suku kaum orang ulu di sarawak bumi kenyalang

Post on 21-Jun-2015

2.861 Views

Category:

Documents

15 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

SUKU KAUM ORANG ULU DI

SARAWAK BUMI KENYALANG

SARAWAK BUMI KENYALANG SEBUAH NEGERI YANG TERBESAR DI MALAYSIA BUKAN SAHAJA KAYA DENGAN WARISAN ALAM SEMULAJADINYA, TETAPI JAUH LEBIH BERMAKNA TURUT KAYA DENGAN KEINDAHAN WARISAN SENI DAN BUDAYA TRADISIONALNYA YANG HALUS DAN LEMBUT. KEINDAHAN WARISAN ALAM DAN SENI BUDAYA SARAWAK AMAT JELAS KELIHATAN PADA CORAK

DAN GAYA HIDUP MASYARAKATNYA YANG TERDIRI DARIPADA PELBAGAI SUKU KAUM DAN ETNIK SEPERTI MASYARAKAT MELAYU, CINA, MELANAU SERTA MASYARAKAT DAYAK YANG TERDIRI PULA DARIPADA SUKU KAUM IBAN, BIDAYUH DAN ORANG ULU. KEHIDUPAN MASYARAKAT ORANG ULU SEMEMANGNYA BEGITU UNIK DAN BANYAK MENGANDUNGI SERIBU MISTERI YANG SUKAR DITAFSIRKAN.

MASYARAKAT ORANG ULU MASIH BANYAK MENYIMPAN KHAZANAH-KHAZANAH SENI HALUS DAN TIDAK DIMILIKI MANA-MANA KAUM SEKALIPUN DI NEGERI INI.

“Orang Ulu” bermaksud “penduduk di hulu sungai”.

Orang Ulu juga bermaksud penduduk pedalaman iaitu penduduk asli di kawasan petempatan tersebut.

Menurut tradisi lisan di rumah panjang, istilah “Orang Ulu” telah digunakan sejak zaman pemerintahan James Brooke lagi.

Pada masa itu, istilah Orang Ulu merujuk

kepada kumpulan Kayan dan Kenyah sahaja. Apabila kumpulan masyarakat ini datang ke

kawasan pasar atau pusat pentadbiran di sebelah hilir ,mereka suka membahasakan diri mereka “Orang Ulu”.

Faktor lain yang berperanan memperkenalkan istilah Orang Ulu kepada masyarakat luar ialah kesan sebaran oleh para pedagang Brunei dan pedagang Cina.

• Istilah Orang Ulu menjadi semakin popular semasa zaman Datuk Temenggung Oyong Lawai Jau, seorang pemimpin Kayan-Kenyah yang amat berdedikasi dan berkaliber.

Mendiang Datuk Temenggung Oyong Lawai Jau memainkan peranan yang besar dalam memperkenalkan istilah “Orang Ulu” kepada dunia luar.

• Dokumentasi kedua secara rasmi yang menggunakan istilah Orang Ulu muncul di dalam buku Perlembagaan Persatuan Kebangsaan Orang Ulu (OUNA).

Orang ulu rata-ratanya mempunyai pergaulan dan perhubungan serta pertalian yang erat di antara satu dengan yang lain, baik dari segi adat, seni budaya mahupun adat kehidupan sosial.

• Kebanyakan Orang Ulu tinggal di Kebanyakan Orang Ulu tinggal di kuala sungai. kuala sungai.

• Statistik bancian oleh Jabatan Statistik Sarawak pada tahun 1999 menyatakan bahawa terdapat kira-kira seramai 120,000 Orang Ulu yang mendiami kawasan-kawasan seperti Belaga, Bintulu, Miri, Telang Usang (Baram), Tanah Tinggi Bario, Lawas, Trusan dan Limbang.

Di Kuching sahaja kini dianggarkan 1000 orang daripada masyarakat Orang Ulu yang tinggal sama ada untuk melakukan pekerjaan, pendidikan, perniagaan dan sebagainya.

Jumlah mereka adalah sebanyak 5.3 % daripada penduduk di Sarawak.

Masyarakat Orang Ulu mengamalkan sistem sara hidup sebagai seorang petani, menangkap ikan di sungai, mengamalkan corak penanaman padi bukit yang berpindah-randah, berburu haiwan di hutan, mengambil produk-produk hutan untuk kraftangan dan kegunaan harian seperti rotan, daun nipah hutan, makanan daripada tumbuh-tumbuhan dan sebagainya.

• Kebanyakan mereka bekerja sebagai

nelayan, petani dan pemburu hasil hutan. • Orang Ulu menggunakan lembing untuk memburu binatang, serampang untuk menangkap ikan dan mengusahakan padi. • Sebelum ini, masyarakat Orang Ulu

bekerja sebagai petani yang

menanam padi secara tradisional dan

sekarang sudah bertukar kepada penanaman moden.

Orang Ulu memiliki kepakaran seni bina yang begitu tinggi, misalnya dalam mendirikan rumah panjang yang kuat, tegap dan utuh.

Orang Ulu juga pakar dalam membina perahu panjang, bukti keupayaan seni ukir pahat yang begitu halus dan tidak ternilai.

Orang Ulu gemar melakukan kerja-kerja seperti anyaman tikar, membuat peralatan untuk menangkap ikan

Bagi yang mahir dalam seni ukir, mereka akan menghabiskan masa dengan mengukir, memahat, melukis dan sebagainya.

MANIK

• Gubahan manik merupakan satu seni kraftangan yang begitu popular di Sarawak.

• Masyarakat Orang Ulu terkenal dengan karangan manik yang dinamakan “Bao Dar”.

• “Bao Dar” adalah hasil kombinasi manik-manik yang bersaiz kecil.

Penggunaan manik menggambarkan pangkat dan kedudukan seseorang. Tidak hairanlah jika manik menjadi bahan pusaka turun-temurun daripada ibu untuk anak perempuan.

Manik dikarang menjadi hiasan pada bakul, bekas tembakau dan sirih, dompet, pakaian perang dan jaket.

Juga digunakan untuk menghiasi ajat, ingan, tabung tembakau, sarung parang, subang dan baju perang.

Proses pembuatan manik adalah seperti berikut: • Papan disediakan untuk menggubah manik,

yang diperbuat daripada kayu jelutung. Papan itu pula perlulah berpadanan dengan bentuk ukuran sesuatu barang yang hendak dicipta.

ragam hias dituriskan atau disurihkan pada permukaan papan tersebut.

Kaki-kaki halus dipasang iaitu setinggi kira-kira dua belas inci pada papan itu, bertujuan agar penggubah manik tidak terbongkok-bongkok semasa menggubah nanti.

• Penggubah memasangkan benang asas pada hujung papan serta merentanginya sepanjang tepi papan itu menggunakan jarum biku.

• Penggubah mengerat beberapa lembaran benang kapas atau nilon yang diperlukannya.

• Lembaran -lembaran benang itu diatur rapat-rapat, menutupi ragam hiasan yang telah terturis di atas papan itu.

• Lembaran-lembaran benang kapas atau nilon itu dilipat dua dan digelungkan pada benang asasnya

• Dengan demikian hujung lembaran-lembaran benang yang berpasangan itu terletak pada sebelah yang bertentangan dengan benang asas pula.

• Manik-manik halus dicucukan pada sepanjang setiap lembaran benang itu mengikut corak yang dikehendaki.

SENI UKIR

Seni ukiran merupakan salah satu daripada warisan kesenian yang dimiliki oleh masyarakat Orang Ulu dan telah diwarisi sejak turun-temurun daripada nenek-moyang mereka hingga ke hari ini.

Bagi masyarakat Orang Ulu, mereka percaya bahawa suatu motif atau ukiran berkenaan memiliki maksud tertentu yang perlu dipatuhi dan tidak boleh dipandang remeh. Ini menjadikan seni tradisi Orang Ulu ini memiliki sifat-sifat dan seni yang halus dan tinggi

SENI MOTIF TRADISI

KALONG

Kalong dalam bahasa Kenyah atau Ekeng (bahasa Kayan) bermaksud motif atau lukisan tradisi Orang Ulu.

setiap kalong atau ekeng memiliki kuasa atau maksud simbolik tertentu.

mesej abstrak untuk memberitahu kepada orang lain akan kebaikan dan kepimpinan golongan yang memiliki atau memakai motif tersebut.

Orang Ulu sangat menghormati penggunaan kalong yang tidak boleh diguna pakai sesuka hati pada dinding rumah, perhiasan baju atau pakaian dan hiasan pada barang-barang kraf lain yang dimiliki oleh individu.

Seni kalong mencerminkan keunikan identiti dan kreativiti masyarakatnya.

Kalong sebagai bahasa simbolik atau bahasa perantaraan antara masyarakat ini dengan pelindung mereka.

juga bertindak sebagai mesej abstrak untuk memberitahu kepada orang lain akan kebaikan dan kepimpinan golongan yang memiliki atau memakai motif tersebut.

masyarakat Orang Ulu sangat menghormati penggunaan kalong yang tidak boleh diguna pakai sesuka hati

JENIS-JENIS KALONG, BUDENG’ ATAU EKENG Kalong Kelunan (motif manusia). Kalong Kelawit-kawit (ukiran salur

paut). Kalong Penat. Kalong Niding. Kalong Besulan. Kalong Tebenggang atau Tingang

(motif burung kenyalang).

Masyarakat Orang Ulu percaya kalong atau sesuatu corak motif tradisi juga memiliki kehidupan seperti manusia.

Dipercayai memiliki semangat atau roh yang dapat membantu, melindungi dan sebaliknya.

masyarakat Orang Ulu tetap menghormati dan mematuhi batas-batas penggunaan sesuatu motif khasnya masyarakat di rumah panjang..

TARIAN TRADISI

KANJET NGELUPUT Kanjet Ngeluput adalah tarian suku

kaum Orang Ulu. Penarinya terdiri daripada kaum

lelaki. Pergerakan penari lelaki adalah diubahsuai menunjukkan aktiviti berburu dan kegagahan seorang wira.

Cara menapak dalam teknik tersebut adalah menarik iaitu tapakan bermula dari dan bahagian luar kaki. Pergerakan tangan walaupun agak lurus masih mempunyai alunan yang lembut.

Cara menapak dalam teknik tersebut adalah menarik iaitu tapakan bermula dari dan bahagian luar kaki.

Pergerakan tangan walaupun agak lurus masih mempunyai alunan yang lembut.

DATUN JULUD

Tarian Datun Julud adalah tarian oleh wanita daripada suku kaum Orang Ulu di Sarawak yang membuat persembahan dengan lemah gemalai bersama pakaian khusus di mana bulu-bulu di pasang di tangan seakan-akan meniru burung-burung yang sedang berterbangan.

Langkah tarinya tertumpu kepada peralihan berat dari satu kaki seolah-olah berjalan di atas bumi manakala gerakan lengan memberi suatu kesan seperti terapung atau berterbangan di udara.

PAKAIAN TRADISIONAL

Keindahan pakaian kaum etnik dari Sarawak terserlah dengan ragam hias yang mempamerkan kemahiran tangan yang menghasilkannya.

Ragam hias pasca pakaian membentuk motif-motif etnik sama ada dari tenunan, jalinan manik dan labuci.

Perhiasan diri dari perak dan manik yang sarat melambangkan status dan kekayaan bagi pemakainya.

Setiap kali ada persembahan tarian tradisional Orang Ulu seperti kanjet lasan, datum lujut, saga putung dan sebagainya, motif-motif dan beberapa kombinasi kalong yang lainsentiasa mewarnai kain sarung ta’ah yang dipakai penari wanita.

Begitu juga dengan penari lelaki di mana corak kalong digunakan pada bahagian abet (bah), tabit (tikar alas punggung) dan lain-lain.

Wanita orang Ulu banyak menggunakan

manik dan labuci sebagai penyeri pakaian. Pakaian

ini dibuat dari baldu berhias labuci motif aso

dan naga. Subang telinga iseng dari tembaga bagi melanjutkan telinga yang menjadi kebanggaan bagi

wanitanya.

Pasangan Orang Ulu. Lelaki memakai kulit kambing sunong dan

cawat satin serta perhiasan kepala

daripada bulu kenyalang. Wanita menggayakan

ta'ah baldu merah berhiaskan labuci motif

aso dan naga.

Wanita Orang Ulu menggayakan pakaian

tradisi lengkap dengan topi hiasan kepala.

Pakaian tradisional lelaki Orang Ulu yang

menggayakan jaket sunong dan cawat bah berhias manik dan tali

berwarna-warni penyeri tangan dan kaki.

Perhiasan kepala lavung kirieng dari manik

berhias bulu kenyalang.

Lelaki Orang Ulu menggayakan sunong dan bah berhias manik serta perhiasan kepala

daripada bulu binatang dan anyaman manik. Wanita Orang

Ulu menggayakan busana dipanggil basung dan ta'ah berhias labuci dan

hiasan kepala lavung indu.

ALAT MUZIK TRADISIONAL

SAPE

Pada sebelah petang atau malam, di rumah panjang kedengaran bunyi merdu alunan petikan sape oleh mereka yang pandai memetik sape.

Sape berukuran lebih kurang 4 kaki dan kelebaran hampir sama dengan gitar tetapi berat sape adalah dua kali ganda berat daripada gitar.

Instrument ini diklasifikasikan sebagai lute yang mempunyai 3 atau 4 tali.

Lagu yang dipetik dari sape pada hari ini adalah diperturunkan daripada generasi terdahulu.

Sape digunakan untuk tarian upacara dan ada yang liriknya menceritakan sesuatu.

KEPERCAYAAN &

PANTANG LARANG

Mengamalkan kepercayaan animisme dan sekarang kebanyakan daripada mereka menganut agama Kristian.

Berikut dinyatakan beberapa kepercayaan dan pantang larang kaum Orang Ulu:

Kalong sebagai pelindung. mempunyai roh sebagai pelindung

Seni ukiran. , sebelum kerja-kerja mengukir motif dibuat, perlu diadakan upacara penyembahan dan korban babi, parang ilang dan gong untuk mengingatkan roh atau semangat ukiran itu agar dapat mengenal siapa empunya yang menjaganya dan untuk melawan sebarang kuasa jahat yang cuba mengganggu keluarga atau rumah panjang tersebut.

Kelebit. Bermaksud Perang Perisai. motif pada kelebit menyerupai kepala manusia dengan mata yang bulat terbeliak dan gigi dan taring yang memanjang keluar dipercayai dapat melemahkan semangat perang pihak lawan.

Pusau Anak. upacara memberi nama tradisi berdasarkan nama-nama moyang. nama seseorang itu boleh membawa rahmat atau sebaliknya.

SENI TRADISI

TATU

Kaum wanita Orang Ulu menghiasi badan mereka dengan motif-motif tertentu lebih banyak berbanding kaum lelaki.

Dipercayai bahawa tatu pada tubuh badan wanita berfungsi sebagai penyuluh jalan yang gelap

Kaum Orang Ulu percaya tatu sebagai cahaya petunjuk dalam perjalanan mereka di dunia lain.

Manakala motif yang biasanya terukir pada lengan kaum lelaki menandakan bahawa dia pernah berlawan dan Berjaya memenggal kepala musuh.

Perhiasan tatu pada kaum wanita dan lelaki membawa maksud dan kepentingan tertentu.

RUMAH PANJANG

ORANG ULU

Rumah tersebut dibina beberapa kaki di atas tanah di tengah-tengah kehijauan utan tropikal yang subur.

sangat cantik dan mewah dengan beranda yang terbuka, motif tradisional yang sangat bagus yang diukir di tiang-tiang totem dan barangan serta peralatan yang kaya dengan hasil seni.

Rumah panjang juga menonjolkan wanita dengan pakaian yang berwarna-warni yang dapat dilihat di kampung tersebut.

Wanita rumah panjang akan mempersembahkan tarian selamat datang di beranda utama di mana para pelawat dibuai dengan alunan muzik yang asyik dari xylofon kayu tradisional yang dipanggil Jatung Lutang.

Rumah itu juga mempamerkan beberapa sape iaitu instrument muzik bertali yang dikenali ramai.

Proses untuk mengukir sape dari kayu tropikal / buluh turut ditunjukkan di rumah itu.

Di luar rumah panjang, terdapat pondok kecil di mana padang besi dihasilkan. Proses itu memerlukan kemahiran yang tinggi.

Semua puak Orang Ulu membina rumah dengan seni reka yang hampir sama tetapi kemahiran dan kekemasan yang jauh berbeza.

Rumah-rumah mereka selalunya terletak berhampiran sungai.

Rumah panjang Orang Ulu dibina untuk kemudahan penduduk kampung dan untuk menampung sebnyak 100 keluarga.

Rumah panjang biasanya disokong di atas tiang daripada berlian iaitu sejenis kayu yang mempunyai ketinggian 20-30 kaki.

Atap bumbung juga dibuat daripada kulit berlian.

Setiap bahagian rumah panjang mengandungi 1 keluarga yang terdiri daripada ibubapa, anak perempuan, anak lelaki dan hamba perempuan.

Biasanya, bahagian tersebut mempunyai tempat untuk memasak dan tempat tidur.

Pintu utama menuju ke kawasan galeri yang panjang 2 kali lebar untuk dijadikan ruang tamu dan berehat. Anak-anak bujang dan pelawat tidur di galeri.

Bilik tuai rumah yang 2 kali ganda panjang dari bahagian lain selalunya berada di tengah-tengah rumah panjang di mana pendiangan dan tempat menyambut tetamu yang utama terletak.

Keluarga yang berdarjat tinggi yang kebiasaannya adalah saudara tuai rumah mempunyai biik bersebelahan tuai rumah.

Bilik-bilik tersebut juga lebih besar dari bilik lain.

SEKIAN, TERIMA KASIH

top related