taklimat lip dan penggunaan modul e-buletin taklimat...
Post on 05-Jun-2018
260 Views
Preview:
TRANSCRIPT
LINUS - Laksana Impian Negara Untuk Sukses
Taklimat “Bicara LINUS2.0” Peringkat Daerah Alor Gajah 2018
Edisi Jan - Mac 2018
Rabu, 17 Januari. Satu program taklimat Bicara LINUS2.0 bersama-sama semua setiausaha dan penyelaras LINUS
sekolah-sekolah rendah daerah Alor Gajah telah diadakan bertempat di Dewan Mutiara, Sekolah Kebangsaan
Lesong Batu. Taklimat berkenaan diadakan bertujuan untuk menyampaikan maklumat terkini berhubung
pelaksanaan program LINUS2.0 bagi tahun 2018 kepada semua sekolah rendah di daerah ini. Selain itu, beberapa
pengisian yang lain turut disampaikan dalam taklimat berkenaan termasuklah pembentangan analisis data saringan
2, 2017 oleh FasiLINUS daerah dan wakil JPN Melaka serta perkongsian bahan bantu belajar bagi kegunaan murid
yang terlibat program LINUS2.0 untuk disebarluaskan di peringkat sekolah. Wakil dari JPN Melaka iaitu Encik Mohd
Yusof bin Ab Rahman (Penyelia Matematik JPN Melaka) turut hadir pada taklimat berkenaan untuk membentangkan
analisis data saringan 2, 2017 peringkat negeri Melaka. Taklimat turut diserikan dengan kehadiran Timbalan
Pegawai PPD Alor Gajah, Encik Awell Luding bin Hamid mewakili Pegawai Pendidikan Daerah. Encik Awell Luding
dalam ucapan perasmiannya telah berkongsi dengan semua hadirin tentang perkembangan terkini pendidikan di
daerah Alor Gajah serta berharap agar program LINUS2.0 di daerah ini akan terus berjalan dengan baik seterusnya
membantu dalam melonjakkan lagi prestasi akademik daerah secara keseluruhan pada masa akan datang. ~
Taklimat Bicara LINUS2.0 1
Taklimat LIP Dan Penggunaan Modul
Murid
2
Taklimat Pentadbiran Saringan 1, 2018
Membaca / Lisan
3
Taklimat Pentadbiran Saringan
LINUS2.0 Untuk Guru Pemulihan Khas
4
Dalam edisi ini :
e-buletin
LINUS2.0
Ucapan perasmian oleh Timbalan Pegawai Pendidikan
Daerah Alor Gajah, Encik Awell Luding bin Hamid.
Ucapan oleh Penyelia Matematik JPN Melaka, Encik Mohd
Yusof bin Ab Rahman.
Rabu, 21 Februari. Taklimat LIP dan penggunaan modul murid ini telah berlangsung pada sebelah petang bertempat
di Bilik Mesyuarat PPD Alor Gajah. Seramai 77 orang setiausaha / penyelaras LINUS sekolah hadir pada taklimat
berkenaan yang telah diadakan dalam tiga sesi mengikut zon sekolah bimbingan bermula 21 hingga 23 Februari
yang lalu, Semua guru yang hadir telah diingatkan untuk memantapkan lagi perancangan dan pelaksanaan
program-program intervensi LINUS di peringkat sekolah. Pihak sekolah turut diingatkan pemantauan berterusan oleh
Pegawai FasiLINUS akan berjalan sepanjang tahun bagi memastikan segala program intervensi yang telah
dirangcang oleh pihak jawatankuasa LINUS sekolah dilaksanakan dengan baik seterusnya memberi impak positif
kepada perkembangan penguasaan konstruk murid LINUS. Berhubung penggunaan modul murid, semua
setiausaha / penyelaras LINUS sekolah perlu memastikan modul yang dibekalkan ke sekolah masing-masing
digunakan secara optimum oleh murid. Pada akhir taklimat, semua sekolah telah menerima edaran modul murid
program LINUS2.0 bagi kegunaan tahun 2018. ~
Taklimat LINUS Improvement Plan (LIP) Dan Penggunaan Modul Murid Program LINUS2.0 Bagi Tahun 2018
Muka Surat 2
Gambar-gambar semasa Taklimat LINUS Improvement Plan
(LIP) Dan Penggunaan Modul Murid Program LINUS2.0 Bagi
Tahun 2018.
Rabu, 28 Februari. Bertempat di Dewan Mutiara, Sekolah Kebangsaan Lesong Batu telah diadakan satu taklimat
berkaitan pentadbiran dan pelaksanaan saringan 1/2018 membaca/lisan. Semua setiausaha / penyelaras LINUS
sekolah rendah daerah Alor Gajah telah hadir pada taklimat berkenaan. Semasa taklimat berkenaan, FasiLINUS telah
memaklumkan berkaitan beberapa perkara penting yang perlu diambil perhatian untuk disampaikan kepada semua
guru yang menjalankan saringan di sekolah. Semua sekolah diingatkan agar memastikan proses saringan membaca /
lisan dapat dilaksanakan secara telus dan berintegriti serta akur kepada prosedur yang telah ditetapkan oleh
Lembaga Peperiksaan berdasarkan garis panduan pentadbiran saringan yang dibekalkan. Saringan membaca / lisan
akan dilaksanakan oleh semua sekolah rendah bermula 1 Mac hingga 6 April ini. ~
Taklimat Pentadbiran Saringan 1/2018 LINUS2.0 (Literasi BM / Literasi BI / Numerasi) Membaca / Lisan
Muka Surat 3
Gambar-gambar semasa Taklimat Pentadbiran Saringan
1/2018 LINUS2.0 (literasi BM / Literasi BI / Numerasi)
Membaca / Lisan.
Khamis, 1 Mac. . Taklimat ini telah dianjurkan oleh Unit Pendidikan Khas, Sektor Pendidikan Khas Dan Pendidikan
Swasta JPN Melaka bersama-sama Unit Pengurusan Akademik (LINUS2.0) PPD Alor Gajah yang berlangsung secara
serentak di dua lokasi berasingan mengikut kelompok pemulihan masing-masing di SK Demang Taha (kelompok 7
dan kelompok 8) dan SK Lesong Batu (kelompok 9 dan kelompok 10). Pegawai FasiLINUS Literasi Bahasa Melayu dan
Numerasi PPD Alor Gajah telah dijemput bagi menyampaikan taklimat berkenaan. Pada taklimat berkenaan, banyak
input yang telah disampaikan kepada semua Guru Pemulihan Khas daerah ini khususnya berkaitan pengurusan dan
pelaksanaan saringan LINUS2.0. Taklimat yang dianjurkan ini adalah satu langkah yang amat baik dan sangat
berkesan dalam memberi kefahaman seterusnya membantu Guru Pemulihan Khas dalam mentadbir saringan
LINUS2.0 yang melibatkan murid-murid pemulihan dengan lebih berkesan. Unit LINUS PPD Alor Gajah
mengharapkan dengan adanya program berfokus sebegini pastinya perjalanan Program LINUS2.0 di peringkat
sekolah akan lebih lancar dan mencapai matlamatnya.
Taklimat Pentadbiran Saringan LINUS2.0 Untuk Guru Pemulihan Khas Tahun 2018
Muka Surat 4
Taklimat Pentadbiran Saringan LINUS2.0 Untuk Guru
Pemulihan Khas kelompok 9 dan 10 di SK Lesong Batu oleh
Pegawai FasiLINUS, Encik SL Daud bin Mat Liza dan Puan
Mariyam binti Ahmad ~
Taklimat Pentadbiran Saringan LINUS2.0 Untuk
Guru Pemulihan Khas kelompok 7 dan 8 di SK
Demang Taha oleh Pegawai FasiLINUS, Encik
Jasman bin Abdul Manap dan Puan Rosnah
binti Othman ~
Muka Surat 5
Rabu, 28 Februari. “Program LADAP Pentadbiran
Saringan LINUS2.0” di SK Melekek bersama
Pegawai FasiLINUS Encik Jasman bin Abdul
Manap ~
Isnin, 22 Januari. Pelancaran Program Intervensi
LINUS2.0 “Program Cahaya Hati 2018” di SJKT
Ladang Kemuning KRU ~
Khamis, 8 Mac. “LADAP Program LINUS2.0 dan
Penggunaan Aplikasi Kahoot” untuk sesi kuiz di SK Masjid
Tanah Integrasi bersama Pegawai FasiLINUS Encik SL
Daud bin Mat Liza dan Encik Munzir bin Md Rosnan. ~
Isnin, 26 Februari. “Program Sentuhan Kasih” di SK Ramuan
China Besar bersama Pegawai FasiLINUS Encik Jasman bin
Abdul Manap, Puan Rosnah binti Othman dan Cik Hajah
Kamariah binti Ismail ~
LENSA LINUS2.0 Daerah Alor Gajah
Muka Surat 6
Sabtu, 10 Mac. “Taklimat LINUS2.0 Dan Membina BBM
LINUS Bersama Ibu Bapa Penjaga Murid-Murid Tahap 1”
di SK Berisu dengan kerjasama Pegawai FasiLINUS Encik
Saifullah bin Abdul Wahab, Encik John Ayavu dan Puan
Mariyam binti Ahmad. ~
Program Intervensi LINUS2.0 : “Program Bacaan
Pagi” yang dilanksanakan di SJKT Ladang
Kemuning KRU ~
Khamis, 15 Mac. Penyampaian hadiah untuk murid-
murid LINUS yang menunjukkan peningkatan
penguasaan konstruk di SK Kuala Linggi semasa
Audit Pengurusan Akademik PPD Alor Gajah 2018
yang lalu ~
Rabu, 28 Mac. “Program Sentuhan Kasih 2018”
peringkat sekolah yang diadakan di SK Demang Taha.
Program dianjurkan bersama oleh JK LINUS dan
Pemulihan Khas sekolah dengan kerjasama Unit LINUS
PPD Alor Gajah. Program dihadiri oleh Pegawai
FasiLINUS Encik Munzir bin Md Rosnan dan Puan
Norliza binti Ismail ~
Unit LINUS
Pejabat Pendidikan Daerah Alor Gajah
78000 Alor Gajah
Melaka
Tel : 06-5562994 / 2821 / 2871
Faks : 06-5563735
E-mel : ppdag@moe.gov.my
Portal : www.http://jpnmelaka.moe.gov.my/ppdalorgajah/
Perkara penting edisi ini :
Pelaksanaan Dan Pemantapan Program LIP Di Sekolah
Penggunaan Modul Murid Di Sekolah
Pelaksanaan Pentadbiran Saringan 1, 2018 Membaca Dan Lisan
Taklimat Pentadbiran Saringan LINUS2.0 Untuk Guru
Pemulihan Khas
top related