strategi penyelesaian masalah

Post on 14-Jun-2015

6.186 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH

ILYA SHUHADA BINTI ZAIDNUR AMIRA BINTI HASIN@HASHIM

Definisi• Strategi adalah pendekatan secara keseluruhan yang

berkaitan dengan pelaksanaan gagasan atau perangkaan sesuatu aktiviti dalam waktu tertentu.

• Dalam penyelesaian masalah matematik,satu atau lebih strategi digunakan.

• Menurut Polya(1945) dalam bukunya How to solve it terdapat pelbagai strategi menyelesaikan masalah. Kemahiran memilih strategi yang sesuai bergantung kepada pengalaman kita menyelesaikan masalah sebelum ini. Antaranya;

Teka dan ujiMembina modelMenggunakan gambarajahMemudahkan masalahMencari polaMelakonkan masalahMenjalankan eksperimenMengelolakan maklumat dalam

carta,jadual atau grafMengenalpasti subgoalKerja secara songsang

Teka dan uji• Merupakan cara termudah tetapi memerlukan tekaan yang bijak

dan penyemakan yang tersusun.

• Memerlukan kita membuat tekaan tentang penyelesaian terlebih dahulu dankemudian menguji untuk melihat sama ada betul atau tidak.

• Proses ini diulang sehingga jawapan yang betul ditemui. Terdapat tiga cara melaksanakan teka dan uji / cuba jaya iaitu:

• Teka dan uji / cuba jaya secara rawak

• Teka dan uji / cuba jaya secara sistematik

• Teka dan uji / cuba jaya secara inferens

Membina model

• Boleh dibahagikan kepada tiga tahap:Menggunakan bahan konkritMenggunakan perwakilan seperti gambarajahMenggunakan simbol matematik

Menggunakan gambarajah• Melakar gambarajah boleh membantu pelajar

memahami sesuatu masalah dengan lebih jelas dengan cara menandakan maklumat yang diberikan pada gambarajah itu.

Memudahkan masalah• Masalah yang rumit serta melibatkan nombor-

nombor bernilai besar, pelajar kebiasaannya enggan menyelesaikannya kerana takut akan nilai-nilai besar itu.

• Masalah-masalah yang kompleks itu dipecahkan kepada beberapa bahagian yang mudah.

• Penyelesaian bagi masalah-masalah yang mudah ini, kemudian digunakan untuk menyelesaikan masalah asal

mencari pola

• Suatu pola ialah pengulangan sistematik yang tetap

• Terdiri daripada angka,visual atau perlakuan.

• Boleh meramalkan angka,visual atau perlakuan yang seterusnya.

• Kebiasaannya menggunakan strategi membina jadual.

• Pola nombor haruslah seragam.

Melakonkan masalah

• Tujuan melakonkan masalah ialah untuk membantu pelajar memahami masalah dengan lebih mudah dan jelas.

• Pelajar dapat melihat unsur-unsur masalah itu secara konkrit dan ini akan menggalakkan mereka mencari jalan penyelesaiannya.

Menjalankan eksperimen

• Eksperimen/ujikaji yang hendak dijalankan mesti dirancang dengan baik dan menyediakan bahan-bahan berkaitan, menyimpan rekod dan hasil yang diperolehi.

• Apabila situasi masalah terlalu sukar, bahaya atau melibatkan perbelanjaan yang tinggi dan mengambil masa yang terlalu panjang/lama untuk diselesaikan malalui uji kaji, penggunaan simulasi boleh dijalankan

Mengelolakan maklumat• Boleh dibuat dalam carta,jadual ataupun graf.• Disusun agar menjadikannya lebih teratur

serta menjadikannya lebih mudah untuk diselesaikan.

Catego

ry 1

Catego

ry 2

Catego

ry 3

Catego

ry 4

0246

Series 1Series 2Series 3

Sales1st Qtr2nd Qtr3rd Qtr4th Qtr

Mengenal pasti subgoal

• Bagi strategi ini, merujuk kepada soalan, pelajar harus mengenalpasti sub goal ataupun matlamat sampingan yang dikehendaki.

• Sub goal merujuk kepada soalan atau data yang diperlukan untuk melengkapkan soalan dan akhirnya menyelesaikan soalan utama.

Penyelesaian secara songsang• Working backwards merujuk kepada aplikasi

yang menggunakan kaedah songsangan (inverse method) dalam menyelesaikan masalah dalam matematik.

• Kaedah ini menggunakan semua data yang diberikan dan melakukan jalan penyelesaian secara terbalik menggunakan jawapan akhir yang diberi dankebiasaannya pelajar harus menggunakan beberapa persamaan bagi mendapatkan jawapan.

top related