tanaman kacang panjang renek

Post on 16-Apr-2017

3.449 Views

Category:

Documents

7 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Kacang Panjang Renek Kacang panjang jenis rendah ini dipercayai

berasal dari Filipina dan dibawa masuk ke Selatan Thailand.  Dari situ ia di bawah ke utara negeri Kedah.  Penyelidik yang dilakukan oleh Stesen MARDI Jalan Kebun, dari tahun 1996-1999, kacukan antara kacang panjang jenis memanjat dengan cowpea (cv. group unguiculata) menghasilkan 'MKP Renek'.  Perbezaan yang ketara daripada varieti memanjat ialah pertumbuhan yang renek dan pusingan tanaman yang pendek.

Penanaman MKP sesuai ditanam di kawasan tanah

gambut.  Bajak tanah dengan kapur (magnesium limestone) dengan kadar  2.5 mt/ha.  Gaulkan baja organik (tahi ayam reput) dengan kadar 2 mt./ha.  Biji benih ditanam sedalam 3 cm (2-3 biji selubang) dengan jarak 70 cm x 25 cm dan jarak antara batas ialah 1.0 m.  Ketinggian pokok antara 45 cm - 60 cm.

Kutipan Hasil MKP mula berbunga antara 40 hari atau 5-6

minggu selepas menanam.  Kelopak bunga berwarna biru muda dan mengeluarkan kacang antara 25-45 cm panjang dan 0.6-0.8 cm garispusat.  Pengutipan hasil dilakukan sehingga 8-10 minggu bermula dari tempoh menanam, bergantung kepada kesuburan pokok dan kesesuaian tanah.  Kajian mendapati varieti ini boleh mengeluarkan hasil lebih kurang 130-160 g lenggai / pokok atau 9-111 mt/ha.  Anggaran harga di ladang RM1.50/kg.   Analisis ekonomi juga menunjukkan MKP Renek adalah menguntungkan dan berpotensi luas.

Pengawasan Tanaman Sembur racun serangga carbaryl untuk

mengawal pelombong daun dana racun kulat maneb untuk mengawal bintik daun.

Gred Kacang Panjang Gred 1

Tidak matang.  Kacang panjang berkenaan belum mencapai tahap kematangan sebagaimana ciri varietinya dan kelihatan masih terdapat kelopak bunga pada bahagian hujung serta saiznya agak kecil.  Tidak sesuai untuk dipasarkan.  Kulit kacang panjang berkenaan berwarna hijau pekat. 

Gred 2Cukup matang.  Kacang panjang berkenaan telah mencapai tahap kematangan sebagaimana ciri varietinya di mana lebih daripada dua pertiga kacang tersebut mengandungi biji dan saiznya sederhana besar serta sesuai untuk dipasarkan.  Kulit kacang panjang berkenaan berwarna hijau. 

Gred 3Terlalu matang.  Kacang panjang berkenaan dikedudukan penghujung jangkahayat kesegaran.  Tidak digalakkan untuk dipasarkan.  Kulit kacang panjang berkenaan berwarna hijau kekuningan atau keputihan.

Penyediaan Tapak

Sistem paip menggunakan tangki baja.

Silver shine digunakan untuk kawalan rumput

Aktiviti Pembenihan

Memasukkan bijih benih ke tapak semaian

Menyiram bijih benih dengan semburan kabus

Aktiviti Penanaman

Anak benih di tanam pada batasMemindahkan anak benih daripada bekas tanaman ke tapak tanaman

Aktiviti Penuaian

top related