syarahan agama iman pencetus umat gmilang
Post on 30-Jun-2015
1.195 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh diucapkan kepada pengacara majlis, kombinasi
hakim yang arif lagi bijaksana serta sidang dewan sekalian.
Tajuk syarahan saya pada hari ini adalah “Iman dan takwa pencetus umat gemilang .”
Daun selasih di hujung dahan,
Tempat berehat si anak helang,
Didahului tajuk pembukaan syarahan,
Iman dan takwa pencetus umat gemilang.
Dari segi bahasa, iman bermaksud percaya , manakala dari pendapat ahli sunnah waljamaah ,
iman bermaksud mengaku dengan lidah , membenarkan dalam hati,serta beramal dengan
anggota , Manakala takwa bermaksud menunaikan perkara yang diwajibkan oleh Allah ta’ala
serta meninggalkan perkara yang dilarang olehNya, serta pencetus bererti pemangkin atau
titik tolak , dan gemilang bermaksud bercahaya dan terang benderang. Jika disimpulkan dari
makna dasar , iman dan takwa pencetus umat gemilang bermaksud keimanan dan ketakwaan
merupakan titik tolak bagi melahirkan sebuah komuniti masyarakat islam yang harmoni dan
hebat dari semua aspek kehidupan.
Para hadirin sekalian ,
Marcapada ini , isu seperti pengamalan perkara khurafat dalam kalangan masyarakat sudah
acapkali kedengaran. Amalan kurafat tersebut merangkumi perbuatan karut yang
bertentangan dengan akidah dan syariat Islam, namun perkara tersebut dianggap berhubung
kait dengan Islam . Antara contoh amalan khurafat tersebut termasuklah mempercayai
tangkal azimat dapat menolak bala dan menepung tawar untuk mendapat berkat . Pengamalan
budaya khurafat ini masih lagi berleluasa atas sebab kelemahan iman seseorang individu. Hal
ini tidak patut sama sekali berlaku. Setiap individu yang bergelar muslim haruslah memiliki
keimanan dan ketakwaan yang teguh kepada Allah S.W.T. Sepatutnya, setiap individu harus
mencontohi peribadi umat terdahulu yang hidup pada zaman Rasulullah S.A.W . Sebagai
contoh , kekuatan iman yang dimiliki oleh Bilal bin Rabbah harus dihalusi serta dicontohi
oleh segenap manusia di muka bumi ini. Bilal bin rabbahmenerima Islam melalui sahabatnya
yang bernama al Fadl dan dilihat beliau begitu bersungguh-sungguh untuk mendalami ajaran
agama Islam sehingga sanggup berulang-alik ke rumah Arqam bin Abi Al-Arqam secara
rahsia supaya kegiatannya menerima Islam sebagai sebahagian daripada hidupnya tidak
diketahui oleh tuannya.Namun akhirnya Umaiyah mengetahuinya dan memujuk Bilal agar
meninggalkan Islam dan kembali ke ajaran asalnya, tetapi Bilal berkeras untuk
mempertahankan Islam sebagai agama dunia dan akhiratnya. Umaiyah pernah berkata,“Aku
1
berkuasa ke atas tubuh dan jasadmu.”Tetapi Bilal lantas menjawab,“Fikiranku, imanku dan
kepercayaanku bukan milikmu.”Setelah gagal memujuk Bilal, Umaiyah nekad untuk
bertindak kejam ke atas Bilal dengan mengikat batu besar di tubuh Bilal yang tidak
berpakaian, mengheret ke tengah padang pasir yang panas membakar dan memukul tanpa
belas kasihan. Ketabahan serta kekuatan iman beliau harus diteladani oleh setiap individu.
Seperti firman Allah dalam surah al luqman ayat 12-13 :
Surah Annisa ayat 48
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya
(dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa
yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang
mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah
melakukan dosa yang besar.
Luqman
Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta
Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya
kepadamu)". Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang
kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal
kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.
Hadirin yang dihormati,
Dengan keteguhan iman , kemantapan takwa dalam diri setiap individu , ibadah kita akan
menjadi berkualiti. Sebagai contoh , sesetengah pihak sering mengabaikan solat dalam
kehidupan. Solat itu merupakan tiang agama. Hal ini diibaratkan dengan rumah yang tidak
bertiang. Dalam erti kata lain, tanpa akar, pokok tidak akan berbuah. Oleh itu, solat
merupakan asas kepada keteguhan iman seseorang. Dengan iman yang teguh, umat yang
gemilang akan dapat dilahirkan. Setiap individu juga perlu menitikberatkan soal keikhlasan
serta tidak mengharapkan ganjaran setiap kali menjalankan sesuatu tanggungjawab yang
2
diamanahkan tanpa mengamalkan rahsuah serta pecah amanah dalam kalangan masyarakat
sewaktu menjalankan tugas. Dengan cara ini , umat Islam akan dipandang mulia serta
dihormati oleh masyarakat seluruh dunia. Seperti firman Allah dalam surah al an’am ayat
162-163:
Alzariyaat[56 ]
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka
menyembah dan beribadat kepadaKu.
AnAM
Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku,
hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
Selain itu juga, melalui iman yang teguh, kita akan dapat membina jati diri yang mantap .
Sebagai contoh, melalui keteguhan iman , kita dapat mengunakan laman sosial seperti
Facebook, Myspace, Twitter dan sebagainya dengan tujuan yang baik sekiranya kita pandai
mengawal iman. Namun begitu, sebaliknya akan berlaku sekiranya iman tidak dapat dikawal.
Sebagai contoh, laman – laman sosial ini digunakan untuk tujuan tidak baik seperti
merosakkan rumahtangga orang lain. Baru – baru ini, kajian menunjukkan bahawa 90% kes
penceraian adalah disebabkan penyalahgunaan laman-laman sosial seperti ini . Oleh itu ,
jelaslah bahawa iman dan takwa mampu membina jati diri yang mantap. Seperti firman Allah
dalam surah al-imran ayat 104
Al Imran[104]
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada
kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik,
serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat
demikian ialah orang-orang yang berjaya..
3
Alsajjaadh
Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami
hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat
itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan
menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula
tidak bersikap sombong takbur.
Hadirin sekalian ,
Bagi memantapkan keimanan, kita haruslah mencintai , menghayati, mengkaji serta mencari
ilmu sepanjang hayat . Seperti kata pepatah, ilmu itu penyuluh kehidupan. Dengan ilmu
pengetahuan, insan yang gemilang serta berkualiti dari pelbagai aspek kehidupan akan dapat
dilahirkan. Sebagai contoh , penubuhan maktab rendah sains mara ulul albab di Kota Putera
Besut adalh salah satu usaha yang baik dalam melahirkan muslim dan muslimah yang
berilmu pengetahuan tinggi dalam kedua- dua aspek dunia dan akhirat. Menerusi firman
Allah dalam surah al mujadalah ayat 111:
Al mujaddalah
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari
tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya
Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun
maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara
kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) -
beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa
yang kamu lakukan.
4
Alzummar
"(Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu
malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta
mengharapkan rahmat Tuhannya? "Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-
orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya
orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang
yang berakal sempurna.
Seterusnya hadirin yang dikasihi,
Melalui iman dan ketakwaan yang tinggi , umat yang gemilang dapat dilahirkan. Contohnya,
umat islam yang mempunyai daya kreativiti dalam bidang ekonomi dapat dilahirkan. Syarikat
Beras Faiza adalah salah satu contoh umat yang gemilang dari segi ekonomi. Syarikat beras
faiza sering memberikan bantuan kepada umat-umat yang lain yang kurang bernasib baik.
Saya pasti sidang dewan pernah menonton program Bersamamu yang sering ditayangkan di
kaca televisyen. Syarikat beras faiza merupakan salah satu daripada penaja utama program
yang membantu mereka yang kurang bernasib baik. Perkara ini harus menjadi contoh kepada
kita dalam melahirkan individu yang mantap dari segi iman dan takwa. Seperti firman Allah
dalam surah at-taubah ayat 111
Attaubah
5
[111]
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka
dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga,
(disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang
membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang
benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran;
dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu,
bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah
bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.
Selain itu , umat yang gemilang adalah umat yang sentiasa menjaga hubungan baik sesama
manusia. Hal ini kerana, hubungan yang dingin sebagai contohnya antara jiran tetangga
menyebabkan berlakunya masalah sosial yang sukar dibendung. Sekiranya hubungan sesama
umat islam menjadi renggang, impaknya, umat islam akan berpecah belah serta dipandang
hina oleh golongan masyarakat yang lain. Dengan ini, masyarakat islam akan menjadi
masyarakat yang lemah. Dalam surah al mai’dah ayat 2: Allah berfirman:
Al hujaarah[13]
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan
perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak,
supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di
antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
6
Almaidah2[
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ingat halal membuat sesuka hati
mengenai syiar-syiar ugama Allah, dan mengenai bulan-bulan yang dihormati, dan
mengenai binatang-binatang yang dihadiahkan (ke Makkah untuk korban), dan
mengenai kalong-kalong binatang hadiah itu, dan mengenai orang-orang yang menuju
ke Baitullah Al-Haraam, yang bertujuan mencari limpah kurnia dari Tuhan mereka
(dengan jalan perniagaan) dan mencari keredaanNya (dengan mengerjakan ibadat Haji
di Tanah Suci); dan apabila kamu telah selesai dari ihram maka bolehlah kamu berburu.
Dan jangan sekali-kali kebencian kamu kepada suatu kaum kerana mereka pernah
menghalangi kamu dari masjid Al-Haraam itu - mendorong kamu menceroboh. Dan
hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan
janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.
Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya
(bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).
Tunjangnya, sidang dewan yang dihormati sekalian,
Umat islam haruslah memiliki keimanan dan ketakwaan yang mantap terhadap Allah s.wt.
bagi mewujudkan sebuah komuniti umat islam yang disanjungi , dipandang mulia serta
disegani oleh kaum2 yang lain. Janganlah kita menjatuhkan maruah islam yang mulia kerana
sesungguhnya kitalah yang menyumbang kepada kebangkitan umat islam itu sendiri. Dengan
cara tersebut, umat islam dapat duduk sama rendah serta berdiri sama tinggi dengan
masyarakat lain yang maju dan berjaya. Oleh itu, kita haruslah menerapkan konsep keimanan
dan ketakwaan yang teguh dalam diri kita agar kita mampu menjulang kecemerlangan di
persada marcapada.
7
8
top related