8. Idea relevan dengan tugasan bahan rangsangan.
9. Dihuraikan dengan jelas dan matang.
KRITERIA PERSKORANBAHAGIAN B
PERINGKAT MARKAHCEMERLANG 80 - 100KEPUJIAN 66 - 79BAIK 51 - 65MEMUASKAN 36 - 50KURANG MEMUASKAN 21 - 35PENCAPAIAN MINIMUM 01 - 20
KARANGAN RESPONS TERBUKA
80-100 KRITERIA
PEMARKAHAN
MARKAH
1. Penggunaan pelbagai jenis kata/kosa kata yang luas dan tepat – elakkan daripada menggunakan kata yang sama berulang kali.
2. Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis.
3. Ejaan dan tanda baca yang betul.
4. Idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan dengan jelas dan matang, dan disertakan dengan contoh yang sesuai.
5. Pengolahan menarik dan berkesan.
6. Pemerengganan yang seimbang.
7. Penggunaan penanda wacana yang tepat.
8. Keseimbangan idea yang jelas antara perenggan.
9. Gaya bahasa menarik khasnya dari segi penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan kata dan frasa indah, petikan ucapan, dan lain-lain.
PEMARKAHAN KARANGAN BAH. B YANG KURANG JUMLAH PERKATAAN TETAPI BAHASA
BAIK DAN GRAMATIS(MARKAH MAKSIMUM)
340 – 350 pp Tanda seperti biasa300 – 339 pp Impresion turun sedikit /
markah turun sedikit251 – 299 pp Peringkat baik (51 – 65)
Kurang 250 pp Peringkat kurang memuaskan : 21 – 35Jika bahasa baik : 28 – 35Jika bahasa kurang gramatis :
MAKSUD KEMATANGAN DALAM PENULISAN BAHAGIAN A & B
1. Cara penulisan pelajar lengkap dan betul wacana (ada kesinambungan idea).
2. Tahap pemikiran / contoh yang diberikan menunjukkan pengetahuan yang luas (tidak hanya berkisar isu-isu di sekitarnya) Murid mempunyai pengetahuan yang luas.
KESALAHAN BAHASA DALAM
PENULISAN KARANGAN
1. Kesalahan Huruf Besar
SALAH BETULmenara berkembar petronas
Menara Berkembar Petronas
Dewan bahasa dan pustaka
Dewan Bahasa dan Pustaka
2. Kesalahan Hukum Keselarasan Vokal Bahasa Melayu
Salah Betulmenggangu mengganggu
trampil terampilperihatin prihatin
3. Ejaan yang sepatutnya dieja terpisah
SALAH BETUL
jalanraya jalan raya
ibubapa ibu bapa
tunjukajar tunjuk ajar
4. Ejaan yang sepatutnya dieja bercantum
SALAH BETUL
juru terbang juruterbang
tata bahasa tatabahasa
maha siswa mahasiswa
5. Ejaan Kata Pinjaman daripada Bahasa Inggeris
SALAH BETUL
spesis spesies
displin disiplin
demotrasi demonstrasi
6. Ejaan Kata Pinjaman daripada Bahasa Nusantara
SALAH BETULpelancung pelancong
awit awetanih anehcalun calon
7. Penggunaan Tanda Sempang
SALAH BETULse Malaysia se-Malaysiaabad ke21 abad ke-21anti-dadah antidadah
anti Amerika anti-Amerikainsya Allah insya-AllahhambaMu/hambamu hamba-Mu
8. Ejaan Mengikut Sukukata pada Hujung Baris
SALAH BETULkep-
alaKe-
palakesin-
ambungankesinam-
bungan
9. Ejaan Menerima Imbuhan Apitan
SALAH BETUL
memutar-belitkan memutarbelitkan
menggembar gemburkan
menggembar-gemburkan
10. Kata depan “di” dan “ke”
SALAH BETULdisana di sana
diBintulu di Bintulukesini ke sini
kepejabat ke pejabat
11. Imbuhan Awalan “di”
SALAH BETULdi pukul dipukul
di makan dimakandi laksanakan dilaksanakandi lancarkan dilancarkan
12. Menggunakan Huruf Ringkas
SALAH BETULyg yangtlh telah
drpd daripadamasy masyarakat
13. Ejaan Kata Pinjaman daripada Bahasa Arab
SALAH BETULdhaif daif
Ramadhan Ramadantaqwa takwaredha reda
14. HURUF KECIL PADA AWAL AYAT
SALAH BETULsejak akhir-akhir
…Sejak akhir-akhir ini …
15.
15. KESALAHAN PENGGUNAAN TANDA SEMPANG PADA KATA GANDA
SALAH BETUL
sampah-sarapsampah sarap(berbagai-bagai sampah)
bukit-bukau bukit bukau(bukit dan lembah)
lintang-pukang lintang pukangKalau perkataan kedua ada maksud
tak perlu sempang. Cth: gotong-royong
15.
16. PENGGUNAAN KATA MAJMUK YANG TELAH MANTAP
SALAH BETUL
antara bangsa antarabangsaberi tahu beritahu
bumi putera bumiputera
jawatan kuasa jawatankuasa
kaki tangan kakitangan
15.
16. PENGGUNAAN KATA MAJMUK YANG TELAH MANTAP
SALAH BETUL
kerja sama kerjasamaolah raga olahraga mata hari matahari
setia usaha setiausaha
suka rela sukarela
15.
16. PENGGUNAAN KATA MAJMUK YANG TELAH MANTAP
SALAH BETUL
suruhan jaya suruhanjayatanda tangan tandatangan
tanggung jawab tanggungjawab
warga negara warganegara
pesuruh jaya pesuruhjaya
17. KESALAHAN IMBUHAN(PERKATAAN SATU SUKU KATA)
SALAH BETULmensyorkan mengesyorkanmenghadkan mengehadkanmengsahkan mengesahkan
18. KESALAHAN IMBUHAN (IMBUHAN AWALAN)
SALAH BETULmenwujudkan mewujudkanmenganggu menggangguteikut-ikut terikut-ikut
19. KESALAHAN IMBUHAN (IMBUHAN AKHIRAN)
SALAH BETULmemperolehi memperolehkesyukurkan kesyukuran
20. KESALAHAN IMBUHAN(MENGGUNAKAN “KK” DALAM EJAAN)
SALAH BETULkebanyakkan kebanyakanmengelakan mengelakkan
21. KESALAHAN IMBUHAN(KATA NAMA TERBITAN)
SALAH BETULperlantikan pelantikanpelantikkan pelantikan
pertunjukkan pertunjukan
22. KESALAHAN IMBUHAN (KATA ADJEKTIF)
SALAH BETULmemperindahka
n memperindah
memperluaskan memperluasmemperbesarka
n memperbesar
diperdalamkan diperdalam
CONTOH SOALAN BAHANRANGSANGAN
SPM(2004 – 2011)
2012(Jun)
2011
2010
20082009
2008
2007
Huraikan pendapat anda tentang isu yang dibincangkan dalam dialog di bawah. Panjang huraian hendaklah
antara 200 hingga 250 patah perkataan.
En. Wong : Remaja hari ini kurang mempunyai semangat patriotik En. Samad : Betul, Encik Wong. Saya fikir mereka perlu menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan
mengambil bahagian dalam aktiviti bulan kemerdekaan. En. Wong : Ya, mereka juga perlu mengenali dan menghargai tokoh-tokoh yang berjasa kepada negara kita.
2006
2005
2004
CONTOH JAWAPAN CALON SPM 2010
CEMERLANG
CONTOH JAWAPAN GAMBAR
RANGSANGAN YANG LEMAH
68
IMPRESSIONKarangan A Karangan B
KONSTRUK: KREATIF
Masa : 45 minitPerkataan : 200 – 250 ppHalaman : 2 muka suratPerenggan : 5 (1 + 3 + 1)Markah : 30 markah
KONSTRUK: KRITIS & KREATIF
Masa : 90 minitPerkataan : Lebih 350 ppHalaman : 4 muka suratPerenggan : 7 (1 + 5 + 1)Markah : 100 markah
69
PANDUAN MENULIS PENDAHULUAN* PENDAHULUAN JANGAN TERLALU PANJANG.
ELAKKAN SAMA PANJANG ATAU LEBIH PANJANG DARIPADA PERENGGAN ISI.
• PENDAHULUAN MEMBERI IMPAK YANG SANGAT BESAR KEPADA PEMERIKSA.
• SECARA ASASNYA MENGANDUNGI ITEM YANG BERIKUT:* TEMA [Rujuk Tugasan]* TUJUAN [Penentuan laras bahasa]* TUGASAN [Rujuk soalan]
PERENGGAN PENDAHULUAN` Terdapat dua jenis ayat dalam perenggan pendahuluan karangan
iaitu :
AYAT RANGSANGAN : TEMA + TUJUAN
Ayat rangsangan ialah ayat yang berkaitan dengan tema atau soalan karangan.
Ayat rangsangan tidak membincangkan perkara yang akan disentuh dalam perenggan isi.
Ayat rangsangan mempunyai definisi, mengaitkan atau menghubungkan tajuk itu dengan isu semasa, pandangan tokoh atau pandangan umum.
AYAT ARAH : TUGASAN
Ayat arah ialah ayat yang menjawab soalan karangan. Ayat ini ialah ayat yang menjurus kepada kehendak soalan.
MODEL PENDAHULUANABSTRAK KE KONKRIT
TEMA
TUJUAN
TUGASAN
PENDAHULUAN
Mutakhir, isu berkaitan dengan TEMA saban waktu diwara-warakan dalam media arus perdana di negara kita. Justeru, semua pihak mestilah komited untuk mendepani isu ini kerana yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Persoalannya apakah TUGASAN?
PENDAHULUAN
Mutakhir, isu berkaitan dengan semangat kejiranan saban waktu diwara-warakan dalam media arus perdana di negara kita. Justeru, semua pihak mestilah komited untuk mendepani isu ini kerana yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Persoalannya apakah usaha-usaha untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia?
47 patah perkataan
75
KAEDAH MENGEMBANGKAN
ISI
(AYAT TOPIK/JUDUL) (AYAT HURAIAN)
(BUKTI/CONTOH)When/where/who
(AYAT PENEGAS)
76
Ayat Topik/Judul
Ayat Contoh
Ayat Penegas
Ayat Huraian
MODEL ISI
AJ
AH
AYAT CONTOH
AYAT PENEGAS
ISI PERTAMAA1 Pada pandangan saya, TUGASAN
ialah ISI 1
A2 Hal ini demikian kerana (who/why?)
A3 Sebagai contoh, (impak + tema)
A4 Sudah terang lagi bersuluh, ISI 1 merupakan TUGASAN
Contoh HuraianPada hemat saya, usaha yang paling efektif ialah
bergotong- royong. Hal ini demikian kerana aktiviti gotong-royong yang diadakan dapat memupuk budaya muafakat dan kerjasama antara satu sama lain. Sebagai contoh, jiran bergotong-royong membersihkan kawasan perumahan, masjid dan sebagainya. Sudah terang lagi bersuluh, bergotong- royong merupakan usaha-usaha untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia.
58 patah perkataan
ISI KEDUAA1 Bukan sahaja ISI 1, ISI 2 juga
merupakan TUGASAN
A2 Saya berpendapat sedemikian kerana
A3 Misalnya, (impak + tema)
A4 Memang tidak dapat dinafikan , TUGASAN ialah ISI 2
Contoh HuraianBukan sahaja bergotong-royong, amalan ziarah-
menziarahi juga merupakan langkah-langkah untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Saya berpendapat sedemikian kerana amalan ziarah-menziarahi yang diadakan dapat mengeratkan silaturahim sesama jiran tetangga. Misalnya, jiran menziarahi rakan yang sakit, uzur, dan sebagainya. Memang tidak dapat dinafikan, usaha-usaha untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia ialah amalan ziarah-menziarahi.
62 patah perkataan
ISI KETIGAA1 Selain ISI 1 dan ISI 2, ISI 3 juga
dikenal pasti sebagai TUGASAN
A2 Hal ini demikian kerana
A3 Tamsilannya, (impak + tema)
A4 Seyogia dinyatakan , ISI 3 merupakan TUGASAN
Contoh HuraianSelain bergotong-royong dan amalan ziarah-
menziarahi, rumah terbuka juga dikenal pasti sebagai cara-cara untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Hal ini demikian kerana program rumah terbuka yang diadakan membolehkan jiran berkunjung antara satu sama lain. Tamsilannya, jiran mengadakan rumah terbuka pada Hari raya, Tahun Baharu China, Deepavali dan sebagainya. Seyogia dinyatakan, rumah terbuka merupakan cara-cara untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia.
70 patah perkataan
KESIMPULAN
Tuntasnya, semua pihak mestilah berusaha untuk meningkatkan ATAU mengatasi TEMA supaya wawasan negara dapat direalisasikan secara optimum. Kita perlu menggembleng tenaga untuk merealisasikannya kerana kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya!
CONTOH KESIMPULAN
Tuntasnya, semua pihak mestilah berusaha untuk meningkatkan semangat kejiranan supaya wawasan negara dapat direalisasikankan secara optimum. Kita perlu menggembleng tenaga untuk merealisasikannya kerana kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya!
34 patah perkataan
KAEDAH 2
MENULIS PENDAHULUAN Ayat 1: (TEMA) Kait dengan semasa Akhir-akhir ini,
Pada masa ini, Belakangan ini, Mutakhir, Marcapada,
Tema isu berkaitan dengan/gejala/masalah.....................(sebutkan tema) Sasaran dalam kalangan pelajar
dalam kalangan remaja dalam kalangan masyarakat
Prioriti sering mendapat liputan yang meluas dalam media massa dan... sering diwara-warakan dalam media arus perdana malah... saban hari menjadi topik perbincangan hangat menjadi polemik yang hangat diperdebatkan
Lokasi di Malaysia/di negara kita
Ayat 2: (TUJUAN) Wacana Justeru, (P)
Sehubungan dengan itu, (N) Menyedari hakikat ini, (N)
Saranan (Positif) semua pihak mestilah komited dan beriltizam untuk Saranan (Negatif) semua pihak janganlah hanya memejamkan mata dan memekakkan
telinga malah mestilah bertindak secara kolektif untuk Tujuan (Tema positif)
meningkatkan ……..(tema)……sehingga mencapai objektifnya kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Tujuan (Tema negatif)
menangani gejala/masalah ini sehingga ke akar umbi sebelum nasi menjadi bubur.
Ayat 3: (TUGASAN) Persoalan + Tugasan Persoalannya, apakah...( salin selepas perkataan tentang dalam soalan)
dan berakhir dengan tanda soal (?)
Marcapada, isu berkaitan dengan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat saban waktu diwara-warakan dalam media arus perdana di negara kita. Justeru, semua pihak mestilah komited dan beriltizam untuk meningkatkan semangat kejiranan sehingga mencapai objektifnya kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Persoalannya, apakah usaha-usaha untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia? 50 pp
Karangan Respon Bebas (100m)
Semangat kejiranan amat penting bagi mewujudkan keharmonian dalam kalangan masyarakat.
Bincangkan usaha-usaha untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia.
“Pengat durian buat hidangan rasanya sedap semua terpikat semangat kejiranan jadi amalan jiran sepakat membawa berkat”
Pantun di atas jelas menggambarkan peri pentingnya semangat kejiranan. Apa yang pasti, semangat kejiranan amat penting bagi mewujudkan keharmonian dalam kalangan masyarakat. Persoalannya, apakah usaha-usaha untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia?
MENULIS PERENGGAN ISI
• ISI PERTAMA
Tugasan:usaha-usaha untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia
Isi 1:Bergotong-royong
AYAT TOPIKPada hemat saya,Pada pendapat saya,Pada pandangan saya,
antara (TUGASAN) ialah (ISI)
Pada hemat saya, antara usaha yang paling efektif ialah bergotong-royong.
AYAT HURAIAN Hal ini demikian kerana,
Pasifkan isi + huraian
Hal ini demikian kerana, gotong-royong yang diadakan dapat mewujudkan semangat kerjasama dan kekitaan dalam kalangan jiran tetangga.
Wacana kesinambungan:
Dengan berbuat demikian,Dalam konteks ini,Hal ini bermaksud,Malah,Lagipun,
Wacana kontradiksi:
Sebaliknya…Ironinya…
Wacana masa:
Realitinya pada hari ini,Cuba kita bayangkan, sekiranya…Sejenak menoleh ke belakang, kita dapati…
AYAT HURAIAN Dengan berbuat demikian,
Terangkan impak positif
Dengan berbuat demikian, jiran tetangga akan bekerjasama/bersinergi melaksanakan sesuatu tugasan tanpa dibelenggu oleh batasan perbezaan kaum, agama, atau fahaman politik.
AYAT CONTOHSebagai contoh, + who/when/where
Sebagai contoh, aktiviti gotong-royong dapat dilaksanakan pada hujung minggu melibatkan semua anggota masyarakat untuk membersihkan kawasan kediaman, masjid, kubur dan tempat-tempat lain.
AYAT PENEGASTegasnya, + isi + tugasan
Tegasnya, gotong-royong menjadi wahana terbaik untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Pada hemat saya, antara usaha yang paling efektif ialah bergotong-royong. Hal ini demikian kerana, gotong-royong yang diadakan dapat mewujudkan semangat kerjasama dan kekitaan dalam kalangan jiran tetangga. Dengan berbuat demikian, jiran tetangga akan bekerjasama melaksanakan sesuatu tugasan tanpa dibelenggu oleh batasan perbezaan kaum, agama, atau fahaman politik. Sebagai contoh, aktiviti gotong-royong dapat dilaksanakan pada hujung minggu melibatkan semua anggota masyarakat untuk membersihkan kawasan kediaman, masjid, kubur dan tempat-tempat lain. Tegasnya, gotong-royong menjadi wahana terbaik untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia.
82 patah perkataan
MENULIS PERENGGAN ISI
ISI KEDUA
Tugasan:usaha-usaha untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia
langkah-langkah untuk memperkasakan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia
Isi 2:Amalan ziarah-menziarahi
AYAT TOPIKSelain itu,
(ISI) juga merupakan antara (TUGASAN)
Selain itu, amalan ziarah-menziarahi juga merupakan antara langkah untuk memperkasakan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia.
.
AYAT HURAIAN Saya berpendapat demikian kerana,
Pasifkan isi + huraian
Saya berpendapat sedemikian kerana amalan ziarah-menziarahi yang dipraktikkan berupaya untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama jiran tetangga.
AYAT HURAIAN Dalam konteks ini,
Terangkan impak positif
Dalam konteks ini, budaya prihatin dan saling menyayangi dapat disuburkan malah sindrom bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing juga mampu dikikis.
AYAT CONTOH Buktinya,
Buktinya, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sering mengesyorkan pembudayaan amalan ini sama ada di bandar atau di pedalaman bagi membina sebuah masyarakat yang harmoni di negara kita.
AYAT PENEGAS Jelaslah,
Jelaslah, langkah memperkasakan semangat kejiranan mempunyai simbiosis yang amat erat dengan amalan ziarah-menziarahi.
Selain itu, amalan ziarah-menziarahi juga merupakan antara langkah untuk memperkasakan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Saya berpendapat sedemikian kerana amalan ziarah-menziarahi yang dipraktikkan berupaya untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama jiran tetangga. Dalam konteks ini, budaya prihatin dan saling menyayangi dapat disuburkan malah sindrom bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing juga mampu dikikis. Buktinya, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sering mengesyorkan pembudayaan amalan ini sama ada di bandar atau di pedalaman bagi membina sebuah masyarakat yang harmoni di negara kita. Jelaslah, langkah memperkasakan semangat kejiranan mempunyai simbiosis yang amat erat dengan amalan ziarah-menziarahi.
MENULIS PERENGGAN ISI
ISI KETIGA
Tugasan: usaha-usaha untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia
cara-cara untuk menyemai semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Isi 3:Rumah terbuka
AYAT TOPIK(TUGASAN) yang berikutnya ialah (ISI)
Cara-cara untuk menyemai semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berikutnya ialah mengadakan rumah terbuka.
AYAT CONTOH Analoginya cukup mudah.
Pasifkan isi + huraian
Analoginya cukup mudah. Rumah terbuka yang diadakan pada masa perayaan Hari Raya, Tahun Baharu Cina, Deepavali atau Krismas mampu melahirkan perasaan saling menghormati antara satu sama lain.
AYAT HURAIAN Hal ini bermaksud,
Terangkan impak positif
Hal ini bermaksud, jiran tetangga akan lebih menghormati sensitiviti tetamu berlainan agama yang bertandang ke majlis rumah terbuka mereka khususnya dalam penyediaan juadah dan sebagainya.
AYAT PENEGASSaya optimis,
Saya optimis, daripada bukti yang dipaparkan amat jelas menunjukkan rumah terbuka menjadi medium yang sangat relevan untuk menyemai semangat kejiranan lebih-lebih lagi dalam konteks masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.
Marcapada, isu berkaitan dengan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat saban waktu diwara-warakan dalam media arus perdana di negara kita. Justeru, semua pihak mestilah komited dan beriltizam untuk meningkatkan semangat kejiranan sehingga mencapai objektifnya kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Persoalannya, apakah usaha-usaha untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia?
Pada hemat saya, antara usaha yang paling efektif ialah bergotong-royong. Hal ini demikian kerana, gotong-royong yang diadakan dapat mewujudkan semangat kerjasama dan kekitaan dalam kalangan jiran tetangga. Dengan berbuat demikian, jiran tetangga akan bekerjasama melaksanakan sesuatu tugasan tanpa dibelenggu oleh batasan perbezaan kaum, agama, atau fahaman politik. Sebagai contoh, aktiviti gotong-royong dapat dilaksanakan pada hujung minggu melibatkan semua anggota masyarakat untuk membersihkan kawasan kediaman, masjid, kubur dan tempat-tempat lain. Tegasnya, gotong-royong menjadi wahana terbaik untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Selain itu, amalan ziarah-menziarahi juga merupakan antara langkah untuk memperkasakan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Saya berpendapat sedemikian kerana amalan ziarah-menziarahi yang dipraktikkan berupaya untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama jiran tetangga. Dalam konteks ini, budaya prihatin dan saling menyayangi dapat disuburkan malah sindrom bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing juga mampu dikikis. Buktinya, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sering mengesyorkan pembudayaan amalan ini sama ada di bandar atau di pedalaman bagi membina sebuah masyarakat yang harmoni di negara kita. Jelaslah, langkah memperkasakan semangat kejiranan mempunyai simbiosis yang amat erat dengan amalan ziarah-menziarahi.
Cara-cara untuk menyemai semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berikutnya ialah mengadakan rumah terbuka. Analoginya cukup mudah. Rumah terbuka yang diadakan pada masa perayaan Hari Raya, Tahun Baharu Cina, Deepavali atau Krismas mampu melahirkan perasaan saling menghormati antara satu sama lain. Hal ini bermaksud, jiran tetangga akan lebih menghormati sensitiviti tetamu berlainan agama yang bertandang ke majlis rumah terbuka mereka khususnya dalam penyediaan juadah dan sebagainya. Saya optimis, daripada bukti yang dipaparkan amat jelas menunjukkan rumah terbuka menjadi medium yang sangat relevan untuk menyemai semangat kejiranan lebih-lebih lagi dalam konteks masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.
116
PANDUAN MENULISKESIMPULAN
SARANAN:
* MENGANDUNGI SARANAN, HARAPAN, DAN SERUAN
117
SARANAN Kesimpulannya/Tuntasnya/Natijahnya, semua pihak mestilah berusaha secara holistik untuk ……(saranan)….(tema)
HARAPAN supaya/demi/bagi……………(harapan)………….
SERUAN
Kita perlu menggembleng tenaga untuk merealisasikannya kerana orang tua-tua pernah berpesan kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya! ATAUUsaha yang sistematik dan proaktif mestilah digerakkan dari sekarang kerana orang bijak pandai pernah mengatakan “perjalanan yang beribu batu, pasti bermula dengan langkah yang pertama”!
Tuntasnya, semua pihak mestilah berusaha secara holistik untuk meningkatkan semangat kejiranan supaya keharmonian dalam kalangan masyarakat dapat ditingkatkan selaras dengan gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri kita Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Usaha yang sistematik dan proaktif mestilah digerakkan mulai sekarang kerana perjalanan yang beribu batu mestilah bermula dengan langkah yang pertama!
Contoh karangan Bahagian A dan B
Budaya MembacaMelahirkan Pelajar Berilmu
Pengetahuan
Bangsa MembacaBangsa Berjaya
Wadah Siswa
Wadah Siswa bacaan wajib pelajar di sekolah
Jeda sebentar ya…
top related