soalan kuiz kbat matematik

Post on 11-Jan-2016

104 Views

Category:

Documents

16 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

contoh soalan kbat matematik sekolah rendah

TRANSCRIPT

Cikgu Aaron memberi sehelai reben sepanjang 60 cm

kepada Rafeah. Rafeah diarah oleh gurunya agar

menggunakan 0.5m daripada reben itu untuk mengikat satu

hadiah.

Rafeah : Setengah m sama dengan berapa cm cikgu?

Cikgu Aaron : 50 cm lah Rafeah.

Cikgu Aaron memberi lagi 6 helai reben yang sama untuk

mengikat 6 kotak hadiah yang serupa. Hitung baki, dalam

cm, panjang reben itu.

Dalam satu karnival yang dianjurkan oleh Belia 4B daerah Besut, berbagai aktiviti telah dipertandingkan. Antaranya ialah pertandingan menjawab 20 soalan Matematik. Hadiah yang ditawarkan adalah amat lumayan. Jumlah hadiah pertandingan matematik yang disediakan itu ialah sebanyak RM490. Pemenang tempat ketiga menerima hadiah wang tunai separuh daripada hadiah pemenang tempat kedua!!! Pemenang tempat kedua menerima hadiah wang tunai separuh daripada hadiah pemenang tempat pertama!!! Hitung jumlah hadiah yang bakal diterima oleh johan dalam pertandingan itu.

Pak Mat Tempe naik dari tingkat 2 ke tingkat 6. Kemudian dia turun ke tingkat 3. Dia naik lagi ke tingkat 5 dan turun semula ke tingkat 4. Jarak antara satu tingkat ialah 6 m. Hitung jarakn dilalui, dalam m?

Terdapat dua jenis haiwan ternakan iaitu ayam dan kambing di dalam satu kawasan. Sekiranya terdapat 30 kepala dan 86 kaki haiwan ternakan, Berapa bilangan ayam dan kambing di dalam kawasan itu?

Johan ingin menggunakan seutas dawai yang panjangnya 24cm untuk membentuk satu rangka segi empat dengan luas yang maksimum. Apakah panjang dan lebar bentuk segi empat itu?

Ali telah membeli sebuah basikal dan

kemudian menjualnya kepada John dengan harga RM 240. Dia telah mendapat keuntungan sebanyak 20% selepas menjual basikal itu. Berapakah harga kos basikal tersebut?

Bagaimanakah cara membahagikan segi empat sama di atas kepada empat bahagian yang sama saiz. Ada berapakah cara yang anda jumpa?

top related