tahun 4 m 2
Post on 12-Jan-2016
242 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Tahun: 4 Al Farabi
Bidang: Menggambar
Aktiviti : Gosokan
Tema : Alam Semula jadi
Tajuk : Buah-buahan
Tarikh: 9 Ogos 2015
Masa : 60 minit (12.45-1.45 tengah hari)
Objektif: Melalui tajuk ini, pelajar dapat:
Menghasilkan gambar menggunakan teknik gosokan dengan menekankan bahasa seni visual.
Menghasilkan gambar teknik gosokan dengan mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif.
Membuat apresiasi terhadap karya.
Media : Alat :kertas A4 atau kertas lukisan permukaan yang mempunyai jalinan
Bahan : pensel warna, dan pensel
Bahan Bantu Belajar : Contoh pelbagai kesan gosokan dan gambar buah-buahan
EMK : Keusahawanan, Kreativiti dan Inovasi
STANDARD KANDUNGAN
1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni iaitu bentuk, jalinan, warna, kepelbagaian, dan kesatuan yang terdapat pada alam semula jadi atau objek buatan manusia dalam penghasilan gambar teknik gosokan.
2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam aktiviti menghasilkan gambar teknik gosokan.
3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan gambar teknik gosokan.
4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya.
STANDARD PEMBELAJARAN
1.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, memahami dan menyatakan bahasa seni visual yangada pada gosokan.
1.1.1 Unsur seni
1.1.1.1 Bentuk - ilusi
1.1.1.2 Jalinan - tampak dan sentuh
1.1.1.3 Warna - primer atau sekunder atau tertier
1.1.2 Prinsip rekaan
1.1.2.1 Kepelbagaian - jalinan
1.1.3.2 Kesatuan - komposisi objek
1.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan gambar teknik gosokan.
1.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
1.2.1.1 Alat - permukaan yang mempunyai jalinan dan kertas lukisan atau kertas A4
1.2.1.2 Bahan -pensel warna dan pensel
1.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya
1.2.2.1 Teknik - gosokan
1.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan gambar teknik gosokan secara kreatif
1.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif
1.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya
1.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan gambar teknik gosokan
1.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan menumpukan pada aspek bahasa seni visual.
1.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan
1.4.2 Menceritakan pengalaman sendiri dalam proses penghasilan karya
1.4.3 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan
STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI CATATAN
Persepsi Estetik(10minit)
Guru mempamerkan contoh gambar teknik gosokan.
Guru menyatakan kesan gosokan pada permukaan yang berbeza.
Guru bersoal jawab tentang bahasa seni visual yang ada pada beberapa contoh gosokan.
SOALAN:
Teknik apakah yang digunakan dalam lukisan di atas?JAWAPAN: teknik gosokan
SOALAN: Adakah setiap permukaan mempunyai jalinan yang sama?JAWAPAN:Tidak!
BBM:Contoh gambar teknik gosokan, gambar buah buahan
Kecerdasan Pelbagai
Aplikasi Seni(10 minit)
Guru menyatakan media yang digunakan.
Guru menunjuk cara melakar rupa buah-buahan.
Guru menunjuk cara membuat gosokan pada lakaran buah-buahan.
Guru meminta murid meneroka media untuk menghasilkan gosokan.
Langkah-langkah penghasilan
Langkah1
Melakar rupa buah-buahan
Langkah 2
Gosokan pada buah-buahan
Ekspresi Kreatif(30 minit)
Murid menghasilkan lakaran dengan bimbingan guru.
Murid menghasilkan gambar buah-buahan teknik gosokan pada pelbagai permukaan mengikut kreativiti masing - masing.
Apresiasi Seni(5 minit)
Murid mempamerkan karya masing-masing.
Murid menceritakan pengalaman semasa proses menghasilkan gambar teknik gosokan.
Murid memberikan pendapat tentang karya rakan.
Membuat penilaian berdasarkan bahasa seni visual, kekemasan, kekreatifan dan kebersihan
-Unsur seni-Prinsip rekaan
Kriteria:
-Pengunaan alat dan bahan-Kemahiran teknik-Keaslian idea berdasarkan tema-Kreativiti-Kekemasan
Penutup(5 minit)Guru mengulangi tajuk pada hari ini dan menerapkan nilai murni yang bersesuaian
Merumuskan tajuk dan menerapkan nilai murni
- Nilai kreativiti dan Estetika
top related