syair 1

Post on 25-Dec-2015

223 Views

Category:

Documents

2 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

SYAIR NASIHAT

Dengarlah rakan syairku ini,Syair nasihat seikhlas hati,Cerita tentang hidup ini,Banyak cabaran yang harus dilalui.

Selama hidup hendaklah setia,Supaya orang akan percaya,Buatlah baik sesama manusia,Jahat durhaka jauhkan sahaja.

Jika berkawan janganlah bergaduh,Tiada guna bermusuh-musuh,Jauhilah sikap diri yang angkuh,Tersisih hidup semakin keruh.

Walaupun kaya jangan menghina,Kaya dan miskin sama sahaja,Yang hina jangan ditambah hina,Kerana hidup seperti roda.

Penutup tirai syairku ini,Harap semua dapat fahami,Nasihat baik, tulus dan suci,Ingat selalu jangan dipinggiri.

top related